RSS Feeds

Khamis, 19 November 2009

Mari Berpuasa Sunat Arafah


Malaysia sudah mengisytiharkan bahawa raya haji tahun ini adalah pada 27 November. Bermakna 9 haribulan Zulhijjah ialah pada 26 November hari Khamis. Pada 9 Zulhijjah itulah hari Arafah walaupun kadang-kadang berlainan tarikh hari wukuf diantara Mekah dan Malaysia. Yang penting ialah, seruan kepada semua yang tidak melakukan haji tahun ini supaya kita berpuasa sunat. Ini kerana kelebihannya yang sangat besar seperti dijelaskan dalam entry yang lalu. Berpuasa pada hari 9 Zulhijjah merupakan puasa sunat yang paling afdhal.


Berpuasa ikut takwim masing-masing @ hari Arafah di Mekah?

Soalan ini mungkin yang sering berlegar di ruang kepala kita. Ini juga yang berlaku kepada saya dahulu. Kita bertambah pening jika hari wukuf di Arafah tidak bertepatan dengan tarikh kita di Malaysia ataupun Negara-negara lain. Adakah puasa sunat Arafah itu mengikut tarikh Mekah Arab Saudi ataupun Negara kita masing-masing? Terdapat ulama yang berpendapat bahawa hari Arafah adalah seragam diseluruh dunia kerana bumi Arafah itu satu dan hanya ada di Mekah.


Jika hari Arafah 9 Zulhijjah serupa dengan Negara kita, itu tiada masalah. Demikian juga jika 9 Zulhijjah di Mekah itu adalah 8 Zulhijjah di Negara kita, maka boleh sahaja kita berpuasa pada 8 & 9 Zulhijjah mengikut takwim Negara kita. Akan tetapi cukup bermasalah jika Malaysia mendahului Mekah! Bermakna pada 10 Zulhijjah (Idul Adha) di Malaysia bersamaan hari Arafah di Mekah. Bolehkah kita di Malaysia berpuasa? Sedangkan hari tersebut hari raya yang haram berpuasa dan kita berada di Malaysia?


Soalan kepada Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin.

Soalan; "Kami berpindah dengan sebab-sebab tertentu ke Negara Pakistan. Maka telah berlaku beberapa perubahan daripada waktu solat dan lain-lainnya. Aku ingin bertanya bahawa aku berkeinginan untuk berpuasa sunat hari Arafah, akan tetapi tarikh hijri tidak sama diantara Pakistan dan Mekah. Boleh jadi kami di Pakistan masih 8 Zulhijjah sedangkan Arab Saudi sudahpun 9 Zulhijjah. Adakah saya berpuasa pada 8 Zulhijjah yang menyamai Arab Saudi ataupun mengikut takwim Pakistan?


Jawapan al-Allamah Syeikh al-Uthaimin;

Alhamdulillah,,,perkara ini berasaskan kepada khilaf ulama dalam masalah; adakah anak bulan itu seragam di seluruh dunia ataupun ianya berbeza mengikut Negara yang terbit anak bulan? Pandangan yang benar ialah ianya berbeza mengikut Negara. Sebagai contoh jika anak bulan dilihat telah muncul di Mekah dan pada hari ini adalah hari 9 Zulhijjah, sedangkan anak bulan dilihat di Negara lain sehari sebelum itu (mekah), sudah pasti hari Arafah bagi mereka adalah menyamai hari 10 Zulhijjah di Mekah. Maka sesungguhnya haram bagi mereka itu berpuasa pada hari tersebut kerana ianya adalah hari raya haji. Demikian juga jika ditakdirkan anak bulan muncul lewat di Mekah, hari Arafah di Mekah menyamai 8 Zulhijjah di Negara lain, maka hendaklah mereka berpuasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut takwim mereka yang menyamai 10 Zulhijjah di Mekah ketika itu. Ini adalah pandangan rajah (tepat) kerana Nabi bersabda yang bermaksud; (Jika kamu lihatnya (anak bulan) maka berpuasalah, dan jika kamu lihatnya maka berbukalah). Mereka yang tidak nampak anak bulan di tempat mereka sudah pasti tidak melihatnya sepertimana manusia berijma' mengiktiraf bahawa terbit dan terbenamnya matahari adalah mengikut tempat masing-masing maka demikian juga takwim bulanan ianya sama seperti waktu harian. Wallahu A'lam.

Sila rujuk Majmuk Fatawa ibnu Uthaimin; 20.


2 comments:

DAKWAH YEOP berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
DAKWAH YEOP berkata...

hadis Nabi (jgn kamu berpuasa pada hari sabtu kecuali apa yg Allah fardhukan keatas kamu...) riwayat abi daud& tirmizi dan disohehkan oleh al-bani. larangan ini seperti juga puasa pada hari jumaat. iaitu jika munfarid (pada hari jumaat shj @ sabtu sahaja) adapaun jika disertakan dgn hari lain @ hari sabtu itu bertembung dgn hari kebiasaan dia berpuasa sunat cth: puasa bidd (putih/bulan penuh), arafah, puasa 6 dan lain2 maka itu tidak termasuk dlm larangan.

dalilnya ((jgn kamu berpuasa pada hari jumaat kecuali disertakan dengan sehari sebelumnya atau selepasnya))Muttafaq alaih.

ibnu qudamah berkata dlm al-mughni; "makruh berpuasa hanya pada hari sabtu...yang makruh ialah jika diifradkan (tidak disertakan dgn hari sebelumnya@selepasnya), jika berpuasa berpuasa pada hari sabtu dan sebelum@selepasnya maka tidak makruh kerana hadis abu hurairah dan juwairiyyah. demikian juga jika bertembung dengan hari yang seseorang itu memang berpuasa maka tidak makruh".

Justeru, jika anda hanya berpuasa pada hari sabtu yang bersamaan dgn 9 zulhijjah tanpa disertakan dgn hari jumaat @ ahad juga tidak makruh kerana ianya bertembung dgn hari digalakkan berpuasa @ hari kelaziman anda berpuasa sunat. wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...