Pada kali ini kita cuba membincangkan apakah akibat sekiranya seseorang itu mengatakan bahawa Allah itu maujud bila makan (ada tanpa bertempat, tidak di dalam alam dan tidak juga diluar alam). Saudara semua telah membaca bagaimana akibatnya jika Allah itu berada di merata-rata tempat. Sepatutnya kita tidak membincangkanpun hujah-hujah orang yang mengatakan bahawa Allah wujud tanpa bertempat ini, kerana realiti akidah mereka ini adalah mengimani Allah yang tidak wujud!! Jadi bagaimana perlu dibahas? Apapun supaya umat islam tidak keliru dengan kejahilan mereka, maka mari kita lihat akibatnya jika Allah wujud tanpa tempat;
1) Akidah ini adalah sangat bertentangan dengan Nas-nas al-Quran dan Sunnah yang soheh. Telah dibentangkan dalil-dalil yang amat banyak yang mengisbatkan bahawa Allah berada di atas dan bersemayam di ArayshNYA. Tidak ada satu nas pun yang menyatakan bahawa Allah itu tidak diluar alam dan tidak didalam alam! Hukum asal ialah mengambil nas-nas yang sedia ada, adapun mendahulukan akal sendiri bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
2) Akidah ini bersalahan dengan akidah sekalian para Anbiya dan Rasul serta para Sahabat, Tabi'en dan imam-imam sunnah yang terkenal. Telah Ijma' Ulama dalam masalah ini, iaitu Allah berada di atas ! Yang mengingkari sifat-sifat ini hanyalah ahli falsafah dan Jahmiyyah lalu memcipta teori berlandaskan pemikiran mereka yang amat cetek!
3) Kata-kata ulama yang tersohor sudah dipaparkan. Imam Abu Hanifah berkata; "Sesiapa yang berkata saya tidak tahu Allah di langit atau di bumi maka dia telah kafir! Demikian juga mereka yang berkata; "Sesungguhnya Allah berada di Araysh tapi aku tidak tahu adakah Arasyh ini dilangit atau dibumi". Rujuk al-Feqhul Absot riwayat Abi Muthi' al-Balkhi dengan tahqiq al-Khauthari m/s 49-52.
4) Kata-kata ini membawa makna bahawa Allah itu sebenarnya tidak wujud! Kerana apa? Kerana Allah tidak ada di alam dan tidak juga diluar alam. Maka dimanakah Allah menurut fahaman ini? Ada tetapi tidak ada? Ajaib!
5) Pegangan ini secara automatic menafikan 2 perkara yang saling bertentangan (Naqidhain), positif dan negetif, menafikan baik dan buruk dan yang seumpanyanya. ini adalah bathil menurut akal yang waras! menafikan wujudnya Allah di bumi (ini adalah benar) dan menafikan Allah di luar bumi (ini adalah bertentangan dengan Nas! Maka menjadi kewajipan kepada mereka akhirnya utk menyatakan bahawa Allah itu di Atas langit seperti dinyatakan dalam Nas-nas yang banyak.
6) Pegangan ini amatlah bertentangan dengan akal yang soheh. "Allah itu ada tapi tidak tahu dimana? Bukankah ini menjadi ejekan orang-orang kafir bahawa orang islam ini menyembah sesuatu yang tidak wujud! Jika ditanya orang cina @ india bukan islam yang masih suci fitrahnya, dimana Allah? Dia akan menjawab; "Tuhan Ala (Allah) ada atas ma".
7) Kerana ingin menyatakan bahawa Allah wujud tanpa tempat, bolehkah kita mentakwil ayat-ayat yang terlalu banyak tanpa asas? Dimana mahu diletakkan ayat-ayat sifat? Seperti Nuzul, Istiwa, Uluw, Rukyah (melihat Allah) sepertimana Nabi ditanya oleh Abu Zhar ; "Adakah kamu melihat Tuhanmu ketika Mikraj"? Nabi menjawab; "Nur, bagaimana aku dapat melihatNYA" dalam riwayat yang lain Nabi menjawab; "Aku melihat Nur (cahaya)" ? Bukan kisah Mikraj Nabi bukti bahawa Allah Di atas? Kenapa perlu Nabi bertemu tuhannya di atas langit bukan di bumi sahaja? Atau jika mengikut teori mereka, Nabi perlu bertemu Allah bukan di bumi dan bukan diluar bumi?
8) Imam Zahabi menyebut; "kata-kata Salaf dan imam-imam Sunnah bahkan sahabat-sahabt Nabi seperti yang disebutkan Allah dan rasulNYA; "Sesungguhnya Allah berada di atas langit-langitnya..,kata-kata Jahmiyyah yang pertama ialah Allah berada di merata-rata tempat, dan kata-kata ahli kalam yang terkemudian dikalangan Muktazilah, Mathurdiyyah dan Asyaierah menyatakan; "Allah itu bukan di langit dan bukan di atas arasyhnya, tidak juga di atas langit-langitNYA, tidak didalam bumi dan tidak diluar bumi dan tidak juga tinggi di atas makhluk-makhluknya" . Kenapakah kata-kata Ulama Mazhab, Ahli Hadis dan Ulama Tafsir dan Akidah yang hebat-hebat ini mahu ditingalkan? Bukankah kita sepatutnya mengambil ilmu daripada mereka? Bukankah mereka (Salaf Soleh) sebaik-baik guru dalam agama ini?
9) Akidah ini secara langsung menyokong fahaman Wehdatul Wujud (semua benda yang ada adalah satu)! Lihatlah bagaimana Ibnu Arabi yang sesat menjadi ikutan kepada golongan ini!
10) Akidah ini sebenarnya amat bertentangan dengan fahaman asal Asyierah dan Mathuridiyah. Mereka berpegang bahawa wujud fi kulli makan. Mengapakah mereka mendakwa bahawa ini adalah Asyaierah? Adakah apabila mereka sudah tidak yakin bahawa Allah wujud fi kulli makan, maka mereka merubahnya kepada Allah wujud tanpa tempat? Kenapa terlalu senang akidah mereka ini di ubah-ubah? Adakah soal akidah ini melibatkan masalah ijtihad mengikut keperluan zaman? Bermakna sampai satu tahap nanti kita kena sebut bahawa Allah ini sebenarnya tidak wujud, dan alam dan planet ini terjadi secara tabiat (semula jadi)? Begitukah? A'uzubillah.
11) Imam Abul Hasan al-Asya'ri berkata; "Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini (Dimanakah Allah). Sebahagian mereka berkata; Allah berada di mana-mana bermaksud mentadbir disetiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie. Sebahagian yang lain pula berkata (Allah tidak bertempat). Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan Muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Toha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu menguasai .
12) Dalil yang mereka dakwa menyokong kata-kata dusta mereka ini sebenarnya terlalu jauh wajah Istisyhadnya (bentuk penghujahan). Bolehkan saya katakan bahawa hujah tentang zina itu tidak haram ialah; (Wala Taqrabuzzina?) Allah melarang daripada menghampiri zina sahaja kalau berzina itu tidak? Tafsiran apakah ini? Jahil Murakkablah jika begitu keadaannya. Demikianlah juga hujah yang disangka menyokong pendirian Allah wujud tanpa tempat, mereka katakan Allah berfirman; ((Dimana jua kamu berada maka palingkanlah wajahmu KE ARAH ITU)), jika menjadi hujahpun, ianya adalah hujah bagi mereka yang beriktikad bahawa Allah berada di satu tempat! iaitu di arah itu (ka'abah) sahaja berpandukan pada (palingkanlah wajahmu disitu). Walaupun ini juga adalah salah kerana bertentangan dengan Nas-nas yang lain. Kemudian Nas ini hanyalah dalam masalah kiblat Solat!
13) Saya catatkan ini, ianya bukanlah perkara yang baru akan tetapi ulama-ulama terkenal dalam Sunnah telah menyatakannya dalam karangan-karangan mereka. Saya catatkan kesilapan-kesilapan pegangan Allah wujud tanpa tempat, bukanlah untuk mencari permusuhan! Tetapi saya mengharapkan mereka yang membacanya demi mencari kebenaran berfikir dengan penuh penelitian dan hati yang terbuka semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua agar mengikuti manhaj Salaf Soleh dikalangan Sahabat, Tabi'en, dan yang selepas mereka. Janganlah anda tutup pintu hati anda daripada kebenaran-kebenaran al-Quran dan Sunnah serta pemahaman Salaf Ummah kerana kelak dikhuwatiri pintu hidayah anda akan tertutup selama-lamanya. Jika dengan apa yang saya nyatakan ini anda menganggap saya menyamakan Allah dengan makhluk maka anda telah mentohmah Ijma' Ulama, tokoh-tokoh Mazhab, Ulama-ulama Hadis, Tafsir, Akidah, dan lain-lain ulama! Mereka tidak sesekali mentajsimkan Allah tetapi anda yang silap memahaminya kerana menganggap kata-kata mereka ini sebagai menyamakan Allah dengan makhluk! Jangan faham begitu! dan cerdikkan sedikit fikiran anda. Sekian, Wallahu a'lam.
0 comments:
Catat Ulasan