Menolak pandangan yang salah
daripada siapa sekalipun, dan dalam apa jua masalah sekalipun merupakan perkara
yang dituntut. Ianya merupakan laluan ahli ilmu dahulu dan sekarang. Lebih dituntut
lagi jika menolak pandangan golongan ahli bidaah, zindik dan golongan-golongan
sesat. Ini semua bertujuan menjelaskan kesesatan dan keterpesongan mereka,
menangkis keburukan-keburukan tersebut daripada agama islam dan penganutnya, serta
memelihara kemuliaan tauhid.
Akan tetapi dalam masalah ini, hendaklah
kita membezakan tiga jenis golongan yang pastinya sangat berbeza hukum dan
pendirian ulama terhadap mereka.
Kelompok pertama:
Orang-orang yang melakukan bidaah
disebabkan mengikut hawa nafsu @ sengaja berpaling daripada jalan yang lurus. Anda
akan lihat dia menyembunyikan yang benar, merubah nusus, mengkaburkan yang
benar dengan kebathilan, berpaling daripada mencari hidayah dan petunjuk atau
ringkasnya terzahir secara jelas mendewakan hawa nafsu. Mereka ini adalah
kumpulan-kumpulan yang terpesong lagi sesat seperti Rafidhah, Jahmiyyah,
Bathiniyyah dan yang seumpamanya. Mereka ini dinamakan oleh ahli sunnah sebagai
(Ahlul Ahwa).
Kelompok kedua:
Orang-orang yang melakukan bidaah
disebabkan kejahilannya, malas untuk mengkaji dan mencari dalil, tidak merujuk
kepada pendangan para ulama yang dahulu mahupun yang terkini. Kes seperti ini
berlaku kepada penuntut-penuntut ilmu kecil yang tidak mengambil ilmu daripada
sumbernya yang asli. Golongan seperti mereka ini, hendaklah kita lunakkan
dengan menarik tangan dibawa berbincang hinggalah mereka mengenali martabat
para ulama dan kemulian mereka. Seperti mereka juga berlaku kepada orang awam
yang bertaklid buta dan kuat taksubnya, lalu mengambil setiap yang dicurahkan
kepada mereka baik dan buruknya dalam keadaan mereka tidak sedar.
Kelompok ketiga:
Para ulama mujtahid yang mengusai
alat-alat ijtihad yang secukupnya, mereka bersungguh-sungguh mengkaji, meneliti
dan menelaah supaya sampai kepada satu keputusan yang hak dan soheh akan tetapi
mereka tersilap. Lalu secara tidak langsung melakukan bidaah. Maka seperti
mereka ini insyaallah mendapat pahala pada ijtihadnya (bukan pada bidaahnya). Maka
tidak sepatutnya dipelekehkan kemulian mereka @ dijatuhkan martabat mereka
secara mutlak. Benar, tidak boleh diterima kesilapan dan kesalahan mereka dan
mestilah ditolak. Hendaklah juga dijelaskan kesilapan mereka itu akan tetapi
dalam suatu suasana yang penuh kasih saying dan bukan permusuhan. Kita mohon
keampunan Allah buat mereka dalam apa yang mereka telah tersilap dan salah itu.
Demikianlah halnya cara
bermuamalah dengan sekalian para ulama islam yang terjatuh silap kepada perkara
yang bidaah sedangkan mereka mempunyai ilmu yang mendalam dan hebat. Sedangkan mereka
terkenal dengan ilmu dan jauh daripada mengikut hawa nafsu. Mereka juga
mempunyai kebaikan yang banyak dalam menyebarkan sunnah dan berkhidmat kepada
Sunnah Nabi seperti Imam al-Baihaqi, Ibnu Asakir, al-Izz bin Abdissalam, Imam
an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan lain-lain lagi. Tidak syak lagi
beberapa kesilapan mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka akan
tetapi tidak boleh dipinggirkan kebenaran yang datang daripada mereka secara
total! Barangsiapa yang men(jarah)kan mereka secara mutlak @ merendah2kan
martabat mereka @ menyuruh agar ilmu mereka ini dijauhi @ membakar kitab2
mereka, maka orang tersebut lebih layak untuk dijarahkan dan dikutuk! Dan mereka
itu sangatlah jauh dengan manhaj salaf halnya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah
menyebut berkaitan para ulama tersebut: “Ramai dikalangan para mujtahid samada
salaf mahupun khalaf yang telah berkata @ melakukan sesuatu yang bidaah
sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa ianya bidaah, samada kerana beramal
dengan hadis-hadis yang dhaif yang pada sangkaan mereka merupakan hadis yang
soheh, ataupun mereka faham sesuatu ayat yang bukan pada maksudnya, ataupun
kerana sesuatu pandangan yang dilihat olehnya sedangkan dalam masalah tersebut
terdapat nas-nas akan tetapi tidak sampai kepada mereka. Jika seseorang itu
telah bertaqwa kepada Allah semampu-mampunya maka dia akan termasuk dalam
firman Allah yang maksudnya: “Wahai tuhan kami janganlah kamu ambil kira
kepada sesuatu yang kami lupa atau yang kami telah tersilap”. Surah al-Baqarah
ayat 286. Dalam hadis yang soheh Allah menyebut: “Sesungguhnya engkau telah
melakukan”. Lihat Majmuk Fatawa 19/192.
Beliau juga menyebut: “Tidak
semua orang yang menyalahi sesuatu perkara dalam urusan akidah maka dia terus
binasa, maka boleh jadi dia seorang yang mujtahid yang tersilap lalu diampunkan
kesilapannya, boleh jadi tidak sampai ilmu kepadanya yang boleh tertegak perkara tersebut kepadanya sebagai
hujjah, dan boleh jadi dia memiliki kebaikan-kebaikan yang Allah akan hapuskan
keburukan-keburukannya itu”. Majmuk Fatawa 3/179. Wallahu A3lam.
0 comments:
Catat Ulasan