RSS Feeds

Ahad, 15 Ogos 2010

Memilih Makanan Untuk Berbuka


Dalam musim Ramadhan yang mulia ini, mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah pada permulaannya, mendpat keampunan Allah pada pertengahannya dan tersenarai nama kita dikalangan hamba-hambanya yang terbebas daripada belenggu api neraka.


Suatu kemestian kepada semua muslim yang berpuasa untuk menyediakan jamuan juadah berbuka puasa. Samada dengan memasak dan menyediakannya sendiri di rumah mahupun sekadar membeli sahaja di gerai dan bazaar Ramadhan yang terdekat. Apa yang perlu diperhatikan ialah, sejauh mana kita memilih makanan yang paling baik untuk memasuki kerongkong kita yang sudah 8 jam tidak makan dan tidak minum.


Satu pesanan penting ialah, pastikan anda memilih makanan yang disediakan oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jangan sekali-kali mulut yang umpamanya berbau kasturi disisi Allah itu dimasukkan kedalamnya sesuatu makanan yang disediakan oleh tangan-tangan yang fasiq. Berapa ramai peniaga yang tidak menunaikan solat? Berapa ramai peniaga makanan dan bazaar-bazar Ramadhan yang masih mendedahkan aurat. Tanda-tanda kefasiqan mereka itu jelas. Justeru janganlah hendaklah anda membeli makanan yang disediakan oleh mereka! Kerana makanan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Samada ianya jasmani mahupun rohani.


Jika anda membaca bagaimana sifat warak imam Ahmad bin Hambal dalam masalah makanan ini, anda pasti segera faham apa yang saya maksudkan. Para ulama sangat teliti dalam memilih makanan yang halal, suci, dan tiada keraguan dari semua sudut. Walaupun banyak makanan yang zahirnya halal, tetapi jika kita mengetahui bahawa terdapat keraguan ataupun syubahat terhadap makanan tersebut maka barangsiapa yang menjauhi perkara yang syubahat maka dia telah mensucikan agamanya dan maruahnya.


Mudah-mudahan kegembiraan kita ketika berbuka tidak dirosakkan dengan juadah-juadah yang mencacatkan kesempurnaan kita berbuka. Semoga doa-doa yang dipohon oleh saudara-saudari sebelum berbuka puasa diperkenankan oleh Allah. Doa itu tidaklah seharusnya doa untuk berbuka sahaja, tetapi mintalah dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad yang merangkumi kebaikan di dunia dan akhirat. Wallahu A3lam.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa pegangan Imam Ahmad dalam bab pemakanan sheykh? enlighten me, please.

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaykum sheykh.

Ada beberapa persoalan yang timbul dlm benak pemikiran ana berkaitan dengan sumpah dan kaffaratnya. Harap sheykh bleh jawab sebab ana tak tau nak tanye kat mana. Tade orang sekitar ana yang boleh jawabkan.

1) Adakah apabila seseorg berkata macam ni "Kalau aku makan durian ni, aku sedekah 1000 ringgit" boleh dikira bersumpah?

2) Sumpah yang dilanggar yang tak dapat dimakbulkan mesti dibayar kaffarat, kan? Kena bebaskan hamba. Kalau takde, bagi makan 10 orang miskin, atau pakaian kepada 10 org miskin atau berpuasa 3 hari berturut2. Persoalan ana, adakah anak yatim di rumah yatim boleh dikira sebagai fakir miskin?

Sori laa sheykh tanya kat ruang komen ni. Kalau sheykh ada jawapan kepada persoalan ana ni silalah sampaikan kepada ana. Mekaseh banyak2 yang tidak berbelah bahagi sebab sudi melayan songel ana yang pelbagai ni..huhu..Jazakumullahukhayr..

Wassalamu'alaykum

DAKWAH YEOP berkata...

walaikassalaam akhi Faiz (lonsa),adapun Imam Ahmad beliau tidak akan memakan makanan yg terdpt syubahat walaupun sedikit. Hinggakan beliau tidak menjamah makanan yg disediakan dipenjara hingga akhirnya beliau dibebaskan. begitulah juga ramai ulama2 yg lain sgt teliti dlm bab makanan.

ttg soklan2 enta ni adalah spt berikut;
soalan pertama, ayat itu bukanlah termasuk dalam sumpah kerana tidak disertakan sumpah. tapi kalau dia bersedekah 1000 itu sgt bagus.

kedua; kafarah org yang langgar sumpah adalah spt dalam surah al-maedah ayat 89, boleh pilih antara 3 perkara, bagi makan pada 10 org miskin @ belikan pakaian @ bebaskan seorang hamba. kalau semua ni tak mampu dibuat maka bolehlah dia berpuasa 3 hari. jumhur ulama kata tak sah dibayar dgn wang. so, mudahnye belanja makan tengahari @ malam pada 10 org miskin sudah memadai.

adapun anak2 yatim tidak semua mereka miskin dan mereka bukanlah golongan yang layak menerima zakat @ diberi makan utk kafarah sumpah ini, kecuali jika mereka (anak yatim ni) miskin. Berapa ramai anak yatim yg kaya @ jutawan sbb jadi pewaris pusaka kepada ayahnya yang jutaawan? Wallahu a3lam.

lain kali kalau enta nak tanya, no problem punya, tapi jgn tanya merepek2 sudahlah:),

Tanpa Nama berkata...

Terjawab sudah segala persoalan. Terima kasih yang tidak berpenghujungnya dihulurkan kepada tuan sheykh. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat dr Allah SWT.

Intan SRM berkata...

assalamualaikum,salam ziarah
terima aksih dan tahniah atas perkongsian ilmu dan pengalaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...