RSS Feeds

Selasa, 5 Februari 2013

Tahniah Pemenang Menulis Esei Harakah 2013


Yang berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58. 

Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)

Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.   

Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW. 

Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah. 

Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.

Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya: Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya. 

Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam. 

Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.

Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek ‘kroni’ diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan. 

Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin: ‘Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat’. 

Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat. 

Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah. 

Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis. 

Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.  

Permulaan ayat 58 menyebut: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”, merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan. 

Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih. 

Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua. 

Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa’ menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy).“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah” (Surah al-Qasas, ayat 26). 

Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya). 

Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil). 

Dua perkataan ‘al-Amanah’ dan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik,  gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah: 

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Perkataan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu ‘didahulukan’ tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik. 

Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa. 

Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat. 

“Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).

Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa’ bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). “Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu”.

Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi ‘khadam’ rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada ‘enjin’ dan ‘pemandu’ sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini.  Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. “Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.

Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka. 

Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi’iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal. 

Selasa, 22 Januari 2013

Kenapa Jenazah Nabi Disembahyangkan Secara Individu?


Termasuk dalam syubahat @ keraguan yang cuba dipopularkan oleh syiah ialah; Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq tidak sanggup mengimami solat jenazah Nabi lalu Sayyidina Ali menjadi Imam solat jenazah Nabi. Betulkah begitu? Maka mereka menjadikan ini sebagai hujah bahawa Ali lebih layak menjadi khalifah pertama berbanding Abu Bakar.


Jawapan kepada kekeliruan ini.

Pertama;
Telah terdapat riwayat-riwayat yang soheh bahawa para sahabat melakukan solat jenazah Nabi secara berasingan tanpa imam. Iaitu secara bersendirian bukan berjemaah. Maka secara automatic Ali juga tidak menjadi imam solat jenazah Nabi, demikian juga Abu Bakar.

Daripada Abu Asim Radiyallahu anhu bahawa beliau telah menyaksikan sendiri solat jenazah Nabi SAW. Beliau ditanya bagaimana kami mahu solat jenazah Nabi? Beliau menjawab: kalian masuklah seorang-seorang. Lalu mereka memasuki rumah Nabi kemudian menunaikan solat jenazah lalu keluar dari pintu yang lain”. Hadis riwayat Imam Ahmad 34/365.

Berkata Imam Ibnu Abdul Bar Rahimahullah: “Adapun solat jenazah Nabi oleh manusia, ianya dilakukan secara individu ianya merupakan perkara yang telah disepakati oleh ulama sirah dan golongan ahli Naql (hadis), tiada khilaf padanya”. Al-Tamhid 24/397.

Bagi sesiapa yang mahu merujuk Athar yang telah dicatatkan oleh para ulama, boleh melihat al-Musonnaf karangan Imam Abdul Razzak 3/473 bab bagaimana jenazah Nabi disolatkan?. Lihat juga al-Musonnaf karangan Ibn Abi Syaibah 14/552 bab pada kewafatan Nabi Muhammad. Lihat Al-Badrul Munir karangan Ibnu Mulaqqin 5/274. Lihat juga al-Talkhis al-Khabir karangan Ibn Hajar 2/290. Lihat al-khosois al-Kubra karangan as-Suyuti 2/412.

Kedua;
Para ulama telah menyebutkan sebab-sebab jenazah Nabi tidak dilakukan secara berjemaah tetapi secara individu dengan beberapa sebab berikut: 

1-Ianya berpunca daripada wasiat Nabi Muhammad kepada para sahabat agar jenazahnya disolatkan secara asing-asing tidak berjemaah. Akan tetapi hadis ini tidak datang dengan sanad yang soheh. Ianya adalah hadis yang lemah. Berkata as-Suhaili Rahimahullah: “Perkara ini adalah khas kepada Nabi, ianya adalah berbentuk tauqifi, iainya seperti yang telah diwasiatkan oleh Nabi seperti disebutkan oleh al-Tobari secara bersanad.

2- Para sahabat saling berlumba-lumba untuk mendapatkan kelebihan ini (menjadi imam kepada solat jenazah Nabi) kerana kecintaan mereka kepada baginda. Lagi-lagi urusan khalifah dan ketua Negara belum selesai sepenuhnya. Para muslimin belum mengetahui siapakah yang bakal menggantikan pemerintahan Nabi Muhamad. Justeru masing-masing sahabat tidak mahu berpecah belah dengan perselisihan tersebut kerana sesiapa yang menjadi imam jenazah Nabi seolah-olah dialah khalifah mengikut kerana dia yang telah mengetuai urusan besar iaitu imam kepada jenazah Nabi Muhamad. Imam syafie berkata: “Setiap sahabat Nabi menyolati jenazah baginda secara individu dan berasingan, tiada seorangpun yang menjadi imam. Ini kerana urusan jenazah Nabi merupakan perkara yang besar, disamping para sahabat masing-masing melarang agar tiada siapapun yang mengimami solat jenazah Nabi. Al-Umm 1/314. Berkata Imam Ramli selepas membawakan kata-kata Imam Syafie: “Kerana tidak ada siapapun yang telah ditentukan untuk menjadi imam, jika salah seorang sahabat maju kedepan menjadi imam dalam solat jenazah Nabi, maka pastilah dia yang bakal kehadapan dalam semua perkara kemudiannya, maka nanti akan menjadi khalifah”. Nihayah Muhtaj 2/482.

3- Sahabat saling berebut untuk mendapatkan keberkatan daripada solat jenazah Nabi secara individu tanpa terikat dengan mengikut imam. Tiada seorangpun sahabat yang sanggup agar terdapat orang tengah diantara dia dan nabi dalam solat jenazah bagi mencapai pahala dan keberkatan. Telah berkata Imam Qurtubi: “Masing-masing sahabat mahu mengambil keberkatannya secara individu tanpa dikongsikan dengan orang lain”. Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran 4/225. Berkata Syeikh Uthaimin: “Jenazah Nabi disolati secara individu kerana para sahabat tidak mahu terdapat seorang imam didepan mereka yang menghalangi terus kepada jenazah Nabi, maka mereka datang menyolati jenazah Nabi seorang demi seorang, lelaki kemudian wanita”.

4- Pengagungan dan penghormatan kepada Nabi. Maka semua sahabat merasa segan dan takut untuk kehadapan dan mengimami jenazah Nabi. Ini kerana Nabi Muhamad adalah imam, pemimpin dan pemberi petunjuk, maka tiada seorangpun yang sanggup dan berani untuk menggantikan tempat Nabi dengan melantik dirinya sendiri menjadi imam selepas wafatnya baginda. Berkata al-Buhuti al-Hambali Rahimahullah: “Disunatkan solat jenazah secara berjemaah kerana perbuatan Nabi dan para sahabat baginda. Berterusanlah hal tersebut kecuali ketika wafatnya baginda Nabi, maka tidak disolati jenazah baginda dengan berimam kerana penghormatan ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

Terjemahan daripada laman Web: http://islamqa.info/ar/ref/154278
  

Sabtu, 12 Januari 2013

Memahami Isu Kalimah Allah Dalam Kitab Samawi



Didalam al-Quran al-Karim banyak disebutkan tentang kalimah Allah (Lafzul Jalalah). Sehinggalah orang-orang kafir pun menyebutkan tuhan sekalian alam juga dengan nama Allah. Saya akan bawakan ayat-ayat tersebut sebagai bacaan umum.

Kita tidak membincangkan menggunakan kalimah Allah untuk diselewengkan @ untuk dihinakan dan yang seumpamanya. Kita juga tidak membincangkan soal orang islam membaca kitab Taurat dan Injil. Tetapi ianya lebih kepada penggunaan kalimah Allah dalam kitab taurat dan injil dan kitab-kitab samawi (langit) yang lain. Kerana semua muslimin tahu bahawa kitab-kitab langit itu adalah daripada Allah sehingga berlaku penyelewengan-penyelewengan oleh golongan yahudi dan nasrani seperti dicatatkan dalam al-Quran. Isi kandungan didalam injil dan taurat terdapat 3 katogeri yang wajar difahami:

1-     Yang bertepatan dengan al-quran dan sunnah yang soheh maka hendaklah kita menyakininya dan membenarkannya dan boleh untuk kita mengkhabarkannya kepada orang lain.
2-     Yang jelas bertentangan dengan isi kandungan al-Quran dan sunnah yang soheh maka wajib kita dustakan dan ingkarinya.
3-     Yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah yang soheh, kita tidak pasti adakah ianya benar atau telah dipalsukan, maka hendaklah kita sekadar mendengarnya sahaja, tidak membenarkan dan tidak menolak. Boleh juga untuk kita mengkisahkannya sebagai teladan semata-mata tanpa menyakini kebenarannya @ menyangkal kesalahannya. Sabda nabi yang bermaksud: "Ceritakanlah tentang bani israil tidak mengapa…"

Dalam islam suatu yang sedia dimaklumi bahawa sembelihan Ahlul kitab iaitu yahudi dan kristian adalah halal dimakan. Sepertimana golongan muslimin dibenarkan menikahi wanita-wanita yahudi dan kristian walaupun ianya jarang berlaku dan tidak dibenarkan perundangan Negara kita. Semua itu adalah bukti bahawa asal usul agama mereka adalah sama, iaitu daripada Allah. Justeru tidak hairanlah jika didalam kitab injil dan taurat disebutkan juga nama-nama Allah. Tinggal lagi isi kandungannya tidak lari daripada tiga keadaan seperti yang disebutkan diatas.

Akidah ahli kitab yahudi dan kristian adalah sesat, syirik dan kafir kerana tidak mentauhidkan Allah dalam sembahan mereka atau perkara-perkara uluhuiyyah dan juga asma dan sifat. Menyifatkan Allah iaitu tuhan semesta alam dengan sifat-sifat makhluk seperti memiliki anak, letih, tidur dan sebagainya. Itu semua adalah bukti terdapatnya penyelewengan pada kitab-kitab tersebut kerana dalam masa yang sama terdapat kalimah-kalimah tauhid yang banyak, yang secara automatic menyangkal kekufuran dan kesyirikan mereka. Ianya seperti perintah agar menyambah Allah semata-mata dan Isa bin Maryam itu adalah nabi dan rasul semata-mata.

Dalam banyak tempat dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa orang-orang kafir itu apabila ditanyakan siapakah yang menciptakan alam semesta, pasti mereka akan menjawap: "Allah". Mengapakah Allah dalam al-Quran tidak menggunakan kalimah tuhan? Iaitu sepatutnya orang-orag kafir itu menjawap : "yang menciptakan langit dan bumi ialah tuhan". Jawapannya kerana tuhan sembahan makhluk itu banyak, ada tuhan yang hak iaitu Allah dan tuhan-tuhan sembahan yang selain Allah yang disembah oleh golongan musyrikin adalah bathil. Justeru pengakuan kaum musyrikin dalam al-Quran bahawa yang menciptakan, mentadbir alam dan mengurus ialah Allah merupakan tauhid rububiyah.

Tetapi walaupun mereka mengakui tauhid rububiyah ini ianya belum cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman kepada Allah kerana tauhid uluhiyyahnya masih bermasalah. Iaitu tauhid pengabdian dan penyembahannya kepada selain Allah. Sebagai contoh, menyembah pokok, patung dan kubur, berdoa dan meminta kepada laut, api dan patung. Takutkan selain Allah dalam urusan-urusan yang hanya selayaknya ketakutan itu kepada Allah semata-mata. Maka akhirnya mereka masih kafir dan belum beriman kepada Allah walaupun mengakui pencipta langit, bumi dan alam semesta ini ialah Allah.

Jika ditanya kenapa tak sembah Allah sahaja? Kenapa kamu sembah patung dan lain-lain? Mereka (orang-orang kafir) akan katakana bahawa sembahan-sembahan ini (patung, pokok dan lain-lain) hanyalah perantara diantara kami dan Allah. Inilah jawapan sama yang telah diberikan oleh kafir Quraish kepada Nabi Muhammad!

Mari kita lihat ayat-ayat pengakuan orang kafir dalam masalah tauhid rubibiyah, iaitu Allah adalah tuhan pencipta, pentadbir dan pengurus alam semesta.

1-     Surah al-Ankabut ayat 61
2-     Surah al-Ankabut ayat 63
3-     Surah Luqman ayat 25
4-     Surah Az-Zumar ayat 38
5-     Surah az-Zuhruf ayat 87
6-     Surah an-Naml ayat 59-60
7-     Surah Al-Fatehah ayat 2
8-     Surah al-Baqarah ayat 21


- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ (63)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (25)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ (38)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (87)
- قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ (59) أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ (60)
- الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2)
- يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (21)



Sila lihat tafsiran al-Quran dan masing-masing berfikir dan belajarlah. Jangan anda menjadi golongan ahbash dan janganlah anda menjadi bodoh sombong kerana dikhawatiri nanti Allah membutakan terus mata hati anda daripada kebenaran.

Kita tidak emosi, dan dalam masa sama kita sangat sensetif dengan kemulian agama islam apatah lagi soal-soal akidah. sebab itu kita sangat menentang penghinaan kepada kalimah Allah dan kepada zat Allah itu sendiri. Kenapa terlalu takut dengan injil dan taurat jika anak-anak islam sudah faham akidah islam? Jika begitulah bermakna akidah islam belum difahami oleh kita dan silibus pengajian kita masih sangat lemah. Wallahu A3lam.


Isnin, 7 Januari 2013

دعوا التنازع والانقسامات


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد:
قال الله تعالى: (إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ)، في هذه الآية الكريمة وفي غيرها أمرنا سبحانه بأن تكون أمة واحدة تحت قيادة إسلامية واحدة ولا نتفرق إلى جماعات وأحزاب وإذا حصل بيننا نزاع فإننا نحسمه بالرجوع إلى كتاب الله وسنة رسوله قال تعالى: (فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ)، كما أمرنا في هذه الآية أن نعبد ربا واحدا هو الله الذي خلقنا ورزقنا فقال: (وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ)، فأمرنا بوحدة الكلمة والجماعة ووحدة العقيدة والعبادة، ولذلك خلقنا سبحانه فهو خلقنا لنجتمع في كلمتنا وعبادتنا، واستثنانا من أهل الإختلاف من رحمهم فقال: (وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ* إِلاَّ مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ)، فالاجتماع رحمة والفرقة عذاب بنص هذه الآية الكريمة، 

وقد كانت هذه البلاد السعودية والحمد لله تسير على هذا المنهج جماعة واحدة وعقيدة واحدة دستورها كتاب الله وسنة رسوله وهو دستور (لا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ)، ولكن في السنين الأخيرة دخلت بلادنا جماعات مختلفة كل جماعة لها منهج ولها قيادة فتأثر بها كثير من شبابنا فأحدثت فيهم انقسامات ومنازعات، ثم تطور الأمر إلى انقسام طلبة العلم في الانتساب إلى المشائخ، كل فريق منهم ينتسب إلى شيخ معين لا يأخذ إلا منه ويحذر مما سواه من المشائخ وإن كان هذا الشيخ لا يختلف عن الشيخ الآخر في معتقده ومنهجه وإنما هي تعصبات جاهلية ونزاعات شيطانية مما أضر بمجتمع أهل السنة والجماعة فأحدث الفرقة والتباغض بينهم حتى سنحت الفرصة للمبتدعة أن يظهروا في البلد ويكون لهم الأغلبية نظرا لاجتماعهم فيما بينهم وتفرق أهل السنة فيما بينهم مما يخشى معه من تغير الأوضاع في البلاد،

 فيا طلبة العلم ويا شباب أهل السنة دعوا هذه الانقسامات والنزاعات وليكن الولاء والبراء بينكم على الكتاب والسنة ومنهج أهل السنة والجماعة (وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ)، واعملوا بقوله تعالى: (فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ)، واحذروا من دسائس الأعداء والمنافقين، فإنكم في زمن الفتنة التي لا عاصم منها إلا الاجتماع فيما بينكم على كتاب الله وسنة رسوله وتلقي العلم عن العلماء الراسخين الربانيين، وأنتم يا معشر العلماء والمدرسين اتقوا الله ووجهوا طلابكم إلى الوجهة السليمة والمنهج الصحيح والاجتماع على كتاب الله وسنة رسوله ومنهج السلف الصالح وحذروهم من الانقسامات والمهاترات والانشغال بنشر العيوب وستر المحاسن (إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ)، فإن بعض المدرسين يحرض على الفرقة والاختلاف ويسب هذا ويمدح هذا بغير حق ولا يهتم بشرح الدرس الموكل إليه.
وفق الله الجميع للعلم النافع والعمل الصالح وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه.

معالي الشيخ العلامة د/ صالح الفوزان

Isnin, 31 Disember 2012

Revolusi Iraq Menentang Kezaliman Nuri Maliki



تحمل أهل السنة في العراق الكثير منذ غزو البلاد على أيدي القوات الأمريكية وحلفائها من الغرب الذين جاءوا لحماية مصادر طاقتهم ومصدر قوتهم وليضعوا أقدامهم في رمال الذهب الأسود لإحكام السيطرة على المنطقة التي تموج بالتقلبات والصراعات...

كان أول ضحايا الاحتلال هم أهل السنة الذين تم حسابهم زورا وبهتانا على صدام حسين وحكمه في افتراء واضح وكذب متعمد رغم أن حكم البعث كان لا يفرق بين سني وشيعي في التعذيب والاضطهاد وكتم الأنفاس..

وكان الهدف من وراء ذلك إبعادهم والتنكيل بهم وتسليم البلاد للشيعة وأوليائهم في إيران الذين ساعدوا الاحتلال للتخلص من عدوهم اللدود في العراق ولإتاحة الفرصة لها للتمدد والتوسع وتنفيذ مخططات إعادة "الإمبراطورية الفارسية" والسيطرة على دول المنطقة بالترهيب وزرع الفتن حتى لا تجد دول الخليج سوى الغرب للجوء إليه ويظل متواجدا طول الوقت في المنطقة...

قاوم أهل السنة الاحتلال بشدة وكبدوه خسائرة ضخمة واستعان الاحتلال بالشيعة وبعض القبائل لمواجهة المقاومة وتشويه صورتها, وعندما فقد الأمل في القضاء عليها زعم أنه سينسحب ويترك البلاد لأهلها لكي يحكموها وعمل على تنظيم انتخابات سيطر من خلالها الشيعة على أغلب المناصب الهامة بعد أن كانوا استغلوا الفرصة لتقوية صفوفهم وتهجير السنة وتخويفهم عن طريق مليشياتهم المسلحة التي عاثت فسادا تحت سمع وبصر الاحتلال ومهدت الأرض أمام الشيعة للاستيلاء على الحكم وتحولت العراق إلى لبنان أخرى يتم تشكيل حكومتها في الخارج وبموافقة إيران التي أصرت على نوري المالكي لإكمال تصفية أهل السنة وتقليم أظافرهم عن طريق القضاء على جميع قياداتهم السياسية حتى التي وافقت على الانخراط في الحكومة المشبوهة..بدأ المالكي بنائبه طارق الهاشمي حيث وجه له اتهامات "بالإرهاب" وحكم عليه بالإعدام ثم استدار على وزير المالية السني فألقى القبض على مجموعة من حراسة بنفس التهم تمهيدا لاتهامه فيما بعد والتخلص منه كما تخلص من الهاشمي الذي فر هاربا إلى تركيا..

إلا أن أهل السنة هذه المرة فاض بهم الكيل وقرروا الوقوف أمام هذا المخطط المحكم للقضاء عليهم وتحويلهم إلى أقلية منبوذة مثل أهل السنة في إيران والمسلمين في بورما وقد يأتي الوقت لتسحب منهم الجنسية ويطلب منهم البحث عن دولة أخرى ليستقروا فيها كلاجئين..

لقد خرج الالاف من السنة في مدينتي الرمادي وسامراء احتجاجًا على حكومة المالكي وطالبوا بوقف استهداف السنة في البلاد, و قطعوا الطريق الدولي السريع شمالي الرمادي ودعوا لإسقاط نظام المالكي, وأكدوا أن احتجاجاتهم ستستمر حتى يزول نظام المالكي الخائن والمجرم عميل دولة المجوس, وأعلنت مدينة سامراء العصيان المدني تضامنًا مع أهالي الأنبار ورفع المتظاهرون لافتات كتب عليها "ثورة ضد الظلم والاستبداد"، و "جماهير الانبار تستنكر استهداف الرموز السياسية والدينية السنية" ..

وشاركت وفود اتت من اقليم كردستان ورفعت لافتات مناهضة للحكومة كتب على احداها "اهالي كردستان يتضامنون مع اهالي الانبار", كما دعوا لتنظيم مظاهرات حاشدة اليوم الجمعة ضد الحكومة الطائفية وحذروا من اللجوء للمقاومة المسلحة ضدها وطالبوا بإلغاء قوانين "مكافحة الارهاب" التي تستهدف السنة بشكل خاص...

وكانت حكومة المالكي قد نفذت الإعدام في مئات العراقيين والعرب السنة خلال الفترة الماضية بدعوى المشاركة في "أعمال إرهابية"..حكومة المالكي تصر على العناد مراهنة على انشغال المجتمع الدولي بقضية سوريا ولكنها تتجاهل أن أهل السنة في العراق يستلهمون من أحداث سوريا وما صنعه بشار الأسد في إخوانهم هناك للانتفاض مبكرا على ظلم المالكي قبل أن يزداد تمكنه ويصعب التخلص منه..

إن الحكم الطائفي البغيض يلفظ أنفاسه الأخيرة في سوريا وهي رسالة لإيران ولتابعها المخلص نوري المالكي قبل 
أن تتحول العراق إلى سوريا جديدة وتفقد طهران دولتين مواليتين في ضربة واحدة تقصم ظهرها.

http://almoslim.net/node/176133

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...