
Rujukan:
Rujukan:
TOYOTA AVALON XL ; SR 104.000
TOYOTA AVALON LIMITED ; SR 123,000
TOYOTA AURION GLX SR 87,000
TOYOTA AURION GLX BUMBUNG BUKA SR 92,000
TOYOTA AURION GRANDE SR 102,000
TOYOTA CAMRY GL MANUAL; SR71,600
TOYOTA CAMRY GL AUTO; SR 76,150
TOYOTA CAMRY GLX MANUAL ; SR 77,650.
TOYOTA CAMRY GLX AUTO ; SR82,150.
TOYOTA CAMRY GLX MANUAL BUMBUNG BOLEH BUKA; SR81,150
TOYOTA CAMRY GLX AUTO BUMBUNG BOLEH BUKA; SR85,650.
TOYOTA CAMRY SE MANUAL; SR84,650.
TOYOTA CAMRY SE AUTO ; SR89,150.
TOYOTA COROLLA Xli 1.6 MANUAL; SR54,650
TOYOTA COROLLA Xli AUTO SR 58,650.
TOYOTA COROLLA Xli 1.8 MANUAL ; SR65,650.
TOYOTA COROLLA Xli 1.8 AUTO ; SR72,650.
TOYOTA COROLLA GLi 1.8 MANUAL; SR 72,650.
TOYOTA COROLLA GLI 1.8 AUTO; SR 76,650.
TOYOTA YARIS HATCHBACK 1.3 MANUAL; SR49,500
TOYOTA YARIS HATCHBACK 1.3 AUTO; SR 53,500.
TOYOTA YARIS HATCHBACK 1.5 AUTO; SR57.500.
TOYOTA YARIS SEDAN 1.3 MANUAL; SR43,000
TOYOTA YARIS SEDAN 1.3 AUTO; SR47.000
TOYOTA YARIS SEDAN 1.3 Y MANUAL; SR47.000
TOYOTA YARIS SEDAN 1.3 Y AUTO; SR50,000
TOYOTA PREVIA 8 SEAT AUTO; SR105,000
TOYOTA PREVIA 8 SEAT AUTO PINTU ELEKTRONIK; SR109,900.
TOYOTA PREVIA 7 SEAT GL 6 SILINDER; SR149,900.
TOYOTA INNOVA MANUAL; SR 66,400
TOYOTA INNOVA AUTO; SR70,400.
TOYOTA INNOVA XL MANUAL; SR69.400.
TOYOTA INNOVA XL AUTO; SR72,400.
TOYOTA HILUX GL; SR71,450.
TOYOTA HILUX SGL; SR 73,450
TOYOTA HILUX SGLX; SR76,450.
TOYOTA RAV4 STANDERT MANUAL; SR73,900
TOYOTA RAV4 STANDERT AUTO; SR77,800.
TOYOTA FORTUNER GX 4SILENDER MANUAL; SR75,800.
TOYOTA FORTUNER GX 4SILENDER AUTO; SR80,800.
TOYOTA FJ 1 CRUISER AUTO; SR 110.00
TOYOTA FJ 2 CRUISER AUTO; SR122,000
TOYOTA SEQUOIA ; SR128.000
TOYOTA SEQUOIA SR 5; SR138,000
TOYOTA SEQUOIA LIMETED; SR168,000
TOYOTA SEQUOIA PLATINIUM; SR198,000
TOYOTA PRADO VX1 MANUAL; SR121,650
TOYOTA PRADO VX1 AUTO; SR126,150
TOYOTA PRADO VX2 MANUAL; SR128.850.
TOYOTA PRADO VX1 AUTO; SR 133,150.
TOYOTA PRADO VX3 AUTO; SR149,650.
TOYOTA LAND CREISER G 6 SILINDER MANUAL; SR146,400.
TOYOTA LAND CREISER G 6 SILINDER AUTO; SR150,400.
TOYOTA LAND CREISER GXR 6 SILINDER AUTO; SR170,400.
TOYOTA LAND CREISER G 6 SILINDER BUMBUNG BOLEH BUKA; SR176,400.
*Sila Buat Perbandingan Harga diantara Malaysia dan Arab Saudi:)
*RM100 = SR110
Kita bermohon kepada Allah supaya dilindungi daripada kejahatan sihir dan tukang sihir. Kita mendoakan supaya Allah menyembuhkan penyakit-penyakit yang ditimpakan kepada golongan yang dizalimi dengan sebab tukang sihir. Berikut adalah beberapa kaedah syarak yang mujarab dan disarankan oleh para ulama bagi merawat mereka yang telah terkena sihir.
1- Membaca Ruqyah (jampi) Syarak dan ayat-ayat pelindung.
Sesungguhnya ianya merupakan usaha yang paling kuat bagi merungkaikan sihir dengan izin Allah. Di sana terdapat beberapa ayat yang telah dipilih oleh mereka yang ahli dalam bidang ruqyah ini selain daripada beberapa surah dan hadis-hadis yang masyhur yang menjadi penawar dan pelindung. Gambar ayat di atas boleh diambil sebagai bacaan-bacaan harian untuk menjampi diri sendiri yang terkena sihir.
2- Qiyamullail.
Ini diantara cara yang paling bermanfaat, iaitu dengan bangun malam, mengadu dan memohon kepada Allah setelah beristighfar dan memuji dan memuja Allah dengan nama-namaNYA dan sifat-sifatNYA. Ini berpandukan kepada hadis qudsi yang soheh menjelaskan tentang diperkenankan doa orang yang meminta kepada Allah. Lihat hadis Nuzul. Dinasihatkan juga supaya pesakit membaca surah al-Baqarah sebolehnya ketika solat sunat dalam 2 rakaat. kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud; "……bacalah surah al-Baqarah, maka sesungguhnya mengambilnya adalah suatu keberkatan, meninggalkannya adalah kerugian, dan tidak mampu mengatasinya al-Batholah (tukang sihir)". Hadis soheh al-Jami3 1165. Terdapat beberapa kisah benar yang mana pesakit membaca surah al-baqarah dalam 2 rakaat solat malamnya, dan selepas itu keluar dari mulutnya sesuatu yang pelik dan akhirnya dia sembuh dengan kurnia Allah.
Imam an-Nawawi ketika menerangkan hadis Ibnu Umar daripada Rasulullah bahawa baginda bersabda yang bermaksud; "Jadikan dirumah kamu semua daripada amalan solat dan jangan jadikannya seperti kubur" Muttafaq Alaihi. Imam an-Nawawi berkata; "Diberi galakkan kepada solat-sunat sunat di rumah kerana ianya tersorok dan jauh daripada riyak dan pelindung daripada kerosakkan-kerosakan amalan dan supaya rumah menjadi berkah dengan amalan-amalan itu, diturunkan ke dalam rumah tersebut rahmat dan malaikat, sementara syaitan akan lari meninggalkan rumah itu". Syarah Soheh Muslim karangan an-Nawawi.
3- Mengetahui tempat sihir tersebut serta merungkaikannya.
Ini diantara kaedah yang paling dan cepat untuk sembuh. Seperti telah dinyatakan oleh Aishah Ummul Mukminin bahawa Nabi berkata kepadanya; "Wahai Aishah! Adakah kau rasai bahawa Allah telah perkenankan apa yang aku pintakan padanya? Telah datang 2 lelaki salah seorang duduk dibahagian kepalaku dan yang lain disebelah kakiku, maka berkata yang duduk disamping kepalaku kepada yang duduk disisi kakiku; "Apakah sakit lelaki ini (Nabi)?" maka yang seorang menjawap; "Matbub (sihir)", siapa yang lakukannya? Lalu yang berada dikaki Nabi berkata; "Labid bin A'som. Pada apakah dilakukan perkara tersebut? Dia menajwap lagi; "Pada sikat dan rambut dan perigi. "dimana tempat itu"? lalu yang disamping kaki menjawap; "Di perigi Zarwan". Wahai Aishah! Demi Allah seolah-olah air perigi itu berwarna seperti di inai, dan pokok kurma yang disampingnya seperti kepala-kepala syaitan". Muttafaq alaih.
Ibnu qayyim berkata; "mengeluarkan barangan sihir dan menghapuskannya adalah paling berkesan dalam perubatan sihir seperti yang telah soheh daripada Nabi bahawa baginda meminta kepada Allah supaya diperlihatkan tempat sihir itu, maka dikeluarkan daripada perigi itu sikat, rambut dan tangkai kurma jantan. Maka tatkala dikeluarkan, hilanglah apa yang menimpa Nabi hingga seolah-olah cergas daripada ikatan." Zaddul ma'ad 3/104.
Tetapi bagaimana mahu mengetahuinya?
Iaitu dengan memohon kepada Allah seikhlas hati supaya dibukankan pintu hatinya untuk dia mengetahuinya, yang demikian dengan diperlihatkan tempat tersebut melalui gerak hatinya @ seseorang yang lain mengkhabarkan kepadanya.
Kadang-kadang setelah pesakit berdoa dan memohon dengan penuh kesunggguhan dan ikhlas, boleh jadi Allah akan memperlihatkan kepadanya melalui mimpi yang benar. Jangan lupa bahawa orang yang disihir adalah orang-orang yang dizalimi dan doa mereka adalah makbul seperti disebutkan dalam hadis yang soheh.
Satu kisah benar diceritakan oleh Syeikh Soleh bin Hamud al-Tuwaijery yang menaqalkan dari bapanya bahawa seorang wanita yang sangat baik telah berkahwin dengan seorang ulama di Qasim. Selepas berkahwin dia merasakan sangat benci terhadap suaminya. Akan tetapi wanita itu berusah keras untuk terus mentaati suaminya dalam semua perkara yang ma'ruf. Sehingga kebencian itu semakin memuncak dan akhirnya dia mengkhabarkan perasaannya kepada suaminya. Suami memberi nasihat supaya bersabar dan banyak-banyak mengingati Allah. Suatu masa, si isteri bermimpi bertemu dengan datuknya yang menyatakan kepadanya bahawa di atelah terkena sihir dan barangan sihir itu adalah ditempat sekian dan sekian. Sehinggalah 3 malam berturut-turut dia bermimpi lalu dikhabarkan mimpi itu kepada suaminya. Si suami lantas pergi ke tempat yang telah digambarkan didalam mimpi lalu dia benar-benar menemui barangan 2 sihir tersebut. Lalu dibawakan ayat-ayat al-Quran dan dibakar barangan tersebut. Selepas itu kasih sayang isteri kembali seperti sedia kala dan hilanglah segala perasaan bencinya pada suami.
4- Menggunakan benda-benda yang harus seperti berikut;
Pertama; Mandi dengan air yang telah dibacakan ayat-ayat al-Quran. Air itu juga boleh diminum sedikit dengan niat penawar. Dibacakan pada air itu surah Yunus ayat 79-82, surah A'raf ayat 118-122 dan surah Toha ayat 65-69.
Kedua; Bersarapan pagi dengan memakan 7 biji tamar ajwah. Kelebihan ajwah ini telah disebutkan oleh Nabi dalam hadis soheh Muttafaq Alih. Sebahagian ulama mengumumkan hadis itu kepada semua tamar yang tumbuh di bumi haram Madinah. Lihat bin Bazz dalam kitabnya (Fathul Haq al-Mubin Fi I'laj as-Sori' Was Sihri Wal Aini m/s 178).
Ketiga; Menggunakan daun sidir (bidara) yang diletakkan didalam air sebagai mandian atau minuman. Al-hafiz Ibnu Hjar berkata; "Ibnu Batthol menyatakan bahawa dalam kitab Wahab bin Munabbih disebut, hendaklah mengambil 7 helai daripada daun sidir kemudian dilumatkan dengan 2 batu lalu dimasukkan ke dalam air, dibacakan ayat al-kursi dan surah-surah Qul (al-Jin, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) kemudian diminum beberapa teguk kemudian pesakit mandi dengan air itu, sesungguhnya akan hilanglah semua penyakit sihirnya insyaallah" Fathul bari 10/233. Ini adalah bagus khususnya bagi lelaki yang terkena sihir ikat (tidak mampu mendatangi isterinya).
Keempat; Berbekam.
Ulama menyatakan bahawa berbekam adalah diantara cara yang berkesan dan Berjaya dalam mengubati sihir dengan melakukannya pada tempat yang dirasakan sakit. Ibnu Qayyim menyebut; "Dan menggunakan bekam pada tempat yang dirasai termudharat dengan sebab sihir adalah diatara perubatan yang paling bermanfaat jika digunakan dengan undang-undang yang sepatutnya" Zaddul Ma'ad 4/125.
Kelima; Mengeluarkan / memuntahkan sesuatu.
Ia juga merupakan bentuk perubatan yang baik dan bermanfaat dalam perubatan sihir khususnya jika benda sihir itu berada didalam perut. Iaitu yang berbentuk makanan yang telah termakan. Carilah kaedah yang sewajarnya bagi memuntahkan sesuatu yang berada di dalam perut dan menyakitkan itu. Sila lihat penjelasan Ibnu Qayyim dalam kitabnya Tibbun Nabawi m/s 125.
Keenam; Menyapukan minyak zaitun @ habbatus sauda.
Minyak itu disapukan setelah dibacakan beberapa ayat-ayat suci al-Quran dan jampi yang syarak. Semoga dengan kaedah-kaedah yang dijelaskan ini akan membantu mereka yang teraniaya ini untuk segera sembuh. Mengelakkan mereka yang sedang diuji Allah ini daripada melakukan tindakan-tindakan yang diharamkan syarak. Mari kita sama-sama mendoakan kesembuhan kepada semua para mukminin dan mukminat yang sedang menanggung sakit. Wallahu A3lam.
Berikut adalah beberapa doa yang syamil (menyeluruh) dan ringkas yang mudah-mudahan menjadi panduan dan sebolehnya menjadi hafalan dan amalan dalam berdoa. Semoga beberapa doa penting ini sudah cukup untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus kepada kemelampauan dan kurang adab terhadap Allah dalam bermohon dan meminta. Ini bermakna kita cuba mengelakkan diri daripada meminta perkara-perkara yang remeh temeh yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Selain itu kita cuba menghafaz beberapa lafaz doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Alihissolatu Wa Atammu Taslim.
Ummul Mukminin Aisyah berkata, bahawa Rasulullah telah mengajarkan beliau doa berikut;
((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا)).
Bermaksud; "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada segala kebaikan seluruhnya yang segera mahupun lambat, yang aku ketahui daripadanya mahupun aku tidak ketahuinya. Dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan seluruhnya yang segera mahupun lewat, samada yang aku ketahui daripada kejahatan itu mahupun aku tidak ketahui. Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada kebaikan yang telah dipinta oleh hambamu dan Nabimu (Muhammad), dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan yang hambamu dan Nabimu memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu syurgamu dan apa-apa yang mendekatkanku kepada syurgamu daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung denganmu daripada api neraka dan apa-apa yang mendekatkanku kepada api neraka daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku pohon kepadamu Ya Allah supaya engkau jadikan setiap takdir yang kau tentukan kepadaku adalah kebaikan". Hadis ini hadis soheh riwayat Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, al-Hakim dalam Mustadrak dan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad.
Nabi Muhammad telah berkata kepada anak baginda Fatimah; "Apa yang melarangmu daripada mendengar apa yang akan aku wasiatkan kepadamu, iaitu kamu sebutlah apabila menjelang pagi dan petang;
((يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ)).
Bermaksud; "Wahai yang maha hidup, Wahai yang maha teguh dengan rahmatmu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku dalam segala urusanku, dan janganlah engkau tinggalkan diriku keseorangan biarpun sekelip mata". Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad, al-Hakim dalam Mustadrak dan imam an-Nasai dalam Sunan Kubra dan Imam Baihaqi dalam Syuabil Iman.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah berkata;
« اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ ».
Bermaksud; "Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan benteng kepada urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang merupakan kehidupanku dan perbaikilah bagiku akhiratku yang merupakan tempat kembalimu @ kebangkitanku, dan jadikanlah hidupku pertambahan kepada setiap kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai rehatku daripada setiap kejahatan". Hadis ini dirwayatkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, an-Nasaie dan Imam Ahmad.
Cukuplah dulu 3 doa ini sebagai hafalan dan amalan bagi mereka yang baru. Beramal dengan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak tetapi terputus-putus. Nabi bersabda yang bermaksud; "Sebaik-baik amalan kepada Allah ialah yang berterusan (istiqamah) sekalipun sedikit". Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.