RSS Feeds

Sabtu, 28 Mei 2011

Ulama Syiria Dimana Keberanian & Tanggungjawab?


Saya baru melihat satu video berkenaan kekejaman pemimpin Syiria Bassyar Assad (singa betina) yang berterusan membunuh orang islam tidak mengira jantina, tidak mengenal umur dan tanpa rasa belas kasihan & tanpa rasa bersalah. Dunia islam terus dicatat oleh keganasan para pemimpin yang kononnya beragama islam. Dunia islam terus dicemari dengan kekejaman, dan keganasan! Umat islam yang kuat bepegang kepada agamanya sering dikambing hitamkan sebagai pengganas, sedangkan pengganas itu wujud pada sebahagian pemimpin umat islam umpama Bassyar Assad, Muammar Ghadafi, Husni Mubarak, Zainal Abidin Ali dan lain-lain lagi.


Saya terkenangkan satu insiden antara saya dan salah seorang anggota immigration Syiria sewaktu memasuki Negara tersebut pada awal bulan februari 2011. Beliau bertanya kepada saya: "Kenapa tidak melancong ke Mesir? Bukankah disana ada Jihad sekarang?". Saya jawab: "Saya keluar dari Saudi bukan untuk berjihad, tapi untuk melancong dan melihat tarikh serta sejarah penduduk Syam!". Dalam hati saya berdetik: "Tunggulah sekejap lagi, silap-silap gaya kebangkitan di bumi Mesir akan merebak ke Negara kamu Insyaallah".


Terima kasih dan tahniah kepada Syeikh Muhamad al-Zu'bi menjelaskan pendiriannya dengan jelas dan berani. Beliau telah menyeru para ulama Syiria yang berdiam diri bahkan menyokong kekejaman assad secara langsung mahupun tidak agar bangkit melaksanakan kewajipan. Dimanakah Mufti Syiria terhadap kekejaman pemimpin kafir ini? Dimana syeikh Ramadhan al-Buthi yang kononnya menjadi tulang belakang kepada sekalian ulama Syiria? Rakyat Syiria dan umat islam seluruh dunia menunggu satu kalimah al-Haq yang menentang kekejaman, mempertahankan maruah agama dan kebebasan rakyatnya! Adakah Syeikh al-Buthi masih lagi terlalu sayang terhadap saki-baki umurnya yang sudah terlalu senja? Adakah Bassyar Assad akan membantunya dihadapan Allah kelak tatkala beliau akan dipersoalkan dihadapan Allah? Sejarah yang tercatat ini, adalah aib besar kepada mereka (para ulama Syiria) yang membuktikan seolah-olah kehidupan dunia lebih utama berbanding amanah agama, ilmu, nasihat pemimpin dan semangat ukhuwwah islamiyyah, berbanding jawatan dan gaji-gaji yang mereka terima?


Bumi Syam telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila melahirkan sekalian ramai para ulama yang hebat. Pejuang agama yang benar-benar ikhlas dalam menyebarkan ilmu dan kebenaran. Nama-nama mereka disebut dan dikenang hingga akhir zaman. Budi dan jasa mereka tidak hilang begitu sahaja di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Bumi Syam (Syiria) telah melahirkan ulama-ulama hebat umpama Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Az-Zahabi, Imam Ibn Kathir, Imam An-Nawawi, Imam Ibn Daqiq al-I'ed, Imam Ibn Qudamah, Mujahid Solehuddin al-Ayyubi dan lain-lain lagi bintang hebat. Apakah ulama Syiria sekarang sudah tidak punya semangat dan ruh nenek moyang mereka?


Saya tidak pasti, sudah berapakah bilangan mereka yang dibunuh dikalangan rakyat Syiria, pemuda, kanak-kanak, orang tua, lelaki dan wanita? Bassyar Assad menghalalkan segala cara demi mahu terus berada ditampuk pemerintahan sekalipun dengan menggadaikan ratusan bahkan ribuan nyawa penduduknya! Sekalian makhluk menjadi saksi terhadap kekejaman kamu wahai Basyyar pewaris kekejaman dan kezaliman bapanya Hafiz Assad! Semoga Allah menurunkan azab yang keras kepada kamu didunia sebelum akhirat. Kami doakan agar azab keras dan pedih menimpa kamu wahai Bassyar setimpal dengan dosa besar yang kamu lakukan terhadap manusia!!


Mufti Syiria Ahmad Badruddin Hisun akan mencatat sejarah baru Syiria sebagai ulama Suuk yang memelihara pangkat, gaji dan bermuka-muka dengan pemimpin zalim, fasik dan kafir itu. Nama kamu tidak lain hanya akan mencemarkan kehebatan sejarah bumi syam, menoda keberanian para ulama dan penduduknya suatu ketika dahulu. Apapun, tahniah kepada rakyat Syiria yang mempertahankan hak, mencari kemuliaan, dan berjuang menentang kekejaman golongan Nusairiyyah kafir! Kami doakan semoga Allah menurunkan bantuanNYA, mendatangkan tentera-tenteraNYA dan menimbulkan rasa gerun dan takut dalam hati pemimpin-pemimpin khianat, zalim dan fasiq itu. Sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas segala sesuatu.

Sabtu, 21 Mei 2011

Ilmu Ladunni Antara Realiti & Khayalan


Mungkin ramai yang masih keliru tentang ilmu laddunni. Tidak kurang juga yang mendakwa memiliki dan dianugerahkan ilmu tersebut. Benarkah ianya wujud? Apakah dalil yang digunakan? Bagaimana membezakan yang benar dan yang dipalsukan? Semoga penjelasan ringkas ini akan membuka pemikiran dan meluaskan pengetahuan yang dengan itu akan mengelakkan insan-insan bermaruah terpedaya dan tertipu.


Berkata: Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:

"Dan adapaun ilmu ladunni maka tidak ragu lagi bahawa Allah membukakan kepada hati para walinya yang bertakwa dan hamba-hambanya yang soleh dengan sebab hati mereka yang suci daripada perkara-perkara yang dibenci Allah. Kemudian mereka melaksanakan segala apa yang dicintai Allah, lalu dengan itu Allah membukakan apa yang tidak dibukakan kepada orang lain. Ini seperti yang diungkapkan oleh Ali bin Abi Tolib: "Kecuali pemahaman yang Allah berikan kepada hambanya dalam kitabnya". Dan dalam satu athar dinyatakan : "barangsiapa yang mengamalkan dengan apa yang diketahuinya maka Allah akan mewariskan kepadanya satu ilmu yang tidak diketahui".

Sesungguhnya Al-Quran telah membuktikan hal ini dalam banyak tempat sepeti firman Allah dalam an-Nisa' ayat 66-68:

{ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا } { وَإِذًا لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا } { وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا }

"Dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka). Dan kalau demikian, pasti kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi kami. Dan pasti kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus".

Maka Allah telah mengkhabarkan bahawa sesiapa yang melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya maka Allah akan memberikannya petunjuk kepada jalan yang benar. Firman Allah

{ يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ }

Yang bermaksud: "Allah akan memberikan hidayahnya kepada sesiapa yang mengikuti keredhoaannya dengan jalan-jalan yang sejahtera.

وَقَالَ تَعَالَى : { وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ }

Yang bermaksud: "dan sesiapa yang memohon petunjuk maka akan ditambahkan kepada mereka petunjuk dan didatangkan kepada mereka ketaqwaan mereka".

وَقَالَ : { إنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى }

Yang bermaksud: "sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan ditambahkan kepada mereka petunjuk".

وَقَالَ تَعَالَى : { ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ }

Yang bermaksud: "Itulah kitab yang tiada keraguan didalamnua sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa".

وَقَالَ تَعَالَى : { هَذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ }

Yang bermaksud: "Ini adalah bukti-bukti bagi manusia dan petunjuk serta rahmat bagi kaum yang menyakini".

وَقَالَ تَعَالَى : { هَذَا بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ } .

Yang bermaksud: "Ini adalah bukti-bukti keterangan daripada tuhan kamu dan petunjuk serta rahmat bagi kaum yang meyakini".

Dan Allah mengkhabarkan bahawa mengikuti apa-apa yang dibenci akan memalingkan daripada ilmu dan petunjuk seperti firman Allah:

{ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ }

Yang bermaksud: "Maka tatkala mereka terpesong maka Allah pesongkan hati-hati mereka daripada kebenaran".

وَقَوْلِهِ : { وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا قُلْ إنَّمَا الْآيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ }

Yang bermaksud: "Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahwa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mu jizat, Pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu Hanya berada di sisi Allah". dan apakah yang memberitahukan kepadamu bahawa apabila mukjizat datang mereka tidak akan beriman[497].

[497] Maksudnya: orang-orang musyrikin bersumpah bahwa kalau datang mukjizat, mereka akan beriman, Karena itu orang-orang muslimin berharap kepada nabi agar Allah menurunkan mukjizat yang dimaksud. Allah menolak pengharapan kaum mukminin dengan ayat ini.

{ وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ }

110. Dan (begitu pula) kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quran) pada permulaannya, dan kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat. Al-an'am ayat 110.

Iaitu apakah kamu tidak sedar bahawa sesungguhnya jika datang kebenaran lalu mereka tidak beriman dengannya dan kami akan terbalikkan hati-hati mereka (mencabutkan iman) dan kami terbalikkan hati-hati mereka kerana mereka enggan beriman pada kali yang pertama iaitu kamu tidak tahu bahawa tidak berlaku yang ini dan yang itu ketika itu?

Sesiapa yang memahami maksud ayat ini, maka dia tahu kesilapan orang yang mengatakan: "Anna (Sesungguhnya) dengan makna (boleh jadi) lalu dibariskan dengan baris atas, bahkan dia akan tahu bahawa baris atas lebih baik daripada baris bawah, dan ini adalah satu bab yang luas perbincangannya.

Pemahaman manusia terhadap Ilmu Ladunni;

Manusia dalam perbincangan ini (ilmu ladunni) terbahagi kepada tiga pecahan, dua kelompok yang melampau dan satu yang sederhana:

1- Satu puak mendakwa bahawa cukup dengan sekadar zuhud, penyucian jiwa dan latihan diri (kejiwaan) maka ianya akan mendatangkan ilmu ini tanpa sebab-sebab yang lain.

2- Satu puak menyatakan: "semua itu (penyucian jiwa, zuhud dan lain-lainya) tidak memberikan apa-apa kesan untuk mendapatkan ilmu tersebut. Bahkan yang mendatangkan @ menghasilkana bagi sesuatu ilmu ialah pengetahuan terhadap ilmu syariat atau ilmu aqli (akal) semata-mata tanpa yang lain.

3- Adapun kelompok yang sederhana pula menyatakan bahawa perkara tersebut (penyucian rohani, kexuhudan dan lain-lain lagi) adalah diantara sebab-sebab utama yang membantu untuk mencapai sesuatu ilmu, bahkan ianya adalah syarat untuk mencapai kebanyakan ilmu, tetapi bukanlah dengan cara itu sahaja sudah cukup bahkan tidak boleh tidak daripada usaha lain samada dengan mempelajari dalil-dalil yang tidak diketahuinya ataupun dengan gambaran-gambaran jelas dan betul terhadap situasi dalam ilmu-ilmu yang dharuri. Adapun ilmu yang bermanfaat yang dengan akan menyelamatkan daripada api neraka dan memberi kebahagiaan kepada sekalian hamba maka ianya tidak dapat dicapai kecuali mengikuti petunjuk al-Quran yang telah didatangkan kepada Nabi Muhammad: dalam surah Toha ayat 123-127 Alah berfirman:

{ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى } { وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى } { قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا } { قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى } { وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِآيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى }

123. "Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, Mengapa Engkau menghimpunkan Aku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

126. Allah berfirman: "Demikianlah, Telah datang kepadamu ayat-ayat kami, Maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari Ini kamupun dilupakan".

127. Dan Demikianlah kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. dan Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

{ وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ }

36. "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya".

Kesimpulan;

Maka barangsiapa yang menyangka bahawa hidayah dan iman dapat dicapai dengan hanya melalui jalan pengajian (mempelajari) tanpa beramal dengannya @ sekadar beramal dan bersikap zuhud semata-mata tanpa mempelajari maka dia telah tersilap dan tersesat. Dan lebih sesat daripada kedua golongan ini ialah sesiapa yang melalui satu jalan ilmu dan pengetahuan dengan cara dan jalan ahli falsafah dan ahli kalam tanpa merujuk kepada al-quran dan sunnah dan tidak beramal dengan apa yang dituntut oleh ilmu. Demikian juga sesiapa yang melalui jalan amalan dan kezuhudan dengan cara ahli falsafah dan kesufian tanpa merujuk dan memandunya kepada jalan al-Quran dan as-Sunnah dan mengamalkan ilmu, maka mereka telah berpaling daripada ilmu dan syarak, dan telah berpaling daripada amalan ilmu dan syariat maka sesatlah kesemua 2 kelompok manusia ini dari dua sudut dan jelaskan perbezaan mereka dengan perbezaan yang besar hingga menyamai golongan yahudi yang dimurkai Allah dan menyamai golongan kristian yang sesat jalan. Bahkan kedua-dua kelompok ini menjadi lebih buruk daripada yahudi dan nasrani seperti hal keadaannya golongan al-Qaramithoh, ittihadiyyah dan yang seumpama mereka dikalangan ahli falsafah yang mulhid.

Lihat Majmuk fatawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah jilid 12 m/s 245 bab: Ilmu Ladunni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...