RSS Feeds

Selasa, 4 Mei 2010

Banjir Di Riyadh


Jalan Raya Bawah Yang Sudah Menjadi Kolam

Semalam bermula 2.00 petang hujan turun di Riyadh, bermula dengan rintik-rintik hinggalah mencurah-curah dengan lebatnya. Hujan turun dengan begitu lebat sekitar 2 jam, kemudian berterusan dengan kadar sederhana sehinggalah malam hari pukul 10 malam. Selepas solat asar, saya keluar daripada K.S.U menuju ke Torik Da'iry untuk pergi ke Izdihar di exit 7. Bermula pukul 4 petang dari exit 2, saya terkejut melihat deretan kereta dan lori. Kesesakan lalu lintas yang sangat luar biasa melanda Bandar Riyadh.


Saya menyelinap mengambil jalan paling kanan bergerak perlahan, adapun bahu jalan sebelah kiri langsung tidak bergerak. Selepas 40 minit saya Cuma bergerak 1/2 km dan satu kereta melintang ditengah-tengah jalan. Saya terus bergerak sehinggalah jam menunjukkan 6.00 petang. Akhirnya saya mengambil keputusan keluar melalui exit 5 untuk mengambil jalan sebelah dalam. Dengan hujan yang turun, bahu jalan sebahagiannya tenggelam dan beberapa kenderaan mati ditenggelami air. Saya risau juga memikirkan nasib kenderaan yang saya pandu, tetapi al-hamdulillah saya dapat berhenti di bahu jalan berdepan dengan university al-imam. Saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat manghrib 6.30 petang. Selesai solat, seorang makmun yang saya kenali (Syeikh Dr Muhamad al-Khudairi) mencadangkan kepada imam agar kami menjamakkan solat. Kami menunaikan solat isyak selepas itu.


Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam asrama al-imam university untuk terus bermalam disana memandangkan hujan terus turun dan keadaan jalan yang ditutup dan ditenggelami air.

Akhi Hafeez Firdaus Di Hadapan al-Imam University


Dilaporkan sebanyak 300 aduan kemalangan jalan raya dilaporkan. 210 kereta polis meronda diseluruh Riyadh. Banyak jalan-jalan penting ditenggelami air. Kereta-kereta pacuan 4 roda dengan sengaja meluncur meredah lautan air. Banyak kereta –kereta yang tersadai dibahu jalan mengalami kerosakan. Ini adalah diantara banjir yang terburuk selepas kes di Jeddah sehingga kerajaan Saudi mengumumkan cuti kepada semua sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan di Riyadh pada hari ini. Arab Saudi sepatutnya membaik pulih saliran air bagi mengelakkan banjir kilat yang seterusnya mengakibatkan kerugian harta dan nyawa.

1 comments:

..::بشرى::.. berkata...

macam banjir lumpur pula ye? letak la gambar kereta abg tu..nak tgk gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...