RSS Feeds

Selasa, 17 April 2012

Produk Baru Proton (PREVE)

Bilakah agaknya produk proton yang baru ini akan berada di pasaran antarabangsa? Ramai yang mengharapkan agar Proton Preve 2012 memiliki keupayaan untuk menandingi kereta-kereta berjenama popular setidak-tidaknya Toyota. Selamat membaca...

Nampaknya semua orang kagum dan terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé. Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi “pri-vey” (baku).

Apa yang menarik dengan kereta ini ialah feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).

Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.

FEATURE\CARPROTON PREVÉHONDA CITY
HargaRM72,000RM90,000
EnjinCamPRO + CFESOHC i-VTEC
Kapasiti enjin (cc)15611497
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm4543 x 1786 x 15244395 x 1695 x 1470
Boot capacity (L)508506
Transmisi7-speed Protonic5-speed Automatic Shift
Max Torque205@2000-4000145@4800
Max Power103/5000120/6600
4G in car WIFIYesNo
Turbocharged engineYesNo
Push start butonYesNo

Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:

  1. Saiz lebih besar
  2. Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
  3. Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
  4. Paling penting, lebih murah

Proton kali ini dilihat lebih berani dan yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka. Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk tersebut.

Overall saya lihat, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik dan berbaloi. Sebagai model yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa, Prevé mempunyai potensi besar untuk berjaya.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah pakej after purchase dan jangkamasa dalam waranti yang akan diberikan oleh Proton nanti. Kalau positif, saya yakin model ini akan mendapat pasaran yang amat menggalakkan nanti. Berkemungkinan juga, ada model yang akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Prevé.

Adakah Proton Prevé mampu mengubah persepsi umum dan antarabangsa terhadap Proton? What do you think?

Kemaskini: Terima kasih kepada sumber di forum Autoworld atas sumbangan gambar. Dikatakan Isnin ini (16 April) adalah hari pelancaran Prevé.

Sekarang dah tengok gambar amacam? Berubah ke tak persepsi? Personally, saya suka warna crimson red ni. Betullah apa orang komen sebelum ni, bahagian belakang bosan sikit.

http://ariffshah.com/adakah-proton-preve-mampu-mengubah-persepsi-umum-terhadap-proton/

Jumaat, 13 April 2012

Penyakit Melabel Ilmuan Islam

Cukup hairan melihat telatah anak-anak muda yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj Salaf dan Sunnah, tetapi laluan dakwahnya menyimpang dari pendekatan para salaf yang sebenar.

Salafikah pendekatan kita jika tumpuan dakwah hanyalah pada mengaibkan sekalian ulama dan ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan cara kita?

Manhaj Salafikah kita jika begitu mudah menggelarkan ulama dan para ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan kita dengan pelbagai gelaran dan jolokan.

Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, “Syeikh Fulan adalah Khawarij”, “Ustaz Fulan adalah Qutubiy”, “Ustaz Fulan adalah golongan Qardhawiyyun”, “Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy”, “Syeikh Fulan pula adalah Ikhwaniy”, “Dia adalah neo-khariji”.

Cukup ajaib dengan manhaj seperti ini. Alangkah beraninya mereka ini menyibukkan diri dengan keaiban orang lain sedangkan para salaf amat gerun dengan perbuatan demikian.

Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: “Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih”. (Rawdhah al-Uqala)

Manhaj salafikah kita jika tidak ada sifat bijaksana dan warak dalam diri untuk menuturkan keaiban orang lain dan menyebarkan pula di blog-blog atau di wall facebook masing-masing? Syair Arab mengatakan:

المرء إن كان عاقلا ورعا * أشغله عن عيوب غيره ورعه

Jika seseorang itu berakal dan warak,
Kewarakannya akan melekakannya dari aib orang lain.

Manhaj Salafikah kita jika melabelkan ahli-ahli ilmu yang banyak berkhidmat kepada dakwah dengan gelaran yang menyakitkan dan menjauhkan orang dari kebaikan? Di manakah akhlak kita berbanding dengan akhlak tokoh ulama Salaf, Imam Syafie yang mengatakan, “Apabila seseorang mahu berkata-kata maka berfikirkah. Jika ternyata bahawa ia tidak memberi kemudaratan ke atasnya, maka bertuturlah. Jika ternyata bahawa terdapat kemudaratan atau dia ragu-ragu padanya, maka tahanlah (dari bercakap)”. (Syarah Sahih Muslim 2/19) Di manakah kebaikannya dengan melabelkan para ahli ilmu dengan pelbagai jolokan kecuali mengundang keburukan dan kefasadan dalam masyarakat.

Sunnahkah kita apabila kita melabelkan para ilmuan dengan gelaran yang boleh merendahkan pandangan orang lain kepada mereka? Di manakah amalan sunnah kita terhadap hadis Nabi S.A.W yang bermaksud, “Cukuplah sebagai satu keburukan pada seseorang, dengan merendah-rendahkan saudaranya yang muslim”. (Sahih Muslim 4/1986).

Si anak murid pula, jika sudah tahu manhaj gurunya yang tidak menjaga lidah dan tidak warak terhadap ulama, janganlah menyibukkan diri dengan bertanya Tok Guru jenis ini, “Guruku, apa pandangan tuan terhadap Ustaz Fulan?”, “Apakah pula manhaj Syeikh Fulan?”. Para salaf yang sebenar tidak gemar dengan persoalan-persoalan sebegini. Pernah satu hari seorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya, “Mereka menyebut tentang Fulan..”. Lantas Ibn Abbas berkata, “Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu”. (Syuab al-Iman 9/110)

Sama-sama kita perelokkan keaiban diri kita sendiri, menghiasi lidah kita dengan kalimah-kalimah yang baik, menjauhi dari perkataan-perkataan buruk, berfikir di hati sebelum berucap, beringat akan malaikat yang mencatit amalan sebelum kita mencatat sebarang perkataan di blog atau facebook. Kerana silap haribulan, binasa diri.

Bak kata orang Melayu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”. Jika sudah terlajak, bersegeralah bertaubat kepada Tuhan.

كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي … بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله … وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.

Wallahu Waliyy al-Taufiq.

Abu Umair

12 April 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...