RSS Feeds

Selasa, 5 Ogos 2008

Sebahagian Mereka Penolong Kepada Yang Lain

"بعضهم أولياء بعض"

Segala puji bagi Allah yang menolong hambanya yang beriman dan menghina sesiapa yang lari dari jalan yang lurus. Selawat dan salam ke atas Nabi yang mulia, keluarganya dan sahabat-sahabat baginda. Adapun sesudah itu,


Di zaman kita ini sudah banyak kedengaran suara orang-orang munafik lelaki dan perempuan di seluruh dunia islam. Peluang-peluang untuk mereka telahpun terbuka luas. Mereka dijemput untuk berucap, diraikan dalam pelbagai perhimpunan dan mereka telah menguasai sebahagian besar media massa. Ini dapat dirasai oleh orang yang peka ataupun tidak, disebabkan keadaan yang berlaku secara terangan.


Segala perihal orang munafik ini bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat islam. Mereka adalah musuh paling ketat bagi agama ini, semenjak diutuskan Nabi Muhamad lagi. Mereka ini sentiasa di dalam kedengkian yang teramat, saban hari mengatur strategi jahat dan melancarkannya terhadap agama islam. Allah telah menyatakan sifat-sifat mereka melalui 37 tempat dalam al-Quran. Di sana terdapat satu surah lengkap dengan nama al-Munafiqun, dan didalam sunah Nabi sendiri acapkali menyebut dan menerangkan tentang perkara yang besar ini.


Oleh sebab pertembungan antara yang hak dan batil sentiasa berlaku sehinggalah hari Qiamat, maka kita masih melihat ciri-ciri yang sama diwarisi oleh generasi munafik dari satu masa ke masa yang lain hinggalah ke zaman kita ini. Allah telah menyebut satu ciri dari ciri-ciri mereka, maksud firman Allah; "Dan apabila kamu melihat mereka nescaya kamu akan tertarik dengan lahiriah mereka, dan jika mereka berucap pasti kamu akan terpanggil untuk mendengarnya, mereka itu sebenarnya umpama kayu yang tersandar" (al-Munafiqun : 4). Berapa ramai manusia yang mendengar ucapan mereka lalu memberi perhatian, mengiyakan dan mengikuti pemikiran mereka? Sedangkan mereka sebenarnya melemparkan kesamaran dan keraguan kepada manusia. Meraka mendakwa bahawa sedang melakukan Islah dan pemulihan serta membina kejayaan. Seperti juga Firaun yang pernah berkata tentang Nabi Musa, maksud firman Allah: "Sesungguhnya aku takut dia (Musa) akan menukar agama kamu atau membawa kerosakan di atas muka bumi" (Ghofir : 26)


Antara yang menghairankan ialah, bilangan golongan ini (yang berusaha merosakan umat dan melucutkan agama serta mengajak mereka kepada kebebasan individu yang akhirnya membawa mereka ke arah kehinaan) tidaklah terlalu ramai. Sesiapa yang mengamati sejarah umat, sudah tentu dia mengetahui bahawa golongan ini telah berjaya menghapuskan nilai-nilai yang mulia dari diri wanita-wanita islam dan telah melucutkan tudung dari kepala mereka.golongan minoriti ini telah berjaya mendorong anak bangsa mereka ke kancah kemusnahan dan menghilangkan rasa malu dari diri wanita. Sebab itulah munculnya wanita yang mendedahkan aurat dijalanan, didalam pejabat, di pentas bahkan mereka itu seolah-ola telanjang ketika di tepian pantai. Situasi ini tidak kelihatan pada zaman nenek moyang mereka sehinggalah golongan perosak ini memainkan peranan sedikit demi sedikit.


Inilah peranan golongan munafikin di setiap masa dan tempat, senantiasa mencari peluang dan memintas jalan kebenaran. Maksud firman Allah; "orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian mereka keatas yang lain, menyeru kea rah kemungkaran dan mencegah dari melakukan yang ma'ruf" (at-Taubah : 67). Inilah ciri-ciri mereka yang mana mereka ini seiringan berganding bahu, berwasiat dengan kebathilan dan mereka memiliki kesungguhan dan kesabaran yang menakjubkan. Maksud dari firman Allah; "dan pergilah pemimpin-pemimpin mereka lalu berkata : (pergilah kamu tetap sabar menyembah tuhan-tuhanmu)". (Sood: 6).


Perhatikanlah prilaku golongan munafik ini, mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka telahpun memenuhi medan penulisan memporak-perandakan umat, mereka muncul di telivisyen dan radio. Ini merupakan serangan hebat yang tidak akan terselamat orang yang berada di bilik ataupun istana, lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak mahupun dewasa.


Saya sertakan sebahagian besar daripada ciri-ciri orang munafik supaya orang mukmin mengenali mereka dan tidak terjebak menyusuri jalan yang berbahaya ini. Agar seorang mukmin dapat mengklasifikasikan manusia dengan sangkaan dan ramalan yang tepat. Bahkan dia memiliki formula untuk menjadi pegangan hidupnya dan mendapat petunjuk yang benar. Juga si muslim dapat mengenali orang munafik dengan tepat, lantas berwaspada dari tipu helah mereka. Ciri-ciri golongan munafik ini adalah;

1) Malas beribadah, maksud firman Allah :"Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dalam keadaan malas" (an-Nisa : 142).

2) Amat sedikit mereka mengingati Allah. maksud firman Allah : "Dan mereka itu tidak mengingati allah kecuali sedikit" (an-Nisa : 142).

3) Mengejek-ngejek orang yang melakukan kebaikan dari kalangan mukminin dengan cuba untuk menyakitkan hati mereka. maksud firman Allah; "Orang-orang munafik ialah orang-orang yang mengejek orang mukmin yang member sedekah secara sukarela" (at-Taubah : 79).

4) Bergurau senda (mempermainkan) dengan al-Quran dan Sunnah. maksud firman Allah: "Katakanlah, apakah dengan Allah, ayat-ayatnya dan RasulnNYA kamu besenda gurau? Tidak usahlah kamu meminta maaf kerana kamu telah menjadi kafir sesudah kamu beriman" (at-Taubah : 65)

5) Bercakap-cakap mengenai pribadi orang yang soleh secara umpatan dan penuh kedengkian, maksud firman Allah: "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, walhal mereka sendiri bakhil untuk melakukan kebaikan" (al-Ahzab : 19).

6) Tidak melakukan solat secara berjemaah. Berkata ibnu Mas'ud ; "Tidaklah orang yang menyisihkan diri dari solat berjemaah itu melainkan orang munafik yang diketahui jelas kemunafikannya". (hadis riwayat Muslim)

7) Zahirnya berbeza dengan yang batin, dan masalah inilah yang menjadi asas kepada masalah-masalah yang lain, maksud firman Allah: "Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata; "Kami bersaksi sesungguhnya kamu benar-benar Rasulullah, dan Allah pun tahu bahawa kamu ini sememangnya Rasulullah, dan Allah menyaksikan bahawa orang-orang munafik ini benar-banar pendusta" (al-Munafiqun : 1).

8) Meyuruh kemungkaran dan melarang dari kebaikan, maksud firman Allah: "Mereka meyuruh kepada kemungkaran dan menegah dari amal ma'ruf" (at-Taubah : 67). Silalah perhatikan pandangan mereka mengenai hijab dan kebebasan wanita serta isu wanita bekerja dan sabagainya.

9) Tiada kefahaman dalam agama. Oleh itu anda akan dapati orang yang memiliki maklumat menakjubkan serta perincian data yang halus di dalam perkara-perkara dunia, yang zahir mahupun tersembunyi, yang besar mahupun kecil tetapi apabila ditanya tentang masalah menyapu air di atas khuf (stoken dari kulit) dia akan diam. Maksud firman Allah: "Akan tetapi orang-ornag munafik itu tidak memahami" (al-Munafiqun : 7)


Ini adalah 9 sifat dari tiga puluh lebih sifat-sifat orang munafik, memadailah sebenarnya sekalipun satu ciri agar anda dapat menilai siapakah sebenarnya yang mengatur strategi memerangi dan memusuhi agama Allah dan Rasulnya. Disebabkan bahayanya dan kerana mereka ini punca kerosakan dan sumber lahirnya kejahatan, maka Allah mencampakkan mereka ke neraka yang paling bawah. Azab yang ditimpakan kepada mereka terlalu dahsyat dari apa yang ditimpakan kepada orang kafir dan musyrik. Maksud firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu akan berada di dalam neraka yang paling bawah dan mereka sekali-kali tidak akan mendapat penolong" (an-Nisa : 145). Sebahagian ulama salaf pernah berkata; "Jika orang-orang munafik ini memiliki ekor sudah pasti kita tidak mampu untuk melalui jalan dan lorong kerana terlampau banyaknya dosa-dosa mereka".


Ya Allah, bersihkan hati kami dari kemunafikan dan hindarilah kami dari kejahatan diri kami dan amalan kami. Ya Allah perlihatkanlah kami kekusaanmu terhadap orang-orang munafik, bongkarkanlah keburukan mereka dengan sejelas-jelasnya. Janganlah engkau kurniakan kemenangan kepada mereka dan jadikanlah mereka satu pengajaran bagi generasi selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan seluruh dosa orang-orang yang beriman. Ya rabbal a'lamin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...