Pada 26 Januari yang lalu kita sekali lagi dikejutkan dengan gerhana matahari. Entah sudah berapa kali ianya berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Kononnya, saintis barat mengatakan bahawa gerhana matahari hanya akan berlaku 100 tahun sekali sahaja. Tetapi ternyata keadaan berlaku sebaliknya. Kalau tidak silap pada 3 tahun yang sudah telah berlaku gerhana bulan sebanyak 2 kali dalam setahun. Semua ini membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-hambanya supaya manusia yang berakal ini berfikir tentang keagungan pencipta.
Dalam kolum yang rigkas ini mari kita mengetahui beberapa hadis Nabi tentang gerhana dan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh semua individu muslim apabila berlaku keadaan yang sedemikian.
Dalam kolum yang rigkas ini mari kita mengetahui beberapa hadis Nabi tentang gerhana dan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh semua individu muslim apabila berlaku keadaan yang sedemikian.
عن الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ يَقُولُ انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم « إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْكَشِفَ »صحيح مسلم.
Daripada Mughirah bin Syukbah berkata; "Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi tatkala kematian Ibrahim (anak Nabi) maka Nabi bersabda ((sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda diantara tanda-tanda kebesaran Allah, gerhana matahari dan bulan tidak berlaku dengan sebab kematian seseorang dan bukan juga kerana kehidupannya. Jika kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah dan solatlah sehingga selesai gerhana tersebut))
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِى بِأَسْهُمِى فِى حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذِ انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِى انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ.صحيح مسلم.
Daripada Abdul Rahman bin Samurah berkata; "Tatkala aku sedang memanah pada zaman Rasulullah masih hidup tiba-tiba matahari tertutup (gerhana) maka akupun meninggalkan panahku. lantas aku berkata sesungguhnya aku mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh Nabi pada hari gerhana tersebut. Maka akupun pergi menemuinya dan baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, bertakbir, bertahmid dan bertahlil sehinggalah matahari terang semula. Maka Nabi membaca 2 surah dan melakukan 2 rukuk.
عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».مسلم.
Daripada Abu Musa berkata; "Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi, lantas baginda segera bangun khawatir berlaku hari Kiamat sehinggalah baginda sampai di masjid. Baginda solat dengan berdiri, rukuk dan sujud begitu lama yang aku tidak pernah lihat dalam solat baginda sebelumnya. Kemudian Nabi bersabda; ((Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran Allah ini diutus bukan kerana kematian seseorang dan bukan kerana kehidupan seseorang akan tetapi Allah mahu menggerunkan hambanya. Apabila kamu melihat ianya berlaku maka bersegeralah kamu semua mengingati Allah, berdoa dan memohon keampunanNYA))
Apakah yang sewajarnya dilakukan apabila berlaku gerhana?
1) Sunat melakukan solat gerhana matahari dan bulan secara berjemaah. Dilakukan di masjid tanpa azan akan tetapi dengan seruan (as-Solatu Jamia'h) sebelum solat.
2) Solat dua rakaat dengan bacaan jahar (kuat) sekalipun ketika gerhana matahari. Setiap rakaat disertakan dengan dua rukuk. Ini bermakna imam akan membaca fatihah dan surah yang panjang, kemudian rukuk yang panjang, kemudian qiam (bangun berdiri) membaca fatihah dan surah yang lebih pendek dari yang pertama dan rukuk kedua lebih ringan dari yang pertama. Begitulah juga yang akan dilakukan untuk rakaat yang kedua.
3) Menyampaikan khutbah selepas solat iaitu dengan menggalakkan manusia bertaubat dan menggalakkan manusia melakukan kebaikan seperti bersedekah dan membebaskan hamba.
Kenapakah dipanjangkan bacaan, rukuk dan sujudnya dalam solat gerhana ini?
Kerana solat ini adalah daripada rasa gerun yang Allah datangkan dengan gerhana ini maka ianya menuntut agar manusia kembali kepada Allah dengan taubat. Begitu juga gerhana kebiasaannya berlaku dalam waktu yang panjang khasnya jika gerhana penuh. Nabi bersabda yang bermaksud: ((Solatlah dan berdoalah sehingga gerhana itu hilang daripada kamu)). Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi dan wajar diketahui bahawa gerhana yang berlaku pada zaman Nabi adalah gerhana penuh.
Sesiapa yang masbuk (tertinggal) rukuk yang pertama;
Jika berlaku keadaan seperti ini adakah seseorang itu mendapat rakaat pertama atau tidak? Jawapannya; tidak! Kerana rakaat tidak diperolehi kecuali apabila makmum sempat rukuk yang pertama bersama imam. Justeru mereka yang tidak bersama imam pada rukuk yang pertama hendaklah menambah satu rakaat lagi dengan 2 rukuk. Wallahu a'lam.

0 comments:
Catat Ulasan