RSS Feeds

Selasa, 10 Mac 2009

Mengenali Syeikh Abdul Razak Afifi Rahimahullah

Beliau adalah al-Allamah Syeikh Abdul Razak bin Afifi bin Atiyyah. Seorang ulama yang alim dalam bidang fekah dan usul. Berasal daripada Mesir, menetap dan wafat di Riyad Arab Saudi. Beliau dilahirkan pada tahun 1323 Hijrah di Syansyur Mesir. Menamatkan pengajian di al-Azhar dalam bidang bidang fekah dan usul di peringkat Master.


Beliau diantara pengasas Jamaah Ansor Sunnah Muhammadiah yang menentang perkara-perkara khurafat dan bida'ah dan memperingatkan manusia daripada perkara-perkara syirik.


Pada tahun 1368 Hijrah Syeikh Muhammad bin Mani' Mudir al-Ma'arif di Thoif telah merantau ke Mesir untuk mencari guru-guru yang hebat untuk mengajar di Darul Tauhid. Tatkala Syeikh Muhammad bin Mani' bertemu dengan Syeikh Abdul Razak beliau mendapati telah menemui satu gedung ilmu syariah yang amat bernilai pada diri lelaki ini (Syeikh Abdul Razak) memiliki akidah yang murni.


berkunjunglah Syeikh Abdul Razak selepas itu ke Thoif sebagai pengajar kemudian berpindah untuk mengajar di Ma'ahad Riyad al-Ilmi di Riyad. Kemudian berpindah mengajar di Ma'ahad Unaizah al-Ilmi sebelum kembali semula ke Riyad mengajar di kuliah Syariah dan Lughah Arabiah. Selanjutnya beliau menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad al-A'la Lil Qado serta menyumbang dalam meletakkan silibus pengajian di Ma'ahad tersebut.


Kemudian berpindah ke Riasah Ifta sebagai pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz bin Baaz sehinggalah beliau wafat. Beliau juga telah dilantik sebagai anggota dalam Majlis Hai'ah Kibar ulama Arab Saudi. Beliau seorang ulama yang terkenal di Arab Saudi, dikenali orang orang awam mahupun golongan cendiakawan. Telah lahir di tangan beliau ramai anak murid terkenal dan tersohor, tidak kurang juga yang menjadi Qadi dan guru.


Diantara murid beliau yang terkenal ialah; Syeikh Abdullah bin Ghudayyan. Syeikh Abdullah bin Jibrin, Syeikh Abdullah bin Mani', Syeikh Abdullah at-Turki, Syeikh Abdullah al-Bassam dan ramai lagi.


Beliau meninggal dunia pada hari Khamis 25/3/1415 hijrah. Jenazah belaiu disolatkan di Jami' al-Kabir di Riyad. Mufti kerajaan Arab Saudi, Sohibussamahah Syeikh Abdul Aziz bin Baaz telah mengimami solat jenazah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...