RSS Feeds

Jumaat, 30 Januari 2009

Gerhana

Pada 26 Januari yang lalu kita sekali lagi dikejutkan dengan gerhana matahari. Entah sudah berapa kali ianya berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Kononnya, saintis barat mengatakan bahawa gerhana matahari hanya akan berlaku 100 tahun sekali sahaja. Tetapi ternyata keadaan berlaku sebaliknya. Kalau tidak silap pada 3 tahun yang sudah telah berlaku gerhana bulan sebanyak 2 kali dalam setahun. Semua ini membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-hambanya supaya manusia yang berakal ini berfikir tentang keagungan pencipta.


Dalam kolum yang rigkas ini mari kita mengetahui beberapa hadis Nabi tentang gerhana dan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh semua individu muslim apabila berlaku keadaan yang sedemikian.

عن الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ يَقُولُ انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم « إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْكَشِفَ »صحيح مسلم.

Daripada Mughirah bin Syukbah berkata; "Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi tatkala kematian Ibrahim (anak Nabi) maka Nabi bersabda ((sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda diantara tanda-tanda kebesaran Allah, gerhana matahari dan bulan tidak berlaku dengan sebab kematian seseorang dan bukan juga kerana kehidupannya. Jika kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah dan solatlah sehingga selesai gerhana tersebut))

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِى بِأَسْهُمِى فِى حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذِ انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِى انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ.صحيح مسلم.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah berkata; "Tatkala aku sedang memanah pada zaman Rasulullah masih hidup tiba-tiba matahari tertutup (gerhana) maka akupun meninggalkan panahku. lantas aku berkata sesungguhnya aku mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh Nabi pada hari gerhana tersebut. Maka akupun pergi menemuinya dan baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, bertakbir, bertahmid dan bertahlil sehinggalah matahari terang semula. Maka Nabi membaca 2 surah dan melakukan 2 rukuk.

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».مسلم.

Daripada Abu Musa berkata; "Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi, lantas baginda segera bangun khawatir berlaku hari Kiamat sehinggalah baginda sampai di masjid. Baginda solat dengan berdiri, rukuk dan sujud begitu lama yang aku tidak pernah lihat dalam solat baginda sebelumnya. Kemudian Nabi bersabda; ((Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran Allah ini diutus bukan kerana kematian seseorang dan bukan kerana kehidupan seseorang akan tetapi Allah mahu menggerunkan hambanya. Apabila kamu melihat ianya berlaku maka bersegeralah kamu semua mengingati Allah, berdoa dan memohon keampunanNYA))

Apakah yang sewajarnya dilakukan apabila berlaku gerhana?
1) Sunat melakukan solat gerhana matahari dan bulan secara berjemaah. Dilakukan di masjid tanpa azan akan tetapi dengan seruan (as-Solatu Jamia'h) sebelum solat.
2) Solat dua rakaat dengan bacaan jahar (kuat) sekalipun ketika gerhana matahari. Setiap rakaat disertakan dengan dua rukuk. Ini bermakna imam akan membaca fatihah dan surah yang panjang, kemudian rukuk yang panjang, kemudian qiam (bangun berdiri) membaca fatihah dan surah yang lebih pendek dari yang pertama dan rukuk kedua lebih ringan dari yang pertama. Begitulah juga yang akan dilakukan untuk rakaat yang kedua.
3) Menyampaikan khutbah selepas solat iaitu dengan menggalakkan manusia bertaubat dan menggalakkan manusia melakukan kebaikan seperti bersedekah dan membebaskan hamba.


Kenapakah dipanjangkan bacaan, rukuk dan sujudnya dalam solat gerhana ini?

Kerana solat ini adalah daripada rasa gerun yang Allah datangkan dengan gerhana ini maka ianya menuntut agar manusia kembali kepada Allah dengan taubat. Begitu juga gerhana kebiasaannya berlaku dalam waktu yang panjang khasnya jika gerhana penuh. Nabi bersabda yang bermaksud: ((Solatlah dan berdoalah sehingga gerhana itu hilang daripada kamu)). Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi dan wajar diketahui bahawa gerhana yang berlaku pada zaman Nabi adalah gerhana penuh.


Sesiapa yang masbuk (tertinggal) rukuk yang pertama;
Jika berlaku keadaan seperti ini adakah seseorang itu mendapat rakaat pertama atau tidak? Jawapannya; tidak! Kerana rakaat tidak diperolehi kecuali apabila makmum sempat rukuk yang pertama bersama imam. Justeru mereka yang tidak bersama imam pada rukuk yang pertama hendaklah menambah satu rakaat lagi dengan 2 rukuk. Wallahu a'lam.


Khamis, 29 Januari 2009

Solat Istikharah

Ramai orang yang seringkali berada dalam delima. Cuba untuk mencari keputusan terbaik diantara dua pilihan yang dimilikinya ataupun lebih dari itu. Pilihan manakah yang paling sempurna dan memberi impak positif kepada kehidupan dunia dan akhirat? Oleh itu marilah kita menilai pilihan kita itu dengan solat istikharah yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad berpandukan kepada hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Jami' Soheh.


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ يَقُولُ « إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لْيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِينِى وَمَعِيشَتِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى فَيَسِّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِى فِى دِينِى وَمَعِيشَتِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِفْنِى عَنْهُ وَاقْدُرْ لِىَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِى بِهِ قَالَ وَيُسَمِّى حَاجَتَهُ ». قَالَ وَفِى الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِى أَيُّوبَ. قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ جَابِرٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى الْمَوَالِى. الترمذي في الجامع الصحيح.


Bermaksud; Daripada Jabir beliau berkata; "Nabi mengajarkan kami istikharah dalam semua perkara sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran dan baginda bersabda: "Jika seseorang kamu resah dengan sesuatu perkara, maka hendaklah dia ruku' (solat) dua rakaat yang bukan fardhu, sesudah itu berdoa ((Ya Allah sesungguhnya aku beristikharah kepadaMu dengan ilmu Engkau, aku pohonkan kekuatan dari kekuatanMu, aku pohonkan dari kurniaMu yang maha besar, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku ini lemah, Kamu maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan engkau maha mengetahui semua perkara yang ghaib. Ya Allah jika Engkau ketahui bahawa urusan ini lebih baik untukku didalam agamaku dan kehidupanku dan penghujung kepada urusanku, maka permudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku dengannya, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih buruk bagiku dalam agamaku dan kehidupanku maka Engkau palingkanlah ianya dariku dan palingkan aku darinya, dan Engkau takdirkanlah bagiku yang baik dimana-mana jua, kemudian Engkau redhoilah aku dengannya. kemudian sebutlah hajatnya)). Tirmizi berkata; ini hadis Hasan Soheh Ghorib.

Khamis, 22 Januari 2009

Perang SMS di Gaza

"Please start reciting surah al-Ikhlas as Masjid Aqsa has been surrounded by Israeli army. Plz forwad to your friends (its an amanah) plz spread this sms very very faster. Tolong bagi komentar sikit?". Sms yang saya terima dari seorang sahabat di Sarawak bertarikh 14/1/2009. "Pemimpin hizbullah Libanon Syeikh Hasan Nasrullah meminta seluruh muslim untuk melafazkan Quran, surah Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86&88,…pada malam ini(mlm Jumaat). Tolong sebarkan agar Israel hancur, tolong fwd ke seluruh umat islam, disana saudara seagama telah dikepung, tunggu masa utk disembelih. Keadaan amat dahsyat…itu saja jihad kita dari jauh. Tq.." butiran sms yang saya dapat dari Perak bertarikh 9 Januari 2009.


Apakah yang sahabat-sahabat semua fikirkan dengan 2 sms ini? Apakah komentar yang akan keluar dari sahabat semua? Bagi saya ini merupakan gimik beberapa pihak tertentu untuk mengambil kesempatan daripada apa yang menimpa muslimin di Gaza untuk kepentingan masing-masing. Bagaimana ini yang saya fikirkan? Mari kita lihat beberapa perkara yang saya akan sebut!


1) Membaca surah al-Ikhlas atau apa-apa surah dan ayat mana sekalipun memang kita akan mendapat pahala. Tetapi adakah dengan kita membaca sahaja pasti kemenangan akan bersama kita? Kita pergi ke medan perang tanpa membawa senjata, tetapi kita berdoa dan membaca habis 30 juz al-Quran adakah kemenanagan akan mendampingi kita? Melihat musuh-musuh menyerbu tetapi kita hanya berpeluk tubuh dengan tenang membaca al-Quran. Logikkah musuh-musuh akan mati dan bertempiaran? Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka tampil mengubah nasib mereka sendiri". Allah membuka ruang untuk manusia berusaha sekalipun takdir mereka telah ditentukan.


2) Merujuk kata-katanya: (ini adalah amanah) bilakah kita menerima amanah itu? Iaitu untuk kita bersetuju menghantar kepada semua muslimin didunia? Bukankah ianya lebih berunsur paksaan, iaitu mahu tidak mahu, punya kredit atau tidak, maka wajib mengkhabarkan kepada teman-teman kita kerana ianya adalah amanah dan amanah wajib ditunaikan!


3) Merujuk sms kedua: (pemimpin hizbullah) siapakah dia ini sebenarnya? Benarkah dia ini beriman dengan al-Quran yang disarankan untuk dibaca? Ataupun beriman dengan sebahagian al-Quran dan menolak yang lain? Kerana al-Quran yang kita miliki sekarang tidak lengkap menurut mereka (Syiah Imamiyyah). Kemudian dimanakah kehebatan hizbullah sekarang ini? Dulu beriya benar melawan Israel sehingga bumi Lubnan hancur dan ratusan umat islam sunnah terkorban berbanding beberapa ekor sahaja umat Yahudi yang terbunuh! Pejuang Allahkah mereka ini? Atau sebenarnya hanyalah bermuka-muka konon paling berani menentang Israel dan Amerika tetapi sebaliknya hanyalah mahu mendapatkan popularity yang natijahnya ialah tersebarnya ajaran syiah ke pelusuk dunia?


4) Apakah maksud : (saudara kita menanti untuk disembelih?) bukankah mereka dihujani bom-bom Israel? Adakah yahudi datang berperang menggunakan pedang? Ataupun pemilik sms menggunakan bahasa kiasan, mudah-mudahan begitu.


5) Benarkah (itu sahaja jihad kita dari jauh)? Iaitu sekadar membacakan beberapa ayat yang terpilih? Lantas dimanakah doa kita! Qunut nazilah kita dalam solat-solat fardhu! Boikot kita terhadap barangan dan segala kepentingan yahudi? Bantahan kita dengan demontrasi? Pengusiran duta-duta Israel dan Amerika? Sumbangan derma kita? Adakah semua ini tidak wujud sekiranya kita berjauhan?


Ini adalah diantara komentar saya daripada sms seperti ini. Kita tidak melarang umat islam membaca surah-surah yang tersebut ataupun mana-mana ayat! Itu bagus sekali, tetapi adakah begitu dangkal umat islam ini untuk memahami isu dan melawan kezaliman yahudi? Sewajarnya kita memahami disebalik kezaliman yang berlaku ada pihak jahat yang mahu mengambil kesempatan dan untung. Mungkin saja ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan daripada jutaan sms yang bakal terhantar. Ataukah di sana ada puak-puak tertentu yang mahu menjadi hero kononnya hanya mereka yang menjuarai pembelaan terhadap kezaliman di Palestin yang akhirnya memasyhurkan mereka dan tersebarlah fahaman puak-puak yang menentang aliran Sunnah! Mari kita fikir-fikirkan bersama semoga umat islam semakin matang, bangun dari tidur yang lena, dan umat islam bersatu padu khasnya pemimpin-pemimpin mereka dengan berteraskan al-Quran dan Sunnah. Kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya tetapi ianya memerlukan jihad dan pengorbanan harta serta nyawa. Wallahu a'lam.

Rabu, 21 Januari 2009

Presiden PAS di Parlimen mengecam pencerobohan Israel


"Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presiden yang akan berhenti beberapa hari lagi. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga."

(Berikut adalah teks penuh ucapan Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika sidang Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat 12 Januari lalu yang mengecam pencerobohan Israel ke atas Wilayah Gaza di Palestin)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini. Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan.


Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya. Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabangsa dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.


Oleh kerana itu kita lupakan pertelingkahan cabang, pertelingkahan pandangan dalam beberapa isu tetapi dalam perkara naluri kemanusiaan kita wajib bersatu. Langkah kita ini bukan fanatik kepada kaum walaupun kita menyedari bahawa ada negara yang dipengaruhi oleh Zionis meluluskan undang-undang anti semantic seolah-olah tidak boleh anti terhadap kaum Yahudi. Bermakna anti pada kaum lain tidak mengapa.


Alhamdulillah di negara kita tidak ada undang-undang yang seperti ini. Kita anti terhadap kaum-kaum yang tertentu. Sikap kita pada hari ini bukan benci kepada bangsa Yahudi tetapi benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh golongan pelampau Zionis yang juga ditentang oleh kalangan orang-orang Yahudi sendiri. Kita penganut agama Islam diwajibkan beriman dengan nabi-nabi Bani Israel, rasul-rasul Bani Israel, pemimpin-pemimpin Yahudi yang baik dalam sejarah yang disebut nama-nama mereka dalam Al-Quran kita wajib beriman dan mempertahankan nama baik mereka.


Akan tetapi sikap melampau kaum Zionis yang dicatatkan dalam Al-Quran yang telah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang melarat yang tidak boleh diterima oleh kaum dalam sejarah manusia. Sehingga dalam sejarah moden rakyat Palestin dipaksa, dirampas tanah air mereka untuk mendirikan sebuah negara yang dinamakan negara Israel. Kita tidak menafikan bahawa Palestin adalah tanah suci daripada kaum Yahudi, tanah suci kepada orang Islam, tanah suci kepada orang Kristian tidak dinafikan. Akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menghalang hak-hak kaum yang lain untuk hidup dengan cara yang sewajarnya untuk mengecap kenikmatan di bumi tanah air masing-masing. Apa yang menakutkan rakyat Palestin bukan sahaja dihalau dengan pengiktirafan daripada negara-negara besar.


Ketika penubuhan negara Israel bahkan tindakan mereka secara demokratik tidak diakui Golongan Hamas dan dipantau oleh NGO barat termasuk Yayasan Jamie Cater daripada Amerika Syarikat yang memantau pilihan raya yang telus dan adil dan memberi kemenangan kepada Hamas. Malangnya kerajaan Hamas telah dikepung, telah disekat, telah dihalang dan telah diperlakukan. Apabila tidak dapat dijatuhkan dengan cara itu maka diambil tindakan ketenteraan dengan cara yang sangat ganas. Malangnya keganasan ini disokong oleh kuasa besar dunia yang dianggap paling maju dan paling bertamadun yang paling mendukung demokrasi.


Malangnya negara Amerika Syarikat yang dimaksudkan itu menguasai bangsa-bangsa bersatu sehingga undang-undang antarabangsa dikendalikan oleh bangsa-bangsa bersatu laksana sarang labah-labah. Ianya serangga yang kecil yang boleh diambil tindakan yang melekat. Helang-helang yang besar seperti Amerika boleh rempuh begitu sahaja dan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. Dalam hal ini kita tidak menafikan realiti kita berada dalam masyarakat antarabangsa dan menerima kewujudan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Apa yang penting ialah kita memainkan peranan yang pro aktif dalam pertubuhan antarabangsa ini. Sama ada melalui kita sendiri negara Malaysia ini termasuk secara kolektif melalui rakan-rakan dalam negara berkecuali (NAM) untuk mengambil satu tindakan yang sebaik-baiknya bagi memulihkan bangsa-bangsa bersatu itu sendiri.


Bunuh pemimpin Islam, 100 akan berganti

Sangat malu bagi kita yang berjiran yang hampir dengan Palestin kepada Venezuela yang jauh daripada Palestin dan mengambil tindakan yang berani memutuskan hubungan menghalau duta Israel. Di sana ada negara-negara yang masih malu-malu kucing terhadap Amerika Syarikat. Apa kita gerun dengan Amerika Syarikat? Dunia telah membuktikan kezaliman tidak akan kekal dan kezaliman tidak mengekalkan sesuatu kuasa besar dalam sejarah dunia.


Keadilan yang baik yang akan kekal. Mereka tidak berjaya menghapuskan perjuangan Palestin kerana perjuangan Palestin adalah perjuangan yang menuntut hak. Israel telah bertindak membunuh pemimpin-pemimpin Palestin, pemimpin Hamas. Dibunuhnya Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh yang tidak boleh berjalan bergerak dengan kerusi roda sahaja dibunuh juga. Dibunuhnya Yahya Arshad dibunuhnya Abdul Hadi Rantisi dan lain-lain, dibunuhnya pemimpin-pemimpin Palestin dikutip satu demi satu sebagai satu langkah untuk menghapuskan kepada Ketua Rakyat Palestin.


Apa yang berlaku kepada kita rakyat ini tidak boleh dihapuskan dengan membunuh pemimpin-pemimpin. Satu pemimpin dicantas 10 dan 100 tunasnya akan tumbuh Bukan cara itu. Caranya ialah mengendali dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya. Kuasa besar dunia Amerika yang memberi perlindungan kepada Israel. Hari ini sudah runtuh imejnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Maka kita tidak perlu segan lagi kepada kuasa besar ini. Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presidennya yang akan berhenti beberapa hari lagi. Walaupun kita menyedari kasut tidak boleh melawan Toma Hawk. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga.


Dalam hal ini Insya-Allah kami akan bersama-sama dengan kerajaan untuk turun ke padang sama ada untuk menggerakkan rakyat dalam negara kita di kalangan semua kaum untuk tunjuk kepada dunia luar kita boleh bersatu dalam perkara yang menjadi titik persamaan antara kita. Hari ini kita dalam satu barisan dan satu pakatan. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil satu tindakan yang lebih tegas untuk membolehkan tindakan yang sewajarnya terhadap jenayah yang dilakukan oleh pengganas yang bersifat negara. Bukan lagi pengganas individu pengganas yang bersifat state maka satu tindakan yang perlu diambil.


Dalam usul Perdana Menteri sudah disebut beberapa perkara yang menjadi alasan untuk menyeret Israel dan pemimpin-pemimpin Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Mencabuli undang-undang antarabangsa. Kedua, mencabuli undang-undang hak asasi manusia. Ketiga, mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Keempat, mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kelima, melanggar dan memijak Konvensyen Geneva. Ini satu perkara yang jelas, yang nyata, yang tidak boleh di selindung lagi. Apa yang penting, selepas ini kita bergerak bukan saja di Parlimen, kita bergerak mengikut kemampuan kita masing-masing dan terima kasih. Saya menyokong usul ini.

Isnin, 19 Januari 2009

Hasad Dengki Penyakit Hati

Perasaan marah jika disimpan lama maka ianya amat sukar untuk disembuhkan yang akhirnya akan terpendam lantas menghasilkan rasa dendam. Tanda-tanda itu dapat dikesan apabila individu itu berterusan membenci dan menjauhi orang tersebut. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam. Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." Dalam hadis yang lain Nabi berkata; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."


Disebutkan dalam hadis tentang punca yang menyebabkan seseorang itu memasuki Syurga Allah, sabda Nabi bermaksud; "Akan muncul kepada kamu daripada kaki bukit ini seorang lelaki yang merupakan antara penghuni Syurga, maka muncullah seorang lelaki lantas lelaki itu ditanya tentang amalannya lalu lelaki itu berkata; sesungguhnya aku tidak dapati dalam diri aku ini pembohongan dan juga hasad dengki terhadap kaum muslimin yang dikurniakan kebaikan daripada Allah."


Imam Ibnu Sirin berkata; 'Aku tidak dengki dengan seseorang keatas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia dikalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia dikalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh alaihissalam, janganlah kamu sesekali berhasad dengki sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini."


Perbezaan antara Hasad dan Ghibtoh;

Hasad ialah; kamu membenci nikmat yang di anugerahkan kepada saudara kamu dan kamu suka jika nikmat itu hilang daripadanya.

Ghibtoh ialah; kamu tidak membenci kewujudan nikmat yang ada pada saudara kamu dan kamu tidak suka jika nikmat itu hilang daripadanya akan tetapi kamu menyukai jika nikmat yang sama kamu perolehi untuk diri kamu.


Bagaimana mengubati penyakit hasad dengki?

Kadang-kadang ubat yang menghilangkan penyakit ini ialah dengan sifat redho dengan qodho, kadang-kadang ianya dapat dihilangkan dengan sifat zuhud dengan kehidupan dunia, kadang kala ianya dapat dihilangkan dengan kita melihat kepada nikmat tersebut yang biasanya termasuk dalam perkara yang merunsingkan dan akan dihisab di akhirat. Maka akan tawarlah hati kita dan meninggalkan bisikan-bisikan hati yang jahat itu.


Adapun sikap suka bersaing untuk mendapatkan kebaikan dengan cara yang menepati syarak maka ini adalah perbuatan yang terpuji khususnya jika untuk merebut ganjaran yang disediakan oleh allah. Allah telah berkata; " Dan pada yang demikian maka saling bersainglah orang yang berlumba-lumba) al-Mutoffifin ayat 26.


Dalam Sohehain Nabi telah berkata; "Tiada hasad dengki kecuali dalam dua perkara; "Seorang lelaki yang Allah berikan padanya al-Quran (menghafaz) maka dia bangun pada waktu malam dan siang hari. Dan juga seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan dan lelaki itu menginfaqkannya di jalan yang baik siang dan malam."


Faktor yang membawa kepada hasad dengki;

1) Permusuhan

2) Takabbur

3) Sifat ujub ataupun banggga diri

4) Cintakan pangkat dan kedudukan

5) Jiwa yang kotor

6) Benci membenci

Semoga penjelasan ringkas ini dapat menghindarkan kita daripada sifat yang keji ini yang mana kesannya ialah menjadikan umat islam tidak berdaya maju, berada di takuk yang lama tanpa ada perubahan dari semua aspek kehidupan. Lihatlah bagaimana lemahnya umat islam dari sudut ekonominya sebagai salah satu contoh yang paling mudah. Ingatlah kemaksiatan pertama yang dilakukan oleh makhluk adalah hasad dengki yang akhirnya menjadikan iblis itu angkuh dan sombong lantas dilaknat oleh Allah sehingga hari kiamat. Wallahu a'lam.

Rabu, 14 Januari 2009

Mengenali bangsa terlaknat yang dimurkai (Yahudi)

Maksud dari firman Allah: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:


Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Mereka merupakan kaum yang tidak pernah bersyukur, terlalu banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada mereka antaranya perutusan para nabi dan rasul yang amat banyak daripada kalangan mereka. Akan tetepi mereka adalah bangsa yang keras kepala dan terlalu biadab. Melakukan tipu helah yang amat banyak sebagai contoh kisah menangkap ikan pada hari Sabtu (lihat al-Baqarah ayat 65, an-Nisa 47 dan al-A'raf 163 ) sehinggakan kemuncak kebiadaban mereka adalah membunuh sebahagian para nabi! (lihat al-Imran 112 & 181 surah an-Nisa 155) Mereka adalah bangsa yang sering melanggar perjanjian.

(فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا) النساء آية

Maksudnya; "Maka (kami lakukan kepada mereka beberapa tindakan) dengan sebab mereka melanggar perjanjian itu dan kerana kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh para nabi tanpa alasan yang benar dan mereka mengatakan: "hati kami tertutup", bahkan sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka kerana kekafiran mereka. Maka mereka itu tidak beriman kecuali bilangan yang amat sedikit."

Sebab itu bukan suatu yang pelik jika mereka melakukan kerosakan dan pembunuhan terbuka kepada rakyat palestin di gaza khasnya. Yang menghairankan kita ialah sikap pemimpin-pemimpin islam yang sekadar menghulurkan bantuan kewangan sedangkan jumlah yang terbunuh semakin meningkat dengan drastiknya. Yang menghairankan kita ialah sikap orang islam secara umum terus-terusan menyokong dan membeli prodak Israil dan Amerika! Kenapa Amerika? Kerana merekalah sekutu terkuat Israil dalam politik dan ekonomi. Yang lebih menghairankan ialah tindakan Negara kafir yang menghalau duta Israil dari Negara mereka sedangkan beberapa Negara islam terus membiarkan duta-duta laknat ini berdiplomasi di negara mereka. Kita seolah-olah di ajar oleh orang kafir untuk mengajar kebiadaban Israil. Seolah-olah orang kafir lebih manusiawi berbanding umat islam! Sebab itu tindakan berani pemimpin hamas untuk menolak sebarang rundingan dengan yahudi adalah suatu yang amat wajar.


Yahudi ditindas Sebelum kedatangan Islam Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya. Disebut oleh Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 4 -5 yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".


Tarikh sepatutnya mendidik yahudi erti kemanusiaan

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1) Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

2) Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

3) Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

4) Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

5) Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

6) Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

7) Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

8) Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

9) Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

10) Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.


Mengapa Yahudi Dihalau dan ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Tilmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.


Disebut dalam Tilmud lagi:

Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Tilmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.


Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemanson Antarabangsa. Freemanson melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia. Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.


Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara total dari muka bumi Allah. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Selasa, 6 Januari 2009

Prinsip pegangan al-Khawarij dan tanda-tanda mereka

Untuk kita mengetahui secara ringkas dan tepat tentang golongan khawarij ini mari kita mengetahui tanda-tanda dan prinsip pegangan mereka dengan mengetahuinya seperti yang berikut;

1) Mengkafirkan pelaku maksiat (dosa-dosa besar) dikalangan muslimin dan menghukum kekafirannya didunia dan akhirat serta dalam semua muamalah.

2) Keluar dari mentaati pemimpin samada dengan iktikad ataupun perbuatan , ini adalah kebiasaannya, dan kadang-kadang dengan salah satu diantara dua perkara ini.

3) Keluar daripada jemaah muslimin, dan bermuamalah dengan mereka dengan cara mereka bermuamalah dengan orang kafir di dunia dan mereka berlepas diri dari kaum muslimin yang dianggap kafir ini serta menghalalkan darah.

4) Memalingkan nas-nas amar ma'ruf nahi munkar kepada memerangi pemimpin muslimin dan keluar dari ketaatan mereka serta memerangi orang yang tidak setuju dengan mereka.

5) Ramai kalangan mereka adalah golongan qurra (pembaca al-quran) yang jahil yang majority mereka adalah pemuda dan jahil.

6) Terzahir pada mereka itu tanda-tanda orang soleh, seperti banyak ibadah mereka seperti solat puasa, dan kesan sujud pada dahi mereka, kebanyakan mereka itu juga besifat wara' tanpa punyai ilmu feqh. Bersifat benar dan zuhud. Akan tetapi mereka ini bersikap keras dan melampau (ghulu) seperti yang disifatkan oleh Nabi (kamu semua kan rasa kerdil dengan solat kamu berbanding solat mereka).

7) Lemah ilmu fekah mereka, dan sedikit kalangan mereka yang memiliki ilmu syara' seperti yang disifatkan oleh nabi (mereka ini membaca al-quran akan tetapi bacaan itu tidak melepasi kerongkongan mereka) iaitu sekadar bacaan tanpa amalan.

8) Tidak ada seorangpun dikalangan mereka seorangpun sahabat, tiada juga para imam mahupun para ulama fekah.

9) Terpedaya dengan diri sendiri, berbangga diri terhadap ulama sehingga mereka mendakwa mereka adalah lebih alim berbanding sayyidina Ali dan ibnu Abbas dan sekalian para sahabat.

10) Terdapat kecacatan dalam manhaj mereka dalam pengambilan dalil, mereka ini mengambil ayat-ayat azab dan meninggalkan ayat-ayat nikmat. Mereka ini mengambil ayat-ayat yang terkandung intipatinya untuk orang kafir dan mengaplikasikan ayat-ayat ini kepada orang-orang islam yang menyanggahi pendapat mereka. Seperti mana kata ibnu Umar ; mereka ini menjadikan ayat-ayat yang diturunkan kepada orang kafir dan menjadikannya kepada kaum muslimin".

11) Mereka ini jahil dalam memahami sunnah dan kebiasaanya hanya berpegang dengan al-quran semata-mata.

12) Terlalu cepat berubah pendirian dan seriangkali berselisih pandangan yang sedemikian kerana mereka mengutamakan emosi tanpa ilmu dan fekah.

13) Tergopoh gapah dalam menghukum tanpa kepastian yang sempurna.

14) Berhukum dengan bersandarkan hati dan perasaan.

15) Mereka ini memiliki kekuatan dan kesabaran, keberanian yang tinggi, kekerasan dalam menghukum dan bemuamalah. Begitu jugak ketika dalam peperangan dan perdebatan.

16) Cetek pandangan, tidak bersabar dan tergesa-gesa mengharapkan natijah sesuatu perkara.

17) Membunuh umat islam dan memerangi mereka, meninggalkan penyembah berhala seperti yang digambarkan dalam hadis Nabi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...