RSS Feeds

Ahad, 29 Mac 2009

Bukit Magnet di Madinah

Kebanyakan jemaah umrah Indonesia sekarang menjadikan bukit magnet ini di antara tempat lawatan mereka selepas melawat tempat-tempat yang sewajarnya. Perkara ini mula bermula sekitar tahun 2006 selepas ianya semakin polpular dikalangan jemaah haji dan umrah. Sehingga budaya ini menjadi ikutan beberapa travel umrah & haji dari Malaysia.


Tinggal kenangan,

Saya teringat ketika menuntut di university madinah, saya kira saya adalah pelajar Malaysia yang pertama yang mengetahui tentang bukit magnet ini selepas kawan karib saya bernama Fahad membawa saya ke tempat tersebut pada tahun 2003. Fahad ini pemuda Saudi yang petah berbahasa Indonesia dan saya mempunyai kenangan-kenangan menarik berkaitan beberapa budaya masyarakat Arab Saudi bersama beliau. Terima kasih Fahad semoga ukhuwwah kita berterusan.


Keajaiban Bukit magnet,

Bukit magnet ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari Bandar madinah. Tempat bernama Baidho' ini merupakan di antara tempat pelancongan dan istirehat warga Madinah kerana tempatnya yang agak menarik, sunyi, terdapat pohon-pohon yang banyak, pasirnya yang putih serta bentuk bukit-bukitnya yang unik. Adakah bukit magnet ini sesuai pada namanya atau tidak? Saya tidak pasti, yang pasti anda akan berada di satu tempat yang boleh menarik kenderaan yang dimatikan enjinnya sehingga mencecah kelajuan 110 km sejam sejauh 6 hingga 7 kilomiter.! Tentu anda hamper-hampir menafikan reality ini khususnya bila kereta yang anda naiki dengan free gear dan dimatikan enjinnya itu tiba-tiba dapat meluncur dengan kelajuan ini. Jalan yang anda lalui bukanlah jalan yang menurun seperti dari atas bukit Cameron highland ataupun Genting hingland! tetapi kawasan jalan raya yang mendatar bahkan adakalanya jalan yang mendongak agak tinggi seperti mendaki bukit.!


Menarik untuk menjadi bahan kajian para sceintist

Tempat ini agak sesuai untuk menjadi bahan kajian para scientist bagi membongkar factor yang menyebabkan kepada tarikan gravity (jika betul istilah) atau daya tarikan yang seperti magnet ini. Ini bagi mengelakkan andaian karut yang membawa kepada kesan negetif yang akhirnya menghasilkan kepada iktikad yang terpesong. Maha suci Allah yang menjadikan keajaiban-keajaibannya di muka bumi sebagai tanda dan bukti kekuasaanNYA, semoga dengan itu manusia mengambil pengajaran dan mendapat hidayah kepada jalan yang lurus.

Selasa, 24 Mac 2009

Bertafakkur

Bertafakkur (berfikir) dan bertadabbur merupakan salah satu tuntutan syariat yang terpuji. Kerana manusia diciptakan dengan satu perbezaan yang amat jelas berbanding makhluk-makhluk yang lain. Seringkali Allah mengarahkan kita supaya berfikir.


Dalam banyak perkara, manusia seringkali tersilap dalam tindak-tanduk yang dilakukannya walaupun kadang-kadang ia adalah kesalahan yang sama. Semua ini adalah disebabkan sifat tergesa-gesa mereka dalam menuruti kehendak hawa nafsu. Meninggalkan sikap berfikir, menggunakan jalan ringkas dan mudah iaitu dengan menuruti kehendak hati. Ingatlah, "Bertenang itu datangnya dari Allah dan tergesa-gesa itu dari syaitan"

Orang yang bertafakkur akan mendapat faedah yang banyak di dunia dan akhirat. Agak penting juga untuk disebutkan disini kesan tafakkur terhadap hati dan hubungkaitnya dengan Tazkiah (penyucian jiwa). Daripada Amru bin Qais berkata: aku mendengar ramai dari sahabat Nabi bersabda; "Sesungguhnya pancaran iman atau cahayanya adalah tafakkur." Hasan al-Basri berkata: "Seringkali ahli ilmu mengulangi peringatan untuk bertafakkur dan bertafakkur untuk peringatan serta membisiki hati sehingga ianya berkata-kata."

Jenis-jenis tafakur dan lapangannya:

Imam ibnu Qayyim menyebutkan jenis-jenis tafakkur dengan berkata: "Maka jenis tertinggi dan paling bermanfaat ialah sesuatu yang berhubungkait dengan Allah dan hari pembalasan, dan ini juga terbahagi kepada beberapa jenis;

1) Bertafakkur dengan ayat-ayatnya yang telah diturunkan, bertadabbur dengannya dan memahami maksud sebenar yang dikehendaki Allah.

2) Bertafakkur dengan tanda-tanda kekuasaannya yang dipersaksikan, mengambil pengajaran tersebut dan menjadikannya sebagai hujjah terhadap nama-nama Allah, sifat-sifatNYA dan hikmah-hikmahNYA yang maha agong.

3)Bertafakkur dengan nikmat-nikmat dan Ehsan Allah terhadap makhluk.

4) Bertafakkur dengan keaiban diri dan kelemahannya serta amalan-amalan yang tercela. Pemikiran ini akan mendatangkan manfaat yang besar bahkan ianya adalah pintu segala kebaikan, ia memberi kesan untuk memecahkan nafsu amarah yang buruk. Apabila nafsu tersebut pecah maka hidup segarlah nafsu yang tenang (mutmainnah), serta mula menjadi hakim dan menghidupkan hati.

5) Bertafakkur dengan kewajipan masa dan tugasannya serta menghimpunkan semua kesungguhannya untuk itu. Orang yang mengetahui nilai masa yang amat kecil, dia akan merasakan semua kebaikannya telah terlepas jika dia kehilangan masa tersebut.

Antara ruang lingkup tafakkur atau lapangannya yang terbesar, yang mana Nabi dan ulama' rabbani selepas dari baginda telah berpesan ialah bertafakkur dalam perkara-perkara akhirat. Bemula dengan kematian dan kubur sehinggalah kemasukannya ke Syurga atau Neraka. Sebab itulah Nabi menyuruh kita menziarahi kubur. Baginda bersabda yang bermaksud: "Dulu aku pernah melarang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang pergilah sesungguhnya ia akan melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingati hari akhirat dan janganlah kamu semua mengatakan yang batil."-lafaz ini diriwayatkan oleh Hakim dari Anas, dan dengan lafaz yang hampir sama diriwayatkan oleh Muslim, ibn Majah dan Ahmad-

Bertafakkur dengan alam ghaib yang setiap kita sentiasa dalam penantian bermula dari saat ini sehinggalah kepada kematiannya yang datang secara tiba-tiba, kemudian kehidupan di alam kubur, kemudian hari kebangkitan, titian, perhitungan, Syurga dan Neraka. Sesungguhnya berfikir dalam skop ini akan menguatkan keimanan kita dengan hari akhirat, ia akan mendorong kita dengan persiapan beramal soleh, menjauhi larangan dan kemaksiatan serta bersedia untuk bertemu dengan Allah pada bila-bila masa.

Selain itu lapangan tafakkur juga ialah mengamati bagaimanakah hal keadaan para pendusta dan pelaku maksiat dengan mengambil pengajaran dan pelajaran dari mereka. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya telah berlalu orang-orang yang sebelum kamu mengikut ketentuan, maka berjalanlah kamu semua di muka bumi serta lihatlah bagamanakah akibat bagi orang-orang yang zalim."

Seharusnya kita berfikir tentang setiap sesuatu yang telah berlalu sebagai satu pengajaran dan sesuatu yang mendatang sebagai satu wawasan yang akan menghasilkan suatu keuntungan komersial yang tidak akan mengalami kerugian selama-lamanya. Sudahlah jatuh dihempap tangga sekiranya kita sekadar memikirkan kehidupan duniawi yang tidak pernah akan kenyang biarpun mulut dan hati sudah lenguh untuk menjamah segala macam hidangan yang di idam-idamkan. Ingatlah bagaimanakah Allah menggambarkan harta dan kekayaan bagi orang-orang yang berfikir?

Walaubagaimanapun, setiap sesuatu ada batasannya. Begitu juga dengan tafakkur. Jagan kita lari dari manhaj ahlulhaq sehingga dengan bertafakkur menyebabkan kita terpesong dari ajaran al-Khaliq. "Berfikirlah kamu pada penciptaan Allah jangan kamu berfikir pada zat Allah". Ini adalah batas sempadan yang tidak boleh akal membatasinya. Akal fikiran mempunyai kemampuan yang terhad khususnya dalam perkara-perkara yang ghaib. Berapa ramai manusia yang sesat disebabkan landasan pemikirannya lari dari garis panduan al-Quran dan Sunah?

Sama-samalah kita melazimi berfikir dengan skop pemahamannya yang luas. Perbaikilah penelitian dan pemerhatian dengan setiap sesuatu kejadian yang telah berlaku dalam diri kita samada yang kita lihat sendiri atau dengar. Betapa indahnya sekiranya tafakkur itu disertakan dengan berzikir. Sesungguhnya ia adalah pembantu yang amat jelas untuk bekalan akhirat dan Tazkiatun an-Nufus. Semoga Allah mengurniakan Taufiq dan Inayah kepada kita semua.g dikehendaki allah. pertama: bertafa

Sabtu, 21 Mac 2009

Dr Salman Audah: "Cinta palsu"

video

Khamis, 19 Mac 2009

Bersama Dr al-Qarni


video

Ahad, 15 Mac 2009

Jangan banyak ketawa & jangan bermasam muka

Orang yang banyak ketawa akan dipandang sebelah mata oleh orang lain. Tidak syak lagi bahawa orang yang suka ketawa ketika usia muda lebih munasabah berbanding jika pelakunya adalah orang tua. Perkara yang sebaik-baiknya ialah senyuman dan bermuka ceria. Nabi bersabda yang bermaksud; ((Senyumanmu dihadapan saudara kamu adalah sedekah)). Jarir berkata; "Rasulullah tidak memandang mukaku kecuali dengan senyuman". Mutafaqun alaih.


Inilah akhlak islam, sering menggembirakan hati orang lain. Kedudukan yang lebih tinggi ialah jika seseorang itu suka menangis pada malam hari dan banyak senyumannya tatkala siang hari. Nabi bersabda yag bermaksud; ((Kalian semua tidak mampu menguasai manusia dengan harta kekayaanmu, akan tetapi dengan cara kalian menunjukkan air muka yang manis)). Hadis hasan riwayat al-Bazzar.


Ada satu perkara yang wajar diketahui, seorang yang selalu ketawa sepatutnya dia menahan sikap itu supaya dia tidak diperkecilkan orang dikhalayak. Seseorang yang sering bermasam muka sepatutnya mula belajar untuk rajin tersenyum dan menghiasai akhlaknya. Ibnu Batthol mengatakan; "Sesungguhnya yang lebih wajar dicontohi dari perbuatan Nabi ialah apa yang lebih sering baginda lakukan".


Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar; "Kesimpulan yang dapat diambil dari keseluruhan hadis ialah kebiasaan baginda secara umum ialah tersenyum, terkadang lebih dari itu sehingga ketawa. Namun situasi yang dibenci ialah sering berlebih-lebihan kerana ianya akan mengikis kewibawaan". Wallahu a'lam.

Selasa, 10 Mac 2009

Mengenali Syeikh Abdul Razak Afifi Rahimahullah

Beliau adalah al-Allamah Syeikh Abdul Razak bin Afifi bin Atiyyah. Seorang ulama yang alim dalam bidang fekah dan usul. Berasal daripada Mesir, menetap dan wafat di Riyad Arab Saudi. Beliau dilahirkan pada tahun 1323 Hijrah di Syansyur Mesir. Menamatkan pengajian di al-Azhar dalam bidang bidang fekah dan usul di peringkat Master.


Beliau diantara pengasas Jamaah Ansor Sunnah Muhammadiah yang menentang perkara-perkara khurafat dan bida'ah dan memperingatkan manusia daripada perkara-perkara syirik.


Pada tahun 1368 Hijrah Syeikh Muhammad bin Mani' Mudir al-Ma'arif di Thoif telah merantau ke Mesir untuk mencari guru-guru yang hebat untuk mengajar di Darul Tauhid. Tatkala Syeikh Muhammad bin Mani' bertemu dengan Syeikh Abdul Razak beliau mendapati telah menemui satu gedung ilmu syariah yang amat bernilai pada diri lelaki ini (Syeikh Abdul Razak) memiliki akidah yang murni.


berkunjunglah Syeikh Abdul Razak selepas itu ke Thoif sebagai pengajar kemudian berpindah untuk mengajar di Ma'ahad Riyad al-Ilmi di Riyad. Kemudian berpindah mengajar di Ma'ahad Unaizah al-Ilmi sebelum kembali semula ke Riyad mengajar di kuliah Syariah dan Lughah Arabiah. Selanjutnya beliau menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad al-A'la Lil Qado serta menyumbang dalam meletakkan silibus pengajian di Ma'ahad tersebut.


Kemudian berpindah ke Riasah Ifta sebagai pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz bin Baaz sehinggalah beliau wafat. Beliau juga telah dilantik sebagai anggota dalam Majlis Hai'ah Kibar ulama Arab Saudi. Beliau seorang ulama yang terkenal di Arab Saudi, dikenali orang orang awam mahupun golongan cendiakawan. Telah lahir di tangan beliau ramai anak murid terkenal dan tersohor, tidak kurang juga yang menjadi Qadi dan guru.


Diantara murid beliau yang terkenal ialah; Syeikh Abdullah bin Ghudayyan. Syeikh Abdullah bin Jibrin, Syeikh Abdullah bin Mani', Syeikh Abdullah at-Turki, Syeikh Abdullah al-Bassam dan ramai lagi.


Beliau meninggal dunia pada hari Khamis 25/3/1415 hijrah. Jenazah belaiu disolatkan di Jami' al-Kabir di Riyad. Mufti kerajaan Arab Saudi, Sohibussamahah Syeikh Abdul Aziz bin Baaz telah mengimami solat jenazah.

Sabtu, 7 Mac 2009

Ahlan Wasahlan ila Riyadh

kami sampai di bumi Riyadh pada pukul 6.10 petang khamis 5 mac 2009,setelah 8jam berada dipesawat sv837 Saudi Arabian. saya bersama 2 rakan yang lain telah bertungkus lumus membuat urusan di kedutaan Arab Saudi sejak beberapa bulan yang sudah.

al-Hamdulillah segala-galanya telah selesai dengan bantuan ramai pihak. hari ini kami akan mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar baru di Universiti Malik Saud insyaallah. cuaca agak sejuk dan telah terubat jugak kerinduan saya untuk merasai suhu cuaca seperti ini. Semalam beberapa sahabat menghubungi bertanya khabar dan mengucapkan tahniah, terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan dan semangat.

Kepada ust Ahmad Fauzi dan ust Arif semoga kalian membantu saya yang kerdil ini untuk terus hidup sebagai penuntut ilmu syarie. Dengan kehadiran teman-teman di sisi semoga semangat ukhuwwah dan menuntut ilmu terus membara disanubari insyaallah.
Kepada abang Raznan sekeluarga, kami ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjemput kami sebagai tetamu selama 2 hari di rumahnya yang indah dengan kawalan ketat pihak keselamatan polis Riyadh. Semoga hidangan enak yang kami rasai akan kami rasai lagi pada masa akan datang. Terima kasih dan semoga Allah memberkati kalian.

Esok akan saya lalui semula kehidupan baru sebagai seorang penuntut setelah 5 bulan belajar bekerja di Mediu dan Akademi Insan. Semoga suasana baru ini memberikan manfaat yang lebih banyak kepada diri saya khasnya. Semoga Allah merahmati dan memberikan taufiq yang berterusan. amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...