Isnin, 14 Mei 2012
Komentar Isu Bersih Versi Mekah & Madinah
Ahad, 6 Mei 2012
Menangani Fenomena Literalis Agama
Dipukul dan Dirampas

- Gambar Hiasan
“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
“Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).

- Gambar Hiasan
“Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?”. Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“..jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendaklah kamu damaikan keduanya..” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Khamis, 3 Mei 2012
Pemahaman Dalam Menolak Ahli Bidaah
Selasa, 17 April 2012
Produk Baru Proton (PREVE)
Bilakah agaknya produk proton yang baru ini akan berada di pasaran antarabangsa? Ramai yang mengharapkan agar Proton Preve 2012 memiliki keupayaan untuk menandingi kereta-kereta berjenama popular setidak-tidaknya Toyota. Selamat membaca...

Nampaknya semua orang kagum dan terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé. Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi “pri-vey” (baku).
Apa yang menarik dengan kereta ini ialah feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).
Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.
| FEATURE\CAR | PROTON PREVÉ | HONDA CITY |
|---|---|---|
| Harga | RM72,000 | RM90,000 |
| Enjin | CamPRO + CFE | SOHC i-VTEC |
| Kapasiti enjin (cc) | 1561 | 1497 |
| Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm | 4543 x 1786 x 1524 | 4395 x 1695 x 1470 |
| Boot capacity (L) | 508 | 506 |
| Transmisi | 7-speed Protonic | 5-speed Automatic Shift |
| Max Torque | 205@2000-4000 | 145@4800 |
| Max Power | 103/5000 | 120/6600 |
| 4G in car WIFI | Yes | No |
| Turbocharged engine | Yes | No |
| Push start buton | Yes | No |
Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:
- Saiz lebih besar
- Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
- Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
- Paling penting, lebih murah
Proton kali ini dilihat lebih berani dan yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka. Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk tersebut.
Overall saya lihat, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik dan berbaloi. Sebagai model yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa, Prevé mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah pakej after purchase dan jangkamasa dalam waranti yang akan diberikan oleh Proton nanti. Kalau positif, saya yakin model ini akan mendapat pasaran yang amat menggalakkan nanti. Berkemungkinan juga, ada model yang akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Prevé.
Adakah Proton Prevé mampu mengubah persepsi umum dan antarabangsa terhadap Proton? What do you think?
Kemaskini: Terima kasih kepada sumber di forum Autoworld atas sumbangan gambar. Dikatakan Isnin ini (16 April) adalah hari pelancaran Prevé.












Sekarang dah tengok gambar amacam? Berubah ke tak persepsi? Personally, saya suka warna crimson red ni. Betullah apa orang komen sebelum ni, bahagian belakang bosan sikit.
http://ariffshah.com/adakah-proton-preve-mampu-mengubah-persepsi-umum-terhadap-proton/
Jumaat, 13 April 2012
Penyakit Melabel Ilmuan Islam
Cukup hairan melihat telatah anak-anak muda yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj Salaf dan Sunnah, tetapi laluan dakwahnya menyimpang dari pendekatan para salaf yang sebenar.
Salafikah pendekatan kita jika tumpuan dakwah hanyalah pada mengaibkan sekalian ulama dan ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan cara kita?
Manhaj Salafikah kita jika begitu mudah menggelarkan ulama dan para ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan kita dengan pelbagai gelaran dan jolokan.
Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, “Syeikh Fulan adalah Khawarij”, “Ustaz Fulan adalah Qutubiy”, “Ustaz Fulan adalah golongan Qardhawiyyun”, “Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy”, “Syeikh Fulan pula adalah Ikhwaniy”, “Dia adalah neo-khariji”.
Cukup ajaib dengan manhaj seperti ini. Alangkah beraninya mereka ini menyibukkan diri dengan keaiban orang lain sedangkan para salaf amat gerun dengan perbuatan demikian.
Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: “Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih”. (Rawdhah al-Uqala)
Manhaj salafikah kita jika tidak ada sifat bijaksana dan warak dalam diri untuk menuturkan keaiban orang lain dan menyebarkan pula di blog-blog atau di wall facebook masing-masing? Syair Arab mengatakan:
المرء إن كان عاقلا ورعا * أشغله عن عيوب غيره ورعه
Jika seseorang itu berakal dan warak,
Kewarakannya akan melekakannya dari aib orang lain.
Manhaj Salafikah kita jika melabelkan ahli-ahli ilmu yang banyak berkhidmat kepada dakwah dengan gelaran yang menyakitkan dan menjauhkan orang dari kebaikan? Di manakah akhlak kita berbanding dengan akhlak tokoh ulama Salaf, Imam Syafie yang mengatakan, “Apabila seseorang mahu berkata-kata maka berfikirkah. Jika ternyata bahawa ia tidak memberi kemudaratan ke atasnya, maka bertuturlah. Jika ternyata bahawa terdapat kemudaratan atau dia ragu-ragu padanya, maka tahanlah (dari bercakap)”. (Syarah Sahih Muslim 2/19) Di manakah kebaikannya dengan melabelkan para ahli ilmu dengan pelbagai jolokan kecuali mengundang keburukan dan kefasadan dalam masyarakat.
Sunnahkah kita apabila kita melabelkan para ilmuan dengan gelaran yang boleh merendahkan pandangan orang lain kepada mereka? Di manakah amalan sunnah kita terhadap hadis Nabi S.A.W yang bermaksud, “Cukuplah sebagai satu keburukan pada seseorang, dengan merendah-rendahkan saudaranya yang muslim”. (Sahih Muslim 4/1986).
Si anak murid pula, jika sudah tahu manhaj gurunya yang tidak menjaga lidah dan tidak warak terhadap ulama, janganlah menyibukkan diri dengan bertanya Tok Guru jenis ini, “Guruku, apa pandangan tuan terhadap Ustaz Fulan?”, “Apakah pula manhaj Syeikh Fulan?”. Para salaf yang sebenar tidak gemar dengan persoalan-persoalan sebegini. Pernah satu hari seorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya, “Mereka menyebut tentang Fulan..”. Lantas Ibn Abbas berkata, “Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu”. (Syuab al-Iman 9/110)
Sama-sama kita perelokkan keaiban diri kita sendiri, menghiasi lidah kita dengan kalimah-kalimah yang baik, menjauhi dari perkataan-perkataan buruk, berfikir di hati sebelum berucap, beringat akan malaikat yang mencatit amalan sebelum kita mencatat sebarang perkataan di blog atau facebook. Kerana silap haribulan, binasa diri.
Bak kata orang Melayu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”. Jika sudah terlajak, bersegeralah bertaubat kepada Tuhan.
كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي … بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها
فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله … وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها
“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,
Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,
Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,
Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.
Wallahu Waliyy al-Taufiq.
Abu Umair
12 April 2012
Mengenai Saya
MARHABAN BIKUM
Imam al-Auzaie berkata; "Bersabarlah dirimu dalam berpegang kepada sunnah, berhentilah sekitar berhentinya kaum (salaf), katakanlah seperti yang mereka katakan dan diamlah terhadap apa yang mereka diamkan".
Arkib
- Dakwah (44)
- Hukum (41)
- Umum (37)
- Tazkirah (30)
- Tauhid Dan Akidah (28)
- Tarikh (21)
- Tokoh (21)
- Video (14)
- firaq (13)
- Kisah-kisah Pilihan (8)
Senarai Blog Saya
-
Khutbah: Pengajaran Daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah ﷺ - Pendahuluan Peristiwa Hijrah Rasulullah ﷺ merupakan salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar kisah perpindahan Nabi […]4 bulan yang lalu
-
360 SEDEKAH SEHARI - Tubuh manusia diciptakan dengan 360 sendi, sebagaimana dalam hadis Aisyah. Setiap sendi merupakan nikmat Allah yang wajar disyukuri. Cara mensyukuri nikmat...5 bulan yang lalu
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...7 bulan yang lalu
-
Lupa makanan kerana zuq belajar! - Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama 7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari siang ...5 tahun yang lalu
-
Meletakkan Tangan di Dada Saat Berdiri Shalat - Ada tulisan yang bilang, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dada, *nggak *ada salafnya. Hanya pendapat ulama belakangan. Benarkah demikian ? D...6 tahun yang lalu
-
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA - Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan tertinggi penjawa...10 tahun yang lalu
-
Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah - Bismillah, tengah update blog "tahap membaca aku dah makin kurang la" luah saya pada seorang kawan lama, "try la update blog, nanti mesti ko kena membaca ...12 tahun yang lalu
-
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik. - Berhadapan dengan kabilah-kabilah Arab di musim haji. Selepas pulangnya Rasulullah s.w.a dari peristiwa Isra' dan Mi'raj baginda Rasulullah s.a.w. berjiwa...13 tahun yang lalu
-
Sebelum Ramadhan berlalu pergi...Ku harapkan Keampunan & kemaafan dari Mu.... - Bulan keampunan ini bakal berlalu, rugilah jika ianya berlalu dalam keadaan kita tidak mendapat keampunan dari Allah sedang kita tidak tahu bilakah temu j...13 tahun yang lalu
-
JADWAL KAJIAN BERBAHASA INDONESIA DI MASJID NABAWI BAGI JAMAAH UMRAH PEKAN KESEBELAS (KAMIS 23-9-1434 H/ 1-8-2013 M sampai RABU 29-9-1434 H/ 7-8-2013 M) - Waktu (selama Ramadhan): Setiap Hari (Setelah Ashar sampai jam 18.00) Tempat: Pintu 19 (Pintu Badr, sekitar 20 meter ke depan sebelah kiri) Materi: Kamis,...13 tahun yang lalu
-
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah - Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang mana akan men...13 tahun yang lalu
-
Rintihan para pelacur di Tunis - Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan yang s...13 tahun yang lalu
-
JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT. - *JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT.* Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu semasa mula-mula belajar untuk mengerjakan ibadah solat...13 tahun yang lalu
-
Kenduri Ihsan, ulangtahun ke 10, selamat dan kesyukuran...all in one. - Alhamdulillah majlis pada Ahad lepas berjalan dengan lancar. Paginya cerah. Tetapi mendung sekitar jam 11.30am. Merisaukan. Bimbang sangat kalau hujan yang...13 tahun yang lalu
-
Kedai Cenderamata dari Riyadh KSA - Assalamualaikum, Kali ini kita pusing-pusing kota riyadh nak cari souvenir (cenderamata) dari Riyadh KSA . Memang susah nak jumpa kedai yang menjual cender...14 tahun yang lalu
-
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::.. - Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh...15 tahun yang lalu
-
-
-
Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri - Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar ter...15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Tautan
- Akh Busyro
- Akh Muhamad Syafareez
- Dr Abdul Basit Abdul Rahman
- Dr Asri Zainul Abidin
- Mohd Faidz
- Ust Abdullah Indonesia
- Ust Abu Muhammad Haikal
- Ust Abu Naufal
- Ust Abu Saif
- Ust Abu Syu'aib
- Ust Abul Jauzaa
- Ust Arif
- Ust Asyraf Isyraqi
- Ust Jabbar
- Ust Khairi Jaya
- Ust Lukmanulhakim bin Hussein
- Ust NIk Abdul Rahim
- Ust Omar al-Bariti
- Ust Zaharuddin
Online News
-
-
-
أول الخطوات في رمضان2 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Menarik
-
Kerjasama Umno-Pas sebuah AL18 jam yang lalu
-
Test Island title5 bulan yang lalu
-
-
-
-
Keputusan seorang murid Darjah 18 tahun yang lalu
-
hello blog.9 tahun yang lalu
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi11 tahun yang lalu
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah12 tahun yang lalu
-
-
Egypt’s Coming Civil War13 tahun yang lalu
-
Tugas Shahidan jaga Parlimen13 tahun yang lalu
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi13 tahun yang lalu
-
AFN V214 tahun yang lalu
-
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!15 tahun yang lalu
-
SIAPAKAH AHBASH DI MALAYSIA15 tahun yang lalu
-
HARARI BOLEH TERBANG17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-




