Bersempena dengan kedatangan 10 awal Zulhijjah beberapa hari lagi, marilah kita sama-sama berdoa dan terus berdoa, agar Allah menjatuhkan dan menghinakan penguasa sesat lagi zalim dan pengikut-pengikutnya lalu membebaskan rakyat Syiria daripada kejahatan dan kekejamannya.
"Setelah berada di tampuk kekuasaan lebih 40 tahun, akhirnya Kolonel Muamar Gaddafi mati dalam keadaan hina di tangan rakyatnya sendiri.
Gaddafi mengikuti nasib rakan-rakan Arabnya yang lain. Bermula Saddam Husien(Iraq), Zainal Abidin Ben Ali(Tunisia), Hosni Mubarak(Mesir) dan Ali Soleh(Yaman). Bakal menuruti nasibnya ialah Bashar Assad( Syria).
Kesemua diktator Arab ini mempunyai banyak persamaan. Antaranya : i) Anutan ideologi yang sesat seperti sekular, Baath, sosialis,nasionalis, Buku Hijau dan anti Hadis.
ii) Menggunakan Islam sebagai perisai untuk lindungi sesesatan mereka.
iii) Mengambil Russia(Soviet) dan Amerika sebagai rakan taulan.
iv) Membunuh ramai aktivis Islamis seperti Ikhwanul Muslimin.
v) Menganggap Israel sebagai musuh di depan mata rakyat tetapi secara diam dan rahsia menjalinkan hubungan akrab dengan Israel.
vi) Mengumpulkan harta hasil mausul negara yang jumlahnya menjangkau bilion dollar Amerika.
Gaddafi semasa hayatnya berkuasa mempunyai perangai yang memalukan nama Islam. Walaupun atas nama pemimpin Arab, Gaddafi berlagak seolah-olah anti Israel dan Amerika tetapi hakikatnya beliaulah yang memuja Knesset dan White House.
Sudah menjadi lumrah Sang Diktator Arab bahawa mereka kononnya bersatu menentang Israel tetapi hakikatnya yang sebenar mereka bersatu " membunuh aktivis pejuang Islam".
Ribuan Mujahideen Libya yang kembali ke Libya setelah jihad di Afghanistan di bunuh, dipenjara dan disiksa di penjara-penjara Libya.
Walaupun Gaddafi ada membiayai " Universiti Islam" di seluruh dunia dan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia untuk belajar di Libya, itu sekadar "lipstik" untuk lindungi kejahatan, kesesatan dan kezaliman beliau.
Bukti "kehebatan Islam " Sang Diktator Arab apabila ditumbangkan ialah tinggalan longgokan botol-botol arak dan skandal-skandal di Istana mereka!
Kita menunggu kehancuran Bashar Assad pula. Anak kepada Hafiz Assad yang membunuh 25,000 umat Islam di Hamma tahun 1981. "
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu, oleh itu kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.
Secara ringkas dan mudah, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
Naik pencen 2 peratus setahun.
Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu, untuk itu bajet sebanyak RM 15 juta diperuntukan.
Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.
B) Sokongan dan nota perhatian
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hibrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias untuk menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah, hal ini memerlukan pantaun sewajarnya.
Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Selain itu, pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, hal ini tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat konsortium ke atas pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah baik jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)
C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet ini sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
Memberikan galakan kepada industri Kewangan Islam agar melalui pengecualian cukai bagi pemberian pembiayaan melalui konsep mudarabah dan musharakah ( equity financing) agar ia mula bertapak dengan lebih pantas berbanding lambakan 'debt financing' hari ini. Kita mengharapkan perbankan Islam ini mampu mencapai paling kurang kadar 5 peratus pembiayaan melalui sistem 'profit and loss sharing' ini.
Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat (bukan kerajaan) tiada disebut dan kelihatan terabai.
Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan negara sedang Negara di dalam kedaaan defisit, kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta agar kerajaan mengkaji untuk mengehadkan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)
سلط الله سبحانه أعداءه (النصيرية) على أوليائه المسلمين بأرض الشام فقتلوهم وعذبوهم وانتهكوا أعراضهم وفتنوهم عن دينهم،فلا تستغرب أيها المسلم، فلله الحجة البالغة وله الحكمة الباهرة، ولا يقضي الله لعباده المؤمنين قضاء إلا وهو خير لهم "عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن، إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له".
لكن قبل كل شيء ينبغي للمسلم أن يوقر ربه ويعظمه في كل حال، فهو سبحانه لا يُسأل عما يفعل، لكمال حكمته، يقول الإمام الطبري فـ"لا سائل يسأل رب العرش عن الذي يفعل بخلقه من تصريفهم فيما شاء من حياة وموت وإعزاز وإذلال وغير ذلك من حكمه فيهم; لأنهم خلقه وعبيده وجميعهم في ملكه وسلطانه، والحكم حكمه، والقضاء قضاؤه، لا شيء فوقه يسأله عما يفعل فيقول له: لم فعلت؟ ولم لم تفعل؟".
وإنما تصدى من تصدى لهذا السؤال من باب تثبيت المؤمنين ومحاولة التخفيف عنهم، بالتدبر لكلام الله سبحانه وكلام رسوله صلى الله عليه وسلم، ومطالعة كلام أهل العلم الذين فقهوا عن الله عز وجل.
يقول العلامة محمد ابن عُثيمين رحمه الله في تفسير سورة البروج عند تفسيره قوله تعالى: {إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُواْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُواْ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ}.
"في هذه الآيات من العِبر:
أن الله سبحانه وتعالىقد يسلط أعداءه على أوليائه، فلا تستغرب إذا سلط الله عز وجل الكفار على المؤمنين وقتلوهم وحرقوهم، وانتهكوا أعراضهم، لا تستغرب فلله تعالى في هذا حكمة، المصابون من المؤمنين أجرهم عند الله عظيم، وهؤلاء الكفار المعتدون أملى لهم الله سبحانه وتعالى ويستدرجهم من حيث لا يعلمون، والمسلمون الباقون لهم عبرة وعظة فيما حصل لإخوانهم، فمثلاً نحن نسمع ما يحصل من الانتهاكات العظيمة، انتهاك الأعراض، وإتلاف الأموال، وتجويع الصغار والعجائز، نسمع أشياء تُبكي، فنقول: سبحان الله ما هذا التسليط الذي سلطه الله على هؤلاء المؤمنين؟
نقول يا أخي:لا تستغرب فالله سبحانه وتعالى ضرب لنا أمثالاً فيمن سبق، يحرقون المؤمنين بالنار، فهؤلاء الذين سلطوا على إخواننا في بلاد المسلمين هذا رفعة درجات للمصابين، وتكفير السيئات، وهو عبرة للباقين، وهو أيضاً إغراء لهؤلاء الكافرين حتى يتسلطوا فيأخذهم الله عز وجل أخذ عزيز مقتدر.
وفي هذه الآيات من العِبر:
أن هؤلاء الكفار لم يأخذوا على المسلمين بذنب إلا شيئاً واحداً وهو: أنهم يؤمنون بالله العزيز الحميد، وهذا ليس بذنب، بل هذا هو الحق، ومنأنكره فهو الذي يُنكر عليه"اهـ.
ومن الحكم في هذا التسليط ما يفهم من قوله تعالى: {وليمحص الله الذين آمنوا} قال صاحب التبيان في تفسير القرآن: وقيل في تمحيص المؤمنين بالمداولة قولان: أحدهما لما في تخليتهم مع تمكين الكافرين منهم من التعريض للصبر الذي يستحقون به عظيم الأجر، ويحط كثيرا من الذنوب.
ومن الحكم ما سطره ابن القيم رحمه الله في كتابه إغاثة اللهفان حين قال "أن ابتلاء الله بغلبة عدوهم لهم وقهرهم وكسرهم لهم أحياناً فيه حكمة عظيمة لا يعلمها على التفصيل إلا الله عز وجل،
فمنها:استخراج عبوديتهم وذلهم لله وانكسارهم له وافتقارهم إليه وسؤاله نصرهم على أعدائهم، ولو كانوا دائمين منصورين قاهرين غالبين لبطروا وأشروا، ولو كانوا دائماً مقهورين مغلوبين منصوراً عليهم عدوهم لما قامت للدين قائمة، ولا كان للحق دولة، فاقتضت حكمة أحكم الحاكمين، أن صرفهم بين غلبهم تارة، وكونهم مغلوبين تارة، فإذا غُلِبوا تضرعوا إلى ربهم، وأنابوا إليه وخضعوا له وانكسروا له وتابوا إليه، وإذا غَلَبوا أقاموا دينه وشعائره، وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر، وجاهدوا عدوه، ونصروا أولياءه..
ومنها:-أي من الحكم- أنهم لو كانوا دائماً منصورين غالبين قاهرين لدخل معهم من ليس قصده الدين، ومتابعة الرسول، فإنه إنما ينضاف إلى من له الغلبة والعزة، ولو كانوا مقهورين مغلوبين دائماً لم يدخل معهم أحد، فاقتضت الحكمة الإلهية أن كانت لهم الدولة تارة وعليهم تارة، فيتميز بذلك بين من يريد الله ورسوله، ومن ليس له مراد إلا الدنيا والجاه.
ومنها:أنه سبحانه يحب من عباده تكميل عبوديتهم على السّراء والضراء، وفي حال العافية والبلاء، وفي حال إدالتهم والإدالة عليهم، فلله سبحانه على العباد في تلك الحالتين عبودية بمقتضى تلك الحال، لا تحصل إلا بها، ولا يستقيم قلب بدونها، كما لا تستقيم الأبدان إلا بالحر والبرد، والجوع والعطش، والتعب والنصب، وأضدادها تلك المحن والبلايا شرط في حصول الكمال الإنساني، والاستقامة المطلوبة منه، ووجود الملزوم بدون لازمه ممتنع.
فذكر سبحانه أنواعا من الحكم التي لأجلها أديل عليهم الكفار بعد أن ثبتهم وقواهم وبشرهم بأنهم الأعلون بما أعطوا من الإيمان، وسلاهم بأنهم وإن مسهم القرح في طاعته وطاعة رسوله، فقد مس أعداءهم القرح في عداوته وعداوة رسوله، ثم أخبرهم أنه سبحانه بحكمته يجعل الأيام دولًا بين الناس، فيصيب كلا منهم نصيبه منها كالأرزاق والآجال، ثم أخبرهم أنه فعل ذلك ليعلم المؤمنين منهم -وهو سبحانه بكل شيء عليم قبل كونه وبعد كونه- ولكنه أراد أن يعلمهم موجودين مشاهدين، فيعلم إيمانهم واقعًا ثم أخبر أنه يحب أن يتخذ منهم شهداء، فإن الشهادة درجة عالية عنده، ومنزلة رفيعة، لا تنال إلا بالقتل في سبيله، فلولا إدالة العدو لم تحصل درجة الشهادة التي هي من أحب الأشياء إليه، وأنفعها للعبد، ثم أخبر سبحانه أنه يريد تمحيص المؤمنين أي: تخليصهم من ذنوبهم بالتوبة، والرجوع إليه، واستغفاره من الذنوب التي أديل بها عليهم العدو، وأنه مع ذلك يريد أن يمحق الكافرين ببغيهم وطغيانهم وعدوانهم إذا انتصروا، ثم أنكر عليهم حسبانهم وظنهم دخول الجنة بغير جهاد، ولا صبر، وأن حكمته تأبى ذلك، فلا يدخلونها إلا بالجهاد والصبر، ولو كانوا دائما منصورين غالبين لما جاهدهم أحد، ولما ابتلوا بما يصبرون عليه من أذى أعدائهم..فهذا بعض حكمه في نصرة عدوهم عليهم، وإدالته في بعض الأحيان".
بشرى للمؤمنين
وليعلم أهل الإسلام أن الله وإن مكن الكافرين من أذية المؤمنين في بعض الأحيان فإنه قضى ألا يمكن الكفار من استئصال شأفة المسلمين واستباحة بيضتهم، قال ابن كثير عند قوله سبحانه {ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا} "أي: في الدنيا بأن يسلطوا عليهم استيلاء استئصال بالكلية، وإن حصل لهم ظفر في بعض الأحيان على بعض الناس فإن العاقبة للمتقين في الدنيا والآخرة".
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم، كما في صحيح مسلم "إن الله زوى لي الأرض فرأيت مشارقها ومغاربها وإن أمتي سيبلغ ملكها ما زوي لي منها، وأعطيت الكنزين الأحمر والأبيض وإني سألت ربي لأمتي أن لا يهلكها بسنة عامة وأن لا يسلط عليهم عدوا من سوى أنفسهم فيستبيح بيضتهم، وإن ربي قال يا محمد إني إذا قضيت قضاء فإنه لا يرد، وإني أعطيتك لأمتك أن لا أهلكهم بسنة عامة وأن لا أسلط عليهم عدوا من سوى أنفسهم يستبيح بيضتهم ولو اجتمع عليهم من بأقطارها أو قال من بين أقطارها حتى يكون بعضهم يهلك بعضا ويسبي بعضهم بعضا".
وليبشر أعداء الله النصيرية بخزي الله عز وجل لهم وعذابه المهين، فهو يمهل ولا يهمل، والجزاء من جنس العمل، وجزاء الاستكبار والعتو على الله هو الإهانة في الدنيا قبل الآخرة،قال سبحانه: {فأما عاد فاستكبروا في الأرض بغير الحق وقالوا من أشد منا قوة أولم يروا أن الله الذي خلقهم هو أشد منهم قوة وكانوا بآياتنا يجحدون فأرسلنا عليهم ريحا صرصرا في أيام نحسات لنذيقهم عذاب الخزي في الحياة الدنيا ولعذاب الآخرة أخزى وهم لا ينصرون}.
ويأبى الله سبحانه أن يهلك يأجوج ومأجوج - الذين استكبروا وقالوا قتلنا من في الأرض فهلم فلنقتل من السماء – إلا بالدود في رقابهم، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عندما يأذن الله بقتل يأجوج ومأجوج "فيرسل الله عليهم النغف في رقابهم فيصبحون فرسى كموت نفس واحدة".
Berada di Jordan, saya tidak dapat menerima jemputan untuk bergandingan dengan Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazi) dan Wardina Safiyyah Fadhlullah bagi menjayakan Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam 2010 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Alhamdulillah tahun ini saya sekali lagi menerima jemputan untuk program yang sama.
Saya tidak melepaskannya.
Kali ini gandingannya mungkin bukan tidak berperingkat Nusantara, tetapi untuk sebuah negara bernama Malaysia, panelis Bicara Selebriti kali ini cukup memberangsangkan. Hingga saya menggelar barisan panelis, “The Trouble Makers of the Nation“.
30 Julai 2011 cukup bersejarah.
YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah mengatur program dengan menjemput saya menjadi panelis, bersama tokoh-tokoh hebat tanah air. Barisan ‘diketuai’ oleh ‘selebriti pengganas negara’, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis, Wardina Safiyyah Fadhlullah, Sham Kamikaze dan moderator daripada TV AL-HIJRAH, Amin Idris.
Kami dihimpunkan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan di dalam sebuah majlis gilang-gemilang. Montaj dan set pentas yang jelas menampakkan kesungguhan pihak penganjur mempromosikan satu takrifan baru bagi sebuah keperluan hidup bernama HIBURAN. Jauh daripada tuntutan sebuah industri, hiburan diketengahkan sebagai suatu cara memanifestasikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna namun kekal manusiawi.
Banyak aspek hiburan Islam dikupas secara ilmiah tetapi santai oleh Dr MAZA membabitkan isu penggunaan alat muzik, suara wanita sebagai aurat, serta prinsip-prinsip yang membentuk apa yang dinamakan sebagai hiburan Islam. Itu yang seronoknya dengan forum, penceramah mengambil peluang belajar daripada penceramah yang lain. Alhamdulillah.
Wardina dan Sham Kamikaze pula banyak diajak mengupas tentang pengalaman masing-masing sebagai artis yang pernah berada di ‘dua alam’. Perspektif yang mereka kongsikan, menimbulkan soalan kontroversi daripada hadirin apabila Encik Amin mengajukan soalan, “mengapakah ada artis yang berani menyatakan sokongannya kepada parti Islam, tetapi dalam masa yang sama, ada pula ustaz yang tidak berani melakukan perkara yang sama”.
Soalan diajukan kepada saya.
Artis tidak wajar digandingkan dengan ustaz, kerana seolah-olah kedua-duanya berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah dalam asas soalan yang ditanya. Hakikatnya Allah menilai manusia berdasarkan TAQWA. Andai seseorang itu bertaqwa, mulialah dia di sisi Allah, sama ada mereka itu artis, mahu pun ustaz.
Ustaz-ustaz yang tidak secara jelas menyatakan pendirian mereka tentang hal-hal politik, tidak wajar diburuk sangkakan sebagai penakut. Apakah dakwah sembunyi di era Mekah itu ditakrifkan sebagai era penakut? Tentu sahaja tidak. Isunya ialah keutamaan. Kita tidak tahu setiap ustaz atau mana-mana pendakwah itu berada di daerah mana dan apakah keutamaan yang dipertimbangkan mereka.
Maklum sahaja dengan Malaysia, pakai baju kuning pun boleh dilabel komunis!
Maka selagi mereka tidak secara jelas menyokong kezaliman, kita mesti ada baik sangka terhadap mereka. Si empunya dirilah yang bakal menjawab soalan Allah tentang hal-hal itu. Kita mesti mengurangkan sikap menilai dan menghukum.
Akan tetapi apabila para ustaz atau siapa sahaja secara jelas menyokong kezaliman, apatah lagi menyokongnya dengan memberikan alasan agama, mereka musuh Allah, biar pun berijazah Syariah!
NILAI UNTUK PERIBADI
Program ini memberikan nilai yang tersendiri kepada diri saya.
Pertamanya, ia adalah tanda sokongan saya kepada sahabat sepengajian yang sudah beberapa penggal menjadi ADUN, iaitu YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, untuk sama-sama membantu mengisi kemenangan di negeri Kelantan, sedaya mungkin.
SHAM KAMIKAZE
Keduanya, ia menjadi pertemuan pertama saya dengan Sham Kamikaze yang sudah saya ikuti perkembangannya melalui liputan media alternatif dan jaringan sosial. Seorang sifu dalam muzik tetapi membawa paradigma Islam, persembahan beliau yang bersahaja malam tadi sangat menusuk kalbu hingga menitiskan air mata, sama seperti alunan yang pernah saya dengar di persembahan seni klasik Uthmaniyyah di khemah-khemah Ramadan selepas Tarawih di Istanbul suatu ketika dahulu.
Subhanallah.
Orangnya juga sungguh baik hati dan tenang, menampakkan bahawa hijrah yang berlaku kepadanya jauh daripada pengaruh emosi, sebaliknya cukup rasional dan tenang sebagai bekalan konsistensi yang penting. Saya mendoakan istiqamah dan sejahteranya perjalanan Abang Sham hingga hujung kembara.
WARDINA SAFIYYAH
Saya juga gembira kerana sekali lagi berpeluang berkongsi pentas dengan Wardina Safiyyah selepas lama tidak direzekikan menjejak kaki ke Sri Pentas.
Kekentalan dirinya di dalam perjuangan di medannya yang tersendiri, jika tidak sebesar impaknya kepada masyarakat, saya yakin ketegasan dan ketinggian jati diri Wardina banyak memberi inspirasi kepada rakan artis yang lain untuk meyakini ketinggian hidup berteraskan rezeki yang HALAL, menafikan ketuhanan tuhan-tuhan palsu dalam mengenakan kehendak mereka yang sering membelakangkan kehendak Allah, dalam industri hiburan.
AMIN IDRIS
Sudah tentu wacana-wacana ini dikendalikan secara begitu profesional tetapi kekal santai oleh peguam selebriti yang menghormati hak-hak kebebasan bersuara menurut jaminan Perlembagaan Malaysia, iaitu sahabat yang saya kasihi, saudara Amin Idris. Beliau petah mengusik, mengutip peluang dan melontar provokasi hingga Wardina sendiri beberapa kali terkunci mulut tidak mampu berbicara. Seperti persaingan antara TV Al-Hijrah dengan TV3 pula.
Tentu sekali yang menang bukan JAKIM atau Media Prima, tetapi Amin dan Wardina selaku pejuang di medan mereka yang tersendiri.
USTAZ ASRI
Kemuncak kepada segala-galanya, setelah lama terpisah jauh, membawa diri ke medan perjuangan yang berliku-liku, saya kembali digandingkan dengan sifu saya dalam mengertikan hidup berjuang, iaitu Ustaz Asri, yang lebih mesra di hati saya berbanding bintang-bintang semasanya sebagai Profesor Madya, Doktor, atau Pengganas (?), seperti yang dilabelkan secara dungu baru-baru ini.
Jika di suatu ketika, banyak ijtihad beliau yang menimbulkan keresahan di lubuk jiwa saya sebagai saudara yang mengasihinya dari jauh, kini Ustaz Asri kembali berjaya menyuntik kekuatan dan keyakinan di hati saya, agar menetapkan kaki, tidak dipalingkan oleh rencam manusia, sebaliknya hanya melihat satu antara dua, yang dijanjikan Allah sebagai habuan sebuah perjuangan.
Tidak dapat saya sembunyikan, saya rindukan Ustaz Asri.
Pagi Ahad, keluar bersama beliau bersarapan bersama Ustaz Wan Syarafi dan ditemani Zainal Lutfi, saya tidak banyak berkata-kata. Hanya mahu mendengar celoteh Ustaz Asri, ceritanya, dan hati saya memulangkan 1001 Tahmid kepada Dia.
BERNASYID
Demi menyempurnakan permintaan YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, saya menerima hajatnya untuk saya menyampaikan sebuah nasyid yang berfungsi sebagai anchor kepada mesej di dalam program Bicara Selebriti itu. Saya menyampaikan sebuah nasyid dendangan Usrah al-Wadi Mesir pada tahun 1995 iaitu Wasiat Sayyid Qutb (versi 2).
Nasyid itu saya semak kembali selepas mencari penawar duka atas pemergian srikandi perjuangan, al-Marhumah YB Dr. Lo’lo’ Mohd Ghazali baru-baru ini. Wasiat Sayyid Qutb itu saya tujukan kepada setiap pemuda-pemudi agar obor yang ditinggalkan, terus dibakar menyinar cahaya.
WASIAT SAYYID QUTB
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah
Keberadaan di Kota Bharu kali ini bukan pertama kali.
Alhamdulillah, saya beroleh rezeki beberapa kali setahun untuk hadir ke negeri Serambi Mekah ini atas jemputan pelbagai pihak untuk mengisi pelbagai program. Namun jarang sekali saya berpeluang untuk bersiar-siar dan mencari sentimental value peribadi di celah-celah pekan Kota Bharu yang eksotik itu. Lazimnya hanya datang dan terus ke lokasi program, kemudian terus ke Lapangan Terbang usai tamatnya program.
ZAINAL LUTFI
Syukur kehadiran kali ini disertai oleh Pengurus Operasi STC yang juga pembantu peribadi saya, Zainal Lutfi.
Tidak penat atau mengeluh sepanjang mengiringi saya bersama urus kerja ke sana sini, kehadiran beliau buat pertama kali di negeri Kelantan selepas kelana menuntut ilmu di bumi Uncle Sam, kami mencelup-celup masa meninjau Kota Bharu serta menghirup hening Subuh di Masjid Muhammadi. Kali terakhir saya bersubuh di masjid itu, mungkin sekitar 17 tahun yang lalu.
Saya juga menjadikan tempoh 24 jam di Kota Bharu kali ini sebagai peluang menemukan Zainal Lutfi dengan semua jaringan sosial saya, mendedahkan beliau dengan pelbagai perkongsian bersama-sama insan hebat seperti YB Ustaz Ahmad Baihaki, Prof Madya Dr Mohd Asri, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Amin Idris, serta beberapa sahabat lama yang sempat saya temukan.
Semoga sesi ini menyuntik keyakinan kepada anak muda ini, juga rakan-rakan segenerasinya, agar semasa tiba masanya generasi kami sirna dimamah masa, obor yang menyala itu disambut penuh optimis oleh mereka pula untuk mengejar sebuah kemenangan.
Jadilah manusia hebat. Manusia biasa yang luar biasa.
Terima kasih kepada TV Kelantan kerana menyiarkan siaran Bicara Selebriti ini secara LIVE di internet. Penonton yang begitu ramai, turut memberi peluang kepada isteri saya mengikutinya dari rumah kami. Jarak yang memisahkan, menjadikan kami kekal dekat, sebagaimana dekatnya Kelantan di hati kami, sebagai negeri tempat Islam dibumikan.
Ramai juga rakan Facebook, Twitter, Blog, tidak dilupakan rakan sepengajian di Jordan, rakan seperjuangan di London, Cardiff, Cork, dan ramai lagi, turut hadir bersama. Namun apakan daya, kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk berbual panjang dengan setiap kalian. Namun seribu penghargaan atas kesungguhan hadir bersama.
Saya dan Zainal Lutfi meninggalkan Kota Bharu, demikian juga barisan panelis dan moderator, dengan 1000 doa agar semarak perjuangan diteruskan.
Ya Allah, lindungilah negeri Serambi Mekah ini daripada kejahatan, malapetaka, kezaliman dan pengkhianatan, dengan kebesaran-Mu. Kuatkan kami untuk menumpaskan Jahiliyyah yang tidak pernah berhenti memadam cahaya-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen
Ambo saye Kelate.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com Grand Riverview Hotel, Kota Bharu Kelantan
"Seorang Mukmin tidaklah sepatutnya takut kepada musibah dan takdir akan tetapi sewajarnya dia takut kepada maksiat dan dosa-dosa"
"Imam Ahmad berkata; "Mana-mana orang yang membelek-belek kitab pasti akan mendapat faedah walaupun sedikit".
Imam al-Auzaie berkata; "Bersabarlah dirimu dalam berpegang kepada sunnah, berhentilah sekitar berhentinya kaum (salaf), katakanlah seperti yang mereka katakan dan diamlah terhadap apa yang mereka diamkan".
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
Lupa makanan kerana zuq belajar!
-
Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama
7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari
siang ...
Meletakkan Tangan di Dada Saat Berdiri Shalat
-
Ada tulisan yang bilang, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di
dada, *nggak *ada salafnya. Hanya pendapat ulama belakangan. Benarkah
demikian ? D...
-
Ini bukan hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam [Bahagian 5] Cetak Halaman
Bukan hadis tapi disebut oleh sebahagian sebagai hadis [5]:
الشريعة بلا الحقيق...
Peluang Mendapat Ganjaran Membebaskan 10 Hamba!!!!!
-
Membebaskan hamba merupakan satu amalan yang sangat besar dalam Islam.
Al-Quran menyifatkan amalan membebaskan hamba sebagai salah satu amalan
ʿaqabah iait...
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA
-
Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah
luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan
tertinggi penjawa...
Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah
-
Bismillah, tengah update blog "tahap membaca aku dah makin kurang la" luah
saya pada seorang kawan lama, "try la update blog, nanti mesti ko kena
membaca ...
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik.
-
Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji.
Selepas pulangnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda
Rasulullah s.a.w. berjiwa ...
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah
-
Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong
tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang
mana akan men...
Rintihan para pelacur di Tunis
-
Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk
mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan
yang s...
Kedai Cenderamata dari Riyadh KSA
-
Assalamualaikum,
Kali ini kita pusing-pusing kota riyadh nak cari souvenir (cenderamata)
dari Riyadh KSA . Memang susah nak jumpa kedai yang menjual cender...
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::..
-
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin
mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama
kamu jatuh...