Termasuk dalam syubahat @ keraguan yang cuba dipopularkan oleh syiah ialah; Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq tidak sanggup mengimami solat jenazah Nabi lalu Sayyidina Ali menjadi Imam solat jenazah Nabi. Betulkah begitu? Maka mereka menjadikan ini sebagai hujah bahawa Ali lebih layak menjadi khalifah pertama berbanding Abu Bakar.
Jawapan kepada kekeliruan ini.
Pertama;
Telah terdapat riwayat-riwayat yang soheh bahawa para sahabat melakukan solat jenazah Nabi secara berasingan tanpa imam. Iaitu secara bersendirian bukan berjemaah. Maka secara automatic Ali juga tidak menjadi imam solat jenazah Nabi, demikian juga Abu Bakar.
Daripada Abu Asim Radiyallahu anhu bahawa beliau telah menyaksikan sendiri solat jenazah Nabi SAW. Beliau ditanya bagaimana kami mahu solat jenazah Nabi? Beliau menjawab: kalian masuklah seorang-seorang. Lalu mereka memasuki rumah Nabi kemudian menunaikan solat jenazah lalu keluar dari pintu yang lain”. Hadis riwayat Imam Ahmad 34/365.
Berkata Imam Ibnu Abdul Bar Rahimahullah: “Adapun solat jenazah Nabi oleh manusia, ianya dilakukan secara individu ianya merupakan perkara yang telah disepakati oleh ulama sirah dan golongan ahli Naql (hadis), tiada khilaf padanya”. Al-Tamhid 24/397.
Bagi sesiapa yang mahu merujuk Athar yang telah dicatatkan oleh para ulama, boleh melihat al-Musonnaf karangan Imam Abdul Razzak 3/473 bab bagaimana jenazah Nabi disolatkan?. Lihat juga al-Musonnaf karangan Ibn Abi Syaibah 14/552 bab pada kewafatan Nabi Muhammad. Lihat Al-Badrul Munir karangan Ibnu Mulaqqin 5/274. Lihat juga al-Talkhis al-Khabir karangan Ibn Hajar 2/290. Lihat al-khosois al-Kubra karangan as-Suyuti 2/412.
Kedua;
Para ulama telah menyebutkan sebab-sebab jenazah Nabi tidak dilakukan secara berjemaah tetapi secara individu dengan beberapa sebab berikut:
1-Ianya berpunca daripada wasiat Nabi Muhammad kepada para sahabat agar jenazahnya disolatkan secara asing-asing tidak berjemaah. Akan tetapi hadis ini tidak datang dengan sanad yang soheh. Ianya adalah hadis yang lemah. Berkata as-Suhaili Rahimahullah: “Perkara ini adalah khas kepada Nabi, ianya adalah berbentuk tauqifi, iainya seperti yang telah diwasiatkan oleh Nabi seperti disebutkan oleh al-Tobari secara bersanad.
2- Para sahabat saling berlumba-lumba untuk mendapatkan kelebihan ini (menjadi imam kepada solat jenazah Nabi) kerana kecintaan mereka kepada baginda. Lagi-lagi urusan khalifah dan ketua Negara belum selesai sepenuhnya. Para muslimin belum mengetahui siapakah yang bakal menggantikan pemerintahan Nabi Muhamad. Justeru masing-masing sahabat tidak mahu berpecah belah dengan perselisihan tersebut kerana sesiapa yang menjadi imam jenazah Nabi seolah-olah dialah khalifah mengikut kerana dia yang telah mengetuai urusan besar iaitu imam kepada jenazah Nabi Muhamad. Imam syafie berkata: “Setiap sahabat Nabi menyolati jenazah baginda secara individu dan berasingan, tiada seorangpun yang menjadi imam. Ini kerana urusan jenazah Nabi merupakan perkara yang besar, disamping para sahabat masing-masing melarang agar tiada siapapun yang mengimami solat jenazah Nabi. Al-Umm 1/314. Berkata Imam Ramli selepas membawakan kata-kata Imam Syafie: “Kerana tidak ada siapapun yang telah ditentukan untuk menjadi imam, jika salah seorang sahabat maju kedepan menjadi imam dalam solat jenazah Nabi, maka pastilah dia yang bakal kehadapan dalam semua perkara kemudiannya, maka nanti akan menjadi khalifah”. Nihayah Muhtaj 2/482.
3- Sahabat saling berebut untuk mendapatkan keberkatan daripada solat jenazah Nabi secara individu tanpa terikat dengan mengikut imam. Tiada seorangpun sahabat yang sanggup agar terdapat orang tengah diantara dia dan nabi dalam solat jenazah bagi mencapai pahala dan keberkatan. Telah berkata Imam Qurtubi: “Masing-masing sahabat mahu mengambil keberkatannya secara individu tanpa dikongsikan dengan orang lain”. Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran 4/225. Berkata Syeikh Uthaimin: “Jenazah Nabi disolati secara individu kerana para sahabat tidak mahu terdapat seorang imam didepan mereka yang menghalangi terus kepada jenazah Nabi, maka mereka datang menyolati jenazah Nabi seorang demi seorang, lelaki kemudian wanita”.
4- Pengagungan dan penghormatan kepada Nabi. Maka semua sahabat merasa segan dan takut untuk kehadapan dan mengimami jenazah Nabi. Ini kerana Nabi Muhamad adalah imam, pemimpin dan pemberi petunjuk, maka tiada seorangpun yang sanggup dan berani untuk menggantikan tempat Nabi dengan melantik dirinya sendiri menjadi imam selepas wafatnya baginda. Berkata al-Buhuti al-Hambali Rahimahullah: “Disunatkan solat jenazah secara berjemaah kerana perbuatan Nabi dan para sahabat baginda. Berterusanlah hal tersebut kecuali ketika wafatnya baginda Nabi, maka tidak disolati jenazah baginda dengan berimam kerana penghormatan ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.
Terjemahan daripada laman Web: http://islamqa.info/ar/ref/154278

1 comments:
jazakumullahu khairan kathira,,, dah lama dah terpikir masalah ni tapi tak mencari jawapan...ni baru jumpa..
Catat Ulasan