- Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan Parlimen yang jumlah pengundinya mencecah hampir 100,000 orang.
- Dan mengapa pula tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?
- Umno sudah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.
- Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut.Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?
- Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi Parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukankah ini bukti yang Umno sendiri melakukan pengkhianatan kepada Melayu?
- Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?
- Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi 'halal' untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?
- Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Jumaat, 30 Mac 2012
Lemahkan Melayu Tanpa Umno?
Ahad, 11 Mac 2012
Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Syiria?
SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.
Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
“Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada…, jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”
Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang ‘berilmu’ tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.
Berdasarkan amanat tersebut, kutipan derma dilancarkan bagi membantu rakyat Syria yang tertindas. Kutipan derma dianggarkan berjumlah RM38,000 termasuk mata wang asing seperti USD, Won, NZD, SGD, Rupiah dan Iraq Dinar. VCD ‘Syria Revolution’ yang dijual IKRAMedia, dengan semua keuntungannya disalurkan kepada Tabung Syria juga habis dalam masa yang singkat.
Program anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu diadakan di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia di sini Selasa lalu dan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli IKRAM. Terdahulu, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran Dr Khalid.
Turut hadir adalah Pengerusi JK Antarabangsa IKRAM Pusat Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Timbalan Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar yang bertugas sebagai penterjemah. Bertindak mengacarakan majlis pada malam itu adalah Yang Dipertua IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
Majlis ditutup dengan bacaan doa penuh syahdu seluruh hadirin yang dipimpin oleh Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.
Mengenai Saya
MARHABAN BIKUM
Imam al-Auzaie berkata; "Bersabarlah dirimu dalam berpegang kepada sunnah, berhentilah sekitar berhentinya kaum (salaf), katakanlah seperti yang mereka katakan dan diamlah terhadap apa yang mereka diamkan".
Arkib
- Dakwah (44)
- Hukum (41)
- Umum (37)
- Tazkirah (30)
- Tauhid Dan Akidah (28)
- Tarikh (21)
- Tokoh (21)
- Video (14)
- firaq (13)
- Kisah-kisah Pilihan (8)
Senarai Blog Saya
-
Sensory Overload dan ADHD Dewasa - HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted,...5 hari yang lalu
-
Peristiwa Badar al-Kubra: Kehebatan Doa & Kejatuhan Musyrikin Quraisy - Isi Kandungan Pendahuluan Setiap kali tiba 17 Ramadhan, umat Islam memperingati dua peristiwa besar yang berlaku pada hari ini—Nuzul Al-Quran dan kemenanga...Seminggu yang lalu
-
Lupa makanan kerana zuq belajar! - Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama 7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari siang ...3 tahun yang lalu
-
Meletakkan Tangan di Dada Saat Berdiri Shalat - Ada tulisan yang bilang, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dada, *nggak *ada salafnya. Hanya pendapat ulama belakangan. Benarkah demikian ? D...5 tahun yang lalu
-
-
Peluang Mendapat Ganjaran Membebaskan 10 Hamba!!!!! - Membebaskan hamba merupakan satu amalan yang sangat besar dalam Islam. Al-Quran menyifatkan amalan membebaskan hamba sebagai salah satu amalan ʿaqabah iait...7 tahun yang lalu
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA - Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan tertinggi penjawa...9 tahun yang lalu
-
Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah - Bismillah, tengah update blog "tahap membaca aku dah makin kurang la" luah saya pada seorang kawan lama, "try la update blog, nanti mesti ko kena membaca ...11 tahun yang lalu
-
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik. - Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji. Selepas pulangnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda Rasulullah s.a.w. berjiwa ...11 tahun yang lalu
-
Sebelum Ramadhan berlalu pergi...Ku harapkan Keampunan & kemaafan dari Mu.... - Bulan keampunan ini bakal berlalu, rugilah jika ianya berlalu dalam keadaan kita tidak mendapat keampunan dari Allah sedang kita tidak tahu bilakah temu j...11 tahun yang lalu
-
JADWAL KAJIAN BERBAHASA INDONESIA DI MASJID NABAWI BAGI JAMAAH UMRAH PEKAN KESEBELAS (KAMIS 23-9-1434 H/ 1-8-2013 M sampai RABU 29-9-1434 H/ 7-8-2013 M) - Waktu (selama Ramadhan): Setiap Hari (Setelah Ashar sampai jam 18.00) Tempat: Pintu 19 (Pintu Badr, sekitar 20 meter ke depan sebelah kiri) Materi: Kamis,...11 tahun yang lalu
-
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah - Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang mana akan men...11 tahun yang lalu
-
Rintihan para pelacur di Tunis - Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan yang s...12 tahun yang lalu
-
JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT. - *JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT.* Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu semasa mula-mula belajar untuk mengerjakan ibadah solat...12 tahun yang lalu
-
Kenduri Ihsan, ulangtahun ke 10, selamat dan kesyukuran...all in one. - Alhamdulillah majlis pada Ahad lepas berjalan dengan lancar. Paginya cerah. Tetapi mendung sekitar jam 11.30am. Merisaukan. Bimbang sangat kalau hujan yang...12 tahun yang lalu
-
Kedai Cenderamata dari Riyadh KSA - Assalamualaikum, Kali ini kita pusing-pusing kota riyadh nak cari souvenir (cenderamata) dari Riyadh KSA . Memang susah nak jumpa kedai yang menjual cender...13 tahun yang lalu
-
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::.. - Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh...13 tahun yang lalu
-
-
-
Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri - Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar ter...14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Tautan
- Akh Busyro
- Akh Muhamad Syafareez
- Dr Abdul Basit Abdul Rahman
- Dr Asri Zainul Abidin
- Mohd Faidz
- Ust Abdullah Indonesia
- Ust Abu Muhammad Haikal
- Ust Abu Naufal
- Ust Abu Saif
- Ust Abu Syu'aib
- Ust Abul Jauzaa
- Ust Arif
- Ust Asyraf Isyraqi
- Ust Jabbar
- Ust Khairi Jaya
- Ust Lukmanulhakim bin Hussein
- Ust NIk Abdul Rahim
- Ust Omar al-Bariti
- Ust Zaharuddin
Online News
-
العيد موسم الفرح والسرور20 jam yang lalu
-
أول الخطوات في رمضانSetahun yang lalu
-
MANNER OF PERFORMING PRAYERSetahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Menarik
-
Lawak bodoh Hamzah ZainuddinSeminggu yang lalu
-
-
-
-
Keputusan seorang murid Darjah 17 tahun yang lalu
-
Cium Tangan7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 tahun yang lalu
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah10 tahun yang lalu
-
-
Egypt’s Coming Civil War11 tahun yang lalu
-
Tugas Shahidan jaga Parlimen11 tahun yang lalu
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi12 tahun yang lalu
-
AFN V213 tahun yang lalu
-
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!13 tahun yang lalu
-
SIAPAKAH AHBASH DI MALAYSIA13 tahun yang lalu
-
HARARI BOLEH TERBANG15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-