"Please start reciting surah al-Ikhlas as Masjid Aqsa has been surrounded by Israeli army. Plz forwad to your friends (its an amanah) plz spread this sms very very faster. Tolong bagi komentar sikit?". Sms yang saya terima dari seorang sahabat di Sarawak bertarikh 14/1/2009. "Pemimpin hizbullah Libanon Syeikh Hasan Nasrullah meminta seluruh muslim untuk melafazkan Quran, surah Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86&88,…pada malam ini(mlm Jumaat). Tolong sebarkan agar Israel hancur, tolong fwd ke seluruh umat islam, disana saudara seagama telah dikepung, tunggu masa utk disembelih. Keadaan amat dahsyat…itu saja jihad kita dari jauh. Tq.." butiran sms yang saya dapat dari Perak bertarikh 9 Januari 2009.
Apakah yang sahabat-sahabat semua fikirkan dengan 2 sms ini? Apakah komentar yang akan keluar dari sahabat semua? Bagi saya ini merupakan gimik beberapa pihak tertentu untuk mengambil kesempatan daripada apa yang menimpa muslimin di Gaza untuk kepentingan masing-masing. Bagaimana ini yang saya fikirkan? Mari kita lihat beberapa perkara yang saya akan sebut!
1) Membaca surah al-Ikhlas atau apa-apa surah dan ayat mana sekalipun memang kita akan mendapat pahala. Tetapi adakah dengan kita membaca sahaja pasti kemenangan akan bersama kita? Kita pergi ke medan perang tanpa membawa senjata, tetapi kita berdoa dan membaca habis 30 juz al-Quran adakah kemenanagan akan mendampingi kita? Melihat musuh-musuh menyerbu tetapi kita hanya berpeluk tubuh dengan tenang membaca al-Quran. Logikkah musuh-musuh akan mati dan bertempiaran? Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka tampil mengubah nasib mereka sendiri". Allah membuka ruang untuk manusia berusaha sekalipun takdir mereka telah ditentukan.
2) Merujuk kata-katanya: (ini adalah amanah) bilakah kita menerima amanah itu? Iaitu untuk kita bersetuju menghantar kepada semua muslimin didunia? Bukankah ianya lebih berunsur paksaan, iaitu mahu tidak mahu, punya kredit atau tidak, maka wajib mengkhabarkan kepada teman-teman kita kerana ianya adalah amanah dan amanah wajib ditunaikan!
3) Merujuk sms kedua: (pemimpin hizbullah) siapakah dia ini sebenarnya? Benarkah dia ini beriman dengan al-Quran yang disarankan untuk dibaca? Ataupun beriman dengan sebahagian al-Quran dan menolak yang lain? Kerana al-Quran yang kita miliki sekarang tidak lengkap menurut mereka (Syiah Imamiyyah). Kemudian dimanakah kehebatan hizbullah sekarang ini? Dulu beriya benar melawan Israel sehingga bumi Lubnan hancur dan ratusan umat islam sunnah terkorban berbanding beberapa ekor sahaja umat Yahudi yang terbunuh! Pejuang Allahkah mereka ini? Atau sebenarnya hanyalah bermuka-muka konon paling berani menentang Israel dan Amerika tetapi sebaliknya hanyalah mahu mendapatkan popularity yang natijahnya ialah tersebarnya ajaran syiah ke pelusuk dunia?
4) Apakah maksud : (saudara kita menanti untuk disembelih?) bukankah mereka dihujani bom-bom Israel? Adakah yahudi datang berperang menggunakan pedang? Ataupun pemilik sms menggunakan bahasa kiasan, mudah-mudahan begitu.
5) Benarkah (itu sahaja jihad kita dari jauh)? Iaitu sekadar membacakan beberapa ayat yang terpilih? Lantas dimanakah doa kita! Qunut nazilah kita dalam solat-solat fardhu! Boikot kita terhadap barangan dan segala kepentingan yahudi? Bantahan kita dengan demontrasi? Pengusiran duta-duta Israel dan Amerika? Sumbangan derma kita? Adakah semua ini tidak wujud sekiranya kita berjauhan?
Ini adalah diantara komentar saya daripada sms seperti ini. Kita tidak melarang umat islam membaca surah-surah yang tersebut ataupun mana-mana ayat! Itu bagus sekali, tetapi adakah begitu dangkal umat islam ini untuk memahami isu dan melawan kezaliman yahudi? Sewajarnya kita memahami disebalik kezaliman yang berlaku ada pihak jahat yang mahu mengambil kesempatan dan untung. Mungkin saja ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan daripada jutaan sms yang bakal terhantar. Ataukah di sana ada puak-puak tertentu yang mahu menjadi hero kononnya hanya mereka yang menjuarai pembelaan terhadap kezaliman di Palestin yang akhirnya memasyhurkan mereka dan tersebarlah fahaman puak-puak yang menentang aliran Sunnah! Mari kita fikir-fikirkan bersama semoga umat islam semakin matang, bangun dari tidur yang lena, dan umat islam bersatu padu khasnya pemimpin-pemimpin mereka dengan berteraskan al-Quran dan Sunnah. Kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya tetapi ianya memerlukan jihad dan pengorbanan harta serta nyawa. Wallahu a'lam.
0 comments:
Catat Ulasan