Apabila 200 orang Syiah ditangkap Jais, maka pelbagai lontaran idea diberikan untuk menyekat kemaraan aliran sesat ini menular. Ada yang menyarankan supaya diadakan debat. Ada yang menyarankan agar diskusi dan ada yang menyokong agar kuasa pemerintah digunakan. Ini semua merupakan cadangan-cadangan golongan pemikir yang sayangkan islam dan kesuciannnya daripada sebarang pencemaran dan penyelewengan.
Malangnya mungkin ramai tidak faham, bahawa bukan semua perkara boleh diperdebatkan dan membawa kepada natijah positif. Siapa menang berdebat pada pandangan umum maka itulah ajaran yang benar! Lebih sedih, ulama-ulama sunni dan mereka yang kuat mempertahankan fahaman salaf soleh dituduh pengecut, berkokok dikandang sendiri dan sebagainya. Ramai juga yang tidak tahu, bahawa debat tidak boleh dilakukan kecuali dengan syarat-syarat tertentu. Adakah debat boleh dilakukan begitu sahaja sedangkan sedari awal lagi masing-masing sudah membuat keputusan bahawa apapun yang terjadi, aku adalah benar! Sekalipun dia sebenarnya telah kalah dan salah tatkala menolak hadis-hadis soheh dan pemahaman jumhur ulama bahkan kadang-kadang ijma' ulama! justeru apa maknanya diadakan debat? Sekadar mengisi masa lapang? Kita tidak banyak masa untuk bertolak ansur dengan golongan yang telah mengkafirkan majority sahabat Nabi. Kita bukanlah terlalu jahil sehingga membuka ruang kepada mereka yang beriktikad bahawa al-Quran masih tersorok, halal mengamalkan nikah mut'ah, wajib bertaqiah dalam akidah dan lain-lain lagi iktikad sesat dan menyanggahi al-kitab dan sunnah.
Syiah ini sudah pasti bertaqiyyah (berdusta) tatkala berdebat untuk mengelakkan dirinya dikecam dan akidahnya disanggah. Lihat sahaja bagaimana perjalanan debat antara sunni dan syiah dalam siaran tv Mustaqillah. Bagi yang memahami bahasa arab akan sedarlah betapa lemahnya hujjah-hujjah syiah yang kebanyakannya daripada hadis-hadis maudhu @ cuba melarikan diri daripada topic yang telah ditetapkan.
Jika mahu dilakukan debat juga, mestilah ditetapkan skop perdebatan tersebut agar lebih spesifik. Mestilah ada batas-batas sanggahan yang sudah pasti al-Quran dan sunnah tidak boleh dipertikaikan. Adapun jika akhirnya, pihak lawan menyatakan sebenarnya aku tidak percaya dengan al-Quran yang sedia ada sekarang, atau aku ragu dengan hadis-hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim. Bukankah ini sudah melampaui batas? Berbaloikah perdebatan?
Ulama Sunnah Tidak Suka Berdebat:
Bukan kerana mereka jahil, bukan juga kerana mereka pengecut, bukan juga kerana mereka tiada hujjah, tetapi kerana kesan daripada perdebatan yang biasanya adalah tidak harmoni dan kurang positifnya khasnya orang-orang awam. Perdebatan biasanya hanya dengan tujuan mencari siapa pemenang dan siapa yang kalah. Ini juga sudah silap, sepatutnya masing-masing pendebat masing mahu mencari kebenaran sekalipun jika ianya dipihak lawan. Debat juga adalah jalan golongan falsafah dan pendewa akal untuk mencari kebenaran sedangkan ianya bukanlah secara mutlaknya begitu. Kemudian perlu diketahui bahawa terdapat orang yang amat kuat hujjahnya tetapi tidak petah lisannya, tidak bijak bermain kata-kata atau mudah cemas tatkala berbicara, maka orang ini akan dianggap kalah sedari awal lagi. Berbeza dengan pihak yang lain, walaupun sangatlah lemah hujjahnya, amatlah tidak logic kata-katanya tetapi kerana pandai berbicara, cepat menangkis kata-kata dan kuat putar alamnya, maka dia dianggap menang dan benar! Sebab itu, mestilah dipastikan si pendebat memiliki cukup syarat sebelum menjadi wakil mana-mana kumpulan tertentu.
Nabi pernah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud; "Sesungguhnya sebahagian daripada bayan (penjelasan lisan) adalah umpama sihir". Soheh Bukhari dan Sunan Abi Dawud.
عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه و سلم ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال :إنما انا بشر وإنكم تختصمون إلي فلعل بعضكم ان يكون ألحن بحجته من بعض فاقضي له على نحو ما اسمع منه فمن قضيت له بشيء من حق أخيه فلا يأخذن منه شيئا فإنما اقطع له قطعة من النار
Dalam hadis ini nabi Muhammad menyebut yang bermaksud; " Sesungguhnya kamu semua saling berdebat dan berhujjah kepadaku, dan boleh jadi sebahagian kamu lebih kuat (bijak/cerdik) hujjahnya berbanding sebahagian yang lain, maka aku jatuhkan sesuatu hukuman mengikut apa-apa yang aku dengar daripadanya, maka barangsiapa yang aku putuskan hukuman dengan mengambil hak saudaranya dengan sesuatu, maka hanyasanya aku telah putuskan baginya satu potongan daripada api neraka". Hadis Mutafaqun Alaihi.
Lihatlah bagaimana Nabi memberi amaran kepada sesiapa yang telah menang dalam sesuatu kes disebabkan kepetahannya berkata-kata, sedangkan hakikatnya dia itulah yang bersalah, maka dia telah menempah potongan api neraka. Nabi hanya menghukum mengikut apa yang terzahir tanpa melihat dan memandang kepada apa-apa yang tersembunyi dan tidak jelas.
Demikianlah debat! Boleh jadi si pendebat A seolah-olah begitu hebat hujjahnya pada pandangan golongan awam dan jahil. Sedangkan orang yang berilmu dapat menilai dan tahu betapa hujjah dan percakapan si A hanyalah kata-kata kosong yang tidak memberi manfaat, sekalipun gaya lontaran dan pidato si A begitu hebat.
Peranan Pemerintah;
Inilah masanya yang sesuai pemerintah memainkan peranan. Khasnya jika kita mendakwa kerajaan ini adalah kerajaan sunni. Berpegang dengan al-kitab, sunnah, ijma' dan Qias! Bukan mahu menonjolkan kekerasan atau merampas hak! Cuma sekadar menghalang kesesatan daripada tersebar khasnya jika sudah jelas lagi bersuluh perkara itu memang salah dan salah. Adapun dalam masalah ijtihad dan perkara cabang melibatkan hukum-hukum feqah, maka amat wajarlah berlapang dada tidak membekukan minda masyarakat islam hanya kepada satu pandangan semata-mata. Masalah khilaf yang berlaku antara sunnah dan syiah ini adalah dalam permasalah usul agama dan akidah, bukan lagi dalam permasalahan-permasalahan furuk (cabang agama) yang sudah pastilah akan berlainan dan sangat berbeza serta ganjil pandanganngan mereka!
Kesimpulannya;
Perlu disekat fahaman sesat ini melalui tangan-tangan pemerintah, dengan mengadakan penjelasan-penjelasan umum, seminar, kuliah dan sebagainya kepada masyarakat umum berkaitan bahaya mereka ini. Dedahkan umat islam dengan hujjah-hujjah salah mereka dan jawapan yang dituliskan oleh ulama dari zaman ke zaman. Hujjah-hujjah itu telah dibahaskan oleh ulama, tinggal lagi hanya kita yang kurang mengkaji dan malas membaca. Contoh kitab paling kuat menolak kesesatan puak-puak syiah ini ialah kitab karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah bernama: "Minhaju as-Sunnah".
Maka debat sebenarnya adalah jalan terakhir! Dengan syarat si pendebat benar-benar punya kekuatan dan kelayakan untuk sesuatu topic. Kemudian hendaklah diadili oleh pengadil yang tidak berat sebelah. Masa yang dihadkan kepada setiap pendebat wajib dipatuhi. Perdebatan mestilah hanya berlegar dalam topic yang telah disepakati. Si pendebat tidak boleh menggunakan kata-kata kesat dan cacian sepanjang majlis debat. Penyokong @ penonton tidak boleh mengganggu tumpuan dan ruang bercakap bagi mana-mana pendebat dengan membuat sorakan dan sebagainya. Tidak boleh mencalarkan imej peribadi mana-mana pendebat dan banyak lagi syarat-syarat yang wajar dipatuhi yang saya kira bukan disini tempatnya untuk dibahaskan. Hindari syiah, anda mulia dan selamat dunia akhirat! Kebenaran pasti menang!
3 comments:
mintak tinggalkan email addres untuk dihubungi.
tenteradajjal.blogspot.com
ramai di malaysia sangat menginginkan debat sunni vs syiah, jika dilihat kepada golongan aliran keterbukaan falsafah dokongan Syed Naquib al-Atas, pastinya debat itu sesuatu yang perlu, begitu juga rakyat ini umumnya, hakikatnya kita banyak terpengaruh dengan sosiopolitik negara yang sering mendebatkan isu-isu semasa, tatkala isu syiah ini menjentik sentimen sunni keturunan, debat itu jugalah yang ingin diadakan bagi membuktikan kebenaran, sikap kita yang kurang membaca, kurang daya berfikir, sehingga aqidah anutan kita masih menganggap ALLAH itu dimana-mana, apatah lagi bila timbul isu syiah! rakyat malaysia sangat suka perkara yang picisan berbanding bahan mentah, tiada daya mahu berfikir dengan kritis terhadap sesuatu perkara. Jangan terkejut jika ada yang masih tak tahu bahawa Ibn Taimiyyah itu sangat hebat menentang syiah!yang mereka tahu Ibn Taimiyyah mujassimah! hahaha
ibnu harun, ini email ana: profhafiz82@yahoo.com, syukran.
kpd busyro: sbb itu syeikhul islam sgt dimusuhi oleh puak2 syiah, yang berlanjutan dgn serangan kpd golongan pencinta sunnah dan manhaj salaf dengan melabelkan mereka sbg wahabi:)
Catat Ulasan