RSS Feeds

Sabtu, 20 April 2013

Apa Nasib Rakyat Selepas 5 Mei 2013?

Semangat pilihanraya semakin memuncak, semua parti yang bertanding termasuk calon-calon bebas sudah bersiap siaga. PRU 13 adalah yang paling sengit dalam sejarah Malaysia khasnya BN apabila terpaksa berdepan dengan Manifesto kuat Pakatan Rakyat. Pelbagai ramalan dan kajian berkait kemenangan pasca pilihanraya dikemukakan. Kita doakan agar SPR bertindak profesional dalam mengendalikan amanah Allah dan rakyat ini. Kita doakan semoga semuanya berjalan dengan aman dan lancar.

Persoalan penying yang perlu diutarakan ialah: "Apakah terjadi selepas PRU 13? Khasnya ekonomi negara dan rakyat marhain". Mari lihat pandangan santai daripada blog drhatta.com ini.


   Pilihan Raya 2013 atau PRU13 kini dilihat sebagai penentu masa depan ekonomi. Pada waktu ini ekonomi Malaysia meningkat maju, gaji semakin naik tetapi harga barangan dan perkhidmatan tertentu juga semakin membimbangkan.
  Sebahagian rakyat mungkin terasa semakin senang. Tetapi ramai lagi yang semakin terkial-kial sukar mengharungi hidup.
  'Senang' kelihatan jelas kerana ramai yang boleh bermewah. Ini termasuk golongan pertengahan atau berpendapatan sederhana. Namun mereka bermewah di samping hutang semakin menjadi badi kehidupan.
  Ini bukannya sekadar berkaitan harga makanan, keperluan harian dan barangan untuk menunjukkan gah. Harga hartanah dan barangan seperti kenderaan kian meningkat tanpa kawalan. Di mana sumbangan utamanya ialah akibat terlalu mudah mendapat pinjaman, kadar faedah rendah, masa yang amat lama diizinkan untuk melunaskan hutang.
  Di beberapa tempat yang sempat kami kunjungi dan berbual, kini ramai anggota masyarakat yang mulai bertanya-tanya apakah akan terjadi selepas PRU13?

  Ini sangat menarik. Justeru rakyat sudah semakin banyak menerima habuan dan hadiah wang ringgit dalam pelbagai bentuk sejak setahun yang lalu. Bonus, kenaikan gaji, BR1M, hadiah untuk isi rumah, penganggur, rebat telefon pintar, diskaun PTPTN, dan pelbagai lagi.

  Benar sekali ini merupakan berita baik buat sekalian penerima. Keadaannya sepertilah juga pengguna menerima pelbagai promosi akhir tahun, tawaran musim perayaan dan diskaun awal tahun serta pelbagai jualan mega daripada pasaraya dan pasar hiper.
  Kesannya, sekarang sudah ada bibit-bibit kenaikan harga. Perbelanjaan kerajaan besar, permintaan domestik bertambah, harga barangan mula melonjak di sebalik pelbagai diskaun dan tawaran.
  Mereka yang mengalami kenaikan gaji ataupun yang bisnesnya besar dan maju mungkin tidak terasa sangat. Namun pekerja persendirian, buruh am, mereka yang hidup dengan wang kebajikan ataupun mereka yang bergaji kecil dan beranak ramai, yang kais pagi makan pagi, cukup perit menghadapi senario ini.
  Apa yang merisaukan (lagi) sekalian orang kini ialah: Apakah agaknya yang akan berlaku selepas kerajaan dapat mengekalkan tampuk pemerintahan?
  Mungkinkah pihak yang berkenaan akan membuat sesuatu yang drastik bagi mengimbangi bajet yang berlebihan dibelanjakan?
  Persoalan yang lebih menakutkan ialah apakah kita akan mampu mengharungi situasi itu dengan hasil pendapatan sedia ada?
  Seperti yang kita sebutkan tadi, bagi kaki tangan kerajaan dan swasta, mereka mungkin akan mendapat kenaikan gali atau elaun. Tapi bagi Pak Mat dan buruh bawahan, apa tah cerita agaknya.
  Dalam sembang-sembang dengan kekawan mutakhir ini, pendapat ramai melihat senario sebaliknya akan berlaku jika Pakatan Rakyat memerintah. Inflasi mungkin dapat dibendung, tetapi dengan kawalan kewangan yang ketat, negara boleh jadi akan dilanda krisis kemelesetan.
  Kemelesetan, seperti juga inflasi, ada kesan positif dan negatifnya. Ada yang akan dapat mengaut untung dan ada juga yang akan rugi. Mungkin pengangguran semakin tinggi, sementara sebahagian pemaju terpaksa menurunkan harga rumah yang terlalu tinggi pada waktu ini.
  Penurunan harga rumah mungkin dianggap berita baik buat pengguna yang belum memiliki rumah. Tetapi ini tentunya tidak baik bagi mereka yang telah melabur sejumlah wang yang besar ke atas hartanah pada waktu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...