RSS Feeds

Ahad, 27 Mei 2012

Tindakan Memperlekeh Ulama & Pendakwah Adalah Sesat



Mufti Besar kerajaan Arab Saudi As-Syeikh Abdul Aziz Ali Syeikh menyerang mereka yang mempersendakan para pendakwah, ulama dan pengamal amal ma’ruf dan nahi munkar.  Beliau menyifatkan bahawa golongan tersebut sebagai kufur dan sesat, sambil mendakwa bahawa golongan tersebut juga merupakan penulis upahan dan tujuan mereka samar-samar serta akidah mereka telah rosak.

Mufti itu berkata:  “Sesungguhnya budaya memperlekeh merupakan akhlak orang-orang munafik. Sesungguhnya golongan yang mempersendakan orang agama, ahli taqwa, ahli ilmu dan orang-orang soleh yang telah memberi kefahaman agama kepada manusia tentang agama adalah golongan yang kufur dan sesat. Mereka merupakan penulis-penulis upahan yang meluangkan kesungguhan mereka untuk mempersendakan agama dan para ulama syariah, menjatuhkan kadar dan martabat para ulama tersebut, merosakkan nama baik mereka dan menjauhkan masyarakat daripada para ulama syariah ini dengan tulisan-tulisan mereka yang bertentangan dengan kebenaran”.

Beliau menambah lagi: “Jika mempersenda merupakan perkara haram dan dosa besar, bagaimana pula dengan mempersendakan golongan pendakwah, pengamal amal ma’ruf nahi munkar dan ahli agama serta orang-orang bertakwa yang memberi penjelasan kepada manusia tentang agama islam ini. Maka mempersendakan mereka merupakan bukti kepada penyakit hati dan kerosakan dalam iktikad”.

Beliau tersebut telah menyampaikan khutbahnya di Jami’ Imam Turkey bin Abdullah di Riyadh Jumaat yang lalu menyambung: “Sesungguhnya disana terdapat perlbagai jenis persendaan, antaranya persendaan orang kaya terhadap orang faqir, persendaan orang yang sehat terhadap orang yang ditimpa sakit tertentu, persendaan golongan yang melihat dirinya berakal besar dan profesonal terhadap orang yang lebih rendah dari mereka, persendaan orang yang punya kulit putih dan bersih serta cantik terhadap orang berkukit hitam, persendaan terhadap orang yang mandul dan sebagainya sambil menegaskan bahawa setiap orang wajibnya menjauhi persendaan-persendaan tersebut. Sementara pelakunya jika dikalangan orang yang berkedudukan dalam masyarakat merupakan orang-orang yang jahil lagi bebal.


Rabu, 23 Mei 2012

Senarai Pelajar Baru Al-Imam University Riyadh 2012/2013


Tahniah diucapkan kepada 11 orang pelajar Malaysia yang telah diterima menyambung pengajian di Al-Imam Muhammad Bin Sau’d Islamic University bagi sessi pengajian 2012/2013M atau 1433/1434H. Berikut senarai nama mereka yang telah dikeluarkan oleh pihak University:
بيان بأسماء الطلاب غير السعوديين المقبولين للدراسة بمعهد تعليم اللغة العربية في الفصل الدراسي الأول من العام الجامعي 433/1434هـ
 

Saya dan rakan-rakan mengharapkan agar mereka yang telah tersenarai, tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan banyak kelebihan yang disediakan untuk mereka. Selain itu peluang untuk menduduki kerusi di University-university Arab Saudi juga sangatlah terhad! Ini adalah jumlah penerimaan paling ramai pernah dicatatkan daripada negara kita. Semoga Allah memberikan taufik. Insyaallah sesi pengajian akan bermula pada 1 September 2012.

kredit: http://mohamadazhar.com/
 

Isnin, 14 Mei 2012

Komentar Isu Bersih Versi Mekah & Madinah


Isu bersih 3.0 meletup diseluruh Negara, tetapi antara yang menjadi perhatian dan menimbulkan kontroversi sehingga kini ialah demontrasi di mekah dan madinah, sehingga kononnya menyebabkan kuota bakal haji Jemaah Malaysia bakal dikurangkan @ visa mereka bakal disekat  dan sebagainya. Adakah ianya sesuatu yang reality ataupun ianya provokasi oleh golongan-golongan tertentu, memandangkan tiada langsung berita rasmi daripada pihak kerajaan Saudi yang menyebutkan hal demikian.? Ataupun ianya memang sengaja dirancang dan diperbesarkan dengan melaporkan pelbagai cerita tokok tambah? Segala kemungkinan boleh terjadi memandangkan aura Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir.

Saya menyelidiki sendiri kes mereka yang terlibat dalam demo bersih mekah dan madinah. Bagaimanakah bentuk demontrasi bersih versi mekah dan madinah? Adakah kalian terkinja-kinja dan berarak disekitar masjid @ bertawaf? Hinggakan kedapatan mulut-mulut ganas yang menggelarkan kalian sebagai mulhid (tiada agama)? Walaupun jauh disudut hati kurang bersetuju aktiviti demontrasi bersih di tanah haram kerana suasana dan tabiat Negara Arab Saudi yang berbeza, tetapi ianya telah berlalu dan berlaku.

Akan tetapi rupa-rupanya demontrasi versi Mekah dan Madinah itu hanyalah SESI BERGAMBAR BAJU KUNING DENGAN BANER BERSIH sebagai sokongan kepada tuntutan sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap system pilihnraya yang adil dan bersih. Bukan sekadar itu, bahkan peserta ambil gambar bersih di masjid perkarangan masjid nabawi dilihat biasa sahaja oleh polis-polis masjid nabawi sepertimana lazimnya orang yang mengambil gambar kenangan. Dimanakah kononnya ucapan menghasut orang-orang arab untuk melakukan arab spring dan sebagainya? Maka nampaklah bahawa ianya adalah propanganda yang sengaja diperbesarkan oleh segelintir orang yang punya motif tersendiri.

Semua orang punya hak untuk berbeza fahaman dalam politik dan dalam perkara-perkara yang bukan usul agama. Mengapakah seolah-olah bersih versi Mekah dan Madinah dicanangkan oleh mereka sebagai kelakuan khawarij, mulhid dan penjenayah dan sebagainya? Saya berpendapat bahawa apa-apa yang dipaparkan melalui akhbar umum di Malaysia adalah hasil daripada tangan-tangan jahat yang mahukan supaya diambil tindakan buruk kepada peserta bersih di Mekah dan Madinah. Pena minang dan abu akif telah memainkan peranannya melalui kerjasama beberapa kerat pelajar Madinah yang berfahaman tertentu untuk melaporkan sesuatu yang kurang jelas kepada kedutaan Saudi di Malaysia. Kononnya kedutaan Saudi mahukan maklumat lengkap peserta bersih. Maka, caranya ialah menggunakan beberapa individu yang boleh mempengaruhi Duta besar Saudi di Malaysia untuk menakutkan dan kalau boleh mengambil tindakan undang-undang kepada peserta bersih versi Mekah dan Madinah.

Amat peliklah manhaj yang digunakan oleh puak-puak  yang  mendakwa bermanhaj salaf ini dalam menangani kepelbagaian fahaman politik di Malaysia semata-mata mahu menunjukkan dan membuktikan sokongan tebal mereka kepada pemerintah. Mungkin sebab itulah saya tidak perlu hairan apabila ada seorang pelajar agama keluaran university yang membuat kenyataan bahawa mengundi selain daripada parti BN adalah haram dan dianggap sebagai khawarij kerana ianya sama dengan menggulingkan kerajaan. Amat memalukan kenyataan seperti ini. Adakah dia ini tidak faham system demokrasi yang dia sudah hidup dan dibesarkan semenjak lahir hingga kepada umurnya sekarang ini?

Pelik sungguh manhaj yang mereka gunakan dalam berdepan dengan suasana politik demokrasi Malaysia! Adakah mereka mahu mendekatkan diri kepada pemimpin-pemimpin tersebut dengan alasan dakwah? Jika itulah sebenarnya tujuan mereka, maka sangatlah dialu-alukan, semoga para pemimpin yang rosak itu akan berubah dan melakukan banyak perubahan positif di dalam Negara. Tetapi sangatlah dikhawatiri jika mereka itu terjebak kepada kancah kepura-pura dan amibil mudah sehingga mereka dituduh pula sebagai golongan Murjiah. Ianya akan menyebabkan amalan Nahi munkar terpadam daripada kamus pemikiran jika kesalahan itu dilakukan oleh para pemimpin. Maka konsep menegur pemimpin mestilah secara sir di war-warkan dan mengharamkan secara mutlak teguran secara jahar dalam apa jua keadaan. Semoga mereka dan kita semua diberikan hidayah dan taufik Allah.

Suka saya nyatakan disini kepada mereka yang berniat buruk terhadap mereka yang mengambil gambar bersih di Mekah dan Madinah bahawa tindakan kalian ini adalah sesuatu yang melanggar hak mereka untuk menyatakan pendirian mereka. Tindakan kalian ini adalah perkara yang berbentuk fitnah jika laporan yang tidak tepat itu disertakan dengan tokok tambah dan kenyataan-kenyataan berbau permusuhan. Insaflah, bahawa kalian semua dan kita semua akan dihisab dan dihitung dihadapan Allah Rabbul Jalil. Tiada satu perkara pun yang akan terlepas dan tidak dihakimi. Jika kalian beriktikad demontrasi di Negara demokrasi adalah haram secara mutlak sedangkan ianya masih dalam urusan ijtihad, berpadalah dengan memberikan hujjah tanpa memaksakan orang lain kepada fatwa dan pandangan tersebut. Lagi pulak demo versi Mekah dan Madinah hanyalah sekadar MENGAMBIL GAMBAR BERSAMA BANER BERSIH! Wallahu A3lam.

Ahad, 6 Mei 2012

Menangani Fenomena Literalis Agama


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa -yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah. Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia.

Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.


Dipukul dan Dirampas
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.


- Gambar Hiasan
Di Malaysia, kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat. Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a:
“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya? Di manakah sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.
Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).
Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!
Huraian

- Gambar Hiasan
Hadis tentang taat dan patuh sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya.
Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa. Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.
Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata:
“Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?”. Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.
Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Erti Pemerintah
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut:
“..jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendaklah kamu damaikan keduanya..” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bughah itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fonomena literalis boleh mengelirukan!

Khamis, 3 Mei 2012

Pemahaman Dalam Menolak Ahli Bidaah


Menolak pandangan yang salah daripada siapa sekalipun, dan dalam apa jua masalah sekalipun merupakan perkara yang dituntut. Ianya merupakan laluan ahli ilmu dahulu dan sekarang. Lebih dituntut lagi jika menolak pandangan golongan ahli bidaah, zindik dan golongan-golongan sesat. Ini semua bertujuan menjelaskan kesesatan dan keterpesongan mereka, menangkis keburukan-keburukan tersebut daripada agama islam dan penganutnya, serta memelihara kemuliaan tauhid.

Akan tetapi dalam masalah ini, hendaklah kita membezakan tiga jenis golongan yang pastinya sangat berbeza hukum dan pendirian ulama terhadap mereka.


Kelompok pertama:

Orang-orang yang melakukan bidaah disebabkan mengikut hawa nafsu @ sengaja berpaling daripada jalan yang lurus. Anda akan lihat dia menyembunyikan yang benar, merubah nusus, mengkaburkan yang benar dengan kebathilan, berpaling daripada mencari hidayah dan petunjuk atau ringkasnya terzahir secara jelas mendewakan hawa nafsu. Mereka ini adalah kumpulan-kumpulan yang terpesong lagi sesat seperti Rafidhah, Jahmiyyah, Bathiniyyah dan yang seumpamanya. Mereka ini dinamakan oleh ahli sunnah sebagai (Ahlul Ahwa).


Kelompok kedua:

Orang-orang yang melakukan bidaah disebabkan kejahilannya, malas untuk mengkaji dan mencari dalil, tidak merujuk kepada pendangan para ulama yang dahulu mahupun yang terkini. Kes seperti ini berlaku kepada penuntut-penuntut ilmu kecil yang tidak mengambil ilmu daripada sumbernya yang asli. Golongan seperti mereka ini, hendaklah kita lunakkan dengan menarik tangan dibawa berbincang hinggalah mereka mengenali martabat para ulama dan kemulian mereka. Seperti mereka juga berlaku kepada orang awam yang bertaklid buta dan kuat taksubnya, lalu mengambil setiap yang dicurahkan kepada mereka baik dan buruknya dalam keadaan mereka tidak sedar.


Kelompok ketiga:

Para ulama mujtahid yang mengusai alat-alat ijtihad yang secukupnya, mereka bersungguh-sungguh mengkaji, meneliti dan menelaah supaya sampai kepada satu keputusan yang hak dan soheh akan tetapi mereka tersilap. Lalu secara tidak langsung melakukan bidaah. Maka seperti mereka ini insyaallah mendapat pahala pada ijtihadnya (bukan pada bidaahnya). Maka tidak sepatutnya dipelekehkan kemulian mereka @ dijatuhkan martabat mereka secara mutlak. Benar, tidak boleh diterima kesilapan dan kesalahan mereka dan mestilah ditolak. Hendaklah juga dijelaskan kesilapan mereka itu akan tetapi dalam suatu suasana yang penuh kasih saying dan bukan permusuhan. Kita mohon keampunan Allah buat mereka dalam apa yang mereka telah tersilap dan salah itu.

Demikianlah halnya cara bermuamalah dengan sekalian para ulama islam yang terjatuh silap kepada perkara yang bidaah sedangkan mereka mempunyai ilmu yang mendalam dan hebat. Sedangkan mereka terkenal dengan ilmu dan jauh daripada mengikut hawa nafsu. Mereka juga mempunyai kebaikan yang banyak dalam menyebarkan sunnah dan berkhidmat kepada Sunnah Nabi seperti Imam al-Baihaqi, Ibnu Asakir, al-Izz bin Abdissalam, Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan lain-lain lagi. Tidak syak lagi beberapa kesilapan mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka akan tetapi tidak boleh dipinggirkan kebenaran yang datang daripada mereka secara total! Barangsiapa yang men(jarah)kan mereka secara mutlak @ merendah2kan martabat mereka @ menyuruh agar ilmu mereka ini dijauhi @ membakar kitab2 mereka, maka orang tersebut lebih layak untuk dijarahkan dan dikutuk! Dan mereka itu sangatlah jauh dengan manhaj salaf halnya.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyebut berkaitan para ulama tersebut: “Ramai dikalangan para mujtahid samada salaf mahupun khalaf yang telah berkata @ melakukan sesuatu yang bidaah sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa ianya bidaah, samada kerana beramal dengan hadis-hadis yang dhaif yang pada sangkaan mereka merupakan hadis yang soheh, ataupun mereka faham sesuatu ayat yang bukan pada maksudnya, ataupun kerana sesuatu pandangan yang dilihat olehnya sedangkan dalam masalah tersebut terdapat nas-nas akan tetapi tidak sampai kepada mereka. Jika seseorang itu telah bertaqwa kepada Allah semampu-mampunya maka dia akan termasuk dalam firman Allah yang  maksudnya:  “Wahai tuhan kami janganlah kamu ambil kira kepada sesuatu yang kami lupa atau yang kami telah tersilap”. Surah al-Baqarah ayat 286. Dalam hadis yang soheh Allah menyebut: “Sesungguhnya engkau telah melakukan”. Lihat Majmuk Fatawa 19/192.

Beliau juga menyebut: “Tidak semua orang yang menyalahi sesuatu perkara dalam urusan akidah maka dia terus binasa, maka boleh jadi dia seorang yang mujtahid yang tersilap lalu diampunkan kesilapannya, boleh jadi tidak sampai ilmu kepadanya yang  boleh tertegak perkara tersebut kepadanya sebagai hujjah, dan boleh jadi dia memiliki kebaikan-kebaikan yang Allah akan hapuskan keburukan-keburukannya itu”. Majmuk Fatawa 3/179. Wallahu A3lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...