RSS Feeds

Khamis, 10 Jun 2010

Risalah Kepada Si Pembunuh Bayi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, sesungguhnya dialah Allah, bertakwalah kepada TuhanMu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak".


Saya utuskan risalah ini dengan penuh rendah diri, ambillah ianya sebagai nasihat yang mudah-mudahan tanggungjawap saya terhadap saudara saudari semua sudah ditunaikan. Nasihat ini diharap dapat dipanjangkan dan dibaca oleh semua gadis-gadis melayu muslim yang pernah terlanjur dan belum terlanjur. Saya tidak tahu berapakah bilangan mereka yang telah tercemar dan terlajak seronok hingga akhirnya berjaya dihamilkan? Mungkin sebahagian mereka agak bijak dalam selok belok zina hingga tidak termengandung yang antara efeknya ialah berterusan dalam dosa zina. Apapun, Allah telah menjelaskan bahawa penzina tidak akan berkahwin kecuali dengan penzina juga @ orang-orang musyrik. Sekalipun zina itu hanya sekali sahaja berlaku kepada dirinya. Bertaubatlah dan jika mahu berkahwin, maka kahwinilah pasangan zina anda, jangan anda menipu pemuda-pemuda islam yang masih suci untuk anda dampingi sebagai suami.


Berapakah bilangan bayi-bayi zina yang dibunuh hasil kejahatan ibu-ibu dan lelaki-lelaki durjana? Saban hari ada sahaja kes pembunuhan bayi ini. Samada dengan cara mencampakkan dimerata-rata tempat, meninggalkan ditempat awan secara terhormat @ mencekik dan menanam hidup-hidup bayi yang tidak berdosa ini. Ingat! Barang yang anda campakkan itu bukannya air mani, tetapi bayi yang sudah bernyawa dan masih bernafas!


Penzina-penzina ini kenal juga rasa malu, konon punya maruah, sedangkan dia terus leka dan bersedap-sedap dalam haram selama bertahun-tahun! Jika anda sudah tidak tahan, bilang sahaja sama ibu bapa, "ayah, tolong kahwinkan saya". Itu lebih terhormat berbanding melakukan zina dengan best friend, boyfriend, tunang, kawan-kawan mahupun orang-orang baik yang kononnya dijangka menjadi suaminya kelak! Kahwin dulu baru berseronok.


Jika pada zaman jahiliyah arab, hanyalah bayi perempuan sahaja yang dibunuh, tetapi memalukannya di "Negara islam Malaysia" kita ini, pembunuh tidak kenal jantina. Pembunuh bukan sahaja orang yang tidak dikenali, bahkan mereka adalah ibu bapanya yang tidak sah! Apalagi kes memalukan yang tidak dilakukan dan berlaku dinegara kita? Liwat? Zina? Bunuh anak? Bunuh ibu bapa? Murtad? Syirik? Semuanya wujud, setanding dengan kepalbagaian agama dan bangsa di Malaysia. Tapi hairannya ialah, kebanyakan kes-kes ini @ hampir kesemuanya yang merupakan dosa-dosa besar ini, dilakukan oleh orang-orang melayu islam! Apa sebab ini semua berlaku?


Satu nyawa umpama satu ummat.

Allah telah menyatakan bahawa sesiapa yang membunuh satu orang, samada bayi, remaja mahupun orang tua, seolah-olah dosanya adalah membunuh satu umat. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah ayat 32;

((مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُون))


Bermaksud; "Oleh Karena itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan Karena orang itu (membunuh) orang lain [hukum Qisas], atau bukan Karena membuat kerosakan dimuka bumi, Maka seakan-akan dia Telah membunuh manusia seluruhnya. dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, Maka seolah-olah dia Telah memelihara kehidupan manusia semuanya. dan Sesungguhnya Telah datang kepada mereka rasul-rasul kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, Kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan dimuka bumi".


Hukum Ini bukanlah mengenai Bani Israil saja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahawa membunuh seseorang itu adalah seperti membunuh manusia seluruhnya, kerana seseorang individu itu adalah anggota masyarakat dan kerana membunuh seseorang berarti juga membunuh keturunannya. Bukankah ini suatu yang sangat berbahaya saudara saudari semua? Jika anda yahudi sekalipun, pastikan anda katakan "ya" sebagai jawapan.


Diwajibkan Qisas (bunuh dibalas bunuh);

Jika sabit kesalahan seseorang muslim membunuh, maka hokuman setimpal kepadanya ialah dibalas bunuh. Inilah hukuman yang paling adil dalam alam semesta. Inilah hukuman yang ditetapkan Allah kepada seluruh makhluk. Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 178-179;

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ (178) وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ))


Bermaksud; "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu Qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, Maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam hukuman Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, Hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa".


Qisas ialah mengambil pembalasan yang sama. Qisas itu tidak dilakukan, jika si pembunuh mendapat kemaafan dari ahli waris yang terbunuh. Iaitu dengan membayar diyat (ganti rugi) yang wajar. pembayaran diyat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak si pembunuh, dan pembunuh hendaklah membayarnya dengan baik dengan tidak menangguh-nangguhkannya. Jika ahli waris mangsa bunuh, membunuh pula keluarga si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah bersetuju dengan diyat, Maka dikenakan juga hukuman Qisas sementara di akhirat dia mendapat siksaan yang pedih. Ya memang terdapat perbahasan ulama adakah bapa @ ibu yang membunuh anaknya diwajibkan qisas atau tidak? Tetapi bukan disini tempat untuk menghalalkan pembunuhan haram ini.


Azab yang pedih kepada pembunuh!

Dalam surah an-Nisa' ayat 93 Allah menjelaskan hukuman kepada para pembunuh diakhirat kelak, fahamilah ayat ini wahai muslimin dan muslimat;

((وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا))


Bermaksud; "Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknat serta menyediakan azab yang besar kepadanya".


Dosa membunuh ini adalah dosa yang paling besar selepas mensyirikkan Allah. Dimanakah kemanusian anda ketika melakukan dosa ini? Dimanakah simpati dan rasa sayang anda khasnya yang dibunuh ini adalah bayi anda? Ya, sekalipun dari hasil yang haram! Tidak malukah anda melakukan dosa buat kali kedua? Selepas berzina, anda tambah pula dengan dosa yang lebih besar iaitu membunuh! Akhirnya anda ditangkap, dan terbongkar juga aib dan malu yang dicuba dibendung itu. Ingatlah, jika tidak terbongkar didunia sekalipun, diakhirat pasti terbongkar dan didedahkan kepada semua makhluk!


Ingatlah, ketika bayi-bayi itu disoal oleh pencipta sekalian makhluk, kenapa kamu dibunuh wahai bayi? Lalu anda diseret dengan penuh kehinaan sebagai penjenayah dan anda dihumbankan kedalam api jahannam yang panasnya 70 kali ganda berbanding api terpanas didunia. Tidakkah ini menginsafkan anda wahai pembunuh bayi dan manusia? Tiadakah rasa malu, anda sebagai ibu yang melahirkan bayi itu hasil air mani anda dan si lelaki haram?


Allah menjelaskan Dalam surah at-Takwir ayat 8-9;

((وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ))

Bermaksud; "Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, Karena dosa apakah dia dibunuh".


Ingatlah bahawa urusan pertama yang akan dihisab, dihakimi dan diadili ialah apa-apa kes yang melibatkan nyawa manusia. Nabi telah mengkhabarkan dalam hadisnya yang soheh;

عن أبي وائل عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: "إن أول ما يقضى بين العباد في الدماء" أخرجه الترمذي وقال الشيخ الألباني : صحيح.


Daripada Abu Wail daripada Abdullah berkata, telah berkata Nabi: "sesungguhnya perkara pertama yang dihakimi diantara sesama manusia adalah pada darah". Hadis ini dikeluarkan oleh Tirmizi dan disohehkan oleh albani.


Maka insaflah anda wahai penzina, pembunuh kepada zuriat anda sendiri. Sementara umur anda masih panjang, sementara nadi dan nafas anda masih dikandung bandung dan peluang bertaubat masih cerah. Jauhilah larangan-larangan Allah dan rasulNYA, anda pasti bahagia dan berjaya didunia dan akhirat insyaallah. Sekian.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, satu ulasan yang cukup baik, semoga dapat menerbitkan seribu keinsafan serta pengajaran kepada pemuda pemudi islam di luar sana yang semakin liar mrncari keseronokan dunia yang sementara...sekian..

Tasbih Alam berkata...

Salam..

Setelah sekian lama saya membelajari bagaimana untuk menjadi seorang blogger.. Kini telah sampai masanya untuk membina rangkaian bersama blogger hebat yang lain. Serta mempelajari lebih banyak lagi bagaimana untuk menjadi blogger yang hebat seperti anda.

Semoga kita dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan silahtulrahim antara kita dan blogger² yang lain..

Sesungguhnya hunjung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih hebat dari apa juga senjata yang ada di muka bumi ini. dan Semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripadanya..
Insya Allah

Salam ukhwah…
http://tasbih-alam.blogspot.com

DAKWAH YEOP berkata...

Terima kasih kepada anda semua,,,semoga Allah memelihara kita smeua dari segala keburukan dan kejahatan manusia, hawa nafsu dan syaitan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...