Didalam al-Quran al-Karim banyak disebutkan
tentang kalimah Allah (Lafzul Jalalah). Sehinggalah orang-orang kafir pun
menyebutkan tuhan sekalian alam juga dengan nama Allah. Saya akan bawakan
ayat-ayat tersebut sebagai bacaan umum.
Kita tidak membincangkan menggunakan kalimah
Allah untuk diselewengkan @ untuk dihinakan dan yang seumpamanya. Kita juga tidak membincangkan soal orang islam membaca kitab Taurat dan Injil. Tetapi ianya
lebih kepada penggunaan kalimah Allah dalam kitab taurat dan injil dan
kitab-kitab samawi (langit) yang lain. Kerana semua muslimin tahu bahawa
kitab-kitab langit itu adalah daripada Allah sehingga berlaku
penyelewengan-penyelewengan oleh golongan yahudi dan nasrani seperti dicatatkan
dalam al-Quran. Isi kandungan didalam injil dan taurat terdapat 3 katogeri yang
wajar difahami:
1-
Yang bertepatan dengan al-quran dan sunnah yang soheh maka
hendaklah kita menyakininya dan membenarkannya dan boleh untuk kita mengkhabarkannya
kepada orang lain.
2-
Yang jelas bertentangan dengan isi kandungan al-Quran dan sunnah
yang soheh maka wajib kita dustakan dan ingkarinya.
3-
Yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah yang soheh,
kita tidak pasti adakah ianya benar atau telah dipalsukan, maka hendaklah kita
sekadar mendengarnya sahaja, tidak membenarkan dan tidak menolak. Boleh juga
untuk kita mengkisahkannya sebagai teladan semata-mata tanpa menyakini
kebenarannya @ menyangkal kesalahannya. Sabda nabi yang bermaksud:
"Ceritakanlah tentang bani israil tidak mengapa…"
Dalam islam suatu yang sedia dimaklumi bahawa
sembelihan Ahlul kitab iaitu yahudi dan kristian adalah halal dimakan. Sepertimana
golongan muslimin dibenarkan menikahi wanita-wanita yahudi dan kristian
walaupun ianya jarang berlaku dan tidak dibenarkan perundangan Negara kita. Semua
itu adalah bukti bahawa asal usul agama mereka adalah sama, iaitu daripada Allah.
Justeru tidak hairanlah jika didalam kitab injil dan taurat disebutkan juga
nama-nama Allah. Tinggal lagi isi kandungannya tidak lari daripada tiga keadaan
seperti yang disebutkan diatas.
Akidah ahli kitab yahudi dan kristian adalah
sesat, syirik dan kafir kerana tidak mentauhidkan Allah dalam sembahan mereka
atau perkara-perkara uluhuiyyah dan juga asma dan sifat. Menyifatkan Allah
iaitu tuhan semesta alam dengan sifat-sifat makhluk seperti memiliki anak,
letih, tidur dan sebagainya. Itu semua adalah bukti terdapatnya penyelewengan
pada kitab-kitab tersebut kerana dalam masa yang sama terdapat kalimah-kalimah
tauhid yang banyak, yang secara automatic menyangkal kekufuran dan kesyirikan
mereka. Ianya seperti perintah agar menyambah Allah semata-mata dan Isa bin
Maryam itu adalah nabi dan rasul semata-mata.
Dalam banyak tempat dalam al-Quran Allah
menyatakan bahawa orang-orang kafir itu apabila ditanyakan siapakah yang
menciptakan alam semesta, pasti mereka akan menjawap: "Allah". Mengapakah
Allah dalam al-Quran tidak menggunakan kalimah tuhan? Iaitu sepatutnya orang-orag
kafir itu menjawap : "yang menciptakan langit dan bumi ialah tuhan". Jawapannya
kerana tuhan sembahan makhluk itu banyak, ada tuhan yang hak iaitu Allah dan
tuhan-tuhan sembahan yang selain Allah yang disembah oleh golongan musyrikin
adalah bathil. Justeru pengakuan kaum musyrikin dalam al-Quran bahawa yang
menciptakan, mentadbir alam dan mengurus ialah Allah merupakan tauhid
rububiyah.
Tetapi walaupun mereka mengakui tauhid rububiyah
ini ianya belum cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman kepada Allah
kerana tauhid uluhiyyahnya masih bermasalah. Iaitu tauhid pengabdian dan
penyembahannya kepada selain Allah. Sebagai contoh, menyembah pokok, patung dan
kubur, berdoa dan meminta kepada laut, api dan patung. Takutkan selain Allah
dalam urusan-urusan yang hanya selayaknya ketakutan itu kepada Allah
semata-mata. Maka akhirnya mereka masih kafir dan belum beriman kepada Allah
walaupun mengakui pencipta langit, bumi dan alam semesta ini ialah Allah.
Jika ditanya kenapa tak sembah Allah sahaja? Kenapa
kamu sembah patung dan lain-lain? Mereka (orang-orang kafir) akan katakana bahawa
sembahan-sembahan ini (patung, pokok dan lain-lain) hanyalah perantara diantara
kami dan Allah. Inilah jawapan sama yang telah diberikan oleh kafir Quraish
kepada Nabi Muhammad!
Mari kita lihat ayat-ayat pengakuan orang kafir
dalam masalah tauhid rubibiyah, iaitu Allah adalah tuhan pencipta, pentadbir
dan pengurus alam semesta.
1-
Surah al-Ankabut ayat 61
2-
Surah al-Ankabut ayat 63
3-
Surah Luqman ayat 25
4-
Surah Az-Zumar ayat 38
5-
Surah az-Zuhruf ayat 87
6-
Surah an-Naml ayat 59-60
7-
Surah Al-Fatehah ayat 2
8-
Surah al-Baqarah ayat 21
- وَلَئِنْ
سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ (63)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (25)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ
بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ
مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ
الْمُتَوَكِّلُونَ (38)
- وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (87)
- قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ
وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ (59) أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ
بَهْجَةٍ مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ
هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ (60)
- الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ (2)
- يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا
رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
(21)
Sila lihat tafsiran al-Quran dan masing-masing
berfikir dan belajarlah. Jangan anda menjadi golongan ahbash dan janganlah anda
menjadi bodoh sombong kerana dikhawatiri nanti Allah membutakan terus mata hati
anda daripada kebenaran.
Kita tidak emosi, dan dalam masa sama kita
sangat sensetif dengan kemulian agama islam apatah lagi soal-soal akidah. sebab
itu kita sangat menentang penghinaan kepada kalimah Allah dan kepada zat Allah
itu sendiri. Kenapa terlalu takut dengan injil dan taurat jika anak-anak islam
sudah faham akidah islam? Jika begitulah bermakna akidah islam belum difahami oleh
kita dan silibus pengajian kita masih sangat lemah. Wallahu A3lam.
0 comments:
Catat Ulasan