RSS Feeds

Selasa, 10 Februari 2009

Perak Oh Perak

Apa yang menimpa kerajaan negeri Perak adalah yang ulung kalinya terjadi. Sebuah kerajaan negeri ditumbangkan hasil dari lompatan samar ahli yang berhormat yang sebelumnya hilang tanpa kesan. Mungkin ramai yang tidak hairan lompat parti itu kerana mereka adalah bekas pemimpin politik umno. Ramai kalangan mereka yang mudah goyah dengan suapan yang boleh menggoyangkan kaki mereka seumur hidup.


Yang menghairankan kita sekarang ialah kewujudan 2 menteri besar Perak dalam waktu dan masa yang sama setelah sultan perak membuat keputusan drastic dalam tempoh sehari semalam sahaja. Sehinggalah ke saat ini, karpal sigh pula membuat kenyataan beraninya mempertikai Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Yang kita risaukan ialah, adakah akan berlaku politik balas dendam di Perak selepas ini? Adakah Barisan Nasional negeri Perak selepas ini akan menghapuskan bantuan yang telah dirancang kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap sekolah agama dan sekolah persendirian? Jika ini semua berlaku, maka kefahaman politik kita khususnya melayu muslim masih tidak menepati kecemerlangan zaman. Mungkin orang-orang kafir eropah lebih layak mendapat pujian dari sudut demokrasi mereka. Politik dendam kesumat wajib dijauhi untuk mengelakkan penindasan dan kezaliman. Para pemimpin politik wajib sedar bahawa mereka sebenarnya memikul amanah dan berkhidmat untuk survival rakyat keseluruhannya. Mereka yang telah menang dan memerintah dengan suara majority wajar tahu bahawa mereka adalah pemimpin kepada semua! Bukanlah sekadar kepada penyokong mereka sahaja.


Semoga kekalutan yang berlaku di Perak tidak berpanjangan. Sewajarnya semua pihak dapat menerima apa jua keputusan yang mendatang. Didoakan semoga umat islam di negeri Perak tidak saling berperang dan bermusuhan. Jangan disokong mana-mana (adun) dan ahli politik yang rasuah kerana dengan itu kita membantu kearah kezaliman. Wallahu a'lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...