RSS Feeds

Sabtu, 19 November 2011

Sebab Perpecahan Dikalangan pendokong Salaf


Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk". Surah Ali Imran ayat 102-103.


Allah telah memerintahkan agar hambanya yang bertakwa agar bergabung dan bersatu serta melarang daripada perpecahan dan perbalahan. Akan tetapi sesiap yang melihat dengan mata hati terhadap ruang legar dakwah islam sekarang ini, maka dia akan dapati perpecahan dikalangan golongan salafi yang kadangkala menyebabkan mata menangis dan hati terluka. Dalam tulisan ringkas ini saya akan bincangkan dari 2 sudut, sebab-sebab kepada perpecahan dan cara mengatasinya @ merawatinya.


Factor-faktor kepada perpecahan dikalangan pendokong salaf:

1- Salah faham dan taksub kepada pandangannya sahaja. Sedangkan Allah menciptakan manusia dengan perbezaan akal, kefahaman dan tabiat. Maka dengan perbezaan inilah munculnya kepelbagaian dalam pemikiran sejak dariapda zaman anak nabi adam hinggalah hari ini. Perbezaan ini pula terbahagi kepada dua, 1)Khilaf Tanawwu' 2) Khilaf Tadhot.

2- Berbangga @ Ujub setiap orang dengan pandangannya disamping sukakan kepada ketinggian (pangkat) dan mahu menonjol diri. Maka jika seseorang itu sudah berbangga dengan dirinya maka biasa dia hampir-hampir sahaja tidak mahu mendenagr secara langsung pandangan orang lain. Apa lagi mahu menerima pandangan tersebut.

3- Menafikan kesalafian orang lain. Sedangkan istilah salafiah ini bukanlah suatu yang tersembunyi dan tidak jelas maknanya. Ia adalah satu manhaj yang jelas dipandu dengan al-Quran dan sunnah serta berhukum dengan kedua-duanya samada iktikad, perbuatan mahupun ucapan. Semuanya itu hendaklah dengan kefahaman salafussoleh dikalangan sahabat, Tabien dan Tabi' Tabien serta seluruh ulama yang mengikuti manhaj mereka.

4- Berburuk sangka terhadap orang-orang yang berlainan dengannya, lalu secara mudah melontarkan pelbagai tohmahan dan prasangka. Hukum asal pada halo orang islam ialah selamat dan sejahtera dariapda kekufuran, bidaah dan pertentangan syariat. Hukum ini kekal sehingga datang satu bukti yang jelas dan meyakinkan. Jika memang sudah dikenali dengan manhaj salafnya maka hendaklah diberikan beberapa keuzuran jika berlaku kesilapan darinya. Boleh jadi dia terlanjur kata, terkejut, jahil dalam bab-bab tertentu dan sebagainya.

5- Tidak mempunyai sumber rujukan yang bersifat Encyclopedia iaitu ulama rabbani yang menjadi rujukan besar kepada golongan yang bermanhaj salaf. Pakar rujuk yang diiktiraf oleh ramai orang ini, maka kehilangan mereka menjadi kesan kepada perbalahan dan perselisihan dikalangan pengikut. Sedangkan Allah memerintahkan agar dirujukkan perkara melibatkan Nawazil (perkara-perkara baru) kepada mereka. Firman Allah dalam surah An-Nisa' yang bermaksud: "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri[[1]] di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (rasul dan ulil Amri)[[2]]. kalau tidaklah Karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).

6- Khilaf dalam menurunkan hukum syarak kepada sesuatu kejadian. Boleh jadi kadangkala bersepakat terhadap sesuatu hukum syarak dalam masalah tertentu akan tetapi berkhilaf ketika menetapkan hukum tersebut kepada sesuatu yang Waqi' (keadaan @ kejadian). Ianya berpunca daripada beza faham, pengetahuan detail sesuatu perkara dan pandangan sudut dari arah berbeza dan yang seumpamanya. Sepatutnya perkara ini tidaklah membawa kepada permusuhan, perpecahan, dan saling bermasam muka.

7- Kurangnya ilmu dan kecelaruan dalam lapangan ilmu dan dakwah. Yang dimaksudkan disini ialah kita lihat sebahagian manusia, ilmunya tidaklah sampai kepada martabat penuntut ilmupun apatah lagi untuk menjadi ulama, akan tetapi apabila dia berbicara dalam semua perkara dan bab-bab ilmu dan dakwah. Apabila ditanya, terus menjawap sedangkan kurang ilmu @ tidak berilmu, maka dia telah sesat dan menyesatkan. Sedangkan Umar al-Khattab sendiri apabila diajukan sesuatu soalan, beliau akan membawakan soalan tersebut kepada seluruh anggota peperangan Badar. Zaman dulu kejadian ini juga berlaku, tetapi pada zaman ini ianya lebih mudah merebak kerana wujudnya pelbagai wasilah dan peralatan moden seperti email, facebook, sms, laman web dan sebagainya.

8- Kelemahan dalam penilaian dan pertimbangan. Yang menyedihkan bahawa perselisihan dikalangan pendokong salaf ini kebanyakkannya tidaklah sepatutnya berlaku. Ada kalanya perkara itu elok didiamkan berbanding dibesar-besarkan, ada yang sepatutnya dikendiankan berbanding menjadi keutamaan perbincangan, ada yang tidaklah layak diberikan tumpuan besar kerana terdapat isu yang lebih utama dan besar. Dalam soheh Bukhari dikisahkan bagaimana Ibnu Umar ditanya tentang darah nyamuk, sedangkan orang yang bertanya berasal daripada Iraq selepas berlaku kes pembunuhan Husain bin Ali disana. Terdapat perkara yang lebih layak disoal berbanding darah nyamuk! Begitulah yang berlaku sebagai contoh.

9- Penuntut ilmu yang jahat dan tidak mahu meneliti sumber kebenaran dalam menaqalkan kata-kata. (Tiada Tasabbut dalam menaqalkan kata-kata ulama). Tarikh Islam juga pernah dicemari dengan kewujudan ulama Suk (ulama jahat). Kadang-kadang seseorang syeikh menjawap dengan sesuatu jawapan, tetapi disalahfaham oleh murid, kemudian disebarkan kata-kata mengikuti fahaman yang salah itu serta ditokok tambah oleh murid yang jahat tadi atas nama syeikh.

Dari sudut yang lain pula, kadang-kadang kesalahan berlaku pada syeikh itu sendiri. Menerima kalam-kalam anak muridnya secara babi buta tanpa menyelidik dan memeriksa tentang apa-apa yang disebutkan. Khususnya apabila melibatkan manhaj fulan dan akidah si fulan yang juga merupakan ulama.

10-Bersikap kasar dan keras dan tidak berlembut!

Tidak dinafikan kadang-kadang berlaku khilaf dalam masalah ijtihad. Maka sepatutnya ialah berlaku perbincangan, nasihat, tukar-tukar pandangan dan perdebatan dalam kondisi yang baik. Akan tetapi apa yang berlaku ialah hentaman-hentaman keras dan melampau, label-melabel, buruk memburukkan dan kata-kata yang mengguris perasaan, ini sudah pasti memberi kesan kepada hati yang seterusnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Selesailah sedikit penjelasan beberapa factor yang membawa kepada perpecahan dikalangan pendokong manhaj salafi, akan bersambung pada kesempatan yang lain tentang kaedah dan cara mengatasi dan mengubati penyakit ini. Insyaallah, Wallahu A3lam.


[1] Iaitu: Tokoh-tokoh sahabat dan para cendekiawan dikalangan mereka.

[2] Menurut Mufassirin yang lain maksudnya ialah: kalau suatu berita tentang keamanan dan ketakutan itu disampaikan kepada Rasul dan ulil Amri, tentulah Rasul dan ulil amri yang ahli dapat menetapkan kesimpulan (istimbat) dari berita itu.

Khamis, 3 November 2011

Berdoalah


Disedari mahupun tidak, doa dan permintaan kita terhadap Allah sebenarnya telah banyak yang diperkenankan. Tinggal lagi kita yang sering lupa anugerah Allah yang terlalu melimpah ruah terhadap kita. Kita sering mengharapkan doa yang kita pohon agar diperkenankan segera tanpa tertangguh, akan tetapi kita sering tidak bersungguhpun dalam meminta dan berdoa. Kadang-kadang kita tidak meraikan langsung adab-adab dan syarat yang wajar dipatuhi agar doa diperkenankan Allah. Dalam keadaan itupun Allah masih memperkenankan permintaan hambanya. Betapa luasnya rahmat dan anugerah Allah.

Allah sangat suka jika kita meminta sesuatu kepadanya. Kerana doa merupakan ibadah seperti yang disebutkan oleh Nabi. Sebab itu meminta terus daripada Allah adalah lebih afdhal berbanding menggunakan orang lain untuk menyeru Allah dan meminta sesuatu daripada daripadaNYA. kebanyakan orang sangat suka agar orang-orang soleh mendoakan kehendak dan permohonannya kerana menyangka ianya lebih mustajab. Hal ini perlu diubah supaya keyakinan dan kebergantungan seseorang itu hanyalah kepada Allah semata-mata.

Mengambil kelebihan berada pada 10 awal bulan Zulhijjah, marilah kita memperbanyakkan doa dan seruan kita kepada Allah. Marilah kita mendoakan kebaikan buat saudara islam kita diseluruh dunia. Allah berfirman yang bermaksud: "Mintalah kepada Aku, sudah pasti aku akan perkenankannya buat kamu".

Semoga peluang berada di tanah suci Mekah tidak disia-siakan oleh semua yang menunaikan ibadah haji tahun ini. Terlalu banyak kebaikan yang perlu kita minta, dan terlalu banyak kejahatan yang perlu kita meminta perlindungan daripada Allah! Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, istighfar, tasbih, tahmid, zikir dan ibadah-ibadah lainnya. Doa adalah senjata mukmin!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...