Seorang anggota di dalam mahkamah jenayah antarabangsa telah membongkar pada hari Rabu 23 Feb 2011 bahawa jumlah sebenar kematian semenjak berlakunya reformasi di Libya adalah 10000 orang sementara seramai 50 ribu orang telah tercedera. Beliau juga menyatakan bahawa tidak mustahil Qadhafi akan menggunakan senjata kimia untuk menghentam rakyat libya yang menentang pentadbirannya. Sambil menyeru supaya Negara-negara dunia masuk campur bagi menyelamatkan rakyat Libya. http://www.almokhtsar.com/news.php?action=show&id=144051
Lebih 40 tahun Muammar Ghadafi yang berwatak pelik, pemikirannya yang gila, angkuh, dan sawan babi itu memerintah rakyat Libya yang pernah terkenal dengan pejuang agama dan negaranya (Umar Mukhtar) menentang penjajah Itali. Rakyat Libya tetap bersabar sehinggalah momentum perubahan yang dimulai oleh Tunisia dan diikuti Mesir itu menyebabkan mereka mencuba nasib. Malangnya penyakit gila kuasa, gila otak dan gila babi Ghadafi menyebabkan ramai rakyatnya dikorbankan untuk menyelamatkan diri dan keluarganya.
Husni Mubarak vs Muammar Ghadafi
Ketika awal pemerintahan Husni Mubarak di Mesir, Muammar Ghadafi telah meminta supaya menghantar air sungai nil kepada Libya supaya padang pasir di Libya menghijau subur. Husni Mubarak menjawab dalam satu ucapannya yang disiarkan di TV : "Dia fikir dirinya adalah Abdul Halim Hafiz mahu menghijaukan padang pasir?". Kemudian Husni Mubarak mengisyaratkan dengan tangannya yang membawa maksud "gila".
Perangai tidak matangnya terserlah ketika berada dalam persidangan-persidangan Negara-negara arab dan juga mana-mana muktamar. Ghadafi mengkritik ramai pemimpin arab yang menyokong barat dan kuasa-kuasa besar sedangkan dalam masa sama dialah yang telah menjual aset minyak negaranya kepada Negara-negara barat dengan harga yang paling murah. Ini secara langsung menjelaskan sebab mengapakah Negara-negara barat berdiam diri dan tidak bercakap langsung apabila Ghadafi melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap pendemontrasi di Libya.
Ghadafi sebagai Khalifah Umat Islam?
Beliau pernah menganggap dirinya sebagai khalifah umat islam. Kadangkala menyangka dirinya adalah seorang ulama yang Faqeh dalam urusan agama dengan berlandaskan akal kontotnya semata-mata. Pernah juga dia menyangka sebagai raja bagi sekalian Negara-negara Afrika dan mahu menyatukan seluruh Negara-negara Afrika dibawah pimpinannya yang kununnya bijak!
Saiful Islam mewarisi kegilaan bapanya!
Saiful islam al-Ghadafi keluar membuat kenyataan bahawa rakyat yang keluar melakukan demontrasi adalah golongan perosak yang mengambil dadah. Sementara golongan pekerja-pekerja arab di Libya adalah yang bertanggungjawab menggerakkan reformasi di Libya menurut pandangan Saiful Islam. Kemudian beliau menjelaskan bahawa tentera Libya akan berjuang sehinggalah tentera yang terakhir untuk menghalang kebangkitan rakyat Libya. Siapakah Saiful Islam ini sedangkan dia langsung tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam pemerintahan kerajaan Libya! Adakah dia menyangka akan mewarisi pentadbiran zalim bapanya seperti si malang anak Husni Mubarak yang akhirnya melarikan diri dengan 100 buah bag ke London!
Muammar Ghadafi semakin sesat dan gila,
Beliau keluar ketika hujan untuk memberi penghinaan kepada rakyatnya yang berdemontrasi kemudian berkata bahawa beliau berniat untuk bergabung dengan pendemo tetapi disebabkan hujan beliau membatalkan niatnya. Beliau berkata; "Bahawa dia adalah ketua reformis dan bukanlah pemimpin Negara itu. Kerana itu beliau tidak akan meletakkan jawatan, maka kebangkitan akan terus berlaku selama-lamanya selama beliau memerintah! Ces!! Pemikiran apakah Ghadafi ketika umat islam hidup di kurun moden ini?
Kenapa barat membisu?
Dimanakah hak asasi manusia yang kononnya diperjuangkan oleh barat? Dimanakah demokrasi yang kononnya diperdewakan oleh Amerika dan Negara-negara barat dan maju secara umum? Dalam tempoh beberapa minit sahaja ratusan bahkan bilangan yang mati sudah mencecah ribuan orang, kenapakah tiada amaran daripada kuasa-kuasa besar terhadap keganasan dan kekejaman Ghadafi? Rupa-rupanya kepentingan minyak yang mereka peroleh dengan harga yang sangat murah daripada Libya sangat penting berbanding nyawa ribuan umat di Libya! Khasnya umat islam!
Mempertahankan kezaliman Zainal Abidin bin Ali di Tunisia,
Ghadafi ini adalah satu-satunya pemimpin arab yang mempertahankan dan menyokong kezaliman dan keganasan pimpinan Zainal Abidin Ali sekalipun telah di umumkan kekayaan Zainal Abidin yang merompak harta rakyat! Demikian juga beliau mempertahankan kerajaan Husni Mubarak yang hartanya mencecah 70 billion dollar!
Fatwa supaya Ghadafi di Bunuh!
Setelah Prof Dr Yusuf memfatwakan agar Ghadafi dibunuh, anggota majlis ulama sudan pula menfatwakan perkara yang sama. Bahkan menyatakan bahawa wajib Ghadafi dibunuh kerana telah jatuh murtad dan kafir. http://www.almokhtsar.com/news.php?action=show&id=144062
Semoga Allah menjatuhkan kerajaan-kerajaan zalim di seluruh dunia islam dan menggantikannya dengan pemimpin yang menyokong islam dan mengamalkan ajaran islam dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah menghantar bala tenteranya kepada jiwa-jiwa ganas dan angkuh yang menyebati di dalam hati-hati pemimpin islam dan kafir yang angkuh dan zalim. Amin.
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala sesuatu". Surah al-Imran: 26.
0 comments:
Catat Ulasan