Beliau adalah seorang gadis Lubnan bernama Sarah, ayahnya muslim dan ibunya kristian, 10 tahun membesar di Lubnan kemudian mengikuti ibu bapanya berhijrah ke Australia menetap disana sehinggalah umurnya 22 tahun & menetap disana. Terputuslah segala hubungannya dengan agama secara total! yang diketahuinya ialah dia seorang muslimah tanpa pernah mengenali mushaf, tidak tahu fatihah, solat dan agama bukanlah suatu yang penting bagi dirinya.
"Saya teruskan pengkisahan ini dengan mengubah penceritaannya seolah-olah seperti yang diceritakan sendiri oleh saudari Sarah".
Kemudian ibu bapaku berpisah dan masing-masing berkahwin, sehiggalah aku memasuki university dan ibu bapaku meninggalkan Australia. Mereka meninggalkan aku seorang diri tanpa keluarga mahupun saudara. Lantas aku bekerja di pub (kelab malam) pada waktu petang. Aku mempunyai boyfriend 100% seperti hubungan pemuda pemudi di barat. Aku tidak pernah meninggalkan sesuatu yang haram kecuali akan aku lakukannya tanpa malu @ rasa bersalah. Aku adalah seperti orang barat 100%! Aku mengetahui bahasa arab serba sedikit. Kerana aku adalah seorang gadis yang cantik maka aku telah memasuki pertandingan Ratu cantik di New Zealand dan aku memenanginya, aku sekarang bersedia untuk memasuki pertandingan lebih besar. Justeru sekarang aku sudah menjadi model bagi cover majalah yang tidak mulia. Tatkala aku berada dalam kemasyhuran itu, aku menziarahi satu keluarga berketuruan Lubnan yang bermukim di Australia dan aku menyaksikan satu siaran bulan Ramadhan yang berbicara tentang "Menjaga kehormatan". Aku merasa sangat-sangat terpukul dengan rancangan itu seolah-olah rancangan itu hanya membicarakan tentang diriku. Selesai mrngikuti rancangan tersebut aku menghantar soalan : "Adakah disana satu kemungkinan bahawa Allah menerima aku dan mengampuni dosa-dosaku dan aku bertaubat kepadanya?
Kemudian Dr Amru Khalid menjawab soalan Sarah; "Sesungguhnya Allah maha pengampun, mengampunkan sekalian dosa dan diantara nama Allah ialah al-Ghofur, sesungguhnya Allah mewajibkan kepada dirinya sifat Rahmat dan sesungguhnya Allah berkata; ((Bahawasanya rahmatku mengatasi kemarahanku)) dan kemudian Dr Amru membawakan beberapa kisah manusia yang bergelumang dengan dosa kemudian bertaubat kepada Allah.
Dua hari kemudian gadis bernama Sarah ini mengirimkan email kepada Dr Amru Khalid dan suratnya berbunyi: "Aku tidak pecaya bahawa kemungkinan Allah akan mengampuni aku dan aku berterusan menangis dengan kerapnya dan sekarang aku mahu mempelajari solat".
Kemudian Dr Amru Khalid membalas pada hari itu juga dan meminta supaya Sarah mengirimkan alamatnya di New Zealand supaya dia boleh menghantar beberapa kaset al-Quran Syeikh al-Ajmi, Misyari Rasyid dan lain-lain lagi kaset dakwah.
Lantas Sarah menghantar alamatnya kepada Dr Amru Khalid.
Dr Amru menunaikan janjinya serta menghantarkan apa yang telah disebut melalui pos berpandukan kepada alamat yang tertera di email beliau.
Setelah apa yang terjadi, Sarah mengirimkan satu email kepada Dr Amru Khalid: "Aku tidak tahu bagaimana mahu mengucapkan kesyukuranku pada kamu, tidak ada seorangpun yang ambil peduli kepadaku melebihi apa yang engkau lakukan padaku, aku begitu berharap agar aku mempunyai abang @ adik lelaki seperti kamu".
Setelah 2 hari berlalu, sarah menghantar emailnya lagi kepada Dr Amru dan berkata; "Assalamualaikum, aku harap kamu berada dalam keadaan yang baik, aku ada berita buat engkau bahawa aku sudah belajar membaca surah an-Naba' dan aku boleh membacanya tanpa melihat mushaf".
Setelah 1 minggu Sarah mengirimkan lagi emailnya; "Aku telah belajar surah Yusuf, aku beranggapan bahawa tidak mungkin aku menghabiskannya akan tetapi Al-hamdulillah".
Sehari selepas itu Sarah mengirimkan lagi emailnya dan berkata: "Aku telahpun memakai tudung dan aku telah tinggalkan kawan-kawanku dan aku telah buang gelaran sebagai ratu cantik Negara daripada diriku".
Selang 3 hari kemudian, Sarah mengirim lagi satu email yang berbunyi: "Assalamualaikum, aku tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kamu, aku mahu dan bertekad untuk lebih panjang daripada umurku supaya aku dapat berkhidmat kepada islam, akan tetapi kemungkinan Allah tidak mengizinkan hal ini. Akan tetapi….Al-hamdulillah".
Kemudian Dr Amru Khalid dan isterinya telah menghubunginya melalui telefon bertujuan menenangkan Sarah dan menenteramkan keadaannya. Mereka mendapat tahu bahawa Sarah sedang sakit kanser otak! Doktor akan melakukan pembedahan dalam tempoh yang segera sementara peratusan untuk Berjaya hanyalah 20% sahaja.
Sarah telah menghantar beberapa emailnya untuk waktu yang akan datang dalam tempoh 2 hari sahaja sebelum pembedahan dan dia berkata; "Assalamualaikum, adakah mungkin Allah mengampuni dosa-dosa aku? Adakah kamu beranggapan bahawa aku akan masuk syurgaNYA? Ataukah Allah akan mengheret aku kehadapan api neraka? Sesungguhnya aku cintakan Allah, aku sedang menyerunya sekarang…ibu kandungku telah menghubungi aku sebelum hari jumaat, aku yakin bahawa dia pasti akan bersedih, boleh jadi dia akan datang untuk menziarahi aku kerana dia sudah tidak melihat aku sejak tahun 1997M. Aku hidup terlalu jauh daripada Allah dan agamaNYA. 22 tahun aku telah hidup…akan tetapi aku telah bertaubat kepada Allah 3 minggu yang sudah. Aku bersumpah dengan namaNYA bahawa aku telah bertaubat dan meninggalkan teman lalaki aku, Aku telahpun menutup auratku, aku telah istiqamah dalam mendirikan solat. aku bersaksi kepada Allah di hadapan kamu bahawa aku lakukan semua ini adalah semata-mata kerana Allah tuhan pencipta. Aku tidak mengenali orang islam kecuali kamu dan diriku sendiri. Inilah rintihanku, aku harap darimu agar mendoakan supaya Allah merahmati aku, mengampuni dosa-dosaku. Doakanlah juga semoga Allah memberi hidayah kepada ibu. Sesungguhnya ibuku tidak mengetahui hal keadaanku sedikitpun". Lantas email ini telah di hantar oleh Sarah kepada Dr Amru Khalid.
Akan tetapi begitu menyedihkan apabila Dr Amru mendapat khabar bahawa Sarah telah meninggal dunia.
"Semoga Allah merahmati Sarah dan mengampuni dosa-dosanya. Menempatkan Sarah disebaik-baik tempat tinggal di syurgaNYA. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha pengurnia. Ya tuhan kami, kurniakan hidayahmu dan taufikmu kepada kami semua, tetapkanlah kami agar terus berada dalam ajaran petunjukmu yang lurus, matikanlah kami dalam islam, sesungguhnya kami telah redho bahawa Allah adalah tuhan kami, islam sebagai agama kami, dan Nabi Muhammad itu adalah NabiMU dan pesuruhMU".
9 comments:
huhu....sedih sgt3,macam mana keadaan sarah tu kita tak tau,semoga Allah terima taubat dia
Tidak semua keadaan yang ideal. Itulah kehidupan realiti. Kita akan terus mencari jawapan
Tidak semua keadaan adalah ideal pada zaman la ni. Jawapan perlu dibongkar.
salam ziarah,
adakah ini kisah benar?
wassalam
ya,,ini adalah kisah benar yang bukan rekaan. tetapi diceritakan dan dialami sendiri oleh Dr Amru Khalid penceramah agama terkenal daripada Mesir. boleh rujuk dalam youtube jika anda faham bahasa arab.
salam ustaz,
ana pohon izin nak posting kisah ini di blog ana...
http://pbasmkps.blogspot.com/
.untuk perkongsian bersama
jazakallah
http://www.youtube.com/watch?v=JEky-Aljawo&feature=fvsr
boleh rujuk kisah ini dalam link di atas...Dr amru memberi kuliahnya dalam bahasa arab bahasa arab yang bercampur loghat mesir....
http://www.youtube.com/watch?v=Vw9HGR0aIJw&feature=related
link di atas adalah ceramah beliau oenuh selama 42 minit,,,boleh lihat dan fahami,,,kelebihan Dr Amru ialah memberi kesan kepada pendengar sehingga ramai yang menangis...
sama-sama sedekah Al-Fatihah, semoga Allah yang maha pemurah dapat mengampuni dosanya.
Kadang-kadang aku terfikir sendirian, aku yang dah Islam (baka) ilmu di dada kosong, hanya berbangga sebagai Islam, tetapi Al-Quraan aku buta, Solat kekadang tertinggal, ilmu tak menambah. Ku pohon Allah Ampunkan dosa hamba mu ini.
Catat Ulasan