Ramai orang yang seringkali berada dalam delima. Cuba untuk mencari keputusan terbaik diantara dua pilihan yang dimilikinya ataupun lebih dari itu. Pilihan manakah yang paling sempurna dan memberi impak positif kepada kehidupan dunia dan akhirat? Oleh itu marilah kita menilai pilihan kita itu dengan solat istikharah yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad berpandukan kepada hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Jami' Soheh.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ يَقُولُ « إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لْيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِينِى وَمَعِيشَتِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى فَيَسِّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِى فِى دِينِى وَمَعِيشَتِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِفْنِى عَنْهُ وَاقْدُرْ لِىَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِى بِهِ قَالَ وَيُسَمِّى حَاجَتَهُ ». قَالَ وَفِى الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِى أَيُّوبَ. قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ جَابِرٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى الْمَوَالِى. الترمذي في الجامع الصحيح.
Bermaksud; Daripada Jabir beliau berkata; "Nabi mengajarkan kami istikharah dalam semua perkara sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran dan baginda bersabda: "Jika seseorang kamu resah dengan sesuatu perkara, maka hendaklah dia ruku' (solat) dua rakaat yang bukan fardhu, sesudah itu berdoa ((Ya Allah sesungguhnya aku beristikharah kepadaMu dengan ilmu Engkau, aku pohonkan kekuatan dari kekuatanMu, aku pohonkan dari kurniaMu yang maha besar, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku ini lemah, Kamu maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan engkau maha mengetahui semua perkara yang ghaib. Ya Allah jika Engkau ketahui bahawa urusan ini lebih baik untukku didalam agamaku dan kehidupanku dan penghujung kepada urusanku, maka permudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku dengannya, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih buruk bagiku dalam agamaku dan kehidupanku maka Engkau palingkanlah ianya dariku dan palingkan aku darinya, dan Engkau takdirkanlah bagiku yang baik dimana-mana jua, kemudian Engkau redhoilah aku dengannya. kemudian sebutlah hajatnya)). Tirmizi berkata; ini hadis Hasan Soheh Ghorib.
0 comments:
Catat Ulasan