RSS Feeds

Ahad, 21 Mac 2010

QaddaraLLahu Masya'a Fa'al

Allahu Akbar, saya keletihan apabila sehari suntuk dengan tugasan sehinggalah 10 malam. Saya menghadap laptop dan menulis catatan ini, semoga menjadi peringatan buat diri. Petang tadi, teman sekuliah saya ketika sem 1 dari Indonesia menghubungi mahu meminjam wang. berapa banyak? Saya bertanya. "3000 riyal". Uppsss, saya termenung sebentar mengira-ngira jumlah yang saya miliki. Kalau paling banyakpun, saya boleh bagi pinjam 1000". Jawab saya ringkas. Walaupun saya memerlukan juga wang bagi menguruskan hak pindah milik kereta yang baru yang beli dari seorang teman 10 hari lalu sekitar 600 riyal. Tetapi saya teringatkan hadis Nabi yang bermaksud; "Sesiapa yang membantu memudahkan urusan seorang mukmin daripada sesuatu yang membelenggunya daripada urusan dunia, maka Allah akan mudahkan bagi urusannya pada hari akhirat".

Saya berjanji memberikan kepada beliau selepas solat asar. Tiba-tiba beliau memberitahu, memerlukan khidmat saya untuk menemaninya membeli sebuah kereta pada petang itu juga. Tempatnya agak jauh. Jalan raya sesak kerana semua orang pulang daripada tempat kerja. Saya sanggupkan juga, mudah-mudahan Allah mengganjari saya dengan pahala. Daripada Dir'iyyah saya dan teman bergerak menuju ke Syifa' selepas maghrib, dan sampai ditempat pameran kereta terpakai ketika hampir-hampir Isyak. Selepas beliau menjelaskan semua bayaran yang berjumlah Sr11,900, kami menunaikan solat Isyak. Selepas solat kembali semula untuk mengambil kereta jenis Toyota Corolla model 1998. Selepas kereta dikeluarkan daripada kedai, 2 orang teman arab beliau datang berbincang sesuatu yang berkait dengan dakwah pekerja-pekerja Indonesia di Saudi barangkali. Saya menunggu, terus menunggu, oppss, sudah 20 minit ni. Geram juga hati saya. ermmm,,bersabar dan akhirnya kami bergerak pulang.

Teman saya memandu kereta barunya, saya mengekori dibelakangnya. Mungkin kerana lesennya baru berumur 2 minggu, maka saya kira terlalu lambat kelajuannya. Akhirnya dalam kesesakan itu saya memintas dan meninggalkan beliau. Radio "Iza'ah al-Quran" saya hidupkan. Saya menekuni bacaan Syeikh Mahir Uqaili yang membaca surah al-Hijr. Sekitar 10 minit saya sudah keluar daripada Toriq Ulayya, kereta Ford Focus 2003 saya terus memecut dengan kelajuan 120km. Jalan sehala 3 lorong itu cukup selesa sekalipun kereta agak banyak. Tiba-tiba, kereta dibelakang saya menghidupkan sirennya sambil memberikan lampu tinggi. saya beralih ke lorong tengah dari arah kiri untuk memberi laluan. Tetapi kereta camry itu terus mengekori sambil memberikan lampu kecemasan. Tiba-tiba kedengaran suara memberi arahan untuk berhenti. Adusss, Nasib apa pulakni! (Murur sirri) rupanya! habislah aku, gertak hati saya.

Saya berhenti, seorang anggota polis muda dan berwajah baik memberi salam. Orangnya berjanggut sederhana dan bertanya; "Lisyyhh Tusri3"? Saya jawab, "mana ada saya bawak laju? saya bawak macam orang lain jugak". "Aku nampak kamu laju tadi?" Saya senyap. "Kenapa kamu tak pakai tali pinggang?". "Saya pakai" jawab saya ringkas. Si polis membalas; "Tapi dah dekat berhenti tadi baru kamu pakaikan?". ermmm,,saya senyap sambil tersenyum pahit. "Bagi saya Istimarah, Iqamah dan lesen". Saya cepat-cepat berikan dan keluar dari kereta mahu memujuk. Tapi dengan selambanya dia berkata, "duduk sahaja diam-diam dalam kereta". hahhh,,saya menarik nafas bengang tetapi akur.

5 minit, dia datang kembali dengan membawa kertas kuning. "Kereta ini sapa punya?". saya jawab; "kawan saya, baru beli minggu lepas, tapi tak sempat tukar nama". Bila nak tukar milik?", dia bertanya. "Esok Insyaallah". si polis berkata; "Oklah, pakai tali pinggang dan selamat jalan". "Ehhh, kamu saman aku jugakke? Tak kesian dengan aku?". Sambil tersenyum dia menjawab, "sr100 sahaja, lain kali pakai tali pinggang". "Aduhai, saya menepuk dahi bengang. Seumur hidup belum pernah kena saman polis. Dahla duit cukup-cukup makan". Khairan insyaallah. Saya cuba tenangkan perasaan geram dan hangat hati. Mudah-mudahan Allah memberkati teman yang saya bantu, bukan salah kamu, tapi aku yang lalai dan kurang sabar.

"Allah telah mentaqdirkan sesuatu maka dia telah melakukannya". Itulah ayat yang terbaik yang diajarkan oleh Nabi ketika ditimpa sesuatu ujian dan musibah. Semoga ianya menjadi kafarah kepada dosa-dosa saya yang telah lalu.

4 comments:

..::بشرى::.. berkata...

120 km! kete lak canggih
mmg sedap la tekan...xpe bang..nti ade la duit balik esok luse...ameeen

Ayasu Kuro-Obi berkata...

Assalamualaik ya akhiy... kat Malaysia pernah x kena saman? hehehe...

Ada masanya kita diuji, tatkala kita rasa duit diperlukan, masa itu jugalah kawan nak pinjam... semoga semasa kita pula yg memerlukan, dimudahkan dengan bantuan...

DAKWAH YEOP berkata...

waalaikumasalam abg Ayasu,,ana semenjak dapat lesen motor dan kereta kat malaysia tahun 99 tak pernah lagi kena saman walaupun sekali:), alhamdulillah...

terima kasih di atas nasihat abg, tapi al-hamdulillah banyak, dah ada orang bayarkan saman tak pakai tali pinggangtu 2 hari lepas. saman tu 150 sr bang, hayya...baik betul dia, moga Allah murahkan rezeki dia....amin

Muhammad Zikrullah berkata...

salam..sahabat saya nak copy skit ke blog saya info ni.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...