RSS Feeds

Jumaat, 25 Disember 2009

Pengkhianat Agama


Saya tidak pasti kenapa mereka dilahirkan? Adakah untuk menguji umat islam yang sensitif kepada tuntutan agamanya, ataupun untuk membuka mata umat islam yang sedang mamai agar bangun dan segera mendidik anak isteri dan saudara seagamanya yang jauh daripada petunjuk islam?


Apakah perasaan anda sebagai seorang muslim melihat video yang menggambarkan kebiadaban dan kederhakaan anak-anak cukup akal ini? Jika kita benar-benar beragama sekurang-kurangnya pelempang tahap gaban akan kita lepaskan ke muka yang tidak tahu malu ini. Ya, sekalipun nyawa taruhan kita! Sewajarnya kita sanggup mempertahankan agama suci ini daripada ejekan dan permainan manusia-manusia munafik.


Allah berfirman dalam Surah at-Taubah ayat 64, 65 & 66 yang bermaksud;

(( Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan rasul-Nya)." Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu)).


((Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"))


((Tidak usah kamu minta maaf, Karena kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa)).


Saya mendapat video ini daripada seorang teman dengan tajuk; "Budak Sekolah St Augustine, Betong Ajuk Orang Islam Sembahyang Jemaah Dalam Gereja". Jika mereka ini bukan orang islam, pihak jabatan agama islam sepatutnya mengambil tindakan dan aduan terhadap mereka. Jika mereka ini anak-anak islam, kita sangat bersedih! Tindakan wajib dikenakan dan ayat-ayat di atas adalah peringatan buat kaum yang seperti mereka ini. Allahul Musta'an.


3 comments:

laptop usang berkata...

Salam,
kita kena banyak taubat pada Allah kerana belum jumpa mereka dan seluruh manusia, jumpa dengan penuh rasa kasih sayang dan bawak sama fikir Nabi iaitu macam mana bayi yg terakhir sebelum hari kiamat dapat ucap kalimah Tauhid. utk itu kita tak perlu dpt title ustaz dulu untuk bergerak!Sampaikan walau satu ayat! Doakan kami kekal dlm hidayat...Statement 'saya tidak pasti kenapa mereka dilahirkan?' sungguh saya sedikit sedih lahir dari org yg berilmu seperti tuan.
Jazakallah

DAKWAH YEOP berkata...

Terima kasih di atas teguran saudara, saya pohon semoga Allah mengampuni dosa2 saya dan merahmati saudara dengan teguran ini.

saya tidak maksudkan dari kata2 itu, pertikaikan tentang qadho' qadar Allah Ta'ala. tetapi soalan itu adalah berbentuk inkari (iaitu mengingkari perbuatan mereka). saya menyakini bahawa semua manusia dilahirkan dan diciptakan adalah utk beribadah dan menyembah Allah semata2. sangatlah mendukacitakan hati saya melihat perbuatan anak2 itu dan saya tidak sekali2 melaknat mereka, mengkafirkan mereka @ memunafikkan mereka.

apepun jawapannya, syukran tidak terhingga dengan teguran saudara. semoga saya lebih berhati2 dlm menggunakan ayat.

Tanpa Nama berkata...

saya harap lain kali laptop usang tidak gunakan kalimah (jazakallah) kerana boleh jadi Allah membalas dengan sesuatu yang tak baik.

sebaiknya kalimah yang digunakan dalam doa tersebut ialah; (jazakallahu khairan).

sy x lihat masalahpun pada Statement ust abu anas: 'saya tidak pasti kenapa mereka dilahirkan? ianya sekadar soalan retorik utk menyedarkan pembaca agar mempunyai rasa sensetif terhadap agama dan rasa tanggungjawap dakwah dan tarbiyah. so, kena pada tempatnya pun. wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...