Selasa, 31 Ogos 2010
Forum Perdana Kemerdekaan 2010
Ahad, 22 Ogos 2010
Jika Hari Raya Berlaku Pada Hari Jumaat
"Apakah hukumnya jika hari raya bertembung dengan hari Jumaat. Berkaitan dengan solat Jumaat saya dengar bahawa ianya tidak wajib kepada orang islam selain imam, bagaimana diwajibkan kepada imam seorang dan bagaimana dia akan mendirikan Jumaat seorang diri?"
Fatwa oleh as-Syeikh Abdul Aziz bin Bazz Rahimahullah.
Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat maka harus bagi sesiapa yang telah menunaikan solat hari raya untuk menunaikan solat Jumaat atau solat Zohor, ini kerana telah datang hadis daripada Nabi dalam permasalahan ini. Telah terbukti bahawa baginda Nabi memberi rukhsoh dalam hal ini sabda baginda yang bermaksud; (Telah bertembung pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang telah menunaikan solat raya maka tidak wajib ke atasnya solat Jumaat), akan tetapi dia tidak boleh sama sekali meninggalkan solat Zohor.
Akan tetapi sebaik-baiknya ialah dia menunaikan solat Jumaat bersama kaum muslimin di masjid. Maka jika dia tidak mahu menunaikan solat Jumaat maka hendaklah dia menunaikan solat Zohor. Adapun imam, hendaklah dia menunaikan solat Jumaat bagi sesiapa yang hadir jika mereka (bilangan jemaah) lebih daripada tiga termasuk Imam. Jika yang datang hanya seorang, maka imam dan makmum hanya menunaikan solat Zohor. Wallahu a3lam.
Selasa, 17 Ogos 2010
Pelacur, Anjing & Kehidupan
DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.
Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.
Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?
Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)
HINA DAN MULIA
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.
Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?
Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.
APAKAH SYURGA ITU MURAH?
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?
Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.
Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.
Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.
Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.
Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.
Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.
BANYAK DAN SEDIKIT
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.
Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.
Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.
Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.
TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.
Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.
Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.
Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.
Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.
Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.
Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.
INSAFI DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.
Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.
Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!
Ahad, 15 Ogos 2010
Memilih Makanan Untuk Berbuka
Dalam musim Ramadhan yang mulia ini, mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah pada permulaannya, mendpat keampunan Allah pada pertengahannya dan tersenarai nama kita dikalangan hamba-hambanya yang terbebas daripada belenggu api neraka.
Suatu kemestian kepada semua muslim yang berpuasa untuk menyediakan jamuan juadah berbuka puasa. Samada dengan memasak dan menyediakannya sendiri di rumah mahupun sekadar membeli sahaja di gerai dan bazaar Ramadhan yang terdekat. Apa yang perlu diperhatikan ialah, sejauh mana kita memilih makanan yang paling baik untuk memasuki kerongkong kita yang sudah 8 jam tidak makan dan tidak minum.
Satu pesanan penting ialah, pastikan anda memilih makanan yang disediakan oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jangan sekali-kali mulut yang umpamanya berbau kasturi disisi Allah itu dimasukkan kedalamnya sesuatu makanan yang disediakan oleh tangan-tangan yang fasiq. Berapa ramai peniaga yang tidak menunaikan solat? Berapa ramai peniaga makanan dan bazaar-bazar Ramadhan yang masih mendedahkan aurat. Tanda-tanda kefasiqan mereka itu jelas. Justeru janganlah hendaklah anda membeli makanan yang disediakan oleh mereka! Kerana makanan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Samada ianya jasmani mahupun rohani.
Jika anda membaca bagaimana sifat warak imam Ahmad bin Hambal dalam masalah makanan ini, anda pasti segera faham apa yang saya maksudkan. Para ulama sangat teliti dalam memilih makanan yang halal, suci, dan tiada keraguan dari semua sudut. Walaupun banyak makanan yang zahirnya halal, tetapi jika kita mengetahui bahawa terdapat keraguan ataupun syubahat terhadap makanan tersebut maka barangsiapa yang menjauhi perkara yang syubahat maka dia telah mensucikan agamanya dan maruahnya.
Mudah-mudahan kegembiraan kita ketika berbuka tidak dirosakkan dengan juadah-juadah yang mencacatkan kesempurnaan kita berbuka. Semoga doa-doa yang dipohon oleh saudara-saudari sebelum berbuka puasa diperkenankan oleh Allah. Doa itu tidaklah seharusnya doa untuk berbuka sahaja, tetapi mintalah dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad yang merangkumi kebaikan di dunia dan akhirat. Wallahu A3lam.
Rabu, 11 Ogos 2010
Pelajar Baru Universiti Islam Madinah 2010
Nampaknya Universiti Islam Madinah telah melakukan reformasi terbesar dalam plan meningkatkan jumlah bilangan pelajar-pelajar baru. 55 pelajar daripada seluruh malaysia merupakan jumlah terbesar selama penubuhannya. Semoga anak-anak islam seluruh dunia mendapat manfaat yang besar daripada kemuliaan ini yang Allah pilih hanya beberapa pelajar sahaja daripada ratusan pelajar yang memohon di seluruh malaysia.
Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk mendaftarkan diri ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi untuk sessi pengajian 1431/1432 bersamaan 2010/2011 telah pun keluar. Mohon kepada semua pelajar yang terpilih untuk menghubungi urusetia bagi urusan visa, tiket lain-lain. Urusetia yang boleh dihubungi ialah:
1- Mohd Firdaus: 0136358009
2- Hanif: 0162153045
3- Abd Rahman: 0132129051
Berikut adalah nama pelajar yang terpilih:
1-AHMAD AL-HAZZIQ IZZDDIN AZIZUL
أحمد الحاذق عز الدين عزيزول
2-AHMAD ZAIDUL KHAIR
أحمد زيد الخير بن ذو الكفل
3-’AHMAD SAKIR MOHAMED NASIR HARUN
أحمد شاكر محمد ناصر هارون
4-AHMAD FARIS ZAWAWI
أحمد فارس بن زواوي
5-Aiman bin Muhammad Syafei
أيمن بن محمد شافعي
6-AHMAD FATHI ADIL BIN MUHAMAD SUKRI
احمد فتحي عادل بن محمد شكري
7-Akmal mohamed bakri
اكمل محمد بكري
8-TAJUL FAIZ BIN MOHD SALLEH
تاج الفائز بن محمد صالح
9-KHALILULLAH AMIN BIN AHMAD
خليل الله أمين بن أحمد
10-ZULHELMIE BIN SAPIUDDIN
ذو الحلمي بن صفي الدين
11-SUFFIYAN B. SULAIMAN
سفيان بن سليمان
12-SALMAN B. SALAMAT
سلمان بن سلامة
13-ABD RAHMAN BIN RAHUNI
عبد الرحمن بن راهوني
14-ABDUL MUHAIMIN BIN MUSTAFA
عبد المهيمن بن مصطفى
15-Abdul Hadi bin Abu Bakar
عبد الهادي بن أبو بكر
16-ABDUL RAHIM JORET MENJEK
عبدالرحيم جوريت
17-AKILMUSYADAD BIN HILMAN
عقيل مشدد بن حلمان
18-MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD NOOR
محمد أزهار بن محمد نور
19-Muhammad asyraf azharudin
محمد أشرف أنصر الدين
20-MUHAMMED ASYRAF MUHAMMED RUSLAN
محمد أشرف محمد روسلان
21-AZFAR BIN SUHAIMI
محمد أظفر بن سحيمي
22-MUHAMMED AKMAL ZAKARIA OTHMAN
محمد أكمل زكريا عثمان
23-Mohd Amiruddin bin Ibrahim
محمد أمير الدين بن إبراهيم
24-MOHAMMED ANAS MOHAMMED NAIM
محمد انس محمد نعيم
25-MUHAMMAD ABD RAZAK
محمد بن عبد الرزاق
26-MUHAMMAD HAZIM BIN HAMZAH
محمد حازم بن حمزة
27-MOHAMAD HAFIZ BIN DAPREN
محمد حافظ بن دارفين
28-Muhammad HAFIZIN JAMIL BIN MADRUS
محمد حافظين جميل بن مدروس
29-MUHAMMAD KHAIRUL AMRI
محمد خير الأمري بن حمزة
30-MOHD KHAIRUL IZZUDDIN BIN ABD RAFAR
محمد خير عز الدين بن عبد الغفار
31-MUHAMMAD ZULFIQRY B ZAKARIA
محمد ذو الفكر بن زكريا
32-Mohammad zubair bin mustapha
محمد زبير بن مصطفى
33-MOHAMMAD SYAFIQ BIN ISMAIL
محمد شافيق بن إسماعيل
34-MUHAMMAD SHAFIQ BIN ABDUL RASHID
محمد شافيق بن عبد الرشيد
35-MOHD SYAKIR BIN MD ALI
محمد شاكر بن مد علي
36-MUHAMAD SAUFI
محمد صوفي
37-MUHAMMAD ‘UMAIR
محمد عمير بن أحمد سحيمي
38-MOHAMED FARHAN MOHAMED NASIR BUYONG
محمد فرحان محمد ناصر بويوع
39-MUHAMMAD FARID BIN JAUHARI
محمد فريد بن جوهري
40-MOHD FARID BIN ONN
محمد فريد بن عون
41-MUHAMMAD FARID AFIFI ABDULLAH
محمد فريد عفيفي عبدالله
42-MUHAMMAD FITRI S/O ABDULLAH
محمد فطري بن عبد الله
43-MUHAMMAD MU’ADZ MD. SIDIN
محمد معاذ بن محمد سيدين
44-Muhammad Nabil bin Saupi
محمد نبيل بن صوفي
45-MUHAMMAD NORAIZUDDIN BIN NORDIN
محمد نور عزالدين بن نورالدين
46-MUHAMMAD FASHAN BIN AHMAD ZAIDI
محمد فصحان بن أحمد زيادي
47-MUSTHAFA MUADZ BIN MOHAMMAD MASRUH
مصطفى معاذ بن محمد مسروح
48-Muliyond bin Mussin
موليونو بن موسن
49-NABIL FIKRI MD RIDZWAN
نبيل فكري بن مد رضوان
50-NUR MOHD AZMI BIN ZAINAL ABIDIN
نور محمد عزمي بن زين العابدين
51-NIK IKRAMI BIN HAJI OMAR
نيك إكرامي حاج عمر نيك سعد
52-WAN HAFIZUDDIN BIN WAN YUSSOF
وان حفظ الدين بن وان يوسف
53-Wan Sufiyan bin Wan Sayed
وان سفيان بن وان سيد
54-WAN MUHAMAD NAZMI AIMAN BIN WAN NAPI
وان محمد نظمي أيمن بن وان نافي
55-YAZID BIN ISA
يزيد بن عيسى
Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga kalian dapat menggunakan peluang yang diberikan Allah untuk menimba ilmu syariat di bumi turunnya wahyu Allah Taala.
http://abuumair1.wordpress.com/2010/08/10/pelajar-baru-universiti-islam-madinah-sessi-14311432h-20102011/
Mengenai Saya
MARHABAN BIKUM
Imam al-Auzaie berkata; "Bersabarlah dirimu dalam berpegang kepada sunnah, berhentilah sekitar berhentinya kaum (salaf), katakanlah seperti yang mereka katakan dan diamlah terhadap apa yang mereka diamkan".
Arkib
- Dakwah (44)
- Hukum (41)
- Umum (37)
- Tazkirah (30)
- Tauhid Dan Akidah (28)
- Tarikh (21)
- Tokoh (21)
- Video (14)
- firaq (13)
- Kisah-kisah Pilihan (8)
Senarai Blog Saya
-
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3 - Muhasabah Selepas Haji Ditunaikan Alhamdulillah, pada hari Sabtu 12 Zulhijjah semua jemaah Ash-Har selamat pulang ke Makkah keluar dari Mina dengan niat na...3 bulan yang lalu
-
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK - Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan prot...6 bulan yang lalu
-
Lupa makanan kerana zuq belajar! - Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama 7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari siang ...3 tahun yang lalu
-
Pengkafiran Penghina Syari’at Islam - Dalam artikel Mengolok-Olok Syari'at dan Bahaya Mengolok-Olok Syari’at telah dijelaskan hukum dan (betapa) berbahaya mengolok-olok syari’at. Mencaci, men...4 tahun yang lalu
-
-
BITCOIN / MATAWANG CRYPTO - Ketika mula diperkenalkan pada tahun 2009, nilai satu bitcoin (1 BTC) tidak sampai satu sen. Ada direkodkan bahawa dua keping pizza Papa John’s dibeli deng...6 tahun yang lalu
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA - Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan tertinggi penjawa...8 tahun yang lalu
-
Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah - Bismillah, tengah update blog "tahap membaca aku dah makin kurang la" luah saya pada seorang kawan lama, "try la update blog, nanti mesti ko kena membaca ...10 tahun yang lalu
-
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik. - Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji. Selepas pulangnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda Rasulullah s.a.w. berjiwa ...11 tahun yang lalu
-
Sebelum Ramadhan berlalu pergi...Ku harapkan Keampunan & kemaafan dari Mu.... - Bulan keampunan ini bakal berlalu, rugilah jika ianya berlalu dalam keadaan kita tidak mendapat keampunan dari Allah sedang kita tidak tahu bilakah temu ja...11 tahun yang lalu
-
JADWAL KAJIAN BERBAHASA INDONESIA DI MASJID NABAWI BAGI JAMAAH UMRAH PEKAN KESEBELAS (KAMIS 23-9-1434 H/ 1-8-2013 M sampai RABU 29-9-1434 H/ 7-8-2013 M) - Waktu (selama Ramadhan): Setiap Hari (Setelah Ashar sampai jam 18.00) Tempat: Pintu 19 (Pintu Badr, sekitar 20 meter ke depan sebelah kiri) Materi: Kamis,...11 tahun yang lalu
-
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah - Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang mana akan men...11 tahun yang lalu
-
Rintihan para pelacur di Tunis - Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan yang s...11 tahun yang lalu
-
JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT. - *JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT.* Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu semasa mula-mula belajar untuk mengerjakan ibadah solat...11 tahun yang lalu
-
Kenduri Ihsan, ulangtahun ke 10, selamat dan kesyukuran...all in one. - Alhamdulillah majlis pada Ahad lepas berjalan dengan lancar. Paginya cerah. Tetapi mendung sekitar jam 11.30am. Merisaukan. Bimbang sangat kalau hujan yang...12 tahun yang lalu
-
Kedai Cenderamata dari Riyadh KSA - Assalamualaikum, Kali ini kita pusing-pusing kota riyadh nak cari souvenir (cenderamata) dari Riyadh KSA . Memang susah nak jumpa kedai yang menjual cender...12 tahun yang lalu
-
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::.. - Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh...13 tahun yang lalu
-
-
-
Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri - Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar ter...13 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Tautan
- Akh Busyro
- Akh Muhamad Syafareez
- Dr Abdul Basit Abdul Rahman
- Dr Asri Zainul Abidin
- Mohd Faidz
- Ust Abdullah Indonesia
- Ust Abu Muhammad Haikal
- Ust Abu Naufal
- Ust Abu Saif
- Ust Abu Syu'aib
- Ust Abul Jauzaa
- Ust Arif
- Ust Asyraf Isyraqi
- Ust Jabbar
- Ust Khairi Jaya
- Ust Lukmanulhakim bin Hussein
- Ust NIk Abdul Rahim
- Ust Omar al-Bariti
- Ust Zaharuddin
Online News
-
-
رمضان التائبين ..8 bulan yang lalu
-
MANNER OF PERFORMING PRAYER10 bulan yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Menarik
-
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi5 minggu yang lalu
-
-
ayamSetahun yang lalu
-
Tiga Permintaan Isteri6 tahun yang lalu
-
Bab AlHuffaz 30 Juz in 40 Days Our first hafiz.6 tahun yang lalu
-
Ahbash berselindung di sebalik ASWJ6 tahun yang lalu
-
Jerusalem, why now?6 tahun yang lalu
-
‘Cinta Sejati’ atau ‘Love Till Jannah’6 tahun yang lalu
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 tahun yang lalu
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah10 tahun yang lalu
-
Tugas Shahidan jaga Parlimen11 tahun yang lalu
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi11 tahun yang lalu
-
AFN V212 tahun yang lalu
-
THe TRuTH aBouT HouSeMeNSHiP aka DoKToR PeLaTiH iN MaLaYSia13 tahun yang lalu
-
SIAPAKAH AHBASH DI MALAYSIA13 tahun yang lalu
-
HARARI BOLEH TERBANG15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-