RSS Feeds

Khamis, 7 Januari 2010

Siapakah Syiah (2)?



Kita sambung lagi pembongkaran akidah Syiah yang terlalu bahaya ini. Demi Allah yang menciptakan makhluk, tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, saya nyatakan ini bukanlah dengan hati yang gembira kerana ingin kepada permusuhan dan perpecahan, tetapi kerana kewajipan dan kecintaan kepada agama dan rasul menyebabkan kita bangkit menyatakan yang hak. Saya sedar bahayanya dan kesan buruk yang mungkin akan saya hadapi, tetapi suka saya nyatakan bahawa semua perbuatan dan perkataan saya bukanlah untuk mendapat keredhoan manusia, tetapi saya mohon keredhoan Allah di dunia sebelum akhirat. Berikut adalah sambungan tentang syiah yang wajar anda ketahui;

1) Al-Majlisi berkata dalam kitabnya "Haqqul Mubin" m/s 522; "Bahawa Abu Bakar dan Umar adalah orang kafir,…orang yang mencintai mereka adalah kafir juga".

2) Seorang syeikh syiah berkata; "Bahawa pada zaman Nabi adalah seorang yang menzahirkan islamnya dan menyembunyikan kemunafikannya. Kitab al-Anwar An-Nukmaniyyah" jilid 1 m/s 81.

3) Syiah beriktikad bahawa sesiapa yang tiada dalam hatinya permusuhan terhadap Usman bin Affan, tidak menghalalkan maruah Usman dengan kutukan dan tidak mengkafirkannya maka dia adalah musuh Allah dan rasul. dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah. Kitab "Nafahat al-Lahut Fi La3nil Jibti Wattoghut" karangan Ali bin Hilal al-Karki.

4) Syeikh al-Tobrasi dalam kitabnya " al-Ihtijaj" jilid 1 m/s 86 menyatakan; "Bahawa kedudukan khulafa yang tiga (Abu Bakar, Umar dan Usman) adalah di neraka yang paling bawah dijahanam dalam peti yang terkunci".

5) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa sesiapa yang berlepas diri (Tabarra') daripada 3 khalifah itu pada malam hari kemudian dia mati maka dia akan masuk syurga". Kitab "Usul al-Kafi" jilid 2/751.

6) Syekh syiah beriktikad bahawa Aisyah bte Abu Bakar dan Hafsah bte Umar al-Khattab adalah kafir. Kitab "Tafsir al-Qummi" m/s 597 surah al-Ghafir.

7) Syiah beriktikad bahawa salah satu pintu neraka adalah khas untuk Aisyah ummul mukminin. Lihat "Tafsir al-Ayyasyi 2/362. Aisyah adalah penzina dan Imam Mahdi mereka yang ditunggu-tunggu akan menghidupkan Aisyah dan melaksanakan hukuman hudud kepada Aisyah. Kitab "Ilal as-Syarai3" 2/565 dan kitab "Haqqul Yaqin" karangan al-Majlisi m/s 347.

8) Syeikh mereka Ali Gharawi seorang ulama besar syiah berkata; "Sesungguhnya Nabi tidak boleh tidak mestilah masuk kedalam api neraka kerana baginda telah bersetubuh dengan sebahagian wanita musyrik (Aishah dan Hafsah)!" ((Semoga Allah melaknat mereka!)) Lihat kitab "Kasyful Asrar Wa Tabriatul Aimmah al-Athar" m/s 24 karangan al-Mausawi.

9) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa menziarahi kubur imam-imam dan para wali adalah wajib dan kafir bagi yang meninggalkannya. Kitab "Kamil az-Ziarat m/s 183.

10) Beri'tikad Taqiyyah (menyembunyikan agama mereka yang dianggap sebagai benar daripada orang yang mungkin mematahkan hujah mereka samada dengan menipu atau lain-lain helah) mereka berkata; "Tidak beriman sesiapa yang tidak bertaqiyyah"! "Syarah Aqaid al-Soduq" m/s 261 dan "Usul al-Kafi jilid 2 m/s 573.

11) Dalam akidah syeikh-syeikh syiah, meninggalkan taqiyyah adalah sama seperti meninggalan solat, lantas mereka bermuamalah dengan golongan sunnah dengan taqiyyah @ berbohong yang berterusan, lantas mereka mengatakan sesiapa yang meninggalkan amalan taqiyyah maka dia kafir dan keluar daripada agama Allah. Lihat "Kutub Man La Yahdhuruhu al-Faqeh 2/313.

12) Syeikh-syeikh syiah menyatakan: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah bercakap tentang Negara bathil kecuali dengan taqiyyah" yang dimaksudkan dengan Negara bathil adalah Negara orang islam dikalangan Ahli Sunnah. Ulama syiah menamakan Negara-negara islam sebagai Negara taqiyyah. Kitab "Jami3 al-Akhbar" m/s 110.

13) Solat orang syiah dibelakang imam-imam haram dan masjid Nabawi adalah sebagai taqiyyah sahaja @ berpura-pura. "Sesiapa yang bersolat dibelakang orang munafik dengan taqiyyah seolah-olah dia solat dibelakang imam-imam". Kitab "Jami3 al-Akhbar" m/s 110.

14) Syeikh-syeikh syiah beriktikad dengan akidah (Raj'ah) iaitu penghidupan kembali ramai dikalangan orang-orang yang sudah mati sebelum berlakunya hari kiamat dalam wajah asal mereka seperti sebelum kematian mereka". Kitab "Awail al-Maqalat" m/s 46.

15) Ketika dihidupkan kembali mayat-mayat sebelum berlakunya kiamat, antara yang dihidupkan kembali ialah para Nabi dan Rasul dan sebab mereka hidup kembali adalah supaya menjadi tentera dan utusan yang berperang dibawah panji-panji Ali bin Abi Tolib". Kitab "Bihar al-Anwar" 53/41 Bab Raj'ah.

16) Mereka beriktiqad bahawa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu telah memasuki (Sardaba) rumah ayahnya di Samurra' di Iraq, umurnya ketika itu adalah 5 tahun. Sedangkan menurut tarikh yang soheh Mahdi yang didakwa mereka itu telah wafat pada tahun 260 hijrah dan tiada memiliki zuriatpun seperti disebutkan dalam kitab "al-Maqalat Wal Firaq" m/s 102. Mereka menyatakan hal ini supaya dapat memakan harta manusia dengan mewajibkan membayar Khumus (1/5 harta kepada syeikh-syeikh syiah).

17) Beriktikad bahawa solat Jumaat adalah tidak wajib keatas mereka sehingga Mahdi yang di tunggu-tunggu keluar daripada tempat menyoroknya menjadi Imam. Lihat "Miftah al-Karamah Fi Syarh Qawaid al-Allamah" karangan Muhamad Jawwad al-a'mili" 2/69 dalam bab solat.

18) Syeikh-syeikh syiah berfatwa bahawa jihad sebelum keluarnya Imam Mahdi (mereka) adalah haram! Seperti haramnya memakan bangkai, darah, daging babi. Kitab "Furu3 al-Kafi" 5/787.

19) Syeikh mereka menyebut dengan jelas bahawa Imam Mahdi mereka akan menghidupkan Abu Bakar dan Umar kemudian Mahdi itu akan menyula mereka dan digantung di atas pohon kurma, kemudian Mahdi itu akan membunuhnya setiap hari 1000 kali bunuh (hidup, bunuh, hidup dan bunuh). Kitab "Mukhtasor Basoir al-Darajat" m/s 187-188.

20) Imam mereka al-Nukmani dalam kitab al-Ghibah m/s 241 berkata; "Telah berkata Abu Abdul Salam; "Tidak berbaki antara kami dan orang arab kecuali sembelih sambil tangannya memberi isyarat kepada lehernya".

21) Beriktikad bahwa Mahdi yang ditunggu-tunggu itu akan membunuh al-Hajjaj diantara Sofa dan Marwa, meruntuhkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan bilik Maqam Nabi kemudian akan berhukum dengan hukum agama keluarga Nabi Daud". Kitab "Bihar al-Anwar" 53/40. Kitab "al-Ghibah" karangan al-Thusi m/s 306 dan "Usul al-Kafi" 1/300.

22) Mereka beriktikad bahwaa orang-orang syiah diciptakan daripada tanah yang khas, adapun Sunni, Allah ciptakan daripada tanah yang lain. Kemudian berlaku percampuran antara 2 tanah tadi dengan cara yang tertentu, maka setiap syiah yang melakukan maksiat ianya adalah kerana terkesan dengan tanah orang Sunni sementara orang-orang Sunni yang melakukan ibadah puasa, solat, kebaikan, amanah dan sebagainya, ianya adalah kesan daripada tanah orang-orang syiah. Apabila datang hari pembalasan maka semua kesalahan dan kejahatan syiah akan diletakkan kepada orang-orang Sunni sementara semua kebaikan dan amalan soleh Sunni akan diberikan kepada syiah! Kitab "Ilal al-Syarai3" 2/478.

23) Beriktikad bahwa Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ahli neraka, mereka ini kafir dan najis. Tidak boleh solat jenazah mereka, tidak halal sembelihan mereka, anak-anak keturunan mereka adalah anak zina, mereka adalah kera dan babi wajib dibunuh dan melakukan konspirasi untuk membunuhnya. Wajib dicuri harta-harta mereka dan menyelisihi mereka, bahkan menjadikan laknat kepada ahli sunnah adalah antara ibadah yang paling afdhal. Lihat kitab "Bihar al-Anwar" 8/368, "al-Anwar an-Nukmaniyyah" 2/306, "Ilal al-Syarai3" 2/584, "Jawahir al-Kalam" 22/62.

24) Jika orang syiah solat jenazah kepada Ahli Sunnah dalam Masjid Haram dan Nabawi (kebiasaan mereka tidak solat), maka solat mereka adalah bertujuan mendoakan yang buruk kepada mayat Sunni. "Furu3 al-Kafi" 3/122 dan "Feqhul Redho" m/s 178 bab solat jenazah.

25) Syeikh al-Musawi (dulu seorang ulama syiah kemudian diberi hidayah oleh Allah dan kembali kepada Ahli Sunnah) berkata dalam kitabnya "Kasyful Asrar Wa Tabriatil Aimmah al-Athar" m/s 46 : "Berapa ramai orang yang melakukan mut'ah & dia telah menghimpunkan seorang wanita dengan ibunya, adik beradik perempuannya, makciknya dan anaknya, dalam keadaan dia tidak sedar, bahkan seorang ulama besar syiah telah melakukan hal itu, dia telah bermut'ah dengan seorang perempuan, dikurniakan anak perempuan kemudian dia melakukan pula mutah dengan anak perempuan keturunannya itu selepas beberapa tahun.

26) Harus bagi syiah bekerja dalam satu Negara Sunni jika matlamat dan tujuannya ialah menghalang kezaliman ataupun mahu menggulingkan pemerintahan mereka. Kitab "Wilayah al-Faqeh" m/s 142-143 karangan Khomeini.

27) Perlu diketahui bahawa syiah tidak pernah membuka @ menawan mana-mana bumi orang kafir bahkan merekalah yang telah menyerahkan Negara-negara islam semampunya kepada orang kafir serta membuka aib dan kelemahan orang islam kepada mana-mana orang kafir. Ini seperti yang dilakukan oleh Ibnu al-Alqami Rafhidoh ketika membongkar kekuatan dan kelemahan pemerintahan Khalifah Abbasiyyah (al-Mu'tasyim Billah) kepada ketua tentera monggol bernama Holako. Dia telah menjadi pembantu dan penunjuk maklumat kepada serangan Holako terhadap orang islam. Demikian dilakukan oleh syiah bernama Nasiruddin al-Thusi.

28) Persoalan yang sepatutnya terlintas ialah; "Adakah syiah ini dapat bersatu bersama kita (AHWJ) dengan tuhan yang sama? Nabi yang satu dan imam yang satu?"

29) Syiah menyatakan bahawa kelebihan menziarahi Maqam Ali bin Abi Tolib, ialah Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah satu ganjaran haji& umrah yang mabrur, kemudian Allah tuliskan baginya 100,000 pahala orang syahid, Allah ampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang serta akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang aman tenteram. Dimudahkan hisab dan disambut oleh para malaikat! "Kitab Wasail al-Syiah" 10/458 dan kitab "Tahzib al-Ahkam" 6/1306.


Selepas pembongkaran yang amat panjang ini, kita menyeru kepada semua syiah yang masih waras dan berakal supaya bertanyakan kepada diri mereka sendiri; "Dimanakah akal saya?" Munasabahkah semua para sahabat telah menjadi murtad dan kafir? Munasabahkah bahawa Nabi Muhammad akan di azab dalam neraka? Munasabahkah bahwa Nabi berkahwin dengan wanita-wanita musyrik dan kafir tanpa Allah memberitahu baginda hal itu? Munasabahkah Abu Bakar dan Umar sujud kepada berhala dibelakang Nabi tanpa Allah membongkar kemunafikan itu ketika hayat Nabi?


Golongan syiah yang masih berakal; "Munasabahkan Ali bin Abu Tolib dan imam-imam kalian yang ghaib itu mengetahui apa yang tidak diketahui oleh Allah?". Munasabahkah Nabi mengetahui kekafiran Usman bin Affan kemudian mengahwinkan 2 puteri baginda kepada Usman? Dimanakah golongan berakal dikalangan syiah dan mereka yang terpengaruh dengan syiah? Kalian mahukan kebaikan tetapi sebenarnya kalian melakukan jenayah yang tidak dilakukan oleh orang kafir hatta! Bagaimana kalian akur kepada majusi-majusi di Iran apabila menerima syuabahat-syubahat dangkal dan keji mereka? Mereka meragukan dan meruntuhkan agama kamu! Mereka memakan harta-harta kalian dengan mewajibkan (Khumus) 1/5 pendapatan harta kalian kepada imam-imam yang telah merosakkan akidah dan iman kalian! Berapa billionkah setiap imam-imam sesat itu perolehi dengan kewajipan yang direka-reka ini?


Wahai golongan syiah yang masih berakal, sembahkan Allah dan jangan sekutukannya tanpa menghina dan mengkeji para sahabat, menuduh isteri-isteri Nabi dengan zina dan sebagainya. Bukankah Allah telah meredhoi para sahabt Nabi, ahli bait Nabi? bukankah isteri-isteri baginda juga adalah ahli bait Nabi? Berfikirlah sebentar!!


Jika ahli kubur yang telah mati mampu memberi manfaat, pasti mereka (mayat2) akan memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Ahli Sunnah tidak bergembira dengan kesesatan mereka ini! Kita membongkar kesesatan agama mereka adalah kerana membela kebenaran dan mempertahankan yang hak! Biar apa jua bayarannya, agama ini wajib dipertahankan daripada kesesatan dan kemungkaran perosak agama dan pengkhianatan orang-orang yang sesat akal dan akidahnya!


Semoga tulisan ini memberi manfaat dan membuka mata hati kita sebagai seorang muslim kearah hakikat kebenaran. Berhati-hatilah dengan dakyah dan dakwah sesat syiah! Sesungguhnya mereka adalah peruntuh agama murni ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang telah sesat, memberi kekuatan kepada setiap muslim untuk mempertahankan akidah sebenar mereka, sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu dan pengurnia hidayah. Amin.


Bagi mereka yang mampu memahami bahasa arab, Anda boleh download kitab Mukhtasor Minhaj as-Sunnah ini dalam link berikut;

http://www.4shared.com/file/12677957...-____2___.html

anda juga digalakkan membaca link yang saya berikan ini bagi menambah pemahaman anda tentang akidah mereka ini dan rahsia-rahsia yang tersembunyi:

http://www.al-s3odi.com/vb/t48050.html#post889038


Bagi pembaca berbahasa melayu, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bahaya syiah dalam link berikut;

http://syiah.blogspot.com/

http://tenteradajjal.blogspot.com/

Isnin, 4 Januari 2010

Ketika Di Penjuru Ka'abah


Mereka berempat adalah Urwah bin Zubair, Mus'ab bin Zubair, Abdullah bin Zubair dan Abdullah bin Umar Al-Khattab.3 daripada mereka adalah adik beradik yang merupakan anak kepada Sahabat Nabi: Zubair bin Awwam,seorang pahlawan yang gagah perkasa yang disebut oleh Nabi;((Setiap nabi mempunyai hawari (penolong) dan penolongku adalah Zubair bin Awwam)).


Ketika mereka berempat ini duduk di satu penjuru Kaabah berhampiran Hijir Ismail dan sedang berbicara, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata:"Setiap orang daripada kita mintalah kepada Allah apa yang dia inginkan". Maka berkatalah Abdullah bin Zubair;"Cita-cita aku ialah menguasai bumi Hijaz (Madinah, Mekah, Jeddah & Toif) dan aku menjadi seorang khalifah".


Kemudian berkatalah pula adiknya Mus'ab bin Zubair; "Adapun aku, aku bercita-cita untuk menguasai 2 bumi Iraq (Basrah dan Kufah) tiada seorangpun yang menggugat aku di dua tempat itu serta berjaya mengahwini Aishah binti Tolhah dan Sakinah binti Hussain[1]".


Urwah bin Zubair pula berkata; "Adapun aku, bercita-cita untuk menjadi seorang yang alim (berilmu), beramal dan manusia mengambil dan mempelajari daripada aku kitab Allah, sunah Nabi, dan hukum hakam Tuhan".


Adapun Abdullah bin Umar pula berkata: "Aku mengharapkan keampunan Allah".


Demikianlah sembang-sembang mereka berempat yang didengari oleh Allah, yang sekalipun jika disembunyikan kata-kata itu didalam hati, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui samada yang zahir mahupun yang batin. Masa terus berlalu dan besarlah mereka berempat.


Abdullah bin Zubair;

Tiba-tiba Abdullah bin Zubair telah di angkat dan di bai'ah sebagai Khalifah selepas kematian Yazid bin Muawiyah. Abdullah memerintah bumi Hijaz, Yaman, Mesir, Khurasan dan Iraq. Memegang jawatan Khalifah daripada tahun 64-72 Hijrah dan akhirnya beliau mati dibunuh berhampiran Ka'abah tidak jauh daripada tempat beliau dan 3 sahabatnya yang lain membicarakan soal cita-cita mereka semasa kecil. Tentera Al-Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi dibawah arahan Abdul Malik bin Marwan telah mengepung Mekah dan akhirnya Berjaya membunuh Abdullah bin Zubair yang pada ketika itu khalifah. Maka tamatlah pemerintahan Abdullah bin Zubair pada tahun 73 Hijrah dan pemerintahan beliau hanya bertahan selama 8 tahun sahaja.


Mus'ab bin Zubair;

Adapun Mus'ab bin Zubair, pemuda kacak & berani. Beliau telah menjadi pemerintah (gabenor) di Iraq setelah dilantik oleh abangnya Abdullah bin Zubair. Akhirnya beliau juga mati dibunuh di Iraq dalam satu peperangan. Sementara Abdul Malik bin Marwan, beliau telah berjaya menjadi khalifah orang Islam selepas kematian ayahnya (Marwan bin Hakam) dan berjaya menjatuhkan pemerintahan Abdullah bin Zubair.


Abdullah bin Umar Al-Khattab

Beliau dilahirkan pada tahun kedua selepas perutusan Nabi sebagai Rasul.Wafat pada tahun 74 Hijrah ketika berumur 84 tahun di Makkah Al-Mukarramah. Merupakan Sahabat Nabi yang terakhir yang wafat di Mekah. Beliau adalah Sahabat Nabi yang mengikuti bapanya berhijrah ke Madinah tatkala umurnya 10 tahun. Mengikuti peperangan Khandak pada tahun 6 hijrah dan umurnya baru 15 tahun. Bersama Nabi ketika Bai'ah Ridzuan, mengikuti peperangan Qadisiyyah dan Yarmuk. Beliau mempunyai pendirian yang tersendiri dalam masalah baiah kepada Abdullah bin Zubair. Menasihati Husain bin Ali bin Abi Tolib berkali-kali agar tidak keluar meninggalkan Mekah untuk menerima bai'ah di Iraq.


Bagaimana pula dengan kisah hidup Urwah bin Zubair?

Mari kita kenali Urwah bin Zubair dan kisah hidupnya secara terperinci.Beliau dilahirkan pada penghujung pemerintahan Umar al-Khattab tahun 23 Hijrah dalam satu rumah yang mulia. Ibunya adalah Asma' binti Abu Bakar Al-Siddiq. Bapanya pula adalah Zubair bin Awwam salah seorang diantara 10 Sahabat Nabi yang dijamin syurga. Pembantu Nabi Muhammad. Orang pertama yang menghunuskan pedangnya untuk jihad. Nenek beliau dari sebelah bapanya pula adalah Sofiyyah binti Abdul Muttalib. Sementara itu Aishah binti Abu Bakar Ummul Mukminin pula adalah makciknya sebelah ibu.


Supaya Urwah dapat mencapai apa yang di cita-citakannya ketika mereka menyatakan hasrat masing-masing berhampiran Kaa'bah, beliau berpenat lelah belajar dan menjejaki saki baki Sahabat Nabi yang masih hidup untuk mendapatkan ilmu, mendampingi mereka, bersolat dibelakang mereka, menadah ilmu dengan mereka dan lain-lain lagi. Sehinggalah beliau telah meriwayatkan hadis daripada Ali bin Abi Tolib, Abdul Rahman bin Auf, Zaid bin Thabit, Abu Ayub Al-Ansori, Usamah bin Zaid, Abdullah bin Abbas dan Nukman bin Basyir. Beliau juga banyak mengambil ilmu daripada makciknya sendiri iaitu Ummul Mukminin Aisyah bte Abu Bakar As-Siddiq.


Sehinggalah Urwah bin Zubair akhirnya menjadi salah seorang daripada 7 Fuqaha Madinah yang masyhur dan menjadi rujukan umat islam dari seluruh pelusuk dunia yang datang ke Madinah. Bukan sekadar ilmu,bahkan beliau juga terkenal dengan amalannya yang soleh dan amat banyak. Sering berpuasa pada siang hari, melakukan qiyamullail dan lidahnya sentiasa dibahasahi dengan zikir. Sentiasa membaca Al-Quran. Pada siang hari beliau akan membaca 1/4 al-Quran dengan melihat mushaf. Manakala pada malamnya pula beliau akan membaca Al-Quran itu dalam solatnya di qiyammuallail dengan hafalannya.


Demikianlah kehebatan beliau yang tersembunyi daripada orang ramai. Kecintaannya kepada ilmu dan ibadah menjadikannya salah seorang Ulama agung yang terkenal dikalangan Para Tabien.


Beliau amat mementingkan tarbiyah anak-anaknya. Antaranya,beliau telah melatih dan mendidik anak-anaknya agar menuntut ilmu-ilmu syarak. Beliau pernah berkata kepada anak-anaknya; "Wahai anakku, pelajarilah ilmu sesungguhnya jika kamu menjadi orang bawahan kepada kaummu nanti, mudah-mudahan Allah akan menjadikan kamu dengan ilmu yang kamu miliki itu sebagai orang yang besar dan disanjung dikalangan kaummu"..…ah! betapa buruknya, adakah didunia ini orang yang lebih buruk daripada orang tua yang jahil?


Banyak kisah-kisah menarik tentang beliau, antaranya ialah sifat sabarnya yang sepatutnya menjadi contoh ikutan kepada mereka yang ditimpa musibah. Kakinya terpaksa dipotong kerana sakit, sementara seorang anaknya pula mati. 2 musibah menimpanya dalam masa yang sama. Tetapi Urwah berkata; " Ya Allah engkau telah mengambil salah satu anggotaku, tetapi engkau masih tinggalkan anggota-anggota badanku yang lain, engkau telah ambil seorang anakku tetapi engkau masih tinggalkan anak-anakku yang lain, Alhamdulillah".


Setelah 71 tahun beliau hidup didunia dalam suasana takwa, ilmu iman dan amal, ajal datang menjemputnya sedang beliau ketika itu dalam keadaan berpuasa. Ahli keluarganya memohon dan merayu agar beliau membatalkan sahaja puasanya, akan tetapi beliau enggan. Maka beliau telah meninggal dunia dalam keadaan beliau masih berpuasa. Semoga Allah merahmati Urwah bin Zubair dan menempatkan beliau bersama para Anbiya, syuhada dan solehin di syurgaNYA.


"Ya Allah yang Maha Pengurnia, kami semua bermohon agar dikurniakan syurgaMU dan apa-apa yang mendekatkan kami kepada syurgaMU daripada perkataan kami mahupun perbuatan, Amin Ya Rabbal A'lamin".


*Kisah ini disebut oleh Az-Zahabi dalam Siyar A'lam 4/140 Tarjamah Mus'ab bin Zubair. Helyah Auliya karangan Abi Nuaim 2/171. Uyun Akbar oleh Ibnu Qutaibah tanpa sanad dan dengan pengkisahan yang agak berbeza.


[1] Mereka berdua adalah terkenal sebagai wanita tercantik di Tanah Arab ketika itu.

Jumaat, 1 Januari 2010

Siapakah Syiah?


Sesungguhnya syiah adalah bahaya akidah yang sedang mendatang. Sedang cuba untuk merebak! Mereka mahu menghapuskan Ahli sunnah di Iraq. Mereka mahukan supaya Afghanistan menjadi padang jarak padang terkukur dengan membantu tentera Amerika. Mereka Berjaya melumpuhkan kerajaan Lubnan melalui gerakan militan Hizbullah. Mereka juga mahu melumpuhkan kerajaan sunni di Yaman seterusnya menjadi kuasa yang semakin membesar dan menjajah Arab Saudi dan dunia islam yang lain. Kita bukan memerangi nama, tetapi kita memerangi inti kepada pegangan akidah mereka! Sebab itulah suatu yang mustahil untuk Taqrib baina syiah dan sunnah (berbaik-baik)! Bermakna, kita tidak dapat bertolak ansur dengan mereka yang berakidah seperti ini. Semoga kita semua berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan kesesatan mereka ini yang mencucuk jarumnya dengan berhujahkan "sokong ali bait & bai'ah hanyalah kepada ali bait".


Berikut adalah terjemahan daripada kajian yang ditulis dan kumpulkan oleh Fadhilah as-Syeikh Abdul Rahman al-Syatheri dalam kitabnya "Soal Jawab Tentang Syiah 12 Imam (Ithna Asyar)" yang membongkar kesesatan mereka ini melalui kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama syiah sendiri ;


1) Syiah beriktiqad bahawa Allah mengutus Jibril pembawa wahyu kepada sayyidina Ali bin Abi Tolib, tetapi Jibril telah tersilap lalu menyampaikannya kepada Nabi Muhammad. Lihat kitab "al-Maniyyah Wal Amal fi syarah al-Milal Wan-Nihal m/s 30".

2) Ulama-ulama syiah beriktikad bahawa al-Quran adalah kurang! Al-Quran yang asli telah diangkat ke langit ketika sahabat-sahabat murtad! Lihat "At-Tanbih Wa-Arradd" m/s 25.

3) Mereka menyatakan bahawa sebahagian ayat-ayat al-Quran terlalu bodoh seperti dinyatakan oleh syeikh mereka al-Tobrasi dlm kitab "al-Wathiqah" m/s 211.

4) Ulama-ulama syiah menyatakan bahawa imam-imam mereka adalah wasitoh (wasilah) di antara Allah dan makhluknya. "lihat kitab "Bihar al-Anwar" 23/99.

5) Ulama mereka menyatakan bahawa melakukan haji di kubur ulama-ulama mereka lebih penting daripada melakukan haji di ka'abah! Lihat "Thawab al-A3mal Wa Iqab al-A3mal" m/s 121-122.

6) Mereka beriktikad bahawa sesiapa yang menziarahi kubur Husin bin Ali cucu Nabi seolah-olah dia menziarahi Allah di ArashNYA! Lihat kitab "al-Mazar al-Mufid" m/s 51.

7) Beriktiqad bahawa tanah dan debu di perkuburan Husin bin Ali adalah ubat bagi segala penyakit! Lihat kitab "al-Amali" m/s 318.

8) Syeikh-syeikh mereka menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara Allah dan imam-imam mereka (yang kononnya maksum)! Lihat kitab "Masobih al-Anwar Fi Hilli Musykilat al-Akhbar" jilid 2 m/s 397.

9) Syeikh syiah (al-Kulaini) dalam kitabnya "al-Raudah Minal Kafi" jilid 8 m/s 2103: "Bahawa bintang-bintang dan planet memberi kesan kepada kebahagian dan kesusahan hidup serta menentukan kemasukan seseorang ke dalam syurga dan neraka".

10) Mereka beriktikad bahawa Ali bin Abi Tolib mengetahui perkara ghaib dan kemudian mendakwa bahawa Ali mengatakan (menipu terhadap Ali) ; Aku adalah tuhan bumi yang mendamaikan bumi". Kitab "Mira'atul Anwar" m/s 59 karangan al-A3mili. Adapun dalam Usul al-Kafi jilid 1 m/s 308 mendakwa bahawa Ali adalah yang menghasilkan guruh, petir dan kilat".

11) Syeikh syiah mengatakan bahawa sayyidina Alilah yang menghidupkan orang yang telah mati". Lihat "Usul al-Kafi" jilid 1 m/s 347.

12) Syeikh-syeikh syiah menafikan sifat Nuzul Allah (turun) ke bumi dan menghukum kafir kepada mereka yang mengisbatkan sifat tersebut. Lihat Usul al-Kafi jilid 1 m/s 90-91.

13) Syeikh-syeikh syiah menyifatkan bahawa imam-imam mereka yang maksum adalah bersifat dengan sifat-sifat Allah dan mereka juga dinamakan dengan nama-nama Allah (Asma' al-husna). Lihat Usul al-Kafi jilid 1 m/s 103.

14) Mereka mengatakan bahawa tidak boleh tidak ketika mengucap 2 kalimah syahadat dengan menambah : ((wa asyhadu anna aliyyan waliyyullah)) dan mengulang-ulangnya dalam azan mereka dan selepas solat dan mentalqinkannya kepada mayat mereka. Lihat Furu3 al-Kafi" jilid 3 m/s 82.

15) Syeikh-syeikh syiah mengatakan bahawa sesiapa yang melaknat Abu Bakar as-Siddik, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Aisyah dan Hafsah binti Umar selepas setiap kali solat maka dia telah bertaqarrub kepada Allah dengan sebaik-baik ibadah. Lihat kitab Furu3 al-Kafi" jilid 3 m/s 224.

16) Syeikh-syeikh syiah mengatakan bahawa imam-imam mereka yang maksum memiliki jaminan kepada pengikut mereka untuk memasuki syurga. Lihat kitab Rijal al-Karsyi jilid 5 m/s 490.

17) Beriktikad bahawa iman tidak sempurna sehinggalah beristimta3 (mut'ah) iaitu dengan si lelaki bersetubuh dengan wanita dan wanita itu bersetuju tanpa saksi ataupun wali. Mereka mengatakan lagi bahawa sesiapa yang bermut'ah dengan wanita mukminah seolah-olah dia telah menziarahi ka'abah sebanyak 70 kali! Lihat kitab Misbah al-Tahajjud karangan al-Thorsi m/s 252.

18) Khomeini berkata; "Adapun sekalian jenis bersuka-suka seperti meraba dengan syahwat, memeluk, melaga-lagakan peha maka ianya tidak mengapa sekalipun dengan kanak-kanak yang masih menyusu". Lihat kitab Tahrir al-Wasilah jilid 2 m/s 221.

19) Imam mereka al-khomeini beriktikad bahawa menangis dan meratapi ketua syuhada Husin bin Ali dan mengadakan majlis-majlis memperingati Husin itulah yang menyebabkan islam terpelihara sehingga 14 kurun lamanya. Lihat majalah Ittila3at Iraniah bilangan 15901 tarikh 16/8/1388 hijrah.

20) Syeikh ulama syiah mengatakan bahwa malaikat-malaikat Allah diciptakan daripada nur (cahaya) imam-imam mereka. Antara tugasan malaikat ialah menangis disamping kubur Husin bin Ali dan Allah telah mengarahkan 4000 malaikat untuk meratapi Husin setiap hari hinggalah datang kiamat. Setiap malaikat memohon izin kepada Allah untuk menziarahi kubur Husin segerombolan malaikat turun dan segerombolan yang lain naik langit. Lihat kitab Kanz Jami3 al-Fawaid m/s 334 karangan al-Karajiki.

21) Syeikh-syeikh syiah mengatakan "Jika malaikat bergaduh, maka Jibril akan turun kepada Ali dan membawa Ali naik kelangit supaya menjadi hakim diantara mereka', lihat kitab Ikhtisos m/s 213 karangan al-Mufid.

22) Syeikh Ulba' bin Dira' mengatakan bahawa Ali bin Abi Tolib lebih agung dan mulia berbanding Nabi Muhamad, yang mengutuskan Nabi Muhamad adalah Ali! dia mendakwa bahawa Nabi Muhammad diutus oleh Allah supaya membawa seruan kenabian itu kepada Ali tetapi Nabi Muhammad pula yang mengaku sebagai Nabi. Al-Ulba' ini menghina Nabi Muhammad dalam kitabnya. Lihat kitab Bihar al-Anwar jilid 25 m/s 305 footnote no 1.

23) Ulama syiah mengatakan bahwa imam-imam mereka tidak bercakap kecuali dengan wahyu, dan ini merupakan perkara yang dhoruri (perlu) dalam masalah Imamah. Lihat Bihar al-Anwar jilid 17 m/s 155.

24) Khomeini berkata; "Imam-imam kami mempunyai maqam yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat mahupun para Nabi". Lihat kitab al-Hukumah al-Islamiyyah m/s 52.

25) Jawad Munghniyah berkata; "Sesungguhnya Khomeini lebih afdhal daripada Nabi Musa alaihissalam. Lihat kitab al-Khomeini Wa Daulah Islamiyyah m/s 107.

26) Dalam akidah syiah, perkara pertama yang disoal oleh malaikat dalam kubur ialah tentang kecintaan kepada Ali Bait. Sila lihat kitab Bihar al-Anwar jilid 27 m/s 79.

27) Mengatakan bahawa syurga mempunyai 8 pintu dan 3 daripadanya adalah untuk penduduk al-Qum (wilayah di Iran). Lihat Bihar Anwar.

28) Ulama syiah al-Hur al-Amili berkata; "Sesungguhnya penghisaban sekalian makhluk pada hari akhirat adalah ditangan imam-imam mereka". Kitab al-Fusul al-Muhimmah Fi Usul al-A'immah jilid 2 m/s 446.

29) Syeikh mereka al-Jazairi dalam kitab al-Anwaru An-Nukmaniyyah jilid 1 m/s 81 berkata; "Semua manusia telah murtad selepas kewafatan Nabi Muhammad kecuali 4 orang sahabat sahaja, iaitu Salman al-farisi (Parsi), Abu Zhar al-Ghifari, Miqdad bin al-Aswad dan Ammar bin Yasir, dan ini merupakan perkara tiada bermasalahpun (tidak diragui).

30) Khomeini dalam kitab al-Hukumah al-Islamiyyah m/s 69 berkata; "Berkata sahabat yang menamakan mereka itu (sahabat yang lain) sebagai munafik".

31) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa Abu Bakar as-Siddiq kebanyakan umurnya telah berkhidmat kepada patung dan berhala serta meyembah patung-patung, iman Abu Bakar adalah seperti Yahudi dan Nasrani. Dan Abu Bakar itu solat dibelakang Nabi dan patung tergantung ditengkuknya dan bersujud kepada patung itu. Kitab Sirat al-Mustaqim jilid 25 m/s 155, Bihar al-anwar jilid 25, m/s 172 dan al-Kasykul m/s 104 karangan Haidar bin Ali Haidar al-Huliyy.

32) Syeikh-syeikh syiah berikikad bahawa Umar al-khattab adalah Khunsa dan tiada ubatnya kecuali dengan menggunakan air mani lelaki" kitab al-Anwar an-Nukmaniyyah jilid 1 m/s 63. Semoga Allah melaknat syeikh-syeikh syiah ini!

33) Mereka beriktikad bahawa Abu Bakar dan Umar menjelma kepada mereka dalam setiap kali musim haji supaya dapat direjam oleh mereka dengan batu-batu ketika melontar jamrah.

34) Syiah mendakwa bahawa Umar al-Khattab sama kafirnya seperti Iblis bahkan lebih teruk lagi bahkan mereka mendakwa bahawa iblis kagum dengan lipat kali ganda azab yang diterima oleh Umar lalu Iblis mengatakan; "Siapakah yang telah di azab oleh Allah dengan berlipat kali ganda azab ini? Sedangkan aku menyesatkan semua mahkluk?". Lihat Tafsir al-Ayyasyi jilid 2 m/s 240 surah Ibrahim.

35) Syeikh syiah al-Majlisi dalam kitabnya "Jala' al-Uyun" m/s 45 menyebut; "Tiada ruang pada akal untuk syak tentang kekufuran Umar maka laknat Allah, Nabi dan semua orang islam pada Umar dan orang-orang yang engkar daripada melaknati Umar! Bahkan khomeini menggambarkan Umar al-Khattab sebagai kafir lagi zindiq! Lihat Kasyful Asrar m/s 126. Tidak cukup dengan itu mereka menyambut perayaan sempena hari terbunuhnya Umar al-Khattab dan mengagungkan Abu Lu'lu' al-Majusi yang telah membunuh Umar, yang Abu Lu'lu itu di anggap sebagai wira! Saya akan sambung lagi bagaimana penghinaan-penghinaan mereka ini kepada para sahabat, Ummahatil Mukminin (isteri-isteri Nabi) dan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hati tidak tergamak mahu menulis kata-kata keji dan kesat yang mereka nyatakan, tetapi ianya perlu disebut bagi menjelaskan kepada umat islam semua bagaimana kejinya akidah, akhlak & agama syiah ini semoga semua umat islam berhati-hati terhadap dakwah sesat mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...