RSS Feeds

Isnin, 29 November 2010

Peminta Sedekah Di Arab Saudi

Pihak polis kota Riyadh telah menangkap seramai 59 ribu orang lebih peminta sedekah lelaki dan wanita di Bandar itu, ianya bermula pada permulaan tahun ini 1431 hijrah sehinggalah kini Zulhijjah 1431 H. Ini merupakan operasi polis besar-besaran bagi menghapuskan gejala meminta-minta yang kelihatan jelas semakin bertambah dalam tempoh beberapa tahun ini.


Daripada jumlah itu, maklumat menunjukkan bahawa lebih 67% adalah orang-orang luar dan orang-orang Saudi sendiri sekitar 33%. Daripada jumlah itu juga golongan peminta sedekah lelaki adalah 59%, wanita 25% dan kanak-kanak 16%. Kebanyakan mereka yang ditangkap seramai 59500 orang peminta sedekah itu sepanjang tahun ini kebanyakkannya adalah orang luar dan menetap secara haram.


Dinyatakan bahawa disana satu bahagian khas yang akan bertanggungjawab menangani permasalahan ini. Sekira-kira peminta sedekah Saudi akan diserahkan kepada kementerian kemasyarakatan bagi mengkaji tahap kemiskinan mereka dan keperluan-keperluan mereka. Adapun peminta sedekah luar akan diserahkan kepada bahagian khusus yang akan menangani hal keadaan mereka yang kemudiannya akan dihantar pulang ke Negara masing-masing.

http://www.almokhtsar.com/cms.php?action=show&id=5021



p/s; Jika diperhatikan, peminta sedekah yang jumlahnya mungkin ribuan orang disekeliling kota Mekah pada musim haji kebanyakkan mereka adalah orang-orang berkulit hitam. Seolah-olah sudah menjadi budaya mereka ini dan berkemungkinan besar terdapat sendiket terancang yang menggunakan mereka ini. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang baik-baik kepada golongan fakir miskin dikalangan muslimin diseluruh dunia dan merubah nasib mereka. Amin.


Sabtu, 27 November 2010

Mengambil Upah Haji

Dalam kitab al-Munghni Fi Feqhil Hajji Wal Umrah karangan Syeikh Said Abdul Qadir Ba Syanfar yang pada pengamatan saya sangat bermanfaat dalam segala hukum hakam berkait haji dan umrah menulis satu topic tentang mengambil upah bagi melakukan haji. Sukalah saya menaqalkan tulisan beliau dalam bahasa terjemahan seperti berikut[1].


"mengambil upah bagi melakukan haji adalah berbeza dengan ganti haji (Niabah) @ (badal haji). Niabah @ badal haji ini ialah si pelaku (pengganti haji) mengambil nafqah perlaksanaan haji mengikut kadar yang diperlukan sahaja tidak lebih dari itu. Sekiranya terdapat lebihan wang, maka dia hendaklah memulangkan wang tersebut kepada waris yang memberi amanah tersebut. Justeru semua wang yang diberikan kepada pengganti haji adalah merangkumi semua perjalanan dan keperluan haji. Jika si pengganti haji itu mati, sakit, dipenjara @ sesat, maka si pengganti tidak wajib menggantikan wang itu.


Adapun mengambil upah haji, maka ianya terikat dengan syarat-syarat al-Ijarah (penyewaan @ upah). Seperti harga upah dan akad mengambil upah tersebut. Justeru segala yang diambil daripada jumlah wang adalah menjadi milik orang yang diupah melakukan haji. Dia boleh menggunakan wang tersebut seperti yang dihendaki dengan bebas dan lebihan daripada wang itu adalah menjadi miliknya. Adapun jika dalam perjalanan menunaikan haji itu dia terkurung, sesat jalan atau kehilangan wang tersebut, maka wajib keatas orang yang di upah menjadi penjamin (mengembalikan wang)".


Apakah hukum mengambil upah haji?

Para ulama mempunyai 2 pendapat dalam masalah ini;

Pendapat pertama; Harus (boleh), merupakan pandangan dalam mazhab Malik, syafie, Ibnul Munzir dan salah riwayat daripada 2 riwayat imam Ahmad.

Pendapat kedua; Tidak boleh, merupakan pandangan dalam mazhab Abu Hanifah, Ishak dan satu riwayat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad bin Hambal.


Dalil dan hujah yang digunakan oleh pendapat pertama;

1- Hadis Nabi yang bermaksud; "sesungguhnya yang lebih berhak daripada apa-apa yang kamu ambil upah ialah kitab Allah" hadis riwayat Imam Bukhari.

2- Sahabat-sahabat Nabi mengambil (Ju'ul) upah daripada bacaan ruqyah (jampi) daripada ayat-ayat al-Quran. Mereka mengkhabarkan kepada Nabi dan baginda membenarkan perbuatan mereka.

3- Sesungguhnya setiap perkara yang harus dalam hukum hakam niabah @ badal haji, maka ianya harus juga dalam masalah mengambil upah haji.


Dalil dan hujah kepada pendapat kedua;

1- Hadis daripada Ubadah bin as-Shomit Radiyallahu anhu berkata, aku telah berkata; "Ya Rasulullah, seseorang telah menghadiahkan kepada aku alat pemanah daripada individu yang telah aku ajarkan kepadanya al-quran, dan ianya bukanlah harta, maka aku gunakan alat pemanah itu fi sabilillah?" lalu Nabi bersabda; "Jika kamu suka dikalungkan dengan kalungan api neraka maka terimalah". Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.

2- Nabi berkata kepada Usman bin Al-A's Radiyallahu anhu; " Dan ambillah tukang azan dan dia jangan ambil upahpun daripada azannya itu". Hadis riwayat Abu Daud, An-Nasaie, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah. Imam Tirmizi berkata; ini adalah hadis hasan soheh.

Upah haji dan penipuan.

Kita sering melihat iklan yang dipaparkan di Malaysia, nilaian upah haji yang ditawarkan oleh beberapa syarikat haji dan umrah sekitar RM 2500. Lebih hebat lagi dan sangat menghairankan saya ialah; RM 1350 sahaja! Ditambah dengan umrah, tahlil, air zam-zam 10 liter, sijil, dan beberapa hadiah lain. Lebih menghairankan saya ialah hadiah-hadiah itu diberikan kepada waris sebelum selesai kerja haji pada 10 Zulhijjah. Yang menyedihkan ialah; nama pelajar-pelajar Malaysia di Madinah dan Mekah diperdagangkan untuk memancing minat orang. Kemudian daripada jumlah 1350 Rm itu, diambil pula RM300 sebagai caj perkhidmatan samada dengan pengetahuan orang yang menerima upah itu ataupun tidak. Maka si miskin ini hanya mengambil 1050 untuk menunaikan amanah haji itu.


Tahukah anda? Segala kos pada musim haji meningkat sekali ganda @ lebih? Harga makanan melonjak. Pisang naik kepada SR10 sekilo berbanding SR4 sebelum haji. Harga hotel, pengangkutan dan lain-lain. Mahu ke Mina daripada Mekah yang hanya sejauh 5 Km, anda perlu membayar SR50 seorang. Pada hari 12 Zulhijjah lebih dahsyat, samada anda memilih berjalan kaki untuk berjimat atau anda membayar SR100 seorang untuk menuju ke Baitil Haram dari Mina. Saya ingin nyatakan bahawa kos standart bagi menunaikan haji dari Madinah ialah sekitar SR1500 tanpa tasrih (keizinan rasmi). Adapun jika anda pergi bersama-sama hamlah @ travel arab anda perlu membayar Sr3500 untuk hanya 6hari sahaja bermula 8-13 Zulhijjah.


Sebab itu kebanyakan pelajar Madinah dan Mekah hanya mengambil upah sekitar RM3000 dan keatas. Setahu saya juga para pelajar tidak mengambil daripada upah-upah haji yang diiklankan daripada syarikat-syarikat haji dan umrah. Upah haji RM1050 itu biasanya hanya diambil oleh pekerja-pekerja Indonesia dan Pakistan di Mekah. Itu tidak mengapa jika ditunaikan haji itu rukun dan wajib-wajibnya. Yang sedihnya kedapatan mereka yang mengambil sehingga 5 nama untuk satu haji. Bermakna dia akan memperoleh RM5250! Sahkah hajinya? Lepaskah tanggungjawab anda memberikan wang RM1350 itu untuk si arwah? Sebab itu, janganlah terlalu berkira hingga mencari yang termurah jika anda sudah tahu bahawa kos seseorang jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah ini ialah RM13.000,00. Tidak salah anda membayar RM10.000,00 kepada orang yang diupah khususnya jika mereka adalah orang yang benar-benar amanah dan berilmu dalam menunaikan ibadah.


Pelajar-pelajar Indonesia dan China mengambil upah haji dengan bayaran USD1500. Adapun pelajar Bosnia dan Negara-negara eropah menerima upah dengan bayaran 1000-1500 pound sterling. Semoga anda yang kematian waris dan belum menunaikan haji tidak terpedaya dengan penipuan yang mungkin tidak disedari ramai pihak. Semoga penerangan ini memberi manfaat.


[1] Rujuk kitab tersebut cetakan Dar Ibnu Hazam mukasurat 58-59.

Sabtu, 13 November 2010

Hukum Hakam Berkaitan Tawaf Wada'


Para ulama berselisih pendapat berkenaan hukum tawaf Wada' kepada dua pendapat. Pertama, ianya adalah wajib, justeru sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, terlupa @ jahil, maka diwajibkan dam. Akan tetapi sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja dia telah berdosa dan diwajibkan bertaubat. Ini adalah pendapat dalam mazhab Hanafi, Hambali dan salah satu pendapat dikalangan ulama Syafie. Mereka berdalilkan kepada hadis Nabi dalam soheh Muslim ketika melakukan Haji Wada' Nabi bersabda;

((لا ينفرن أحد منكم حتى يكون آخر عهده بالبيت)


Yang bermaksud; "Janganlah seseorang daripada kamu beredar sehinggalah akhir perjanjiannya ialah dirumah (baitullah)". Maka Nabi telah mengarahkan supaya kerja terakhir dalam amalan haji ialah tawaf di baitullah. Dalam Sohehain daripada Ibnu Abbas beliau berkata;

((أمر الناس أن يكون آخر عهدهم بالبيت إلا أنه خفف عن المرأة الحائض)


Nabi telah mengarahkan supaya akhir perjanjian mereka ialah di baitullah, akan tetapi baginda memberi kelonggaran terhadap orang perempuan yang haid.


Pendapat kedua; Tawaf wada' adalah sunnah, tiada dosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan tidak dikenakan dam. Ini adalah pendapat dalam mazhab Malik dan salah satu pendapat mazhab Syafie. Mereka menjadikan arahan Nabi dalam hadis yang lepas sebagai perintah yang berbentuk sunnh @ galakkan supaya seseorang yang menunaikan haji melakukan tawaf wada' selepas dihalakan mendekati isterinya. Maka hukum tawaf wada' menurut mereka adalah sunnah. Ibnu Abdul Bar berkata; "adapun tawaf wada' maka ianya disisi imam malik Malik adalah mustahab (dituntut @ sunnah), tidak diwajibkan apa-apa kepada sesiapa yang meninggalkannya"[1].


Syeikh Abdul Aziz bin Baaz telah mentarjihkan (menyokong dan menguatkan) pandangan pertama dan menyatakan bahawa ianya adalah pandangan Jumhur ulama. Adapun syeikh Ibn Uthaimin telah menyatakan bahawa tawaf wada' adalah tidak wajib kepada orang yang menunaikan haji, akan tetapi ianya wajib kepada orang yang datang daripada luar mekah. "Yang soheh bahawa tawaf wada' bukanlah diantara wajib-wajib haji, kerana jika ianya termasuk dalam perkara-perkara wajib haji, maka sudah pasti ianya wajib kepada semua orang samada yang bermukim mahupun bermusafir, sedangkan ianya tidak wajib kepada orang yang bermukim di mekah. Akan tetapi wajib kepada orang yang bermusafir dari luar ke mekah. Kerana itu maka ianya tidaklah dianggap diantara perkara-perkara wajib haji, wajib-wajib haji ini tidak boleh tidak mestilah diwajibkan kepada semua yang melakukan haji. Akan tetapi ianya (tawaf wada') wajib kepada sesiapa yang mahu keluar daripada Mekah…[2]".


Jika mengikut pendapat bahawa ianya adalah wajib haji, maka sesiapa yang keluar daripada Mekah tanpa tawaf Wida' maka wajib membayar dam, akan tetapi apakah kadar jarak yang menyelamatkan dia daripada dam sekiranya dia kembali semula untuk tawaf wada'?


Pendapat pertama; Jaraknya adalah antara Mekah dan Miqat. Ini merupakan mazhab Hanafi seperti disebutkan dalam Syarah Multaqa al-Abhar.


Pendapat kedua; Wajib keatasnya berpatah balik sekira-kira belum melepasi jarak orang bermusafir. Ini adalah mazhab Hambali dan beberapa ulama Syafieyyah yang menyatakan wajib berpatah balik ke mekah untuk tawaf wada' jika belum mencapai 2 marhalah [3].


Disyaratkan supaya tawaf wada' adalah akhir amalannya. Sesiapa yang menjadikan tawaf ifadhah akhir amalan hajinya kemudian dia keluar daripada mekah, maka itu sudah memadai sebagai tawaf wada'. Dengan maksud lain, boleh jemaah haji tersebut menjamakkan (himpunkan) diantara tawaf ifadah dan juga tawaf wada' kemudian dia keluar daripada bumi Mekah.ini adalah seperti yang difatwakan oleh syeikh Muhammad bin Ibrahim dan juga syeikh Abdul Aziz bin Baaz serta lain-lain ulama.


Penduduk Mekah tidak diwajibkan tawaf wada'.

Syeikhul islam Ibn Taimiyyah berkata; "Dan kerana itu, tidaklah diwajibkan kepada ahli Mekah melakukan tawaf Qudum, tidak juga tawaf Wada', kerana maksud daripada kedua-dua perkara itu tidak tertegak pada hak mereka. Maka sesungguhnya ahli Mekah bukanlah orang yang datang dari luar kemudian memasuki Mekah, dan mereka juga tidak meninggalkan bumi Mekah selama mereka masih menetap disana"[4]. Imam Ibnu Qudamah berkata; "dan sesiapa yang rumahnya berada di kawasan haram, maka dia adalah seperti penduduk mekah, tidak diwajibkan keatasnya tawaf Wada'[5].


Penduduk Mekah dan sesiapa yang menetap di Mekah hendaklah mereka menunaikan tawaf Wada' sekiranya mahu bermusafir keluar daripada bumi Mekah. Imam an-Nawawi berkata; "Telah berkata sahabat-sahabat kami, sesiapa yang telah selesai menunaikan hajinya, dan kemudian mahu bermukim di mekah, maka tidak wajib keatasnya tawaf Wada', dan ini tidak ada khilaf samada mereka itu adalah penduduk mekah mahupun bukan. Dan jika dia mahu keluar daripada Mekah hendaklah dia melakukan tawaf Wada' [6].


Syeikh Muhamad bin Uthaimin; "Jika seseorang itu penduduk Mekah, dia selesai melakukan haji kemudian mahu bermusafir selepas haji,maka hendaklah dia melakukan tawaf Wada' kerana Nabi bersabda yang bermaksud; "Janganlah seseorang daripada kamu keluar sehinggalah perkara yang terakhir dalam urusannya adalah di rumah". Ini adalah umum, maka kita katakan kepada penduduk ; selama mana kamu bermusafir pada hari-hari haji dan kamu telah menunaikan haji maka janganlah keluar bermusafir kecuali menunaikan tawaf Wada' [7]. Wallahu a3lam.



[1] Al-Kafi Fi Fiqh Ahlil Madinah karangan Ibn Abdul Bar.

[2] Sayarah al-Mumti3 ala Zaadul Mustaqni3 (7/397)

[3] Lihat al-Mughni karangan Ibnu Qudamah dan al-Majmu3 karangan an-Nawawi.

[4] Majmu3 Fatawa 26/ 261

[5] Al-Muhgni 3/237

[6] Al-Majmu3 8/254.

[7] Fatawa Ibn Uthaimin 23/339.


Sabtu, 6 November 2010

Hukum Melewatkan Tawaf Ifadhoh


"Saya kira, antara yang paling sesuai bagi saya pada hari Tasyriq ialah melewatkan tawaf Ifadhoh (tawaf haji) sehinggalah kesesakan lautan manusia berkurangan…adakah ini dibolehkan? Sehingga bilakah saya boleh melewatkan tawaf Ifadhoh ini?"


Jawapan;

Dibolehkan bagi anda melewatkan tawaf Ifadhoh hingga hari terakhir bulan Zulhijjah, maka jika telah melebihi tempoh tarikh itu, diwajibkan kepada anda membayar dam dan ini adalah pandangan mazhab Maliki yang mudah-mudahan adalah pandangan yang Rajih (kuat).


Adapun dalam mazhab Syafie dan Hambali ianya dibolehkan tanpa dikenakan apa-apa denda kerana melewatkan tawaf Ifadhoh dengan sengaja.


Abu hanifah pula berpendapat bahawa menunaikan tawaf Ifadhoh pada hari-hari Nahar (10, 11, 12 & 13 Zulhijjah) adalah wajib. Maka jika dilewatkan tawaf tersebut serta ditunaikannya selepas 13 Zulhijjah, tawafnya sah tetapi diwajibkan keatasnya dam sebagai hukuman kerana melewatkan tawaf tersebut, dan ini adalah yang difatwakan dalam mazhab (Hanafi). Wallahu a3lam.


Jawapan Syeikh Dr Ajil an-Nasymi dalam Fatawa Majalah al-Mujtama' bilangan 1925 (30-10-2010).


Khamis, 4 November 2010

Beberapa Ayat Tentang Ukhuwwah Islamiyyah



إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم
واتقوا الله لعلكم ترحمون


"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat". Surah al-Hujurat ayat 10.


Imam al-Qurtubi berkata; "Hanyasanya orang-orang mukmin itu bersaudara iaitu dalam agama dan kehormatan bukan dalam nasab kerana itu dikatakan persaudaraan dalam agama lebih kuat daripada persaudaraan dalam nasab.


(واعتصموا بحبل الله جميعاً ولا تفرقوا ، واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته أخوانا)

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (zaman Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu dengan anugerahNYA, saling bersaudara..." al-Imran ayat 103.


(يا أيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيراُ من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولايغتب بعضكم بعضاً أيحب أحـدكـم أن يأكل لـحم أخيه ميتاً فكرهتموه واتقوا الله إن الله تواب رحيم)

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpa diantara satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". Surah al-Hujurat ayat 12.


Saling menyayangi dan memaafkan;


(فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لا نفضوا من حولك فـاعـف عنـهم واستغـفر لـهـم وشاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكـل عـلـى الله إن الله يحب المتوكلين)

" Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.. Surah al-Imran ayat 159.


(إن تبدوا خيراً أو تخفوه أو تعفوا عن سوء فإن الله كان عفواً قديرا)

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), Maka Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa". Surah an-Nisa ayat 149.


خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين))

"Jadilah Engkau Pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh". Surah al-A3raf ayat 199.


(وجزآؤا سيئة مثلها فمن عفا وأصلح فأجره على الله إنه لا يحب الظالمين)

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik[2] Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim". Surah as-Syura ayat 40.


(ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة ومن يوق شح نفسه فأوليك هم المفلحون)

"Dan mereka (orang-orang Ansor) mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung". Surah al-Hasyar ayat 9.



[1] dua pasukan itu ialah pasukan kaum muslimin dan pasukan kaum musyrikin.

[2] yang dimaksud berbuat baik di sini ialah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...