29 April 2010 seperti yang telah dirancang, PPM Riyadh telah Berjaya menjayakan program mereka dengan taufik dan inayah Allah. Ramailah ibu bapa yang turut membantu dari banyak sudut yang semoga ianya menjadi amalan soleh mereka di akhirat kelak. Penyertaan serta permintaan yang berterusan menjadikan jumlah peserta keseluruhannya berjumlah 89 orang. Yang menariknya ialah seorang kanak-kanak kecil datang ke meja pendaftaran dan berkata; "Ustaz, saya nak daftar program". Setelah disemak namanya tetapi tidak ditemui nama kanak-kanak tersebut. "Umur adik berapa tahun?" Tanya seorang sahabat. "4 tahun", jawapnya ringkas. Teman-teman tersenyum dan menggelengkan kepala. Tidak lama ibunya datang dan memohon agar anaknya diberikan kelonggaran untuk bersama program.
Ini adalah diantara contoh yang membuktikan minat dan semangat penduduk melayu di bumi Riyadh dalam misi mengejar faedah ilmu dan kebaikan. Semangat ini mudah-mudahan akan melahirkan insane gemilang dan cemerlang didunia dan akhirat. Kami hanyalah sekadar berkongsi masa dan sedikit ilmu bersama saudara seperantauan yang kejauhan dari tanahair. Kami hanyalah mahu mengeratkan talian persaudaraan sesame pelajar, pekerja, suri rumah dan anak-anak melayu di bumi Riyadh. Al-hamdulillah, kelancaran program seperti yang diatur adalah permulaan yang baik kepada program-program yang bakal dirancang pada masa depan.
Tidak hanya program kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga perlu diberikan suntikan agar sama-sama mentarbiyah pewaris mereka dengan semaian keislaman dan ilmu. Di suntik dengan semangat keinsafan dan rasa tanggungjawap kepada diri sendiri, keluarga dan kepada Tuhan. Ibu bapa menyedari peranan dan kepentingan akidah dalam rumahtangga mereka. Mengambil dan memanfaatkan nasihat-nasihat Lukmanulhakim kepada anakandanya. Al-hamdulillah, forum khas kepada ibu bapa juga berjalan lancer seperti yang diatur. Terima kasih kepada Ust Ahmad Fauzi dan Ustaz Lukman Mat Sin. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengerusi majlis; Ustaz Abdul Rahman Abdul Rahim.
Memikul dan menyedari tanggungjawap dakwah, merasai kemahuan dan keinginan ibu bapa melayu di Riyadh, maka PPM Riyadh akan berusaha meneruskan program seumpamanya bersama mereka yang terus sudi meluangkan masa dan kesihatan mereka untuk sama-sama mendapat manfaat. Ya, kami juga mendapat manfaat dari sudut latihan dakwah dilapangan, pengalaman mengendalikan program, mengatur masa dan mengurus masalah.
Mensyukuri nikmat rezeki dan wang yang Allah limpahkan kepada mereka disini, tidaklah sepatutnya mereka menjadi semakin kufur dan tamak haloba. Sebaliknya menjadi kewajipan kepada mereka untuk terus mensyukuri nikmat-nikmat tersebut yang mudah-mudahan dengan kesyukuran itu akan menambahkan lagi keberkatan dan ketenangan dalam hidup didunia. Mensyukuri nikmat-nikmat Allah itu bukan sekadar menyebut al-hamdulillah, tetapi dengan kita tidak melupai nasib insane-insan yang serba kekurangan serta prihatin kepada sahabat-sahabat yang dalam kesempitan. Selemah-lemah kesyukuran hendaklah menunaikan kewajipannya dalam persoalan kewangan yang sudah pasti berkait dengan zakat. Zakat itu tidak mengurangkan harta, zakat itu menambahkan keberkatan, menghasilkan pahala, mengurangkan kemiskinan dan membuktikan sikap tanggungjawap serta ehsan.
Al-hamdulillah, program Mukhayyam Tarbawi 2010 yang berlangsung di Istirahah al-Anfal jalan ke Dammam mendapat tajaan dan sumbangan ramai ibu bapa. Justeru, sewa istirahah sebanyak Sr2500 sehari suntuk itu dapat dilangsaikan dengan mudah. Syukuran dan Tahmid kepada Allah yang telah membukakan pintu hati ibu bapa kearah kebaikan. Walaupun mungkin dipandang sedikit oleh sebahagian orang, tetapi yang sedikit itulah kadang-kadang memberi erti yang sangat bermakna kepada beberapa insane seperti pelajar.
Secara peribadi, amatlah layak jika saya dan teman-teman PPM Riyadh mengucapkan jutaan terima kasih dan doa baik yang berterusan kepada abg Nasir & abg Faris yang banyak memberi nasihat dan saranan, abg Muhsin dan abg Sani yang banyak membantu tenaga, Dr Ibrahim yang memberikan idea dan mengetui kumpulan Fasilitator, Kak Husna dan kak Emmy yang menawarkan diri untuk memasak sarapan pagi, abg Suhaimi dan abg Khairuddin daripada kedutaan yang membawa nasi putih untuk jamuan makan malam selepas forum. Terima kasih juga kepada tuan Hishamuddin Ibrahim Minister Counsellor Deputy Head of Mission yang turut hadir dalam program, Ustaz Asri Ishak, Ust Lukman Sin dan Ust Abdul Rahman yang datang dari Madinah membantu. Ramai lagi abang akak yang semua mereka membantu, semoga anak-anak kalian menjadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan Negara. Keluarga kalian bahagia didunia dan akhirat. Amin.
0 comments:
Catat Ulasan