1)Membuktikan keimanan yang sebenar, maksud hadis Nabi: (Dan sedekah adalah buktinya) Riwayat Tobrani dan Baihaqi fi Syu'ab al-Iman.
2)Salah satu sebab untuk meyembuhkan penyakit, dari al-Hasan bin Ali dari Nabi beliau bersabda yang bermaksud; (Ubatilah pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah). Diriwayatkan oleh Abi Dawud dalam marasil, Tobrani dan Baihaqi dan di hasankan oleh Albani.
3)Memayungi pemberinya pada hari kiamat, maksud hadis Nabi dari Uqbah bin Amir; (Setiap manusia dibawah naungan sedekahnya sehinggalah dipisah-pisahkan antara manusia) Al-Mustadrak Ala Sohehain lil Hakim dan beliau berkata; soheh di atas syarat imam Muslim.
4)Memadamkan kemarahan Tuhan, maksud hadis Nabi; (Sedekah secara rahsia akan memadamkan kemarahan Tuhan) Lihat Silsilah Sohehah Lil Albani no 1908.
5)Mendatangkan kecintaan Allah, maksud hadis Nabi;( Sebaik-baik amalan kepada Allah ialah memberikan kegembiraan kepada seorang muslim ataupun membukakan dari dirinya kesusahan, ataupun kamu membayar hutangnya, ataupun kamu menghilangkan kelaparannya, demi sesunguhnya aku menemani saudaraku berjalan memenuhi hajatnya lebih aku sukai daripada duduk beriktikaf di masjid ini selama sebulan". Lihat Silsilah Sohehah Lil Albani no 906.
6)Bertambahnya rezeki dan keberkatan, maksud dari firman Allah; (Dan Allah mengurangkan riba (keberkatan) dan membiakkan sedekah) al-Baqarah : 276.
7)Satu kebaikan dan ketaqwaan, maksud dari firman Allah; (Kamu tidak akan mencapai kebaikan sehingglah kamu menginfakkan apa-apa yang kamu sukai, dan apa-apa yang kamu infakkan sesungguhnya Allah maha mengetahui). Al-Imran : 92
8)Dibukakan kepada pemberi sedekah pintu-pintu kerahmatan, maksud dari hadis Nabi; (Orang yang merahmati akan mendapat kerahmatan Allah, rahmatilah sesiapa yang di muka bumi pasti kamu akan dirahmati oleh orang yang dilangit. Lihat Silsilah Sihehah Lil Albani no 925.
9) Pahala akan datang ke kubur pemberi sedekah, maksud hadis Nabi;(Jika mati anak Adam maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah yang berterusan, ataupun ilmu yang bermanfaat, ataupun anak soleh yang mendoakan kebaikan untuknya). Riwayat imam Muslim
10)Memadamkan kesalahan dan kafarah kepada dosa, maksud dari hadis Nabi; (Berpuasa adalah perisai, dan bersedekah adalah pemadam kesalahan sepertimana air yang memadamkan api). Riwayat Tirmizi dan katanya ; ini hadis hasan lagi soheh.
11)Menjauhkan dari keburukan, maksud hadis Nabi: (Pelaku kebaikan dapat menjauhkan dirinya dari masori' keburukan) Riwayat Tobrani dan di hasankan oleh Albani.
12)Sedekah menyucikan diri dan membersihkan jiwa, maksud firman Allah dari surah Taubah ayat 103; (Ambillah dari harta mereka itu sedekah (zakat) membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya).
Galakan bersedekah dan kelebihan-kelebihan lain;
عن أبي هريرة أن رسول الله خطب الناس فوعظهم ثم قال يا معشر النساء تصدقن فإنكن أكثر أهل النار فقالت امرأة منهن ولم ذاك يا رسول الله قال لكثرة لعنكن يعني وكفركن العشير رواه الترمذي وصححه الألباني.
Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah memberi khutbah memperingatkan mereka kemudia bersabda; "Wahai golongan wanita bersedekahlah sesungguhnya kalian semua adalah golongan paling ramai dalam Neraka. Berkata seorang wanita dikalangan mereka; kenapakah demikian wahai rasul? Nabi bersabda; "kerana banyaknya kalangan kalian yang melaknat dan kekufuran kalian terhadap keluarga".
عن أبي هريرة - رضي الله عنه - : قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : « ما نَقَصَ مال من صدقة.. وأخرجه الموطأ مرسلا.
Maksud sabda Nabi; "Tidak berkurangan harta yang disedekahkan"
عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ، ثُمَّ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ، ثُمَّ قَالَ « اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ ، فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ »رواه البخاري.
Nabi menyebutkan tentang Neraka lantas baginda memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan, kemudian Nabi menyebutkan tentang Neraka lantas baginda memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan, kemudia bersabda; "Takutlah api Neraka walaupun dengan mendermakan separuh tamar, sesiapa yang tidak mampu maka dengan kalimah yang baik".
Sebab itu bersedekahlah walaupun dengan kadar seringgit, janganlah menganggap hina pada yang sedikit. Bersifat dengkilah untuk mendapatkan pahala dan kebaikan, tepislah dari diri anda bala dengan cara bersedekah. Ajarlah anak isteri untuk bersedekah. Berilah galakan kepada teman-teman kita untuk bersedekah sebelum datang kepada kita hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak pinak! Lantas kita berputus asa dan kecewa. Latihlah diri supaya memberi dan tidak lokek untuk memberi semoga kita mendapat taufik, amin.
0 comments:
Catat Ulasan