RSS Feeds

Isnin, 20 Disember 2010

Benteras Fahaman Syiah Wahai Pemimpin!!

Ketua syiah melayu yang sudah bergelar Ayatullah!!

Tindakan diambil kerajaan bagi pastikan tiada pelajar Malaysia di luar negara terpengaruh

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mengiktiraf beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi di Mesir, Jordan dan beberapa negara Islam lain adalah bagi membendung penyebaran ajaran sesat, termasuk fahaman Syiah di kalangan rakyat negara ini terutama pelajar.
Ia juga bagi memastikan silibus dan kurikulum diajar di institusi itu memenuhi standard ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi melahirkan graduan berkualiti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengiktirafan institusi pengajian tinggi itu juga memudahkan kerajaan memantau jika ada cubaan untuk menyebarkan fahaman sesat di kalangan pelajar Malaysia.

“Sebab itu, bukan semua universiti luar diiktiraf LAN (Lembaga Akreditasi Negara yang kini dikenali sebagai Agensi Kelayakan Malaysia) dengan harapan pelajar belajar dengan betul. Memang ada yang terpengaruh dengan fahaman itu ketika belajar di luar negara.

“Tetapi kerajaan sentiasa memantau dan ambil tindakan supaya ajaran yang bertentangan ini tidak berkembang dalam negara kita,” katanya, semalam.
Beliau mengulas kemungkinan wujudnya individu tertentu yang pergi ke luar negara untuk mendalami fahaman Syiah yang ditolak di negara ini.
Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan terhadap 200 pengikut ajaran sesat Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah, yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan hingga berdarah bagi menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Jamil Khir mengakui kemungkinan ada sebilangan kecil individu yang keluar negara bagi mendalami fahaman itu namun Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Katanya, serbuan sebelum ini menunjukkan kerajaan komited untuk memastikan ajaran sesat, termasuk fahaman Syiah, tidak berkembang di negara ini kerana dikhuatiri akan memecahbelahkan masyarakat.


Ambil Tindakan Segera

JOHOR BAHRU: Semua pentadbiran universiti di negara ini diminta menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada pensyarah yang menganuti fahaman Syiah hingga mempengaruhi kumpulan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fahaman berkenaan adalah bertentangan dengan ajaran berteraskan Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan umat Islam di negara ini.


“Setakat ini saya tidak pasti sama ada perkara itu berlaku atau tidak kerana itu saya minta pihak universiti siasat dan ambil tindakan segera.

“Jenis tindakan yang diambil juga terpulang pada pentadbiran sesebuah universiti," katanya.


Mohamed Khaled berkata, kementerian juga bimbang jika ada pensyarah di universiti terbabit sama dalam fahaman berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi golongan pelajar hingga menimbulkan masalah tidak diingini.


“Mana-nama universiti boleh mengadakan kerjasama dengan polis untuk mendapatkan maklumat atau menyalurkan maklumat jika ada antara pelajar dan pensyarah mereka terbabit dalam fahaman ini.

“Mereka (universiti) perlu mencari pendekatan terbaik dan memberi perhatian terhadap soal ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Gerak Tumpu 2010 Zon Johor Jaya/Plentong, di Jalan Anggerik, Taman Johor Jaya di sini, semalam.


Kelmarin, akhbar ini melaporkan mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap kira-kira 128 individu dewasa pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ambiltindakansegera/Article/


Hati-hati pilih pasangan

KANGAR: Kecenderungan rakyat negara ini untuk memilih lelaki atau wanita ‘hidung mancung’ terutama dari Pakistan, Iran dan Lubnan sebagai pasangan hidup terbantut apabila Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan arahan supaya mengelakkan berkahwin dengan golongan berkenaan yang berfahaman Syiah.

Susulan keputusan fatwa itu, Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan kenyataan menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak memilih lelaki atau wanita yang berfahaman berbeza sebagai pasangan hidup bagi mengelak implikasi buruk hasil perkahwinan itu.


Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat negara terbabit menetap di negara ini dan ada antara mereka mendapat taraf pemastautin tetap selepas berkahwin dengan penduduk tempatan.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata perkahwinan lelaki dan wanita tempatan yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah tidak digalakkan kerana boleh memberi kesan kepada pegangan akidah.


Katanya, peringatan itu selaras mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis pada 15 dan 16 November lalu yang bersetuju supaya pernikahan membabitkan dua fahaman berbeza itu perlu dielakkan.


“Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah memperakukan keputusan majlis fatwa negeri yang tidak menggalakkan perkahwinan antara penganut Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 7 Disember lalu.

“Sehubungan itu, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam negeri dan jurunikah di Perlis diminta terlebih dulu menyiasat fahaman mereka yang berkahwin bagi mengelak wujud perkahwinan membabitkan fahaman berbeza ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

http://www.hmetro.com.my/articles/Hati-hatipilihpasangan/Article/


Menuntut Fasakh Selepas Tahu Suami Penganut Syiah

SHABARIAH menunjukkan sijil perkahwinannya di rumahnya di Kampung Alor Ara, Arau, semalam.
SHABARIAH menunjukkan sijil perkahwinannya di rumahnya di Kampung Alor Ara, Arau, semalam.
KANGAR: Demi menjaga akidah, seorang isteri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi di Kampung Alor Ara, Arau, dekat sini, bertindak menuntut fasakh selepas menyedari suaminya seorang penganut Syiah tegar bagi mengelak diri dan dua anak lelakinya terus terpesong daripada ajaran Islam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuntutfasakhselepastahusuamiSyiah/Article/


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

knp ramai yang mengandaikan syiah sbg ajaran sesat sehingga kn isteri sangguo menuntut fasakh krna suaminya berfahaman syiah...bkn kah kaum syiah juga islam dan menyembah ALLAH YANG MAHA SATU????

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara agama ku.... sesungguhnya ajaran syiah adalah sesat dan jauh terpesong dari pegangan ajaran Al-Quran dan Assunah sanggupkah anda menerima hakikat bahawa dia(golongan syiah)menghina sahabat nabi iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar dan mencerca isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saidatina Aisyah sebagai pelacur??Nauzubillah!! mereke terang-terangan menghina sahabat nabi malah mencerca dengan kata-kata kesat....jika anda benar-benar mengenali ajaran syiah anda wajib tahu bahawa ucapan syahadahnya pun berbeza dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah iaitu memasukan Saidina Ali dalam ucapan syahadah mereka dan juga laungan azan mereka,walhal kita tahu hanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ucapan dalam syahadah... dan adakah islam menerima memukul diri sendiri sampai cedera??puak syiah akan memukul diri sendiri pada hari asyura bagi memperingati pembunuhan Hussin di Karbala iaitu cucu Rassulullah S.A.W.
hamba berharap tanpa nama di atas itu megkaji tentang fahaman syiah terlebih dahulu sebelum anda membela mereka....sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara agama ku.... sesungguhnya ajaran syiah adalah sesat dan jauh terpesong dari pegangan ajaran Al-Quran dan Assunah sanggupkah anda menerima hakikat bahawa dia(golongan syiah)menghina sahabat nabi iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar dan mencerca isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saidatina Aisyah sebagai pelacur??Nauzubillah!! mereke terang-terangan menghina sahabat nabi malah mencerca dengan kata-kata kesat....jika anda benar-benar mengenali ajaran syiah anda wajib tahu bahawa ucapan syahadahnya pun berbeza dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah iaitu memasukan Saidina Ali dalam ucapan syahadah mereka dan juga laungan azan mereka,walhal kita tahu hanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ucapan dalam syahadah... dan adakah islam menerima memukul diri sendiri sampai cedera??puak syiah akan memukul diri sendiri pada hari asyura bagi memperingati pembunuhan Hussin di Karbala iaitu cucu Rassulullah S.A.W.
hamba berharap tanpa nama di atas itu megkaji tentang fahaman syiah terlebih dahulu sebelum anda membela mereka....sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Yusoff berkata...

wahai saudara agama ku.... sesungguhnya ajaran syiah adalah sesat dan jauh terpesong dari pegangan ajaran Al-Quran dan Assunah sanggupkah anda menerima hakikat bahawa dia(golongan syiah)menghina sahabat nabi iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar dan mencerca isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saidatina Aisyah sebagai pelacur??Nauzubillah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...