

Khamis, 3 November 2011
Berdoalah

Selasa, 25 Oktober 2011
Menunggu Kejatuhan Basyar Asad
Oleh: tokpepijat
"

Gaddafi mengikuti nasib rakan-rakan Arabnya yang lain. Bermula Saddam Husien(Iraq), Zainal Abidin Ben Ali(Tunisia), Hosni Mubarak(Mesir) dan Ali Soleh(Yaman). Bakal menuruti nasibnya ialah Bashar Assad( Syria).
Kesemua diktator Arab ini mempunyai banyak persamaan. Antaranya :
i) Anutan ideologi yang sesat seperti sekular, Baath, sosialis,nasionalis, Buku Hijau dan anti Hadis.
ii) Menggunakan Islam sebagai perisai untuk lindungi sesesatan mereka.
iii) Mengambil Russia(Soviet) dan Amerika sebagai rakan taulan.
iv) Membunuh ramai aktivis Islamis seperti Ikhwanul Muslimin.
v) Menganggap Israel sebagai musuh di depan mata rakyat tetapi secara diam dan rahsia menjalinkan hubungan akrab dengan Israel.
vi) Mengumpulkan harta hasil mausul negara yang jumlahnya menjangkau bilion dollar Amerika.
Gaddafi semasa hayatnya berkuasa mempunyai perangai yang memalukan nama Islam. Walaupun atas nama pemimpin Arab, Gaddafi berlagak seolah-olah anti Israel dan Amerika tetapi hakikatnya beliaulah yang memuja Knesset dan White House.
Sudah menjadi lumrah Sang Diktator Arab bahawa mereka kononnya bersatu menentang Israel tetapi hakikatnya yang sebenar mereka bersatu " membunuh aktivis pejuang Islam".
Ribuan Mujahideen Libya yang kembali ke Libya setelah jihad di Afghanistan di bunuh, dipenjara dan disiksa di penjara-penjara Libya.
Walaupun Gaddafi ada membiayai " Universiti Islam" di seluruh dunia dan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia untuk belajar di Libya, itu sekadar "lipstik" untuk lindungi kejahatan, kesesatan dan kezaliman beliau.
Bukti "kehebatan Islam " Sang Diktator Arab apabila ditumbangkan ialah tinggalan longgokan botol-botol arak dan skandal-skandal di Istana mereka!
Kita menunggu kehancuran Bashar Assad pula. Anak kepada Hafiz Assad yang membunuh 25,000 umat Islam di Hamma tahun 1981. "
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=9801
Isnin, 10 Oktober 2011
Pandangan Ilmuan & Pendakwah Islam Terhadap Bajet 2012
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu, oleh itu kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.
Secara ringkas dan mudah, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
- Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
- Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
- Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
- Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
- Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
- Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
- Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
- Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
- Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
- Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
- Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
- Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
- Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
- Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
- Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
- Naik pencen 2 peratus setahun.
- Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
- Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu, untuk itu bajet sebanyak RM 15 juta diperuntukan.
- Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
- Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
- Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
- Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
- Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
- Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.
B) Sokongan dan nota perhatian
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
- Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hibrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
- Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias untuk menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
- Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah, hal ini memerlukan pantaun sewajarnya.
- Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
- Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
- Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
- SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
- Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Selain itu, pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, hal ini tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
- Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat konsortium ke atas pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah baik jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
- KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)
C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
- Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
- Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet ini sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
- Memberikan galakan kepada industri Kewangan Islam agar melalui pengecualian cukai bagi pemberian pembiayaan melalui konsep mudarabah dan musharakah ( equity financing) agar ia mula bertapak dengan lebih pantas berbanding lambakan 'debt financing' hari ini. Kita mengharapkan perbankan Islam ini mampu mencapai paling kurang kadar 5 peratus pembiayaan melalui sistem 'profit and loss sharing' ini.
- Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat (bukan kerajaan) tiada disebut dan kelihatan terabai.
- Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
- Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
- Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
- Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
- Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan negara sedang Negara di dalam kedaaan defisit, kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
- Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
- ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
- Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta agar kerajaan mengkaji untuk mengehadkan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
- Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
- Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
- Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
- Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
- Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
- Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)
Firman Allah juga :
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Mohd Izhar Ariff
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1001-respon-liqa-ilmuan-a-pendakwah-terhadap-bajet-2012.html
Ahad, 25 September 2011
Kenapa Nushairiyyah Menguasai Bumi Syam?
لكن قبل كل شيء ينبغي للمسلم أن يوقر ربه ويعظمه في كل حال، فهو سبحانه لا يُسأل عما يفعل، لكمال حكمته، يقول الإمام الطبري فـ"لا سائل يسأل رب العرش عن الذي يفعل بخلقه من تصريفهم فيما شاء من حياة وموت وإعزاز وإذلال وغير ذلك من حكمه فيهم; لأنهم خلقه وعبيده وجميعهم في ملكه وسلطانه، والحكم حكمه، والقضاء قضاؤه، لا شيء فوقه يسأله عما يفعل فيقول له: لم فعلت؟ ولم لم تفعل؟".
وإنما تصدى من تصدى لهذا السؤال من باب تثبيت المؤمنين ومحاولة التخفيف عنهم، بالتدبر لكلام الله سبحانه وكلام رسوله صلى الله عليه وسلم، ومطالعة كلام أهل العلم الذين فقهوا عن الله عز وجل.
يقول العلامة محمد ابن عُثيمين رحمه الله في تفسير سورة البروج عند تفسيره قوله تعالى: {إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُواْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُواْ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ}.
"في هذه الآيات من العِبر:
أن الله سبحانه وتعالىقد يسلط أعداءه على أوليائه، فلا تستغرب إذا سلط الله عز وجل الكفار على المؤمنين وقتلوهم وحرقوهم، وانتهكوا أعراضهم، لا تستغرب فلله تعالى في هذا حكمة، المصابون من المؤمنين أجرهم عند الله عظيم، وهؤلاء الكفار المعتدون أملى لهم الله سبحانه وتعالى ويستدرجهم من حيث لا يعلمون، والمسلمون الباقون لهم عبرة وعظة فيما حصل لإخوانهم، فمثلاً نحن نسمع ما يحصل من الانتهاكات العظيمة، انتهاك الأعراض، وإتلاف الأموال، وتجويع الصغار والعجائز، نسمع أشياء تُبكي، فنقول: سبحان الله ما هذا التسليط الذي سلطه الله على هؤلاء المؤمنين؟
نقول يا أخي:لا تستغرب فالله سبحانه وتعالى ضرب لنا أمثالاً فيمن سبق، يحرقون المؤمنين بالنار، فهؤلاء الذين سلطوا على إخواننا في بلاد المسلمين هذا رفعة درجات للمصابين، وتكفير السيئات، وهو عبرة للباقين، وهو أيضاً إغراء لهؤلاء الكافرين حتى يتسلطوا فيأخذهم الله عز وجل أخذ عزيز مقتدر.
وفي هذه الآيات من العِبر:
أن هؤلاء الكفار لم يأخذوا على المسلمين بذنب إلا شيئاً واحداً وهو: أنهم يؤمنون بالله العزيز الحميد، وهذا ليس بذنب، بل هذا هو الحق، ومنأنكره فهو الذي يُنكر عليه"اهـ.
ومن الحكم في هذا التسليط ما يفهم من قوله تعالى: {وليمحص الله الذين آمنوا} قال صاحب التبيان في تفسير القرآن: وقيل في تمحيص المؤمنين بالمداولة قولان: أحدهما لما في تخليتهم مع تمكين الكافرين منهم من التعريض للصبر الذي يستحقون به عظيم الأجر، ويحط كثيرا من الذنوب.
ومن الحكم ما سطره ابن القيم رحمه الله في كتابه إغاثة اللهفان حين قال "أن ابتلاء الله بغلبة عدوهم لهم وقهرهم وكسرهم لهم أحياناً فيه حكمة عظيمة لا يعلمها على التفصيل إلا الله عز وجل،
فمنها:استخراج عبوديتهم وذلهم لله وانكسارهم له وافتقارهم إليه وسؤاله نصرهم على أعدائهم، ولو كانوا دائمين منصورين قاهرين غالبين لبطروا وأشروا، ولو كانوا دائماً مقهورين مغلوبين منصوراً عليهم عدوهم لما قامت للدين قائمة، ولا كان للحق دولة، فاقتضت حكمة أحكم الحاكمين، أن صرفهم بين غلبهم تارة، وكونهم مغلوبين تارة، فإذا غُلِبوا تضرعوا إلى ربهم، وأنابوا إليه وخضعوا له وانكسروا له وتابوا إليه، وإذا غَلَبوا أقاموا دينه وشعائره، وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر، وجاهدوا عدوه، ونصروا أولياءه..
ومنها:-أي من الحكم- أنهم لو كانوا دائماً منصورين غالبين قاهرين لدخل معهم من ليس قصده الدين، ومتابعة الرسول، فإنه إنما ينضاف إلى من له الغلبة والعزة، ولو كانوا مقهورين مغلوبين دائماً لم يدخل معهم أحد، فاقتضت الحكمة الإلهية أن كانت لهم الدولة تارة وعليهم تارة، فيتميز بذلك بين من يريد الله ورسوله، ومن ليس له مراد إلا الدنيا والجاه.
ومنها:أنه سبحانه يحب من عباده تكميل عبوديتهم على السّراء والضراء، وفي حال العافية والبلاء، وفي حال إدالتهم والإدالة عليهم، فلله سبحانه على العباد في تلك الحالتين عبودية بمقتضى تلك الحال، لا تحصل إلا بها، ولا يستقيم قلب بدونها، كما لا تستقيم الأبدان إلا بالحر والبرد، والجوع والعطش، والتعب والنصب، وأضدادها تلك المحن والبلايا شرط في حصول الكمال الإنساني، والاستقامة المطلوبة منه، ووجود الملزوم بدون لازمه ممتنع.
ومنها:أن امتحانهم بإدالة عدوهم عليهم يمحصهم ويخلصهم ويهذبهم، كما قال تعالى في حكمة إدالة الكفار على المؤمنين يوم أحد:{وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ.إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ.وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ.أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ. وَلَقَدْ كُنْتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ.وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ.وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ}.
فذكر سبحانه أنواعا من الحكم التي لأجلها أديل عليهم الكفار بعد أن ثبتهم وقواهم وبشرهم بأنهم الأعلون بما أعطوا من الإيمان، وسلاهم بأنهم وإن مسهم القرح في طاعته وطاعة رسوله، فقد مس أعداءهم القرح في عداوته وعداوة رسوله، ثم أخبرهم أنه سبحانه بحكمته يجعل الأيام دولًا بين الناس، فيصيب كلا منهم نصيبه منها كالأرزاق والآجال، ثم أخبرهم أنه فعل ذلك ليعلم المؤمنين منهم -وهو سبحانه بكل شيء عليم قبل كونه وبعد كونه- ولكنه أراد أن يعلمهم موجودين مشاهدين، فيعلم إيمانهم واقعًا ثم أخبر أنه يحب أن يتخذ منهم شهداء، فإن الشهادة درجة عالية عنده، ومنزلة رفيعة، لا تنال إلا بالقتل في سبيله، فلولا إدالة العدو لم تحصل درجة الشهادة التي هي من أحب الأشياء إليه، وأنفعها للعبد، ثم أخبر سبحانه أنه يريد تمحيص المؤمنين أي: تخليصهم من ذنوبهم بالتوبة، والرجوع إليه، واستغفاره من الذنوب التي أديل بها عليهم العدو، وأنه مع ذلك يريد أن يمحق الكافرين ببغيهم وطغيانهم وعدوانهم إذا انتصروا، ثم أنكر عليهم حسبانهم وظنهم دخول الجنة بغير جهاد، ولا صبر، وأن حكمته تأبى ذلك، فلا يدخلونها إلا بالجهاد والصبر، ولو كانوا دائما منصورين غالبين لما جاهدهم أحد، ولما ابتلوا بما يصبرون عليه من أذى أعدائهم..فهذا بعض حكمه في نصرة عدوهم عليهم، وإدالته في بعض الأحيان".
بشرى للمؤمنين
وليعلم أهل الإسلام أن الله وإن مكن الكافرين من أذية المؤمنين في بعض الأحيان فإنه قضى ألا يمكن الكفار من استئصال شأفة المسلمين واستباحة بيضتهم، قال ابن كثير عند قوله سبحانه {ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا} "أي: في الدنيا بأن يسلطوا عليهم استيلاء استئصال بالكلية، وإن حصل لهم ظفر في بعض الأحيان على بعض الناس فإن العاقبة للمتقين في الدنيا والآخرة".
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم، كما في صحيح مسلم "إن الله زوى لي الأرض فرأيت مشارقها ومغاربها وإن أمتي سيبلغ ملكها ما زوي لي منها، وأعطيت الكنزين الأحمر والأبيض وإني سألت ربي لأمتي أن لا يهلكها بسنة عامة وأن لا يسلط عليهم عدوا من سوى أنفسهم فيستبيح بيضتهم، وإن ربي قال يا محمد إني إذا قضيت قضاء فإنه لا يرد، وإني أعطيتك لأمتك أن لا أهلكهم بسنة عامة وأن لا أسلط عليهم عدوا من سوى أنفسهم يستبيح بيضتهم ولو اجتمع عليهم من بأقطارها أو قال من بين أقطارها حتى يكون بعضهم يهلك بعضا ويسبي بعضهم بعضا".
وليبشر أعداء الله النصيرية بخزي الله عز وجل لهم وعذابه المهين، فهو يمهل ولا يهمل، والجزاء من جنس العمل، وجزاء الاستكبار والعتو على الله هو الإهانة في الدنيا قبل الآخرة،قال سبحانه: {فأما عاد فاستكبروا في الأرض بغير الحق وقالوا من أشد منا قوة أولم يروا أن الله الذي خلقهم هو أشد منهم قوة وكانوا بآياتنا يجحدون فأرسلنا عليهم ريحا صرصرا في أيام نحسات لنذيقهم عذاب الخزي في الحياة الدنيا ولعذاب الآخرة أخزى وهم لا ينصرون}.
ويأبى الله سبحانه أن يهلك يأجوج ومأجوج - الذين استكبروا وقالوا قتلنا من في الأرض فهلم فلنقتل من السماء – إلا بالدود في رقابهم، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عندما يأذن الله بقتل يأجوج ومأجوج "فيرسل الله عليهم النغف في رقابهم فيصبحون فرسى كموت نفس واحدة".
http://www.almokhtsar.com/node/14495
Khamis, 22 September 2011
Pelajar Baru Universiti Islam Madinah 2011-2012 M
http://abuumair1.wordpress.com/2011/09/21/pelajar-baru-universiti-islam-madinah-14321433h/
Berikut adalah senarai pelajar baru yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah bagi pengambilan 1432/1433H.
Senarai rasmi boleh didapati dari laman web Universiti, iaitu: http://admission.iu.edu.sa/IuAbroadInquery.aspx
Kepada penama-penama yang bertuah di bawah, anda boleh menghubungi wakil pelajar Madinah di email: hdzlh_88@yahoo.com
Segala pertanyaan tentang urusan visa, tiket dan sebagainya hendaklah diajukan ke blog: http://pengambilanpelajarmalaysiauim2011.blogspot.com/
Senarai nama pelajar baru adalah seperti di bawah:
1 | MUAMAR BIN MD ZIZIT | معمر بن مد زيزيت |
2 | LOKMAN HAKIM BIN ABU BAKAR | لقمان حكيم بن أبو بكر |
3 | KU NAZIRUL NAIM BIN KU BAHARUDDIN | كو نذير النعيم بن كو بهارالدين |
4 | MOHD FAIRULNAIM BIN YAAKUB | محمد فيرالنعيم بن يعقوب |
5 | WAN MOHAMAD ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN | وان محمد عبد الرحمن بن عثمان |
6 | MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK | محمد خير الرازقىن بن عبد الرزاق |
7 | NOOR HANIF BIN SAKIJAN BIN MURI | نور حنيف بن ساكيجان بن موري |
8 | MUHAMMAD ZHAFRI BIN NGAH BIN ISMAIL | محمد ظفري بن غه بن إسماعيل |
9 | MOHD TAUFIQ BIN SALAM BIN DAR AL ALIM | محمد توفيق بن سلام بن دار العليم |
10 | MUHAMAD FIKRI BIN ABDUL SALIM BIN SAAD | محمد فكري بن عبد السليم ين سعد |
11 | AHMAD HUSEIN BIN PANUSUNAN ZAINAL ABIDIN | احمد حسين بن بانوسونن زينالعابدين |
12 | ABDULLAH ALHADI BIN CHE HAD | عبد الله الهادي بن شيء هاد |
13 | MOHD DANIAL BIN MOHD SAODI | محمد دانيال بن محمد سعودي |
14 | MOHD YUNUS BIN ABDUL JALIL | محمد يونس بن عبدالجليل |
15 | MUHAMMAD SYAMIR IZZUDDIN BIN ZULKIFLI | محمد شامير عزالدين بن ذوالكفلي |
16 | WAN MUHD USAID BIN WAN SUBKI | وان محمد أسيد بن وان سبكي |
17 | MUHAMMAD SABRI BIN MAJELIS | محمد صبري بن مجليس |
18 | HANZALAH BIN ZAINAL ABIDIN | حنظلة بن زين العابدين |
19 | WAFA ABDUL JABBAR BIN DR. SHOHIBUDDIN | وفاء عبد الجبار بن صاحب الدين |
20 | ABDUL RAHMAN BIN SALAM | عبد الرحمن بن سلام |
21 | SANI SULIMIN KIMPOK | ساني سليمين كيمبوت |
22 | MOHD NORHIZAMI BIN HAMZAH | محمد نور حزامي بن حمزة |
23 | WAN NAQI NURHAFIZ B WAN MOHAMAD AKIL. | وان نقي نور حافظ بن وان محمد عاقل |
24 | HOOD AKAMSH | هود بن محمد عكاشة |
25 | MOHD ZAKI BIN AHMAD | محمد ذاكي بن أحمد |
26 | AHMAD ZUHAL BIN ABDUL SAMAT | أحمد زحل بن عبد الصمد |
27 | MUHAMMAD HADHRAMI BIN JAMALUDIN | محمد حضر مي بن جمال الدين |
28 | LUQMAN HAQIEM BIN MOHAMAD KOFLI | لقمان حكيم بن محمد كفلي |
29 | SHARIFUDDIN BIN ABD AZIZ. | شريف الدين بن عبد العزيز |
30 | WAN HARIS MURSHIDI BIN MIOR ISMAIL. | وان حارس مرشيدي بن ميور إسماعيل |
31 | MUHAMMAD SUFIE BIN RAHIM | محمد صوفي بن رحيم |
32 | MUHAMMAD HARIZ SYAZWAN BIN MOHD ARIFIN | محمد حارث شزوان بن محمد عارفين |
33 | AMEER IKHWAN BIN ZAINI | أمير إخوان بن زيني |
34 | ABDUL HADI BIN ROSLI | عبد الهادي بن روسلي |
35 | MUHAMMAD SHAFIQ BIN MUHAMMAD RUSHDI | محمد شفيق بن محمد رشدي |
36 | AHMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD NAIM | احمد اشرف بن محمد نعيم |
37 | AWWAB BIN ABD ZAMAN BAKRI | أواب بن عبد الزمان بكري |
38 | MUHAMMAD ASHRAF BIN TAJUDDIN | محمد أشراف بن تاج الدين |
39 | MUHAMMAD SYAZWAN NIZAR\ | محمد شزوان نزار |
40 | muhammad hafeezuddeen | محمد حفيظ الدين بن قمر الزمان |
41 | MUHD HISYAMUDDIN BIN MAHIDIN | محمد هيشام الدين بن مهيدين |
42 | FAREES FAHMI BIN BADRUL HISHAM | فارس فهمي بن بدر الهشام |
43 | MOHD SHAFIQ BIN SHAHABUDDIN | محمد شفيق بن شهاب الدين |
44 | mohamed nur hafizi talanj | محمد نور حافظي بن تالنج |
45 | MOHAMAD ERWANDY BIN JUNAIDI | محمد إرواندي بن جونايدي |
46 | mavlana mohammed iliyas tamrin | مولانا محمد إلياس بن تمرين |
47 | MOHAMMAD NASRUN BIN ABDUL SALIN | محمد نصرون بن عبد السالين |
48 | MOHAMED RIZAL BAHRIN | محمد رزال بحرين بن مت رودين |
49 | MOHAMAD SAIRUL | محمد سيرول بن سايدين |
50 | MOHAMAD NASRUDDIN BIN AJAMAIN | محمد نصر الدين بن أجمعين |
51 | AZRIN LAU | أذرين لاو بن عبد المهيمن |
52 | EMIR HAZIQ | أمير حاذق |
53 | MOHAMMED KHAIRUL AZWANULLAH B.ZALKAPRY | محمد خير العزون الله بن ذا الكفري |
54 | AHMAD LUTFI BIN ABDULLAH | احمد لطفي بن عبد الله |
55 | THARIQ BIN AHMAD BASHIR | طارق بن أحمد بشير |
56 | LUQMAN AL HAKIM BIN MD NASIR | لقمان الحكيم بن محمد ناصر |
57 | MOHD LUQMAN HAKIM BIN ABD AZIZ | محمد لقمان حكيم بن عبد العزيز |
58 | SHAFWATULLOH ABDULBOSIT | صفوة الله عبد الباسط |
59 | NIK NASRUL FAIZ BIN NIK HZIMAN | نيك نسرول فائز بن نيك حزيمان |
60 | MIKKAIL JOHARI BIN SAIFUL BAKHRI | ميكائلل جوهري بن سيلف اللبخري |
Mengenai Saya
MARHABAN BIKUM
Imam al-Auzaie berkata; "Bersabarlah dirimu dalam berpegang kepada sunnah, berhentilah sekitar berhentinya kaum (salaf), katakanlah seperti yang mereka katakan dan diamlah terhadap apa yang mereka diamkan".
Arkib
- Dakwah (44)
- Hukum (41)
- Umum (37)
- Tazkirah (30)
- Tauhid Dan Akidah (28)
- Tarikh (21)
- Tokoh (21)
- Video (14)
- firaq (13)
- Kisah-kisah Pilihan (8)
Senarai Blog Saya
-
Adakah Wasiat Secara Lisan Tanpa Saksi Dikira Sah? - Persoalan “Kalau seseorang membuat wasiat hanya secara lisan, tanpa saksi hanya antara pemberi wasiat dan penerima sahaja, adakah ia sah?” […]Seminggu yang lalu
-
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah - HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted,...2 minggu yang lalu
-
Lupa makanan kerana zuq belajar! - Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama 7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari siang ...4 tahun yang lalu
-
Meletakkan Tangan di Dada Saat Berdiri Shalat - Ada tulisan yang bilang, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dada, *nggak *ada salafnya. Hanya pendapat ulama belakangan. Benarkah demikian ? D...5 tahun yang lalu
-
-
Peluang Mendapat Ganjaran Membebaskan 10 Hamba!!!!! - Membebaskan hamba merupakan satu amalan yang sangat besar dalam Islam. Al-Quran menyifatkan amalan membebaskan hamba sebagai salah satu amalan ʿaqabah iait...8 tahun yang lalu
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA - Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan tertinggi penjawa...9 tahun yang lalu
-
Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah - Bismillah, tengah update blog "tahap membaca aku dah makin kurang la" luah saya pada seorang kawan lama, "try la update blog, nanti mesti ko kena membaca ...11 tahun yang lalu
-
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik. - Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji. Selepas pulangnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda Rasulullah s.a.w. berjiwa ...11 tahun yang lalu
-
Sebelum Ramadhan berlalu pergi...Ku harapkan Keampunan & kemaafan dari Mu.... - Bulan keampunan ini bakal berlalu, rugilah jika ianya berlalu dalam keadaan kita tidak mendapat keampunan dari Allah sedang kita tidak tahu bilakah temu j...12 tahun yang lalu
-
JADWAL KAJIAN BERBAHASA INDONESIA DI MASJID NABAWI BAGI JAMAAH UMRAH PEKAN KESEBELAS (KAMIS 23-9-1434 H/ 1-8-2013 M sampai RABU 29-9-1434 H/ 7-8-2013 M) - Waktu (selama Ramadhan): Setiap Hari (Setelah Ashar sampai jam 18.00) Tempat: Pintu 19 (Pintu Badr, sekitar 20 meter ke depan sebelah kiri) Materi: Kamis,...12 tahun yang lalu
-
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah - Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang mana akan men...12 tahun yang lalu
-
Rintihan para pelacur di Tunis - Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan yang s...12 tahun yang lalu
-
JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT. - *JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT.* Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu semasa mula-mula belajar untuk mengerjakan ibadah solat...12 tahun yang lalu
-
Kenduri Ihsan, ulangtahun ke 10, selamat dan kesyukuran...all in one. - Alhamdulillah majlis pada Ahad lepas berjalan dengan lancar. Paginya cerah. Tetapi mendung sekitar jam 11.30am. Merisaukan. Bimbang sangat kalau hujan yang...12 tahun yang lalu
-
Kedai Cenderamata dari Riyadh KSA - Assalamualaikum, Kali ini kita pusing-pusing kota riyadh nak cari souvenir (cenderamata) dari Riyadh KSA . Memang susah nak jumpa kedai yang menjual cender...13 tahun yang lalu
-
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::.. - Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh...13 tahun yang lalu
-
-
-
Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri - Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar ter...14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Tautan
- Akh Busyro
- Akh Muhamad Syafareez
- Dr Abdul Basit Abdul Rahman
- Dr Asri Zainul Abidin
- Mohd Faidz
- Ust Abdullah Indonesia
- Ust Abu Muhammad Haikal
- Ust Abu Naufal
- Ust Abu Saif
- Ust Abu Syu'aib
- Ust Abul Jauzaa
- Ust Arif
- Ust Asyraf Isyraqi
- Ust Jabbar
- Ust Khairi Jaya
- Ust Lukmanulhakim bin Hussein
- Ust NIk Abdul Rahim
- Ust Omar al-Bariti
- Ust Zaharuddin
Online News
-
-
The Sound Creed3 jam yang lalu
-
أول الخطوات في رمضانSetahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Menarik
-
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi11 bulan yang lalu
-
-
-
Keputusan seorang murid Darjah 17 tahun yang lalu
-
Cium Tangan7 tahun yang lalu
-
hello blog.8 tahun yang lalu
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 tahun yang lalu
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah11 tahun yang lalu
-
-
Egypt’s Coming Civil War11 tahun yang lalu
-
Tugas Shahidan jaga Parlimen12 tahun yang lalu
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi12 tahun yang lalu
-
AFN V213 tahun yang lalu
-
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!14 tahun yang lalu
-
SIAPAKAH AHBASH DI MALAYSIA14 tahun yang lalu
-
HARARI BOLEH TERBANG16 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-