RSS Feeds

Rabu, 29 Julai 2009

Memori SEMAI

Sudah terlalu lama rasanya saya ber'uzlah' daripada dunia internet. Saya disebukkan dengan urusan keluarga dan menziarahi sanak saudara selain kenduri kahwin yang amat banyak. Al-hamdulillah saya telah selamat sampai ke bumi Malaysia walaupun saya kehilangan satu bag berisi air Zam-zam. Begitu cepatnya masa berlalu, rupa-rupanya sudah satu bulan penuh berada di Malaysia. Allahul musta'an….


Pada 27 dan 28 Jun saya dapat bertemu dengan rakan-rakan graduan daripada sekolah lama saya Sek. Men. Agama al-Irshadiah ad-Diniyyah Bagan Datoh Perak. Di sanalah saya dan rakan-rakan belajar selama 5 tahun sehingga tamat SPM. Di sanalah pelbagai kenangan manis dan pahit tercatat dan menjadi sejarah hidup buat semua warganya. Sekalung tahniah saya ucapkan buat guru-guru yang terus komited menjadi tenaga pengajar mendidik dan mentarbiyah anak-anak islam dalam keadaan yang serba kekurangan. Jasa kalian dikenang sehingga murid-muridmu itu beranak cucu.


Sekolah ini pada asasnya melalui system pondok yang mula beroperasi dan dibuka pada tahun 1932H. Pengasas Madrasah ini ialah Tuan Hj Arshad yang diambil alih oleh Tuan Guru Haji Ghazali bin Hj Arshad. Seorang ulama terkenal di Perak yang banyak menimba ilmu di bumi Mekah al-Mukarramah.


Sekolah ini masih bertaraf sekolah agama rakyat yang bergantung sumber pendapatnnya kepada yuran pelajar dan hasil tanah wakaf yang agak banyak. Namun ia masih memerlukan sumbangan pembangunan prasarana untuk kemudahan penuntutnya yang majoritinya daripada luar Perak. Sekolah ini sedang melancarkan kutipan derma untuk pembangunan Surau sekolah dengan anggaran kos sebanyak RM200.000. Derma berbentuk wakaf sebanyak RM 10 ini telah mula dilancarkan dan mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Semoga sekolah ini terus memacu kejayaannya dalam pelbagai bidang menghasilkan modal insane yang cemerlang di dunia dan akhirat.

3 comments:

7kilas berkata...

Salam,

Jika tidak menjadi kesalahan, apakata derma/wakaf tersebut dipanjangkan di sini.

Mungkin nombor akaun wakaf tersebut boleh dipaparkan di sini atau di laman web lainnya supaya pembaca yang teringin berwakaf dapat menyalurkannya melalui bank. Ataupun, ada sistem yang membolehkan wakaf dilaksanakan menggunakan sms.

Sekadar cadangan.


Wassalam.

al-misk berkata...

salam.. pergi juga ke majlis di semai tu ye? ingatkan tak pergi.. saya sempat juga pergi malam tu , tgk akh syafei conduct slot.. insyaAllah, nampak budk2 ada kesedaran.. tapi kalau ada foloow up yg berpanjangan ,mungkin lebih bagus.. kan baik kalau ramai yang nak mengislahkan pelajar2 ni.. Allahu A'lam

DAKWAH YEOP berkata...

cadangan 7kilas sgt menarik,,tetapi ana perlu memberikan resit kepada mereka yang berwakaf...apapun mungkin tidak semua yang terlalu memerlukan resit sebagai bukti..insyaallah ana akan dapatkan no akaun bank pihak sekolah yang khas bagi tujuan wakaf pembinaan surau sekolah ini...insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...