RSS Feeds

Jumaat, 26 Mac 2010

Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat (2)


1) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.

Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.

2) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.

Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatang kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.

3) Saksi-saksi pendusta.

Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?

4) Menyembunyikan persaksian yang hak.

Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.

5) Tersebarnya kejahilan.

Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.

6) Ramainya orang-orang yang bakhil.

Nabi menyebut; "…Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

7) Tersebarnya perkara-perkara keji.

Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan. Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditanganNYA, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.

8) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.

Lihat surah al-Hasyar ayat 7. Nabi menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.

9) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.

Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.

10)Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.

Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.

11) Orang yang paling jahat & hina menjadi pemimpin.

Nabi menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi menyatakan; "………….dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka,…."

12) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.

Nabi menyebut; "Akan ada dikalanga umatku satu kaum yang menghalalkan hir (kemaluan, iaitu zina), sutera, arak dan muzik". Menghalalkan zina boleh sahajaa ianya dikaitkan dengan nikah mut'ah, sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan dan diketahui sendiri oleh para pembaca.

13) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.

Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.

14) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.

15) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.

Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum dating dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, telah disambar petir Fulan, Fulan dan Fulan. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.


*Warna Merah = Tanda-tanda yang telah berlaku dan sudah selesai.

*Warna Hijau = Tanda-tanda yang telah berlaku tetapi akan terus berlaku.

2 comments:

Roronoa Zoro berkata...

assalamualaikum yeop... saya nak ambil artikel mengenai hari kiamat ini untuk peringatan bersama di blog saya. harap dengan ini yeop halalkannya dan kita sama2 mendapat rahmat dari Allah..

DAKWAH YEOP berkata...

waalaikumsalam,,,ahlan wasahlan dan tiada masalah utk disebarkan artikel ini,,,syukran zoro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...