"Saya kira, antara yang paling sesuai bagi saya pada hari Tasyriq ialah melewatkan tawaf Ifadhoh (tawaf haji) sehinggalah kesesakan lautan manusia berkurangan…adakah ini dibolehkan? Sehingga bilakah saya boleh melewatkan tawaf Ifadhoh ini?"
Jawapan;
Dibolehkan bagi anda melewatkan tawaf Ifadhoh hingga hari terakhir bulan Zulhijjah, maka jika telah melebihi tempoh tarikh itu, diwajibkan kepada anda membayar dam dan ini adalah pandangan mazhab Maliki yang mudah-mudahan adalah pandangan yang Rajih (kuat).
Adapun dalam mazhab Syafie dan Hambali ianya dibolehkan tanpa dikenakan apa-apa denda kerana melewatkan tawaf Ifadhoh dengan sengaja.
Abu hanifah pula berpendapat bahawa menunaikan tawaf Ifadhoh pada hari-hari Nahar (10, 11, 12 & 13 Zulhijjah) adalah wajib. Maka jika dilewatkan tawaf tersebut serta ditunaikannya selepas 13 Zulhijjah, tawafnya sah tetapi diwajibkan keatasnya dam sebagai hukuman kerana melewatkan tawaf tersebut, dan ini adalah yang difatwakan dalam mazhab (Hanafi). Wallahu a3lam.
Jawapan Syeikh Dr Ajil an-Nasymi dalam Fatawa Majalah al-Mujtama' bilangan 1925 (30-10-2010).
0 comments:
Catat Ulasan