Sesiapa yang membaca tarikh
islam dan tamadunnya pasti akan menyakini bahawa syiah adalah satu pegangan
sesat lagi pengkhianat. Banyak contoh-contoh sejarah yang telah tercatat dan
yang terakhir ialah apa yang berlaku di Iraq hingga jatuhnya kerajaan sunni ke
tangan US dan akhirnya berpindah ke tangan syiah.
Mari kita lihat salah satu
contoh yang dicatatkan oleh imam ibnu Kathir dalam kitabnya Tarikhnya yang masyhur...
Pada tahun 717 H golongan
Syiah Nusairiyyah telah memberontak dan menentang pemerintah. Salah seorang
dikalangan mereka terdapat seorang lelaki yang mereka namakan Muhammad bin
al-Hassan al-Mahdi al-Qaim bi Amrillah. Kadang-kadang dia digelar Ali bin Abi
Tolib yang menciptakan langit dan bumi -Maha suci Allah terhadap apa yang
mereka sebut-. Kadang-kadang lelaki itu dipanggil sebagai Muhammad Bin Abdillah
pemilik Negara. Mereka keluar mengkafirkan orang islam dan mendakwa golongan
Nusairiyyah berada dalam jalan yang benar. Lelaki tersebut membawa pemikiran-pemikiran
ulama besar nusairiyyah yang sesat itu. Setiap ulama besar mereka itu menjadi
ketua kepada 100ribu orang mereka, satu negeri dan mempunyai
pembantu-pembantunya. Lantas mereka memasuki kota Jubullah dan membunuh ramai
penduduknya lalu keluar sambil berkata: "Tiada tuhan kecuali Ali, tiada
hijab kecuali hijab Muhammad, tiada pintu kecuali pintu salman, lantas memaki
hamun Abu Bakar dan Umar al-Khattab".
Para penduduk menjerit
meminta pertolongan: "aduhai islamku, sultanku dan gabenorku siapalah yang
membantu kami". Akan tetapi tiada siapapun yang membantu mereka yang
menangis dan memohon pertolongan Allah.
Lalu lelaki bernama Muhamad
bin Hassan yang sesat ini menghimpunkan semua harta yang dirampas daripada
orang-orang islam dan mengagih-agihkannya kepada para pengikutnya yang semoga
Allah hinakan mereka semua. Lelaki itu menyebut: "Tiada lagi orang yang dipanggil
islam, tiada lagi bagi mereka Negara, sekalipun tidak akan berbaki pengikutku
kecuali beberapa orang pasti akan kami kuasai semua negeri".
Dia kemudian membahagikan
harta-harta yang dirampas daripada orang islam itu dengan 1/10 sambil memerintahkan
pengikutnya merosakkan masjid-masjid dan menjadikannya sebagai pub-pub minum
arak. Mereka juga mengatakan kepada tawanan-tawanan dikalangan para muslimin
itu bahawa: "Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Ali, sujudlah kepada
tuhanmu iaitu al-Mahdi yang mernghidupkan makhluk dan mematikannya supaya kamu
selamat dan tidak dibunuh. Al-Bidayah Wan Nihayah 14/95. Bab keluarnya al-Mahdi
yang sesat dibumi al-Jubullah (Iraq).
0 comments:
Catat Ulasan