RSS Feeds

Ahad, 15 Mac 2009

Jangan banyak ketawa & jangan bermasam muka

Orang yang banyak ketawa akan dipandang sebelah mata oleh orang lain. Tidak syak lagi bahawa orang yang suka ketawa ketika usia muda lebih munasabah berbanding jika pelakunya adalah orang tua. Perkara yang sebaik-baiknya ialah senyuman dan bermuka ceria. Nabi bersabda yang bermaksud; ((Senyumanmu dihadapan saudara kamu adalah sedekah)). Jarir berkata; "Rasulullah tidak memandang mukaku kecuali dengan senyuman". Mutafaqun alaih.


Inilah akhlak islam, sering menggembirakan hati orang lain. Kedudukan yang lebih tinggi ialah jika seseorang itu suka menangis pada malam hari dan banyak senyumannya tatkala siang hari. Nabi bersabda yag bermaksud; ((Kalian semua tidak mampu menguasai manusia dengan harta kekayaanmu, akan tetapi dengan cara kalian menunjukkan air muka yang manis)). Hadis hasan riwayat al-Bazzar.


Ada satu perkara yang wajar diketahui, seorang yang selalu ketawa sepatutnya dia menahan sikap itu supaya dia tidak diperkecilkan orang dikhalayak. Seseorang yang sering bermasam muka sepatutnya mula belajar untuk rajin tersenyum dan menghiasai akhlaknya. Ibnu Batthol mengatakan; "Sesungguhnya yang lebih wajar dicontohi dari perbuatan Nabi ialah apa yang lebih sering baginda lakukan".


Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar; "Kesimpulan yang dapat diambil dari keseluruhan hadis ialah kebiasaan baginda secara umum ialah tersenyum, terkadang lebih dari itu sehingga ketawa. Namun situasi yang dibenci ialah sering berlebih-lebihan kerana ianya akan mengikis kewibawaan". Wallahu a'lam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

betulkah bahawa banyak ketawa mematikan hati?tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...