RSS Feeds

Jumaat, 27 Julai 2012

Mustahilkah Harga Kenderaan Malaysia Diturunkan?

Secara peribadi saya sangat teruja untuk melihat penurunan harga automobil di negara tercinta. Apa salahnya memberi peluang satu musim kepada pakatan rakyat untuk menunaikan janji-janji mereka dan menifesto yang mengujakan? Jika mereka gagal menunaikannya dalam tempoh 5 tahun akan datang, maka kembalikan semula tampuk permerintahan kepada BN. Perkiraannya terlalu mudah, berikan peluang 5 tahun dan lihat!!

Harakahdaily,27 Jul 2012

KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import.

Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.

Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.

Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama.

Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut:






Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain.

Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata.

Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.

Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.

Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini.

Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini).

Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion.

Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut:





Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.

Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.

Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...