RSS Feeds

Jumaat, 14 Mei 2010

Beberapa Doa Yang Syamil


Berikut adalah beberapa doa yang syamil (menyeluruh) dan ringkas yang mudah-mudahan menjadi panduan dan sebolehnya menjadi hafalan dan amalan dalam berdoa. Semoga beberapa doa penting ini sudah cukup untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus kepada kemelampauan dan kurang adab terhadap Allah dalam bermohon dan meminta. Ini bermakna kita cuba mengelakkan diri daripada meminta perkara-perkara yang remeh temeh yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Selain itu kita cuba menghafaz beberapa lafaz doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Alihissolatu Wa Atammu Taslim.


Ummul Mukminin Aisyah berkata, bahawa Rasulullah telah mengajarkan beliau doa berikut;

((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا)).


Bermaksud; "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada segala kebaikan seluruhnya yang segera mahupun lambat, yang aku ketahui daripadanya mahupun aku tidak ketahuinya. Dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan seluruhnya yang segera mahupun lewat, samada yang aku ketahui daripada kejahatan itu mahupun aku tidak ketahui. Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu daripada kebaikan yang telah dipinta oleh hambamu dan Nabimu (Muhammad), dan aku berlindung denganmu daripada kejahatan yang hambamu dan Nabimu memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadamu syurgamu dan apa-apa yang mendekatkanku kepada syurgamu daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung denganmu daripada api neraka dan apa-apa yang mendekatkanku kepada api neraka daripada amalan lisan mahupun perbuatan. Dan aku pohon kepadamu Ya Allah supaya engkau jadikan setiap takdir yang kau tentukan kepadaku adalah kebaikan". Hadis ini hadis soheh riwayat Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, al-Hakim dalam Mustadrak dan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad.


Nabi Muhammad telah berkata kepada anak baginda Fatimah; "Apa yang melarangmu daripada mendengar apa yang akan aku wasiatkan kepadamu, iaitu kamu sebutlah apabila menjelang pagi dan petang;

((يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ)).


Bermaksud; "Wahai yang maha hidup, Wahai yang maha teguh dengan rahmatmu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku dalam segala urusanku, dan janganlah engkau tinggalkan diriku keseorangan biarpun sekelip mata". Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad, al-Hakim dalam Mustadrak dan imam an-Nasai dalam Sunan Kubra dan Imam Baihaqi dalam Syuabil Iman.


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah berkata;

« اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ ».


Bermaksud; "Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan benteng kepada urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang merupakan kehidupanku dan perbaikilah bagiku akhiratku yang merupakan tempat kembalimu @ kebangkitanku, dan jadikanlah hidupku pertambahan kepada setiap kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai rehatku daripada setiap kejahatan". Hadis ini dirwayatkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, an-Nasaie dan Imam Ahmad.


Cukuplah dulu 3 doa ini sebagai hafalan dan amalan bagi mereka yang baru. Beramal dengan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak tetapi terputus-putus. Nabi bersabda yang bermaksud; "Sebaik-baik amalan kepada Allah ialah yang berterusan (istiqamah) sekalipun sedikit". Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Jazakallah.Semoga ia menjadi amal jariah.

DAKWAH YEOP berkata...

lain kali kalau mahu mendoakan kebaikan kepada orang lain biarkan habis doa itu,,jangan tergantung. jika anda sekadar menyebut ; Jazakallah yang bermaksud; "semoga Allah membalas kepadamu"...balasan apakah? baik @ buruk? justeru habiskan doa itu dengan ; Jazakallahu khair. Syukran

Tanpa Nama berkata...

ya sheykh..jazakallahukhayrankatheera. entri-entri sheykh sume best2 laa..keep up that good work

DAKWAH YEOP berkata...

Walaka as-syukur, akhil karim (Faiz), semoga Allah mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada anda, mengurniakan semangat dan kekuatan dalam beramal. Allahu waliyyu al-Taufiq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...