RSS Feeds

Jumaat, 26 Februari 2010

10 Tanda-Tanda Besar Kiamat


Imam Muslim meriwayatkan dalam sohehnya daripada Huzaifah bin Usaid al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang sedang kamu semua bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1·Dukhan ( Asap)
2· Dajjal
3· Binatang melata di bumi
4· Terbitnya matahari dari sebelah barat
5· Turunnya Nabi Isa Alaihissalam
6· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7· Terbelahnya bumi di timur
8· Terbelahnya bumi di barat
9· Terbelahnya bumi di jazirah Arab
10· Keluarnya api dari bumi Yaman menghalau manusia ke tempat mahsyar mereka".

Apabila matahari mula terbit dari sebelah barat maka tertutuplah pintu taubat kepada manusia. Sepertimana tertutupnya pintu taubat bagi mereka yang berada dalam keadaan nazak, ketika nyawa mereka berada di ghargharah. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka, sesungguhnya Allah maha pengampun dan mengampunkan sekalian dosa-dosa. "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada azab kubur, aku berlindung kepadamu daripada azab api neraka, aku berlindung kepadamu daripada fitnah kehidupan semasa hidup dan selepas mati dan aku berlindung kepadamu daripada fitnah al-Masih al-Dajjal".


7 comments:

..::بشرى::.. berkata...

nti kalau ada masa,leh tak abg citekan kisah2 akhir zaman menurut riwayat sahih,cm imam mahdi tu,dajjal tu,nabi isa...

DAKWAH YEOP berkata...

Ahlan wasahlan akhi Busyro,,,terima kasih di atas banyak komentar akhi. tentang imam mahdi ana sudah tulis dan boleh rujuk dalam archive TOKOH. adapun ttg kisah Dajjal Kabir boleh ambil istifadah daripada kuliah ini;
http://www.index-of-mp3.com/download-M._Hafiz_Basir_-_(13-02-2009)_-_Dajjal_Sebagai_Tanda_Akhir_Zaman-fs89352008-fd216174.html

jika mahu rujukan yang baik dalam persoalan asyrat sa'ah sila dapatkan buku karangan Dr YUsuf al-Wabil (Asyraatus Sa'ah)

syukran khathir:)

Sumo Piar berkata...

Sir Yeop;

Please may I know, out of the 10 signs of the sa'ah, how many have come to pass?

Thank you.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

asalamualikum

DAKWAH YEOP berkata...

walaikumsalam,,ahlan wasahlan sumo piar dan brutalsolo, berkenaan 10 tanda2 kiamat besar kiamat, belum ada satupun yang berlaku. semuanya akan berlaku selepas kemunculan imam mahdi di mekah yang akan di bai'ah oleh para ulama dan umara' muslimin. kerana kemunculan imam mahdi adalah sebagai muqaddimah kepada 10 tanda2 besar kiamat tersebut.

adapun tanda2 kecil kiamat sudah banyak yang berlaku. dimulai dengan perutusan baginda Nabi alaihissolatu wassalam.dan kewafatan nabi...insyallah lain kali ana akan ceritakan ttg tanda2 kiamat kecil....tq

JHaZKiTaRo berkata...

thanx sbb sudi lawat my blog tempoh hari.. sila2 laa datang lagi ye.. :)

orangkasai berkata...

assalamualaikum, salam persabatan. sesuaikah yeopmadiny meletakkan sgkasai sebagai blog list?TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...