RSS Feeds

Jumaat, 31 Julai 2009

Mari Berwakaf

Wakaf dari sudut bahasa bermaksud; menahan dan menghalang. Dari sudut Syara' pula ia bermaksud; "Memberi sesuatu kepada sesiapa yang sempurna manfaatnya dan dimanfaatkan dengannya ataupun sesuatu yang dapat dimanfaatkan orang lain sepanjang masa (selama-lamanya) ataupun untuk jangka masa tertentu".


Pensyariatan wakaf menurut al-Quran dan Sunnah dan Ijma';

Ulama mengambil dalil-dalil sedekah sebagai hujah kepada pensyariatan wakaf kerana ianya termasuk dalam katogeri bersedekah dengan wujudnya beberapa perbezaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:



“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya” (QS. Ali Imran : 92).
Setelah Abu Thalhah seorang sahabat Nabi mendengar ayat diatas beliau ingin mewakafkan hartanya yang sangat dicintainya iaitu telaga Bairaha. Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila manusia wafat. Terputuslah segala amalannya kecuali daripada tiga perkara, iaitu sedekah jariyah (antaranya wakaf) atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak saleh yang mendoakannya”. Hadis riwayat Muslim. Para ulama mentafsirkan sabda Rasulullah SAW : (Sedekah jariyah) dengan wakaf, bukan seperti wasiat memanfaatkan harta.


Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia mengatakan : “Umar mengatakan kepada Nabi SAW : “Saya mempunyai seratus saham di Khaibar. Saya belum pernah mendapat harta yang paling saya kagumi seperti itu. Tetapi saya ingin menyedekahkannya. Nabi SAW mengatakan kepada Umar “Tahanlah (jangan jual, hibahkan dan wariskan) asalnya dan jadikan buahnya untuk Sabilillah”. Hadis riwayat imam an-Nasaie.



Para sahabat Nabi Muhammad SAW telah menyahut anjuran berwakaf ketika Rasulullah SAW masih hidup. Seperti perbuatan Umar bin Khathab, Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan; " Tidak seorangpun dari sahabat yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak ikut berwakaf. Ini sekaligus membuktikan kebenaran adanya ajaran-ajaran tentang wakaf.


Imam an-Nawawi berkata; "Hadis ibnu Umar menunjukkan kebenaran wakaf, ianya bertentangan dengan cabang-cabang Jahiliyyah, ini adalah mazhab kami dan Jumhur. Yang membuktikan kesohehan wakaf ini juga adalah Ijma' muslimin dengan mewakafkan masjid dan minuman (telaga-telaga).


Wakaf berkembang luas di zaman pemerintah Umawiyyah di Mesir, Syam (meliputi Palestin, jordan, Syiria) dan kawasan Islam yang lain. Ramai kaum muslimin di seluruh pelusuk Islam menyumbangkan kekayaan mereka sebagai wakaf, baik tanah (pertanian dan kebun) mahupun bangunan.


Jenis-jenis wakaf;

1) Wakaf ahli.
Iaitu sesuatu yang diwakafkan untuk manfaat individu tertentu ataupun zuriatnya samada dikalangan ahli keluarga ataupun zuriatnya ataupun selain mereka.

2) Wakaf khairi (kebajikan)
Sesuatu yang diwakafakan yang manfaatnya untuk suatu kebaikan ataupun lebih dan setiap yang infaq tersebut dijadikan pengabdian kepada Allah.

3) Wakaf musytarak (perkongsian)
Wakaf yang menghimpun kedua-dua jenis (wakaf ahli dan khairi).

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Syeikh

Ana nak cari nombor telefon nta ...mana ana boleh dapatkan

arar82@yahoo.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...