RSS Feeds

Rabu, 23 Jun 2010

Zamihan Takutkan Bayangan Sendiri


Selepas selesai menghadapi peperiksaan, saya terkedu membaca berita-berita tanahair tercinta malaysia. Tuduhan liar terhadap Dato Seri Shahidan, Dato sri Haji Abdul Hadi, Dr Asri Zainul Abidin dan Sohibus Samahah Dr Juanda dengan JI atau keganasan sangatlah tidak berasas! Jika benarlah Zamihan Mat Zin (ILIM) membuat kenyataan biadap dan liar ini terhadap mereka, semoga Allah membalas kepada sang pendusta dengan seburuk-buruk azab didunia sebelum akhirat. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada orang-orang yang masih hidup!

Sebagai umat islam, kita yakin bahawa kebenaran tetap akan tertegak akhirnya walaupun ranjau yang akan dilalui itu pahit. Sebahagian ulama silam tidak dapat melihat kesan-kesan ilmu yang disampaikan mereka kecuali setelah matinya ulama tersebut. Contohnya terlalu banyak, bukan disini tempatnya untuk bercerita.

Sangat menghairankan, kenapa si Zamihan ini beriya benar cuba mengaitkan Wahabi dengan pengganas? Tidak cukupkah Syeikh Aiman Daqqaq dan ramai lagi menjadi mangsa kezaliman disebabkan hanya mengajar hadis soheh Bukhari? Jika zamihan tidak bersetuju dengan masalah-masalah khilaf @ tafsiran tertentu dalam sub topik agama, perlukah tuduhan pengganas ditudingkan? Ulama sudah lama berkhilaf, tetapi yang menggunakan taktik jahat dan kejam melalui tangan-tangan pemerintah biasanya hanyalah golongan Syiah dan puak-puak Bathiniyyah! Adakah Tarikh @ sejarah silam akan berulang kembali? Sekalipun zamihan salah faham bahawa Saudi adalah negara Wahabi, janganlah menyebabkan hubungan dua hala kerajaan Malaysia dan Arab Saudi goyah. Setakat ini Malaysia dipuji pengurusan jemaah hajinya oleh kerajaan Saudi. Berapa ramai pelancong Saudi melawat Malaysia kerana yakin bahawa Malaysia terjaga keharmoniannya dan bagus pengamalan islamnya? Bukankah kehadiran mereka ini menjadi sumber rezeki kerajaan dan rakyat Malaysia?

Hairannya ialah, kenapa zamihan diberi autoriti oleh pihak polis hingga dengan mudah melabelkan bahawa fulan bin fulan pengganas? Siapa zamihan? ketua risikan anti pengganas malaysiakah? Atau sudah menggantikan ketua polis negara Musa Hasan?

Jika zamihan terlalu bencikan dengan pemikiran dan aliran wahabi, janganlah mengkafirkan mereka pula. Kemudian dituduh pula si wahabi yang mengkafirkan zamihan dan orang-orangnya. Ini bermaksud sudah mengganaskan orang yang bukan pengganas sedangkan dia yang mengganas? Kerajaan Malaysia dan polis perlu menjaga kredebiliti mereka yang semakin terjejas khususnya polis. Jangan kerana zamihan seorang, islam di Malaysia terkubur dan kerajaan BN hilang kuasa kerana kezalimannya. zamihan hanyalah seorang rakyat malaysia daripada 28 juta penduduk. pandangannya belum tentu benar lebih-lebih lagi jika terbawa emosi, dendam dan berat sebelah. Masih ramai pakar-pakar dan ilmuan islam dalam pelbagai bidang boleh di ambil pemikirannya untuk kebaikan negara.

Ingatlah, Allah akan menjatuhkan mana-mana kerajaan yang zalim sekalipun ianya dibawah pimpinan orang islam, dan Allah membiarkan kerajaan yang adil untuk tetap teguh sekalipun ianya dibawah pimpinan orang-orang kafir. ini adalah sunnah Allah dalam tadbiran alam semesta. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi sangat mustajab sekalipun yang dizalimi itu adalah orang-orang kafir, bagaimana pula jika yang dizalimi itu adalah para ulama serta mempunyai jasa yang banyak kepada agama, bangsa dan negara? zamihan jangan takut dengan bayangan sendiri dan berlaku adillah. Wallahu a3lam.


9 comments:

Tanpa Nama berkata...

sokong, baru kali ni terjumpa artikel yang menarik tentang si pemfitnah zamihan. Semoga menjadi iktibar kepada umat Islam. Allah menunjukkan kepada kita, perangai kaki fitnah, dan Allah menyeronokkan mereka (dan Abu syafiq) dengan kerja mereka sehinggalah Allah menghina mereka... seronok tengok gelagat mereka..

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaikum.. jikalau anda tidak bersua sendiri dengan ustz zamihan mat zin .. jgn menuduh dia yang bukan2x.. bukanlah Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al hujuraat ayat 11.. larangan berkata buruk sesama manusia.. bukan ana ta'asub pada manusia biasa.. kerana manusia itu tidak maksum melainkan yang dipilih Allah s.w.t seperti habibnya Muhammad Rasulallah s.a.w.. Biarlah kita menilai seseorang dengan neraca nilaian yang soheh.. dan bukan khabaran daripada orang yang fasiq.. Bukankah ada larangan tentannya.. Pergi bersua dahulu . baru anda dapat gambaran yang jelas

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Salafi Malaysia Masuk UMNO.

Kumpulan pertama seramai 40 ulama - tanpa bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin - menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibupejabat UMNO, Jumaat malam.Ia sekaligus menimbulkan teki teki sama ada beliau jadi atau tidak menyertai UMNO.Berdasarkan kenyataan ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti itu dijangka menyertai UMNO bersama kumpulan lain secara berperingkat.Bagaimanapun, beliau yang diasak wartawan tidak dapat menjelaskan sama Dr Asri sah akan menyertai UMNO dan bila dijangka berbuat demikian.Sebelum itu ramai yang menanti untuk melihat kelibatnya di majlis berkenaan ekoran laporan media yang membayangkan seolah beliau sudah jadi masuk UMNO.Sebaliknya bekas Menteri Besar Perlis itu yang dikatakan mempelopori usaha berkenan berkata, ada dua kumpulan dalam UMNO iaitu ahli parti dan penyokong UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Zamihan memang patut disaman lagi kerana mengfitnah.


Tokngah

abuzamihan berkata...

assalamualaikum, mohon copy artikel...

abuzamihan.blogspot.com

Musa Mohamad berkata...

Pengikut Ahbash sememangnya mcm tu ustaz...pyh nak kata mcm mana kan..

DAKWAH YEOP berkata...

kpd abu zamuihan tiada larangan copy mana2 artikel utk tujuan dakwah dan koongsi dan berkongsi maklumat...

akhi Musa, golongan ahbash ni pandai putar alam, menipu dan melampau dalam banyak perkara. Semoga Allah menghalang kejahatan mereka.

Abu Syeikh al-Ghuraba' berkata...

Assalamualaikum ..Jika diperhatikan sikap atau tabiat golongan berfahaman AHBASH ini terutama di negara kita ini, banyak "menongkah arus dari berjalan seiring". Pengalaman mengikuti bengkel/ceramah mereka ini khususnya saudara Zamihan al Kazzab dan Abu Syafiq al Dajjal, amatlah tidak ber-ilmiah(dari penilaian ana sendiri). Terlalu banyak men-fitnah, men-tohmah dan "merasuki" jiwa dan minda orang-orang awam yang muslim termasuklah para pegawai-pegawai di Jabatan Agama Negeri. Kita tahu,mereka itu (Ahbash) mempunyai kuasa buat waktu ini. Oleh itu, sedikit nasihat bagi para dai'e dan pejuang salaf sunnah di negara ini:
1. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk yang benar kepada golongan tersebut.
2. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diri kita,Ahli keluarga kita, ikhwan kita diberikan petunjuk serta perlindungan dari bahaya firqah-firqah dhollah seperti Syiah,Ahbash & Tareqat Sufism Sesat.
3. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesabaran,kekuatan dan ikatan kasih sayang diantara golongan sunnah.
4. Dan yakinlah, "fathuba lil ghuraba' !".
Wallahua'lam ....- Ghuraba' Of Perak -....

Abu Syeikh al-Ghuraba' berkata...

Assalamualaikum ..Jika diperhatikan sikap atau tabiat golongan berfahaman AHBASH ini terutama di negara kita ini, banyak "menongkah arus dari berjalan seiring". Pengalaman mengikuti bengkel/ceramah mereka ini khususnya saudara Zamihan al Kazzab dan Abu Syafiq al Dajjal, amatlah tidak ber-ilmiah(dari penilaian ana sendiri). Terlalu banyak men-fitnah, men-tohmah dan "merasuki" jiwa dan minda orang-orang awam yang muslim termasuklah para pegawai-pegawai di Jabatan Agama Negeri. Kita tahu,mereka itu (Ahbash) mempunyai kuasa buat waktu ini. Oleh itu, sedikit nasihat bagi para dai'e dan pejuang salaf sunnah di negara ini:
1. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk yang benar kepada golongan tersebut.
2. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diri kita,Ahli keluarga kita, ikhwan kita diberikan petunjuk serta perlindungan dari bahaya firqah-firqah dhollah seperti Syiah,Ahbash & Tareqat Sufism Sesat.
3. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesabaran,kekuatan dan ikatan kasih sayang diantara golongan sunnah.
4. Dan yakinlah, "fathuba lil ghuraba' !".
Wallahua'lam ....- Ghuraba' Of Perak -....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...