RSS Feeds

Rabu, 27 April 2011

Murtad @ Kad Pengenalan Percuma?

Oleh: MUTALIB M.D

ISU Murtad di Sabah bermula sejak era 1970-an apabila Kerajaan USNO melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengIslamkan ramai bumiputera Sabah yang tidak beragama ketika itu dan memberi pelbagai insentif seperti lesen pembalakan dan kemudahan menunaikan haji secara percuma; namun mengabaikan tanggung jawab mereka menyebarkan syiar Islam.

Sejak daripada itu, ramai Islam Politik telah kembali mengamalkan anutan agama nenek moyang mereka termasuk kembali memakan makanan yang dihalalkan agama Islam dan murtad disebabkan USIA ketika itu hanya menjalankan misi sulit mengIslam bumiputera bukan Islam tetapi misi berkenaan gagal.

Akibatnya, Tun Mustapha (USNO) dan Datuk Harris Salleh (Berjaya) telah melaksanakan misi kedua meramaikan Umat Islam di Sabah untuk tujuan politik dengan memberi kerakyatan songsang kepada lebih 1.2 juta warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India untuk diternak sebagai pengundi yang kemudiannya membolehkan UMNO bertapak di Sabah.

Namun ramai warga asing yang bukan Islam, terutama penganut tegar Kristian seperti Visaya dan Tator mengambil kesempatan mendaftar dengan Skandal X-Files untuk mendapatkan kad pengenalan projek yang dikenali sebagai ‘IC Projek Mahathir’.

Dasar ‘Everyone Can Fly’ yang diperjuangkan Air Asia menyebabkan ramai warga asing Filipina yang mendapat kad pengenalan atau MyKad projek tetapi masih beragama Kristian berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan menetap di beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun kad pengenalan mereka menunjukkan nama dan agama mereka Islam, tetapi mereka menafikan beragama Islam sehingga memeningkan kepala Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkenaan.

Berlaku pertembungan dan kejutan budaya apabila masyarakat tempatan membantah kehadiran mereka di Shah Alam (Selangor) dan Bukit Jambul (Pulau Pinang) kerana mereka secara wewenang memanggang babi sehingga menyebabkan umat Islam yang tinggal berhampiran mereka marah dan hampir mencetuskan perbalahan.

Jabatan Agama Islam gagal mengambil tindakan sekalipun mereka murtad dan kad pengenalan mereka menunjukkan mereka bernama Melayu dan mencatatkan agama mereka Islam tetapi mereka tidak mengaku beragama Islam.

“Nama saya Fernando. Saya mana tau kenapa mereka beri saya kad pengenalan bernama Muhammad Alias,” ujar Fernando yang bekerja sebagai Penyelia di sebuah Pasaraya di Shah Alam dan masih mengamalkan ajaran Kristian kerana itulah hakikat yang terpaksa beliau hadapi.

Sebelum mendapat kad pengenalan, kata Fernando, beliau agak sukar bekerja kerana sering diburu pihak berkuasa, apatah lagi apabila pasportnya tamat tempoh.

“Saya dapat IC sekitar 1990-an di Kompleks Kuwasa Kota Kinabalu dan gunakan IC tersebut sehingga kini. Saya mengundi di Shah Alam sejak pilihanraya umum 2008,” kata Fernando yang mengakui sebelum ini mengundi di Kampung Likas, Sabah.

Menurut Fernando, terdapat lebih kurang 600 orang Visaya di sekitar Shah Alam yang masih beragama Kristian tetapi menggunakan kad pengenalan projek yang telah disahkan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai merujuk kepada mereka.

“Macam mana kita tidak panggang babi kerana itu makanan tradisi kita,” ujar Fernando yang meminta maaf jika menyebabkan masyarakat Islam di sekitarnya tidak senang dengan kehadiran mereka".

http://mimpi-senja.blogspot.com/2011/04/ramai-islam-di-semenanjung-murtad.html

Jumaat, 22 April 2011

Mengenali Imam Ibn Qayyim Rahimahullah

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.

Kitab Zad al-Maad

Guru

Mempelajari hadis daripada al-Syihab al-Nabulusi, al-Qadi Taqiyy al-Din bin Sulaiman, Abu Bakr bin ‘Abd al-Daim, ‘Isa bin al-Mut‘im, Ismail bin Maktum, Fatimah bint Jauhar dan lain-lain. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu lain dalam Bahasa Arab, Fiqh dan al-Usul daripada berbagai-bagai guru seperti yang disebut dalam sumber-sumber kitab Tarajum dan Tarikh.


Namun episod yang paling penting dalam hidupnya adalah perguruannya dengan Syeikh al-Islam al-Hafizd Ibn Taimiyyah r.h. Beliau sentiasa mendampingi Ibn Taimiyyah sejak kepulangan Ibn Taimiyyah dari Mesir pada tahun 712H sehingga pada hari kewafatannya pada tahun 728H. Perdampingan beliau dengan Ibn Taimiyyah pada masa usianya masih muda dan penuh kemampuan untuk mengutip limpahan keluasan dan kematangan ilmu Syeikh al-Islam berkenaan. Kecintaannya kepada gurunya itu telah memenuhi hidupnya.


Seperti kita tahu, Ibn Taimiyyah seorang yang hebat. Sehingga al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) mensifatkan:

“Ibn Taimiyyah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..” sehinggalah beliau menggelarnya sebagai “Syeikh al-Islam”. (Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah,1/158-159, Beirut: Dar al-Jil).


Sementara tokoh penganalis rawi hadis iaitu al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) menyenaraikan Ibn Taimiyyah itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadis. Beliau menyebut:

“Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafizd, seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam…. dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang” (Al-Imam al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, 4/1496, India: Haidar Abad).


Limpahan ilmu Ibn Taimiyyah ini telah membanjiri kehidupan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Beliau begitu mencintai Ibn Taimiyyah sehingga al-Hafiz Ibn Hajar ketika memperkenalkan biodata Ibn al-Qayyim r.h berkata:

“Beliau seorang yang berani, luas ilmunya, pakar dalam dalam perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab salaf. Kecintaannya kepada Ibn Taimiyyah telah mempengaruhinya sehingga dia tidak berbeza pendapat sedikit pun dengan Ibn Taimiyyah bahkan membela semua pendapatnya. Beliaulah yang telah meringkaskan buku-buku Ibn Taimiyyah dan menyebarkan ilmunya.. beliau dikurung dalam kubu bersama Ibn Taimiyyah selepas dihina dan dipukul atas unta yang dibawa mengeliling orang ramai. Apabila Ibn Taimiyyah meninggal dia dikeluarkan dari kurungan.. tempoh perdampingannya dengan Ibn Taimiyyah adalah sejak Ibn Taimiyyah pulang dari Mesir pada tahun 712H sehingga Ibn Taimiyyah meninggal”. ( Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 4/401)


Demikian al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkongsi menghadapi tribusi dakwah yang terpaksa dilalui oleh gurunya sehingga gurunya meninggal. Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani:

“Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia (Allah) memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang pengusungnya sehingga patah kayunya. ( Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 1/155).


Murid-Muridnya

Antara bukti kehebatan tokoh ilmuwan adalah hasil ilmiah yang tertonjol pada diri murid-murid yang mengambil ilmu daripadanya. Begitulah Ibn al-Qayyim terbukti kehebatannya menerusi murid-muridnya. Di sini disebutkan beberapa orang tokoh ilmuwan besar dalam bidang hadis yang lahir dari asuhan al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah; al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal 795H). Tokoh ilmuwan terbilang terutama dalam bidang hadis. Menghasilkan karangan-karangan yang masyhur termasuk Syarh Sunan al-Tirmizi. Juga al-Hafiz Ibn Kathir (meninggal 774H). Tokoh hadis, al-Tafsir bi al-Ma`thur dan sejarahwan yang terkenal. Antara karangannya yang terkenal al-Bidayah wa al-Nihayah, Tafsir al-Quran al-‘Azim, al-Fusul fi Sirah al-Rasul, Jami’ al-Masanid, Mukhtasar ‘Ulum al-Hadith dan lain-lain. Juga, al-Hafiz Ibn Qudamah al-Maqdisi atau dikenali dengan Ibn ‘Abd al-Hadi (meninggal 744H). Ilmuwan hadis yang terbilang. Menulis lebih daripada 70 karangan. Meninggal sebelum sempat berusia 40 tahun. Antara karangannya dalam bidang hadith al-‘Ilal.


Kewafatannya

Kata Ibn Rajab al-Hanbali:

“Beliau wafat waktu Isyak, malam Khamis pada 13hb Rejab 751H… Diiringi jenazahnya oleh manusia yang begitu ramai. Diperlihatkan untuknya mimpi-mimpi yang begitu banyak dan baik. Allah meredhainya. Sebelum meninggal, dia melihat al-Syeikh Taqiyy al-Din (Ibn Taimiyyah) dalam mimpinya. Dia bertanya mengenai kedudukan gurunya itu. Gurunya mengisyaratkan tentang kedudukannya melebihi sebahagian tokoh-tokoh yang besar. Kemudian Ibn Taimiyyah berkata: “Engkau hampir mencapai kedudukan kami, tetapi engkau sekarang pada peringkat Ibn Khuzaimah”. (Ibn Rajab al-Hanbali, Zail Tabaqat al-Hanabilah, 1/363).


Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menerima kisah tersebut dan menyebutnya dalam al-Durar al-Kaminah:

“Teramat ramai yang menghadiri pengebumiannya. Diperlihatkan kepadanya mimpi-mimpi yang baik. Beliau menyebut sebelum kematiannya bahawa beliau melihat gurunya Ibn Taimiyyah dalam mimpinya. Beliau bertanya mengenai kedudukan gurunya itu, lalu dia menjawab bahawa beliau ditempatkan melebihi kedudukan beberapa tokoh yang besar dan “engkau hampir akan mencapai kedudukan itu, cumanya engkau berada pada peringkat Ibn Khuzaimah” (4/403).


Pujian Ulama'

Banyak pujian yang telah diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan besar untuk al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah ini. Antara mereka yang memuji beliau ialah tokoh-tokoh pengkaji Rijal (rawi hadis) seperti al-Zahabi, Ibn Rajab al-Hanzali, Ibn Nasir al-Dimasyqi, Ibn Hajar al-‘Asqalani dan lain-lain. Di sini memadai dipetik pujian al-Hafiz Ibn Kathir yang disebut oleh Ibn Hajar al’Asqalani dalam al-Durar al-Kaminah:

“Ibn Qayyim itu banyak bersolat, membaca al-Quran, baik akhlaknya, sangat penyayang, tidak hasad dan dengki. Aku tidak tahu sesiapa di zamannya yang lebih kuat ibadah daripadanya. Beliau bersolat sangat lama, memanjangkan rukuk dan sujudnya.. apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: “inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).


http://drmaza.com/home/?p=1395

Selasa, 19 April 2011

Menjampi Orang Kerasukan Di Bukit Uhud


Dalam tempoh cuti sekolah selama seminggu pada minggu lepas 7-15 April, saya memanfaatkan peluang ini dengan menziarahi Madinah, tempat kedua saya membesar. Menghadiri jemputan program Interfamily anjuran pelajar-pelajar Malaysia University Islam Madinah. 2 hari disana saya pulang ke Riyadh. Datang kembali ke Madinah atas urusan jual beli kereta pada hari Selasa dan pagi Rabu 13 April pulang semula ke Riyadh. Hari Khamis pagi saya dan beberapa rakan pergi pula ke Jubail sekitar 470km daripada Riyadh dan pulang pada malam Jumaat. Akhirnya saya demam keletihan disamping factor cuaca yang tidak menentu dalam tempoh tersebut sehinggalah ke hari ini.


Sedang saya membelek-belek buku di pustaka al-Maghamisi di Madinah selepas Isyak, Ahmad Muslihuddin remaja 14 tahun, menelefon dan meminta saya pergi ke bukit Uhud kerana ada orang kerasukan. Kemudian menghubungi saya semula selang beberapa minit. Kemudian buat kali ketiga dan bapanya sedang menunggu saya bersama-sama Jemaah daripada Dubai itu tidak dapat bergerak kerana salah seorang mereka sedang di ganggu jin. Saya bersama sahabat-sahabat lain keluar daripada kedai buku dan terus menuju ke bukit uhud. Saya bukanlah berniat mahu mengubati kerana saya juga tidak pernah belajar secara rasmi perubatan ruqyah ini secara sempurna.


Apabila sampai berdekatan jabal Ainain (tempat tentera pemanah ditempatkan oleh Nabi dalam peperangan Uhud), saya terus mendegar suara orang sedang meronta-ronta, menjerit dan menangis. Uh, suspen ni! Bulu roma saya berdiri sendiri, seram! Kawan-kawan semua menjauh. Akhirnya saya tampil mendekati si pesakit wanita yang duduk di dalam sebuah kereta itu dan membacakan beberapa ayat al-Quran yang tertentu. Saya tekapkan tapak tangan di kepalanya. Si pesakit kelihatan membuka buah-buah silatnya sambil mendengus dan cuba memalingkan kepalanya untuk memandang muka saya. Saya tekan kepalanya semakin kuat agar tidak dapat melihat saya. Seorang kawan bernama Syafik datang membantu saya. Saya khawatir juga jika tangan kiri pesakit menumbuk badan saya yang memang terbuka kepada serangan, boleh senak saya dibuatnya. Tapi al-hamdulillah, dia (jin) itu masih segan dengan saya (mungkin).


10 minit membaca ayat-ayat ruqyah, saya arahkan supaya dia pergi dan keluar. Arahan saya itu dalam bahasa arab, tetapi jawapannya ialah "Tak NAKKK" kasar dan bengis. Uhhh, melawan ye? Dalam hati saya agak gusar kerana mungkin akan bertambah lama saya menguruskan kes ini. Akhirnya saya membaca ayat 65-70 surah Toha. Tiba-tiba tubuh perempuan itu menggigil dan kelihatan seperti sedang kesakitan. Saya ulang ayat yang sama kali kedua, tiba-tiba kaki kanan saya bergoyang sediri dan semakin kuat seolah-olah digoncang. Ahh, sudah! Habis ayat itu, saya ulang lagi buat kali ketiga. Kaki kanan saya semakin kuat bergoyang dan diketar-ketarkan. Saya memang sedar bahawa saya datang merawat itu tanpa berwuduk, saya fikir untuk berhenti disitu sahaja sebaik saya menghabiskan ayat tersebut. Maka saya lepaskan tapak tangan saya daripada kepalanya dan saya terus berhenti sebaik selesai membacanya buat kali ketiga. Tetapi al-Hamdulillah, perempuan itu juga sedar dan jin Indonesia (mungkin) itu telah keluar. Saya ucapkan al-Hamdulillah di dalam hati dan saya terus membaca zikir-zikir pelindung diri dan beristighfar.


Saya ajak teman-teman untuk terus pulang menuju ke restoran al-Baik kerana belum makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Sudahlah saya tidak cukup tidur, rasa letih dan esok adalah hari Rabu 13 April yang mesti saya pulang ke Riyadh untuk bersedia ke Jubail. Pukul 2 pagi barulah kami tidur sebagai tetamu kepada Hj Khuzaini, ayah kepada remaja yang menghubungi saya untuk meminta saya datang ke bukit Uhud.


Al-Hamdulillah saya tidur dengan tenang, walaupun Ahmad Muslihudin dan akh Azhar tidak dapat tidur terkenangkan orang yang di rasuk jin itu. Esoknya kami bergerak menuju ke Riyadh dan sempat singgah bertamu dan menjamu makan tengahari di Rass Qasim serta tidur sekejap disana. Terima kasih kepada Syeikh Abu Ali Khalid al-Duwais kerana menerima kami sebagai tetamu, terima kasih kepada peneman setia saya, ustaz Fauzi, Muhammad Fitri dan Azhar. Jasa kalian dikenang.


Ahad, 17 April 2011

Jangan Takut & Jangan Bersedih


Oleh: Dr Abdullah Yasin

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيْعًا ، فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى ، فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ ، فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَاهُمْ يَحْزَنُوْنَ

Kami berfirman : Turunlah kamu semua dari syurga itu ! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, mak...a barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran (ketakutan) atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ( Al-Baqarah : 38 )


Pengajaran Ayat :

1. Allah SWT menceritakan bahawa Dia pernah mengusir keluar semua penghuni syurga, iaitu : Iblis, Adam dan Hawa disebabkan oleh dosa-dosa masing-masing. Dosa Iblis kerana enggan sujud kepada Adam dan dosa Adam dan Hawa pula kerana mendekati pokok yang dilarang Allah kerana menuruti godaan Iblis. Selanjutnya mereka semua diusir dari syurga dan akhirnya menjadi penghuni bumi. Bermula dari masa itulah berkembang biak makhluk manusia dan makhluk jin. Kedua-dua jenis makhluk Allah yakni jin dan manusia dicipta dengan satu tujuan iaitu agar mereka beribadat kepada Allah. Firman Allah : ( Aku tidak menjadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku. ( Al-Dzaariyat : 56 )


2. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Adil tidak biarkan jin dan manusia mencari jalan sendiri-sendiri di atas muka bumi, tetapi Allah menurunkan “petunjuk-Nya” untuk dijadikan panduan atau pedoman hidup. Sepakat Ulama Tafsir Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bahawa “petunjuk” yang dimaksudkan itu adalah “Rasul” dan “Kitab”. Demikianlah pengutusan Rasul dan penurunan Kitab dari langit silih berganti sejak zaman itu , generasi demi generasi, hingga akhir zaman. Sebagai contoh : Nabi Musa dengan Tauratnya, Nabi Isa dengan Injilnya, Nabi Muhammad SAW dengan Al-Qurannya. Selanjutnya pada akhir ayat Allah SWT berjanji : Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


3. Maksud perkataan “takut” tidak sama dengan “sedih”. Takut biasanya menyangkut perkara yang akan datang, sedangkan sedih pula berkaitan dengan masa silam. Masa depan bagi setiap kita, antaranya : Sakaratulmaut, pertanyaan malaikat munkar wa nakir dalam kubur, timbang menimbang amalan di padang mahsyar, meniti siratal mustaqim. Masa silam bagi kita pula, antaranya : Mengenang sedih jika gagal menjawap soalan munkar wa nakir ketika di alam barzakh, sedih jika ternyata amalan jahat lebih berat dari amalan soleh ketika dihisab di padang mahsyar, dan lain-lain. Allah SWT berjanji untuk setiap umat dan setiap zaman : Jika kamu ikuti Rasul dan Kitab, nescaya kamu tidak perlu merasa takut dan tidak perlu merasa sedih.


4. Zaman Musa dan Taurat sudah berakhir dengan kemunculan Isa dan Injilnya. Era Isa dan Injilnya juga sudah berakhir dengan kemunculan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran berlaku hingga ke Hari Kiamat. Rasul SAW bersabda : Aku tinggalkan dua perkara, selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Oleh itu, sudah sampai dimana kedekatan anda sebagai umat akhir zaman dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Allah menyuruh agar kita umat akhir zaman menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan (Role Model) – ( Al-Ahzab : 21 ). Allah juga menyuruh agar kita menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk ( Al-Baqarah : 2 dan 185 ). Fikirlah dari sekarang sebelum terlambat. Ingat saudaraku ! Kematian boleh datang bila-bila masa. Malaikat maut (‘Izarail) tidak pilih hanya warga mas untuk dicabut nyawanya atas arahan Allah SWT, tetapi juga para remaja tanpa terikat dengan usia.


5. Fikirkkanlah dan renunglah dengan mendalam tafsiran ayat di atas agar kita masing-masing mempunyai hala tuju dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Semua kita akan menemui Allah setelah mati nanti. Saya bimbang jika ayat 38 surah Al-Baqarah di atas tidak direnung dan dihayati tafsirannya, maka besar kemungkian anda akan menjadi insan yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup. Akhirnya anda akan menjadi mangsa syaitan yang sememangnya bertujuan menyesatkan umat manusia dari “Jalan Allah” dan agar bersamanya disiksa dalam neraka. Tapi jangan bimbang !!! Anda masih ada peluang dan kesempatan untuk memperbetulkan keadaan. Ayat di atas menjanjikan : Anda tidak perlu takut ! Anda tidak perlu bersedih hati ! Asalkan anda ikuti petunjuk yang Allah telah turunkan, yakni : Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran. Allah tidak pernah mungkir janji. Semoga Allah tunjuki kita semua ke Jalan-Nya yang lurus, amin.


Ahad, 10 April 2011

Video Seks Bukan Bukti

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Dr Juanda (kanan) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam.

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu.

"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng.

"Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalsubashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya.

Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal (kiri) berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen.

"Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak.

Rabu, 6 April 2011

مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج

المختصر / أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.
وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم "السلفيين الجدد" هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.
وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى "مقامات الأولياء"، وقال وفق صحيفة "الأهرام": "هذا العمل يخالف صحيح الإسلام

وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه".


أنصار الطائفة الخلوتية يدعمون شيخ الأزهر
الجدير بالذكر أن أنصار الطائفة الخلوتية التي يترأسها شيخ الأزهر الدكتور أحمد الطيب كانت قد نظمت تظاهرة كبيرة تم الحشد لها من جميع المحافظات، رددت فيها الشعارات المشهور تداولها في النظام السابق: بالروح بالدم نفديك يا إمام !! وهو ما أعاد إلى الواجهة واقعة الجمل الشهيرة إبان الثورة التي حاول النظام السابق فيها إظهار وجود أنصار له ترفض تنحيته أو رحيله!!


جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد.


وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات.
وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.


ثوار التحرير يطالبون بإقالة شيخ الأزهر
وكان أعضاء المجلس الأعلى للأزهر قد شاركوا في المظاهرة الحاشدة التي شهدها ميدان التحرير بوسط القاهرة الجمعة، للمطالبة بإقصاء رموز النظام السابق، ومحاكمة المتهمين بالفساد.
وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.


http://www.almokhtsar.com/news.php?action=show&id=146481

Isnin, 4 April 2011

رابطة علماء المسلمين تدين سفك الدماء المحرمة في سوريا

أصدرت رابطة علماء المسلمين بيانا حول الأحداث المؤسفة في سوريا، أدانت فيه سفك الدماء المحرمة، ودعت الحكومة السورية إلى الاستجابة لمطالب الشعب العادلة وتعلم الدروس والعبر مما حدث في مصر وتونس. وقالت الرابطة، التي يتولى أمانتها العامة د. ناصر بن سليمان العمر المشرف العام على موقع "المسلم" ويترأسها الشيخ الأمين الحاج، في بيان أصدرته يوم الأحد إن "الشعب السوري يعيش في هذه الأيام ظروفاً من التحديات كما عاشتها شعوب قبله في تونس ومصر وغيرهم، حيث خرج هذا الشعب مطالباً بحقوقه العادلة"، معتبرة أن هذه الحقوق "هي الحد الأدنى"، مثل "إتاحة الحرية المشروعة للناس وإلغاء القوانين الظالمة، ومحاربة الفساد الإداري وإبعاد الأمن الذي تسلط على الناس وأذلهم".


وعبر البيان عن إدانة الرابطة وأسفها "لسفك الدماء المعصومة المحرمة"، عندما واجهت قوات الأمن المظاهرات السلمية بإطلاق النار عليها، ما أدى إلى سقوط عشرات القتلى والجرحى. كما تقدمت الرابطة بالتعازي لأهالي الشهداء الذين "سقطوا دفاعاً عن حقوقهم المشروعة". وقال البيان إنه "كان الأجدر بحكومة سورية أن تصغي لمطالب الناس العادلة"، الذين "عاشوا عقوداً من الزمن تحت خط الظلم والفقر والقهر، وصبروا لعل التغيير أن يأتي دون الاضطرار للمظاهرات، ولكن شيئاً من هذا لم يقع، فخرجوا يريدون العيش الكريم والحياة العزيزة التي كفلها لهم الإسلام".


وأضاف: "إن الرابطة كانت تتمنى أن تأخذ الحكومة السورية الدروس والعبر مما حدث في البلْدان الأخرى وأن تتنازل عن كبريائها وتقبل بمطالب الشعب المشروعة، فإن الاستبداد آثاره وخيمة، وعندما تستجيب لمطالب الناس فإنها تقوم بواجباتها التي تحقق لها ولهم الأمن والسلام والتنمية، فإن استمرت بسياسة الظلم فإن سنة الله جارية". وفيما يلي نص البيان:

بيان من رابطة علماء المسلمين حول الأحداث الجارية في سورية

Sabtu, 2 April 2011

Nur Muhammad Rahsia & Kebenarannya


Oleh: Maulana Muhammad Asri Yusuf


1. Pengenalan

Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad. Kenyataan seperti ini telah menimbulkan banyak pula fahaman-fahaman lain berhubung dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.


Ia juga mendekatkan kepada konsep Nur Panjthan (Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Ia juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi kejadiannya berbeza dari yang lain kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Untuk ini banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula

hadis-hadis yang sahih diketepikan atau diabaikan langsung.


Walaupun pengarang kitab-kitab sirah dan maulid dan juga pengarang-pengarang kitab-kitab tasauf itu mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tetapi tidak pula mereka menyatakan sanadnya, di samping tidak diketahui langsung punca-puncanya yang boleh dipertanggungjawabkan. Kalaupun ada hanya satu hadis yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya, InsyaAllah akan diterangkan kemudian. Tetapi anehnya banyak lagi perincian yang tidak terdapat di dalam hadis Abdul Razak itu tentang Nur Muhammad dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan mereka. Sebagai contohnya, dapat kita lihat pada muka surat pertama lagi daripada kitab “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al Barzanji”. Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptanya langit dan bumi selama 50,000 tahun.


2. Nur Muhammad Versi Ka’bul Akhbar

Kata Ka’bul Akhbar, “Bila Allah hendak menjadikan sekelian maujudat dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit-langit, maka Dia menggenggam satu genggaman daripada NurNya. Diapun berkata kepada segenggam NurNya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang daripada Nur yang berkilau-kilau sampai daripada hijab kegelapan lalu Nur itupun bersujud seraya berkata “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Kuciptakan engkau dan Kunamakan engkau Muhammad. Daripadamulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan denganmulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan NurNya itu kepada 4 bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan nya Qalam. Kemudian Allah berfirma kepada Qalam, “Tulislah”. Maka menggeletarlah Qalam itu selama 1,000 tahun justeru hebatnya perintah Allah kepadanya itu. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laailaha illallah Muhammadun Rasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) berhubung dengan makhlukNya.


Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..” Qalam sudah hampir menulis akan dimasukkanNya ke dalam neraka tiba-tiba terdengar seruan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah dengan tangan Qudrat . Kerana itulah pada kebiasaannya setiap qalam tidak menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah dan berbintik-bintik dan tuhanpun berkata kepadanya, “Tulislah ummat yang berdosa dan Tuhan Yang Pengampun”.


Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.

Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah `Azzawajalla menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.


Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?” Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul yang akan Ku keluarkan daripada belakangmu.” Berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur itu di sebelah hadapanku supaya malaikat mengadapku.” Maka Allahpun meletakkannya di dahinya. Pada ketika itu para malaikat pun berdiri mengadap wajah Adam lalu Adam pun berkata “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur ini di suatu tempat yang dapat aku melihatnya”. Maka Allahpun meletakkan Nur Muhammad itu di jari telunjuknya.

Adam melihat kepada kecantikan Nur itu, maka bertambah-tambahlah kecantikan dan serinya. Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bagai matahari yang bersinar-sinar. Kemudian Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa, berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.


Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi, dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.


3. Nur Muhammad Versi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathaani

Contoh yang kedua pula dapat kita lihat di dalam kitab – kitab seperti “Daqaa’iqu Al Akhbar Fi Zikri Al Jannati Wa An Nar” karangan Abdul Rahim bin Ahmad Al Qadhi, “Kasyfu Al Ghaibiah” sebuah kitab jawi karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fathaani dan lain – lain di mana disebutkan di dalam helaian pertamanya lagi tentang kejadian Nur Muhammad itu tetapi ia jauh berbeza daripada apa yang terdapat di dalam kitab “Madariju As Su’ud” tadi , begini bunyinya ;

Bab Yang Pertama Pada Menyatakan Kejadian Ruh Agung Iaitu Nur Penghulu Kita Dan Nabi Kita Muhammad s.a.w.


Tersebut di dalam hadis bahawasanya Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan . Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al Muttaqin.” Dalam sesetengah riwayat tersebut “ Syajaratu Al Yaqin “ . Kemudian Ia menjadikan Nur Muhamamd di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun .


Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya . Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu , dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok . Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan bertitiklah daripadanya enam titik peluh .

Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr ra. Dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar ra . Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Utsman ra . Dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali ra . Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi.

Setelah itu bersujudlah Nur Muhammad itu sebanyak lima kali. Lima kali sujud itu merupakan fardhu yang ditentukan oleh Allah swt berupa sembahyang lima waktu ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ummatnya.


Kemudian Allah menilik pula kepada Nur itu, maka berpeluhlah ia kerana malu kepada Allah. Daripada peluh hidungnya Allah menjadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan arasy, qursi, lauh, qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala sesuatu yang terdapat di langit. Daripada peluh dadanya Allah menjadikan sekelian nur Rasul, sekelian ulamak, syuhada’ dan solihin. Daripada peluh belakangnya Allah menjadikan Baitul Ma’mur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan segala tapak masjid di dunia ini.


Daripada peluh dua keningnya itu Allah menjadikan ummat Nabi Muhammad, daripada sekelian mukmin lelaki dan perempuan. Daripada peluh dua telinganya Allah menjadikan segala ruh Yahudi, Nasrani, Majusi dan seumpamanya daripada mulhid, kafir dan munafiqin. Daripada peluh dua kakinya Allah menjadikan segala bumi daripada Masyrik dan Maghrib dan segala apa yang ada di dalamnya.

Kemudian Allah berfirman kepada Nur, “Perhatikanlah di sebelah hadapanmu wahai Nur Muhammad!” Apabila ia memerhatikan tiba-tiba ia melihat di sebelah hadapan dan belakangnya dan di sebelah kanan dan kirinya nur semata-mata. Nur-nur itu adalah Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali. Nur-nur itu kemudiannya bertasbih selama 70,000 tahun. Kemudian Allah menjadikan nur para Nabi daripada Nur Muhammad. Allah menilik kepada Nur Muhammad maka dijadikanNya daripada Nur itu ruh-ruh mereka itu yakni dijadikan ruh sekelian Nabi itu daripada peluh Nur Muhammad saw. Daripada peluh ruh-ruh para Nabi itu dijadikan ruh-ruh ummat mereka dan dijadikan ruh orang-orang mukmin dari kalangan ummat Muhammad daripada peluh Nabi Muhammad. Maka mengucaplah sekelian mereka ‘Laaila ha illallah Muhammadun Rasulullah”.

Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiaq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

Lalu diletakkan di dalam qandil itu. Maka berdirilah ia di dalam qandil itu seperti berdirinya di dalam sembahyang dan ruh-ruh para Nabi dan lain-lain mengelilingi qandil Nur Muhammad itu. Mereka semua bertasbih dan bertahlil selama 100,000 tahun.


Kemudian Allah memerintahkan supaya tiap-tiap ruh itu menilik Nur Muhammad itu. Ada di antaranya melihat kepalanya maka jadilah ia khalifah dan sultan antara sekelian makhluk, di antara mereka ada yang melihat dua matanya maka jadilah ia hafiz bagi kalam Allah . Di antara mereka ada yang melihat dua keningnya maka jadilah ia pelukis. Di antara mereka ada yang melihat dua telinganya maka jadilah ia orang yang mendengar dan patuh. Di antara mereka ada yang melihat dua pipinya maka jadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal. Di antara mereka ada yang melihat dua bibir mulutnya maka jadilah ia pembesar-pembesar di sisi raja. Di antara mereka ada yang melihat hidungnya maka jadilah ia pujangga, doktor dan penjual wangi-wangian . Di antara mereka ada yang melihat mulutnya maka jadilah ia orang yang berkuasa. Di antara mereka ada yang melihat kakinya maka jadilah ia orang rupawan sama ada lelaki atau perempuan. Di antara mereka ada yang melihat akan lidahnya maka jadilah ia utusan raja-raja. Di antara mereka ada yang melihat halkumnya maka jadilah ia penasihat dan muazzin (tukang azan). Di antara mereka ada yang melihat janggutnya maka jadilah ia orang yang berjuang “fi sabilillah.”


Di antara mereka ada orang yang melihat tengkoknya maka jadilah ia saudagar. Di antara mereka ada yang melihat dua lengannya maka jadilah ia orang yang pandai bermain kuda dan pedang. Di antara mereka ada yang melihat lengan kanannya maka jadilah ia tukang berbekam. Di antara mereka ada yang melihat lengan kirinya maka jadilah ia orang yang jahil. Di antara mereka ada yang melihat tapak tangan kanannya maka jadilah ia penjual emas dan perak dan tukang sukat. Di antara mereka ada yang melihat tangan kirinya maka jadilah ia orang yang pandai menyukat. Di antara mereka ada yang melihat dua tangannya maka jadilah ia orang yang pemurah dan terpuji. Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kiri maka jadilah ia orang yang bakhil. Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kanan maka jadilah tukang masak. Di antara mereka ada yang melihat ruas-ruas anak jari yang kiri maka jadilah ia juru tulis. Di antara mereka ada yang melihat anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang jahit. Di antara mereka ada yang melihat segala anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang besi. Di antara mereka ada yang melihat dadanya maka jadilah ia orang yang `alim, mulia dan mujtahid. Di antara mereka ada yang melihat belakangnya maka jadilah ia orang yang tawadhu’ dan taat mengikut syara’. Di antara mereka ada yang melihat dua lambungnya maka jadilah ia orang yang berperang fi sabilillah. Di antara mereka ada yang melihat perutnya maka jadilah ia orang yang bersifat qana’ah dan zahid. Di antara mereka ada yang melihat dua lututnya maka jadilah ia orang yang ruku’ dan orang yang sujud. Di antara mereka ada yang melihat dua kakinya maka jadilah ia orang yang pandai berburu. Di antara mereka ada yang melihat dua tapak kakinya maka jadilah ia orang yang berjalan. Di antara mereka ada yang melihat bayang-bayangnya maka jadilah ia penyanyi dan pemain gendang.

Di antara mereka ada yang tiada melihat sesuatu daripadanya maka jadilah ia Yahudi dan Nasrani atau kafir dan musyrik atau Majusi. Di antara mereka ada yang tiada langsung melihatnya maka jadilah ia orang yang mendakwa ketuhanan seperti Fir’aun dan lainnya daripada orang kafir”.



4. Makhluk Yang Mula-Mula Dicipta Allah Mengikut Hadis Yang Sahih

Sedangkan apa yang diketahui daripada kitab-kitab hadis yang sahih dan muktabar, yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah SWT ialah Qalam. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud daripada Ubadah bin As Samit daripada Nabi s.a.w., “Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah ialah Qalam. Maka Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Iapun berkata, “Wahai Tuhan! Apakah yang perlu saya tulis?” Allah SWT bersabda, “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga kiamat.”


Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa yang mula-mula diciptakan oleh Allah ialah `Arasy. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. Ketika itu arasyNya telahpun berada di atas air”.

Di sini jelas menunjukkan bahawa kejadian arasy dan air adalah terdahulu daripada kejadian pen, tetapi yang mana satu daripada arasy dan air ini pula terdahulu diciptakan? Berdasarkan riwayat Ahmad dan Tirmidzi dan dihukum sahih olehnya dari hadits Abi Razin Al’Uqaili secara marfu’ tersebut bahawa air telah diciptakan terlebih dahulu daripada arasy. Hafidz Ibn Hajar di dalam Fathul Baari j.6 ms. 289 juga mentarjihkan hadis ini.


Kebanyakan ulamak mengatakan terdahulunya pen itu dalam penciptaannya adalah merupakan “awwaliah idhafiah” atau “terdahulu nisbi” sementara terdahulunya arasy dan air itu adalah terdahulu “awwaliah haqiqiah” maksudnya “terdahulu sebenar”.

Sementara hadis yang dikatakan menyebutkan bahawa kejadian yang pertama sekali ialah Nur Muhammad pula merupakan sesuatu yang tidak berasal dan tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w.. Hafidz Ibn Taimiah dan Ibn Katsir menyatakan, “Semua hadis-hadis yang menyatakan demikian adalah palsu dan diada-adakan dengan ittifaq ahli ilmu hadis”. -lihat Al Aatsaru Al Marfu’ah muka surat 23. Demikian juga kata Abu Hasan Ali bin Muhammad Al Kinani dan Imam Zahabi – lihat Tanzihu As Syari’ah Al Maarfu’ah.


5. Kedudukan ‘Hadis’ Tentang Nur Muhammad

Ada dikatakan hadis tentang Nur Muhammad telah dikemukakan oleh Abdul Razak bin Hamam dalam “Musannaf”nya padahal hadis itu tidak terdapat dalam kitab tersebut menurut perhatian penulis terhadap kitab Musannaf cetakan Al Maktabu Al Islami, Beirut, dengan tahqiq oleh Allamah Al Muhaddits Habibur Rahman Al-A’zami.

Yang menghairankan ialah para ulamak yang lalu menyebutkan hadis ini terdapat di dalam Musannaf seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasauf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad Durun an Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu.


Sementara Anwar Shah Kasymiri pula menyatakan hadis itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam Mustadraknya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadis itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadis tentang Qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad. Tidaklah dapat dipastikan samada ulamak-ulamak yang lalu itu hanya menukilkan riwayat dari nukilan dan kata-kata orang lain berdasarkan kepercayaan kepada orang itu tanpa melihatnya sendiri atau ada di antara mereka yang mendapati naskah “Musannaf” yang menyebutkan tentang Nur Muhammad itu.


Walaubagaimanapun daripada naskah yang tercetak dan tersebar hari ini, hadis itu memang tidak wujud. Apa yang didakwakan sebagai hadis Nur Muhammad yang terdapat di dalam kitab Musannaf itu mengikut sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Riza Khan Barelwi (Pengasas aliran Barelwi di India dan Pakistan) yang sesat itu di dalam kitabnya Solatu As Safa adalah sebagai berikut:

“Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya. Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya. Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka. Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia. Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian. Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy. Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain. Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian ….” hingga ke akhir hadis.

Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadis ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak. Kalau diandaikan hadis ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan ditimbang dengan neraca ilmu hadis dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadis ini untuk dijadikan sebagai alasan atau pegangan.


Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu? Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadis bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah. Setengah ulamak menganggapnya sebagai pembohong. Ulamak-ulamak hadis yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya. Antaranya ialah:


1. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.

2. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.

3. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesedaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.

4. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.

5. 5. Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadis-hadis Ma’mar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma’mar.

6. Sekiranya hadis yang diriwayatkannya itu hadis yang muttasil dan setiap perawinya adalah orang tsiqah barulah boleh diterima riwayatnya.


Itupun bagi orang-orang yang menerima riwayatnya, sementara segolongan ulamak hadis pula langsung tidak mahu menerima riwayatnya oleh kerana beliau dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Zaid bin Al Mubarak malah menyatakan Abdul Razak itu lebih pembohong daripada Waqidi. Ahmad bin Abi Khaitsamah berkata, “Saya mendengar Ibn Ma’in ketika diceritakan kepadanya bahawa Imam Ahmad berkata, “Ubaidullah bin Musa ditolak hadisnya kerana kefahaman Syiahnya “Maka Ibn Ma’in berkata, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Abdul Razak lebih melampau 100 kali ganda daripada Ubaidullah dalam perkara ini “(Az Zahabi-Mizanu Al-I’tidal jilid 2 muka surat 611)


Bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak hadis tentang Abdul Razak ialah, beliau adalah seorang Syiah Tafdhiliah dan boleh diterima riwayat-riwayatnya dengan syarat-syarat yang telah disebutkan tadi.

Kedua, perlu juga dilihat kedudukan kitab Musannaf itu di antara kitab-kitab hadis yang lain dan menurut Syah Abdul Aziz bahawa kitab-kitab hadis itu terbahagi kepada empat peringkat. Termasuk di dalam peringkat yang pertama tiga buah kitab iaitu Muwattha’ Imam Malik, Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim. Termasuk di dalam peringkat yang kedua ialah kitab-kitab seperti Jami’ Tirmidzi, Sunan Abi Daud dan Sunan Nasa’i. Di dalam peringkat yang ketiga pula termasuk kitab-kitab hadis yang memuatkan hadis-hadis sahih, hasan, dhaif, ma’ruf, gharib, syaz, mungkar, khatha’ dan shawab (salah dan betul) sabit dan maqlub. Kitab-kitab yang termasuk dalam peringkat yang ketiga ini tidaklah sampai kepada kemasyhuran yang begitu tinggi di kalangan ulamak. Walaupun tidak semua hadis-hadisnya boleh dinamakan mungkar, para fuqaha tidak banyak menggunakan hadis-hadis daripada kitab-kitab ini yang mutafarrid (hadis yang hanya tersebut di dalam salah satu daripada kitab-kitab ini)

Termasuk di dalam peringkat ini ialah kitab-kitab seperti Musnad Imam Syafi’e, Sunan Ibn Majah, Musnad Ad Daarimi, Musnad Abi Ya’la, Musannaf Abdul Razak dan lain-lain. Termasuk di dalam peringkat keempat pula kitab-kitab hadis yang hanya memuatkan hadis-hadis dhaif dan maudhu’ seperti Kitabu Ad Dhu’afa’ karangan Ibn Hibban, Kitabu Ad Dhu’afa’ karangan `Uqaili dan lain-lain.

Daripada keterangan di atas dapat dilihat bahawa Musannaf Abdul Razak itu termasuk daripada kitab-kitab hadis dari peringkat ketiga. Riwayat-riwayatnya tidak boleh diterima secara mutlak tanpa memeriksa dan menilainya terlebih dahulu.


Sesetengah ulamak misalnya Maulana Habibur Rahman Kandahlavi seorang tokoh hadis di Pakistan menyatakan kepalsuan hadis ini ditinjau dari sudut dirayah. Begini katanya “Hadis ini menyatakan bahawa Nur Muhammad telah dicipta oleh Allah dari NurNya. Kemudian daripada Nur Muhammad itu diciptakan sekelian makhluk lain, seolah-olahnya Allah telah terbahagi kepada juzuk-juzuk dan jisim yang tidak berkesudahan buat selama-lamanya. Ini bermakna setiap sesuatu dalam alam semesta ini merupakan satu juzuk daripada Allah dan setiap sesuatu darinya mempunyai unsur ketuhanan. Tiada lagi yang sunyi dari unsur ini. Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Anal haq” “Ana Rabbukumul a’la” mungkin juga dari satu sudut ada kebenarannya.

Ketika itu perbezaan antara khaliq dan makhluk, ‘abid dan ma’bud dan malik dan mamluk yang ditekankan dengan sejelas-jelasnya dalam Al-Quran sudah tidak bererti lagi. Inilah sebenarnya asas kepada faham “Wahdatul Wujud” atau “Serba dia” yang sesat itu yang menganggap segala sesuatu sebenarnya Dia (Tuhan).


Kalau dikatakan pula juzuk-juzuk yang terpisah dari Allah itu akan fana bermakna Allah juga akan fana dan kalau dikatakan pula bahawa juzuk-juzuk itu tidak akan fana tetapi sebaliknya akan bergabung kembali dengan zat Allah yang merupakan puncanya maka tidak ada perbezaan pula dengan kepercayaan orang-orang Kristian terhadap Nabi Isa dan fahaman yang seperti inilah asas kepada Trinity. Tetapi orang-orang Kristian menghadkan pecahan Tuhan kepada tiga sahaja. Golongan ini pula telah memasukkan sekelian makhluk dalam lingkungan ketuhanan.

Seandainya kita menerima satu juzuk daripada zat ini telah terpisah dari zat Allah maka ia akan membawa kepada dua keadaan: Pertama: Sesuatu yang boleh dibahagikan kepada beberapa juzuk adalah jisim dan akan musnah. Ini membawa kepada Allah dipercayai berjisim dan akan musnah. Kedua: Bila dianggap satu juzuk daripada Allah telah terpisah daripadaNya, maka ia bermakna sudah pasti berlaku kekurangan pada zat Allah.


6. Tujuan Sebenar Mengapa Konsep Nur Muhammad Diketengahkan

Pengamatan secara logik terhadap riwayat-riwayat ini sebenarnya akan membawa kita kepada satu natijah bahawa riwayat-riwayat yang seperti ini merupakan “tabarra” (pernyataan rasa benci) terhadap Allah Taala. Perkara yang seperti ini tidak hairan jika datangnya daripada seorang Syiah. Yang paling menghairankan ialah bagaimana ramai daripada ulamak-ulamak Islam terpedaya dengannya sehingga menganggapnya sebagai suatu keistimewaan Rasulullah pula.

Anggapan bahawa Allah adalah Nur adalah salah kerana Nur adalah makhluk Allah. Makhluk dan Khaliq adalah berlainan. Kalau tidak akan lahirlah aqidah “Wahdatul Wujud” tadi. Dalam Al Quran dapat kita lihat sekian banyak ayat yang menunjukkan Nur sebagai makhluk, contohnya:

1. “Dia telah menjadikan kegelapan dan cahaya” (Surah Al An’am: 1)

2. “Kami telah jadikan untuk manusia nur (cahaya) yang mana dia membawanya dikalangan manusia” (Surah Al An’am: 122)

3. “Sesiapa yang Allah tidak menjadikan untuknya nur (cahaya), dari manakah akan diperolehinya nur?” (Surah An Nur: 40)


Perlu diingat bahawa “ja’il” dan “ma’jul” yakni yang menjadikan dan yang dijadikan itu tidak mungkin sama kerana “ja’il” bererti yang mencipta sedangkan “ma’jul” bermakna yang diciptakan atau makhluk sedangkan pencipta dan yang dicipta, pembuat dan yang dibuat mustahil sama. Ramai juga orang terkeliru apabila membaca firman Allah yang berbunyi, “Allah adalah nur langit-langit dan bumi”. Orang-orang awam mungkin sekali terpedaya dengan ayat-ayat yang seperti ini tetapi amat dikesali sekiranya alim ulamak terpedaya dengannya kerana dalam bahasa Arab nur adalah “masdar” dan “masdar” ada kalanya memberi makna “masdari”, ada kalanya memberi makna maf’ul dan ada kalanya memberi makna “fa’il”. Kerana itulah ahli-ahli tafsir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan, “Allahu munawwiru assamaawaati wal ardh (Allah yang menyinari langit-langit dan bumi)”


Jika Allah bukan Nur maka sudah tentu tidak timbul lagi persoalan kejadian sesuatu daripada NurNya. Sekiranya Nur Muhammad itu benar-benar diciptakan daripada Nur, apakah halangannya kepada Allah untuk menyatakan dengan terus terang bahawa Dia menjadikan nabi Muhammad daripada Nur sebagaimana dijadikan Malaikat? Masalahnya apabila dikatakan asal kejadian manusia itu daripada nur maka ia akan bertentangan dengan ayat Allah yang lain yang bermaksud, “ kami telah menciptakan manusia daripada tanah ……”


Bagaimanapun itu adalah pendapat Maulana Habibur Rahman yang mungkin sebahagian daripada komentarnya itu boleh dipertikaikan atau ditakwilkan. Misalnya dengan mengatakan, “Memang Allah itu Nur tetapi bukan seperti Nur yang lain seperti mana yang dinyatakan Allah mempunyai tangan (di dalam al-Quran) tetapi bukan seperti tangan makhluk. Begitu juga Allah mempunyai mata tetapi bukan seperti mata makhluk. Apa yang hendak dinyatakan ialah nur itu ialah salah satu daripada nama sifat tuhan dan ini diterima oleh semua.


Yang dimaksudkan dengan menjadikan nur NabiNya daripada nurNya bukanlah bermakna menjadikan Nur Muhammad daripada sebahagian nur Tuhan yakni dengan memakai “min li attab ‘idh” dengan erti sebahagian atau satu juzuk daripada Nur Tuhan”. Tidakkah boleh juga dipakai “min” itu dengan erti “ibtida’iah” bermakna kejadian Nur Muhammad itu berpunca daripada sifat nur Allah seperti dalam Al Quran Allah menyebutkan tentang kejadian Nabi Adam bermaksud, “Bila Aku menyempurnakan kejadiannya (Adam) dan meniupkan ke dalamnya “min ruhi” (daripada ruhKu) “Di sini tidak bermakna ruh Nabi Adam itu dijadikan daripada sebahagian ruh Allah dengan memakai “min li attab’idh” tetapi semua ulamak mengatakan bahawa ruh Nabi Adam itu adalah daripada kejadian Allah swt yakni Allah yang menjadikan ruh dan meniupkannya ke dalam tubuh Nabi Adam. Ini bererti persamaan yang terdapat pada perkataan nur atau ruh itu adalah persamaan pada lafaz sahaja bukannya persamaan sifat hakikat itu seperti sifat Tuhan Al-Malik yang bererti raja, apakah Raja yang terdapat di dunia ini boleh disamakan dengan Allah yang bersifat Al-Malik itu kerana ia seorang Raja, dan ia dikatakan “Al Malik dikalangan manusia? Tentu sekali tidak.!


Bagaimanapun perkara ini mengelirukan sehingga ada sesetengah ulamak yang menyimpulkan begitu. Sebagai contohnya Maulana Habibur Rahman kerana realiti yang dihadapi oleh beliau daripada kepercayaan dan gelagat-gelagat golongan barelwi yang terdapat di India dan Pakistan dengan jelas menyatakan nur Muhammad itu adalah sebahagian daripada Nur Tuhan sebagaimana yang terdapat dalam serangkap syair dalam bahasa Urdu oleh salah seorang tokoh Barelwi begini bunyinya:

“Vohi jo mustavi arasy tha khudha ho kar”

Utar para Madina mei Mustafa ho kar”

Bermaksud:

“Dialah yang telah bersemanyam di atas arasy sebagai Tuhan

Turun ke Madinah sebagai Mustafa (Muhammad)”

Bukankah penyelewengan yang seperti ini berpunca daripada pentafsiran tentang Nur Muhammad yang dikatakan berasal daripada hadis itu?.


Memanglah tidak sia-sia takwilan yang telah dikemukakan tadi kalau sekiranya ia dikemukakan untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul daripada hadis yang sahih tetapi setelah jelas hadits itu bukan sahih bahkan ia adalah hadis yang maudhu’, tidak perlu lagi kepada takwilan yang seperti itu. Apalagi ia membuka pintu kepada golongan-golongan yang menyeleweng yang membawa fahaman “Wahdatul Wajud” (Serba Dia) atau aqidah Triniti dan sebagainya.

Untuk diterima Nabi Muhammad merupakan Nur dalam pengertian majazi (bahasa pinjaman) tidaklah ditolak oleh semua ulamak. Memanglah Nabi Muhammad mempunyai sifat seperti cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Kalau terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan Nabi Muhammad sebagai Nur maka ia mengisyaratkan kepada erti yang seperti ini. Sama sekali ia tidak menunjukkan Nabi Muhammad berasal daripada Nur seperti kejadian malaikat umpamanya. Dalam pengertian majazi ini Nur tidak dikhususkan untuk Nabi Muhammad sahaja bahkan Nur juga dipakai dengan erti ugama Islam, Al Quran dan lain-lain lagi.

Sebenarnya riwayat-riwayat yang seperti ini adalah rekaan orang-orang Syiah dengan tujuan meratakan jalan untuk konsep “Panjthan” dalam ajarannya yang mengatakan bahwa Nur itu berpecah kepada lima iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Mereka berharap apabila ummat Islam bersedia menelan sebiji ubat pahit ini, maka mereka akan terus bersedia menelan biji-biji ubat yang lebih pahit daripada itu. Kerana itulah dapat kita lihat di dalam tafsir-tafsir Al-Kalbi dan ahli-ahli seerah yang terpedaya dengannya, bahawa Nur itu berpindah-pindah daripada Nabi Adam kepada Nabi Syith dan seterusnya kepada Abdul Mutalib. Selepas Abdul Mutalib Nur itu berpecah kepada dua, Yang pertama pergi kepada Abdullah ayahanda Nabi kita Muhammad saw. Dan yang kedua pergi kepada Abdu Manaf atau Abu Talib iaitu ayah kepada Sayyidina Ali.

Kenyataan ini tersebut dalam kitab-kitab Syiah seperti “Ilaalu As Syarai” jilid 1 muka surat 159 karangan Ibn Babwaih dan “Khitabu Al Khisal” jilid 1 muka surat 189 oleh pengarang yang sama.

Daripada Abdullah, Nur itu diterima oleh Nabi kita, daripada Abdu Manaf ia diterima oleh Sayyidina Ali. Kerana itulah mereka memanggil Nabi sebagai “Imamul Anbiya” dan Sayyidina Ali sebagai “Imamul Auliya”.


Riwayat ini dengan terang menyatakan bahawa Sayyidina Ali mempunyai kesamaan darjat dengan Rasulullah s.a.w. Keistimewaan yang diperolehinya bukanlah melalui Nabi tetapi melalui kejadian semulajadinya. Kerana itulah Baqir Al Majlisi dalam “Jilaau Al ‘Uyun” meriwayatkan bahawa di hari pertama kelahirannya lagi Sayyidina Ali telah bercakap. Dia bertanya Nabi s.a.w., “Adakah engkau mengenali diriku?” Nabi s.a.w menjawab, “Ya”. Kemudian Nabi saw bertanya Sayyidina Ali begitu juga dan Sayyidina Ali juga menjawab, “Ya” hari ini dinamakan hari “Arfah” iaitu “Hari Perkenalan”.


Tujuan mereka mengadakan riwayat yang seperti ini ialah untuk mengemukakan jalan Wilayah dan Imamah yang beriringan dengan jalan Nubuwwah dan Risalah. Tidak hairanlah jika dilihat dalam silsilah-silsilah tarekat tasauf yang berusaha mendapatkan maqam kewalian, mempunyai perkaitan dan perhubungan dengan Sayyidina Ali. Semuanya berakhir dan berhenti silsilahnya pada Sayyidina Ali yang merupakan Imamul auliya’ seolah-olahnya tidak ada sahabat-sahabat yang lain yang merupakan jalan untuk sampai kepada maqam kewalian itu selain daripada Sayyidina Ali. Bukankah ini merupakan suatu kesan daripada memecahkan Nur Muhammad kepada Abdullah dan Abu Talib tadi?.


Ibn Saad, Thabarani , Abu Nu’aim, Bazzar dan lain-lain telah menukilkan satu riwayat ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud, “Dia melihat engkau ketika engkau berdiri dan berbolak balik di kalangan orang-orang yang sujud”, bahawa ayat ini bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. dalam perpindahannya dalam sulbi para Nabi bermula daripada Adam sampailah kepada kemunculannya dilihat oleh Allah”, padahal “siaq” (ayat berikut) dan “sibaq” (ayat sebelum) ayat ini langsung tidak menyokong tafsiran yang dikemukakan malah riwayat ini adalah palsu kerana ia telah dinukilan oleh Al Kalbi daripada Ibn Abbas, sedangkan anak-anak murid Ibn Abbas seperti Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain pula tidak mengemukakan tafsiran seperti ini bahkan mereka semua menyatakan, “Yang dimaksudkan dengan “berbolak balik engkau itu” ialah “qiam dan sujud engkau dalam sembahyang bersama sahabat”.


Selain dari itu dakwaan Nur Muhammad itu berpindah dari seorang nabi kepada seorang nabi yang lain terus menerus sampailah kepada Nabi Muhammad adalah sesuatu yang salah kerana berapa orangkah daripada anak cucu Nabi Ismail selain daripada Rasulullah saw yang telah dilantik menjadi Nabi?. Begitu juga berapa orangkah yang dilantik menjadi Nabi daripada anak cucu Nabi Nuh hingga kepada Nabi Ibrahim? Sebenarnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali.


Kalau dimaksudkan perpindahan Nur Muhammad itu adalah di kalangan nenek moyang Nabi, maka itu bercanggah dengan kenyataan kerana ramai sekali di antara nenek moyang Nabi kita terdiri dari orang musyrik dan penyembah berhala dan inilah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Untuk menyembunyikan satu dusta kadang-kadang manusia itu terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tiada atau terpaksa berdusta beratus-ratus kali. Oleh kerana Syiah telah menetapkan bahawa kesemua nenek moyang Rasulullah s.a.w. adalah berugama Islam, terpaksalah mereka mengada-adakan sekian banyak hadis palsu yang lain sepertimana dapat dilihat dalam hadis-hadis yang menyatakan perpindahan Nur Muhammad daripada seorang nabi kepada seorang nabi yang lain, dari Adam dan berakhir pada Abdul Mutalib, dari Abdul Mutalib itu Nur Muhammad tadi berpecah dua, satu pergi kepada Abdullah ayah Nabi kita dan satu lagi pergi kepada Abdu Manaf iaitu Abu Talib, ayah kepada Sayyidina Ali.


Tujuan mereka ialah meletakkan Sayyidina Ali sejajar dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak kurang daripada Nabi s.a.w. Kalau Nabi merupakan Sayyidul Anbiya’ maka Sayyidina Ali pula merupakan Imamul Auliya’. Sementara Imam Wali dan Wasi pula bagi mereka (golongan Syiah) adalah satu pangkat yang sebenarnya tidak kurang daripada pangkat kenabian kerana terdapat segala ciri kenabian padanya seperti dilantik oleh Allah; wajib ditaati, terpelihara daripada dosa-dosa, didatangi oleh malaikat yang lebih agung daripada Jibril dan Mikail, cuma ia tidak dinamakan “Nabi” sahaja. Dari sini dapat kita lihat bahawa kejadian Nur Muhammad itu bertitik tolak juga daripada ajaran Syiah.

Jika dilihat daripada konsep “Panjthan” oleh Syiah iaitu lima peribadi istimewa iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain, kita dapati bahawa konsep Nur Muhammad ini betul-betul berpunca daripada Syiah misalnya daripada satu riwayat Syiah yang diambil daripada Sayyidina Ali daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya, “Sesungguhnya aku dan Ahli Baitku merupakan Nur di hadapan Allah Tabarakwatala sebelum Dia menjadikan Adam selama 14,000 tahun” - Al Ihtijaj jilid 1 muka surat 212 karangan At Thabarsi. Dalam satu riwayat yang lain disebutkan” …… 7,000 tahun sebelum kejadian Adam” – Iiaau As Syara’ jilid 1 muka surat 208 karangan Ibn Babwaih. Dalam riwayat yang ketiga tersbut “Aku dan Ali diciptakan dalam satu nur 2,000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam” – (ibid) jilid 1 muka surat 134.


7. Sanggahan Terhadap Konsep Nur Muhammad

Sementara itu jika dilihat di dalam riwayat yang mula-mula dikemukakan dalam maqalah ini tersebut bahawa daripada Nur Muhammad dijadikan Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali, bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dalam riwayat-riwayat Syiah semua ini tidak ada? Mungkin juga ada orang Ahlus Sunnah yang jahil telah berusaha menandingi riwayat yang direka oleh Syiah itu dengan mereka hadits Nur Muhammad yang berpecah kepada Sayyidina Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali untuk membuktikan bahawa mereka itu juga tidak kurang daripada Ali atau mungkin juga riwayat inipun direka oleh Syiah atas nama Ahlus Sunnah untuk menunjukkan bahawa ahlus sunnah juga tidak berbeza dengan mereka dalam konsep asal Nur Muhammad itu sendiri. Yakni Ahlus Sunnah juga menerima kewujudan Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama lahirnya daripada Tuhan seperti yang dipercayai oleh Syiah?.


1. Nur Muhammad itu begitu istimewa sehingga diriwayatkan bahawa seramai 200 orang perempuan Bani Abdul Manaf dan Qabilah Makhzum telah mati kerana tergila-gilakan Abdullah ayahanda Nabi Muhammad saw. Mereka mati dalam keadaan membujang dan tidak ada seorangpun daripada perempuan Quraisy yang tidak jatuh sakit kerana kecewa tidak dapat menjadi isteri Abdullah. Yang menjadi persoalan kepada kita ialah, “Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi mengemukakan senarai nama 200 orang daripada Bani Abdu Manaf dan Bani Makhzum yang dikatakan telah mati kerana tidak dapat menjadi isteri Abdullah.

2. Bolehkah mereka mengemukakan nama-nama hanya 10 orang perempuan Bani Makhzum dan Bani Abdu Manaf yang tidak berkahwin sepanjang hidupnya itu?.

3. Kenapakah ramai anak-anak gadis dan perempuan daripada kedua-dua keluarga ini sahaja yang kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Abdullah? Kenapa pula perempuan dari Bani Zuhrah, Bani Jumah, Bani Asad, Bani Khuwailid, Bani Taim, Bani Adiy dan Bani Ghalib tidak pula mengalami kekecewaan yang seperti itu?.

4. Mungkin juga Walid bin Mughirah, Abu Jahal dan lain-lain memusuhi Nabi kerana membalas dendam di atas kematian ibu-ibu dan anak-anak gadis mereka yang telah terkorban kerana tidak terpilih sebagai isteri Abdullah!.

5. Salah seorang anak Abdul Manaf bernama Hasyim dan anak-anak cucu Hasyim dinamakan Bani Hasyim. Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi menceritakan berapa ramaikah agaknya anak-anak gadis atau perempuan-perempuan daripada Bani Hasyim yang telah mati atau terus membujang kerana kecewa untuk menjadi isteri Abdullah?.

6. Kalaulah diterima kisah itu maka ia bererti malam perkahwinan Abdullah dan Aminah merupakan malam perkabungan bagi penduduk Mekah! Agaknya mereka juga berkabung seperti orang-orang yang berkabung pada 10 Muharram dan menyatakan “tabarra” terhadap Abdullah. Apakah perkara ini sebenarnya boleh ditonjolkan sebagai keutamaan Nabi? Atau ia sebenarnya merupakan “tabarra” dalam bentuk yang sangat cantik terhadap Nabi dan ayahandanya Abdullah?.


Dalam riwayat-riawayat tersebut bahawa Nur Muhammad itu sampai kepada Abdul Mutalib ketika beliau sedang tidur di dalam Ka’bah pada waktu siang. Sebaik sahaja terjaga matanya kelihatan bercelak, rambutnya kelihatan berminyak, wajah dan tubuhnya kembali menjadi muda belia. Abdul Mutalib terkejut dengan keadaannya sendiri. Maka ia dibawa oleh ayahnya mengadap seorang tukang tenung dari kalangan Quraisy. Berkata tukang tenung itu, “Allah telah mengizinkan agar anak ini dikahwinkan”.


Nur Muhammad di dalam diri Abdul Mutalib telah menyebabkan tubuhnya wangi seperti kasturi. Apabila orang-orang Quraisy ditimpa kesusahan dan lain-lain mala petaka mereka menjadikan Nur Muhammad itu sebagai wasilahnya agar doa mereka diterima. Riwayat ini dikemukakan oleh Abu Saad Naisaburi wafat 307H di dalam kitab Syarafu Al Mustaffa melalui sanad Abu Bakr bin Abi Maryam daripada Ka’ab Al Ahbar seorang muallaf yang berasal Yahudi dari kalangan tabii.


Pertama sekali perlu dilihat bahawa silsilah riwayat ini terhenti pada seorang tabi’i, tidak tersebut pula sanad di atasnya. Walaupun Kaab Al Ahbar dianggap sebagai yang terbaik di antara muallaf Yahudi namun Imam Bukhari mengatakan dia pembohong . Dialah yang merupakan punca dan sebab utama bagi riwayat-riwayat Israiliat yang ganjil dan pelik.


Sementara perawi di tengahnya ialah Abu Bakr bin Abi Maryam. Beliau dengan ittifaq tokoh-tokoh hadis merupakan seorang perawi yang dhaif. Kerana satu kemalangan yang menimpanya, fikirannya jadi tak tentu hala. Selain itu Ka’ab Al Ahbar telah mati di zaman Sayyidina Utsman yakni sebelum tahun 35H sedangkan Abu Bakr bin Abi Maryam pula wafat pada tahun 156H. Abu Bakr bin Abi Maryam adalah seorang ‘abid dan zahid. Walaubagaimanapun riwayat-riwayatnya tidak diterima oleh ulamak-ulamak hadis. Bagaimana ia boleh menerima sebarang riwayat daripada Ka’ab yang telah begitu lama meninggal sebelum daripadanya?.


Nama asal Abdul Mutalib ialah Syaibah. Ayahnya Hashim telah pergi ke Syam untuk tujuan perniagaan. Dalam perjalanan ia berhenti di Madinah. Di sana ia telah terpikat dengan seorang gadis bernama Salma dari Banu Najjar dan berkahwin dengannya. Setelah beberapa hari bersamanya Hasyim berangkat ke Syam dan semasa pulang dari Syam Hasyim telah meninggal dunia dalam perjalanannya di Ghaza. Tetapi Salma sudahpun mengandung pada ketika itu. Bila ia melahirkan anak didapati rambut anaknya itu beruban, lalu diberi namanya a”Syaibah”. Ia dipelihara di Madinah selama 8 tahun. Apabila saudara Hasyim yang bernama Muttalib mendapat tahu ia terus pergi ke Madinah dan membawa pulang anak itu bersamanya ke Mekah. Oleh kerana anak itu dididik dan dipelihara oleh Muttalib, orang ramai mula memanggilnya dengan “Abdul Muttalib”.


Yang menjadi persoalannya ialah ayah Abdul Muttalib itu meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi, adakah setelah mati selama 15 atau 16 tahun ayahnya hidup kembali untuk membawanya pergi bertemu dengan seorang tukang tenung Quraisy? Ini dengan jelas menunjukkan Ka’ab Al Ahbar itu adalah pendusta sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Bukhari, ia tidak mengetahui sejarah hidup orang Mekah atau mungkin juga kisah ini merupakan hasil fikiran Abu Bakr bin Maryam yang sudah tak tentu hala itu?.


Daripada kisah ini dapat diketahui beberapa perkara:

1. Menjadikan Nur Muhammad sebagai wasilah itu sebenarnya sunnah orang- orang kafir Mekah.

2. Nur Muhammad itu berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain apabila ia menjadi remaja. Jangan-jangan “Nur keremajaan” itu pula yang dipercayai sebagai Nur Muhammad!.

3. Orang-orang yang telah dipilih menerima Nur Muhammad dari satu generasi kepada satu generasi yang lain rupanya tidak berkahwin melainkan dengan kebenaran Allah dan cara untuk mengetahui keizinan Allah itu ialah dengan mengadu nasib kepada tukang tenung.


Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa bila Nur Muhammad itu bersinar-sinar di dahi Abdullah maka ia dikenali dan dicam oleh seorang tukang tenung perempuan. Dia mengajak Abdullah untuk tidur bersamanya dengan harapan Nur itu akan berpindah kepadanya. Tetapi bukan dia yang bertuah mendapatkan Nur itu kerana Abdullah enggan mengikutinya dan terus pulang ke rumah. Di rumahnya ibunda Nabi s.a.w. telah dipilih Allah sebagai pewaris Nur Muhammad itu.


Setelah Nur Muhammad itu berpindah kepada Aminah, Abdullah datang semula kepada tukang tenung itu dan memintanya untuk bersama tetapi tukang tenung perempuan itu pula yang menolak dengan alasan “Nur yang berkilau di dahimu sebelum ini telahpun berpindah ke lain. Riwayat ini dengan perincian dan lafaz yang berbeza-beza dikemukakan oleh Ibn Saad, Kharaiti, Ibn Asakir, Baihaqi dan Abu Nu’aim di dalam “Dalail” masing-masing.


Ibn Saad dalam “Tabaqat”nya telah mengemukakan riwayat ini melalui tiga jalan. Jalan yang pertama terdapat padanya Waqidi sebagai perawi yang pertama dan di dalam riwayat yang kedua terdapat Al Kalbi. Kedua-dua mereka ini terkenal sebagai pendusta. Sementara jalan riwayat yang ketiga pula berhenti pada Abu Yazid Al Madani seorang tabii, ertinya perawi di atasnya tidak diketahui. Abu Yazid Al Madani ini walaupun telah ditausiqkan oleh sebahagian tokoh-tokoh hadis tetapi Syeikhul Kul di Madinah Imam Malik berkata, “Aku tidak mengenalinya” Abu Zurah pula berkata, “Saya tidak tahu tentangnya”.


Abu Nu’aim pula mengemukakan riwayat ini melalui empat jalan tetapi tidak ada satupun daripada sanad-sanadnya boleh dipegang kerana di dalam sanad-sanadnya boleh dipegang kerana di dalam sanad yang pertama terdapat Nadhar bin Salamah, Ahmad bin Muhammad dan Abdul Aziz bin Amar Az Zuhri. Ketiga-tiga mereka ini adalah orang yang tidak diterima oleh tokoh-tokoh ilmu rijal hadis.

Dalam sanad yang kedua terdapat Muslim bin Khalid Az Zinji dan dia dianggap sebagai perawi yang dhaif. Selainnya terdapat beberapa perawi yang “majhul” (tidak diketahui latar belakangnya).

Sanad yang ketiga pula terhenti pada Yazid bin Syihab Az Zuhri. Dia tidak menyatakan silsilah sanad di atasnya dan keadaannya sendiripun tidak diketahui. Sanad Baihaqi tidak lain daripada sanad yang ketiga yang dikemukakan oleh Abu Nuaim tadi. Adapun sanad oleh Kharaaithi dan Ibn Asakir pula adalah sanad yang tidak muktabar.


Dalam kenyataan yang ringkas ini tidaklah penulis bercadang untuk memperincikan setiap perawi yang merupakan mata rantai sanad-sanad riwayat ini. Cukuplah dengan disebutkan bahawa perawinya adalah orang-orang yang tidak boleh diterima periwayatannya. Apa yang perlu diteliti oleh kita ialah sudut dirayahnya yang secara terang-terang menunjukkan kepalsuannya kerana ia menunjukkan ayahanda Nabi kita Muhammad saw sebagai seorang yang bermata keranjang dan jahat. Apabila ia menyatakan bahawa kerana sesuatu sebab Abdullah telah menolak ajakan tukang tenung perempuan yang juga pelacur itu tetapi kemudiannya dia sendiri yang mencari perempuan itu untuk digaulinya, perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menentukan sama ada riwayat ini sebenarnya menyatakan kelebihan Nabi atau ia merupakan satu bentuk tabarra terhadap ayah Nabi saw dan menampilkannya sebaga seorang yang jahat?.


8. Kesimpulan:

Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan beberapa perkara:

1. Hadits-hadits yang berhubung dengan Nur Muhammad tidak ada satupun yang sahih, bahkan tidak ada satupun yang dhaif.

2. Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad sebagai kejadian yang pertama diciptakan bertentangan dengan hadis-hadis yang sahih yang menyatakan arasy dan qalam sebagai kejadian yang pertama.

3. Kejadian manusia bukanlah daripada Nur seperti kejadian malaikat tetapi ia dijadikan daripada tanah.

4. Ada beberapa hadis sahih yang menyatakan Nabi saw berdoa meminta supaya Allah menjadikannya Nur. Bermaksud: “Ya Allah! Jadikanlah aku Nur” Apa ertinya Nabi meminta supaya dijadikannya cahaya kalau baginda sememangnya berasal daripada cahaya?

5. Hadis-hadis tentang Nur Muhammad sebenarnya merupakan rekaan orang-orang Syiah sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas di dalam kitab-kitab mereka.

6. Hadis tentang Nur Muhammad adalah direka untuk membuka jalan untuk diterima konsep “Nur Panjthan”.

7. Perkataan “Nur” yang disandarkan kepada Nabi adalah dengan ertinya yang majazi (bahasa pinjaman) sebagaimana perkataan Nur juga secara majazi dipakai untuk ugama, Al Quran dan lain-lain.

8. Hadits-hadits atau riwayat yang menceritakan tentang Nur Muhammad itu banyak juga menampilkan unsur-unsur “tabarra” (pernyataan rasa benci dan dendam kesumat) terhadap Nabi saw dan ayahandanya.

9. Ia memuatkan banyak sekali peranan dan mitos daripada ugama dan budaya asing seperti Hindu dan lain-lain dalam merupakan Nur Muhammad sebagai rupa burung merak dan lain-lain rupa menurut kepercayaan mereka tentang tanasukh, awagaman atau inkarnasi.

10. Ia telah terbukti merupakan satu daripada beberapa faktor utama kesesatan golongan Barelwi, Ilmu Isi, Bathiniah dan lain-lain . Oleh yang demikian tidaklah wajar Nur Muhammad itu ditonjolkan sebagai suatu keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. malah sebaliknya kita ummat Islam semestinya menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap Nabi kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...