Termasuk dalam perkara yang masyhur ialah golongan salaf meninggalkan majlis-majlis ilmu pada bulan Ramadhan serta menumpukan kepada bacaan al-Quran. Akan tetapi yang sebenarnya ianya hanyalah terkenal kepada 3 orang ulama salaf sahaja. Mereka itu adalah Imam Az-Zuhri, Sufian al-Thauri dan Imam Malik bin Anas. Adapun para sahabat tidak seorangpun yang berbuat demikian.
Ibnu Rajab berkata dalam kitabnya Lataif al-Ma’arif 1/183: “Az-Zuhri apabila telah masuk bulan Ramadhan beliau berkata: Hanyasanya ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi makan”. Telah berkata Ibnul Hakam: “Imam Malik apabila telah memasuki bulan Ramadhan beliau akan melarikan diri daripada membaca hadis dan majlis-majlis ilmu”. Berkata Imam Abdul Razzak: “Sufian al-Thauri apabila memasuki bulan Ramadhan maka beliau akan meninggalkan segala ibadah dan menumpukan kepada bacaan al-Quran”.
Akan tetapi kata-kata ini (athar) sanadnya adalah lemah. Saya tidak bermaksud membincangkan hal-hal berkaitan sanad dalam artikel ini. Akan tetapi adakah benar bahawa kita perlu berhenti daripada majlis-majlis ilmu semata-mata mahu menumpukan kepada urusan ibadah khasnya membaca al-Quran? Yang lebih tepatnya ialah ilmu sentiasa mendapat keutamaan akan tetapi ianya adalah dengan meraikan beberapa keadaan, masa, tempat dan suasana.
قال ابن القيم في مفتاح دار السعادة (1/74 (
الوجه الخامس والخمسون :
ما ثبت في صحيح البخاري من حديث عثمان بن عفان رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم انه قال [ خيركم من تعلم القرآن وعلمه ] .
وتعلم القرآن وتعليمه يتناول تعلم حروفه وتعليمها وتعلم معانيه وتعليمها وهو اشرف قسمي علمه وتعليمه فإن المعنى هو المقصود واللفظ وسيلة اليه فنعلم المعنى وتعليمه تعلم الغاية وتعليمها وتعلم اللفظ المجرد وتعليمه تعلم الوسائل وتعليمها وبينهما كما بين الغايات والوسائل.اهـ
Telah berkata Ibnul Qayyim dalam kitabnya Darul saadah 1/74: “Adapun wajah yang ke 55:
“Apa yang telah datang dalam soheh Bukhari daripada hadis Usman bin Affan daripada Nabi baginda bersabda: ((Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya)). Maka mempelajari al-Quran merangkumi pembelajaran kepada huruf-hurufnya dan mengajarkannya kepada orang lain, demikian juga halnya dengan makna-maknanya. Yang mana ianya merupakan semulia-mulia pembahagian iaitu mempelajari dan mengajarkannya. Sesungguhnya mengetahui makna adalah matlamat sedangkan lafaz adalah wasilah sahaja kepada pemahaman makna. Maka kita ketahui bahawa mempelajari maknanya dan mengajarkannya adalah mempelajari matlamat. Dan mengajarkannya dan mempelajari lafaznya semata-mata adalah mempelajari wasilah-wasilah. Dan diantara kedua-dua perkara ini perbezaannya adalah umpama matlamat-matlamat dan wasilah-wasilah”.
وقال ابن عبد البر في جامع بيان العلم وفضله (2/ 178) : والكلام في العلم أفضل من الأعمال ، وهو يجري عندهم مجرى الذكر والتلاوة إذا أريد به نفي الجهل ووجه الله تعالى والوقوف على حقيقة المعاني.اهـ
Telah berkata Ibnu Abdul Barr dalam kitabnya Jami’ Bayan al-Ilmi Wa Fadhlihi 2/178 : “Adapun perbincangan dalam ilmu adalah lebih afdhal berbanding amalan, dan ianya selari disisi mereka seperti berzikir dan membaca al-Quran. Jika yang dikehendaki dengannya adalah menafikan kejahilan, mendapatkan keredhoan Allah dan Cuba untuk menadapatkan makna-makna yang sebenar”.
0 comments:
Catat Ulasan